Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Tahun & Dekad Baru



Hari terakhir tahun 2009 dan dekad '00-an.Selamat jalan,berambuslah.Good riddance.Tutup buku.

Semua - Berpestalah.Bersedihlah.Ketawalah.Melalaklah.

Jumpa lagi.

Selasa, 29 Disember 2009

Blues Hujung Tahun

Seperti biasa pada masa-masa macam ni,gua sedang dilanda krisis keyakinan hujung tahun.Simptomnya gua tak ada mood dan cepat menyampah.Geram dengan dunia dan diri sendiri.Seolah-olah dunia sedang menjerit "Berhentilah berharap,terima saja seadanya!" dan gua cuba memekakkan telinga.

Usia pun meningkat dan gua rasa terlalu banyak yang gua masih belum lakukan dan masa yang tinggal di atas muka bumi ni terlalu singkat.Tapi kan, 'year end blues' ni datang dan pergi begitu saja sejak 4 atau 5 tahun kebelakangan ni.Terima saja perasaan ni sebagai normaliti.Anggap je seolah satu kitaran fasa.

Walau apa pun,seperti biasa gua akan menutup tahun ni dan memulakan kalendar baru tanpa membuat sebarang azam baru.Bukan saja gua rasa ni perilaku yang poyo.Tapi kerana apa yang tertinggal akan tetap tertinggal jika kita mulakan kesemuanya dengan yang baru.Yang terlepas akan kekal terlepas.Tersorok,tersembunyi di khutub khanah memori dan sejarah.Tapi sentiasa tersedia untuk dirujuk kembali jika perlu.

Azam baru adalah satu "penindasan" kepada harapan lama.Kemahuan lama yang belum tercapai akan kita tinggalkan begitu saja tanpa ada daya untuk terus mencuba untuk mencapai impian itu.Hasrat yang belum tercapai akan kekal sehingga hembusan nafas terakhir kita.Ia tidak akan hilang.Kita saja yang membutakan diri dari menghadapi hasrat yang tak kesampaian.

Akan tetapi,tiada guna kita membanjiri hidup dengan penyesalan demi penyesalan atas kegagalan lalu.Yang lama wajib seiring dengan yang baru dan yang mendatang.Tapi cakap memanglah senang.Realitinya bila harapan lama bertembung dengan realiti baru,kita jadi bercelaru.Susah.Kacau bilau.Tapi nak buat macam mana? C'est la vie..Que sera sera..Memang ayat-ayat yang cliche tapi hidup ni memang cliche pun.

Tak payah lah buat resolusi tahun baru.Tak usahlah catitkan wish list.Bukan saja menambahkan beban kepada hidup yang dah sememangnya membebankan tapi kita tidak akan berhenti berharap.Kita tidak pernah puas.Dah sememangnya lumrah manusia.


I wish,I wish,I wish,I wish...I guess it never stops.. - Wishlist oleh Pearl Jam

Antara Yang Lucah,Seni Dan Yang Ditindas




Gua ketawa saja tiap kali membaca komen-komen pembaca di Tukar Tiub yang membidas Hishamuddin Rais kerana menggunakan perkataan-perkataan serta imej-imej lucah dalam entri-entrinya.Sebelum tu,jangan anggap ni tulisan dari genre bodek.

Apa itu lucah atau kelucahan (obscenity)? Kebanyakan orang akan menjawab ianya penggunaan imej dan ayat-ayat berunsur atau berkonotasi seks.Definisi ini tidak lebih dari suatu konstruk oleh aristokrasi mekanikal/bourgeosie.

Sigmund Freud berkata dalam Three Essays On The Theory Of Sexuality bahawa kelucahan/kejijikan adalah satu mekanisme pertahanan untuk menghalang fikiran minda separa sedar dari mencapai pemenuhan kendiri (self-actualisation).Dalam kata lain,norma masyarakat berkenaan kelucahan adalah bertujuan untuk menumpulkan fikrah semulajadi dari berkembang dengan normal.Ia digunakan oleh daulah bertujuan mengkaburi dan menghalang minda dari menjana buah fikiran yang jujur.

Sekatan atau larangan terhadap kelucahan adalah undang-undang moraliti buatan manusia yang menyekat dan menanam satu penghalang automatik dalam individu.Lalu membuat individu sentiasa berhati-hati atas kepercayaan tak mahu melanggar peraturan fikrah ini.Akhirnya individu yang dibatasi benteng ini gagal dan tidak mampu mengekpresi naluri semulajadi,pendapat sebenar dan melawan demi kepercayaan dan keperluan.

Jikalau seseorang artis,penulis atau pemuzik itu menghalang dirinya dari mengekspresi mesej atau fikirannya secara menyeluruh dari elemen-elemen lucah,jijik,kotor maka dia bukanlah seorang yang benar-benar jujur.Dia tidak/ gagal melihat secara menyeluruh semua aspek dan faktor dalam mempersembahkan subjek atau karyanya.Dia cuma seorang poseur.

Woit,nanti dulu.Gua tak bermaksud kita semua wajib memasukkan elemen lucah dan jijik dalam apa-apa saja.Jika dirasakan perlu,kita tidak harus menghalang diri kita dari berbuat demikian.Kita ambil contoh penghasilan sebuah tulisan;kita bukan saja menggunakan perkataan yang "cantik" dan "berkias" tapi kita kena akui yang "buruk" dan "mudah" juga kena ada untuk membentuk suatu ayat."Artistic eloquence" yang meyakinkan adalah penerimaan kedua-dua belah aspek,yang cun dan yang hodoh."Yin" dan "Yang".

Berbalik kepada isu kelucahan.Penggunaan perkataan atau imej lucah dan jijik menambah estetika kepada karya.Jika kita mahu menghasilkan satu karya yang mahu menkomunikasikan penderitaan dan kesakitan -takkan lah nak gunakan ayat-ayat manis betul tak?

Dalam karya sastera,pemilihan perkataan sangatlah penting dalam membentuk imaginasi pembaca terhadap sesuatu mood atau emosi.Perkataan seperti "punai" atau "cibai",walaupun jika kita tak aplikasikan dalam konotasi seksual,adalah sangat berkesan dalam konteks menghuraikan kemarahan dan juga humour.Bukan saja amat catchy malah sangat versatile.

Dan ingin gua ajukan persoalan ini - apa sebenarnya yang jijik lagi menjengkelkan? Kebobrokan, kerakusan wang ringgit dan kuasa serta penindasan dan ketidakpedulian terhadap rakyat marhein oleh puak-puak bourgeoisie ataupun ayat-ayat yang kasar,lucah, kotor yang digunakan oleh kita untuk membidas dan menghina mereka? Takkan nak gunakan ayat-ayat sopan lagi mesra untuk ditujukan kepada malaon-malaon ni kot?

Jika kelucahan/kejijikan mampu mengejutkan orang ramai dari terus dikhayalkan dengan janji-janji kosong dan harapan palsu oleh daulah dan politikus serta menghentikan penghasilan manusia yang bonsai fikrah dan gagal mencapai potensi sebenar,maka sekurang-kurangnya ia adalah suatu "necessary evil" atau pun satu 'kawan sampingan'.

Kata-kata lucah adalah simbolik kepada penindasan rakyat.Kerana kata-kata ini sendiri "ditindas" disebabkan konstruk sosial manusia.

Dalam konteks seni,dah tentu seseorang pengkarya mempunyai jauh lebih integriti artistik dengan 'membogelkan' persona tulennya daripada seseorang yang dibelenggu self-sensorship.

Ahad, 27 Disember 2009

Antara Kehalusan Dan Terlalu Mencuba a.k.a Kantoi Lah,Wei!

Subtlety adalah seni.Subtlety adalah kehalusan,bijak(baca: licik) dan tangkas bagai jeliran lidah katak.

Subtlety ini digunakan dalam segala macam aktiviti perhubungan atau komunikasi antara manusia,jika bukan semua.Tiada batasan apa jua mediumnya.

Subtlety adalah elemen wajib dalam penyebaran maklumat,propaganda dan mengubah fikiran serta mengolah persetujuan (manufacturing consent).Subtle persuasion (desakan halus) digunakan untuk mengalih pandangan dan membasuh minda dengan efektif.

Tapi sesetengah orang memang nampak ketara sangat terlalu mencuba menjadi subtle,lalu gagal.Atau digagalkan kerana ada yang dapat mencium bau.Ini kelakar.Potong stim.Kantoi.Tak mengapa,cubalah lagi.

Kedai dobi dekat rumah sewa gua cuti panjang.Dah 3 hari tutup.Ni yang buat gua tak ada mood sangat nak tulis.Biar pendek saja entri kali ni.Lebih baik bersantai dan melayan alunan runut bunyi dari album Washing Machine oleh kugiran Sonic Youth.

Ini bukan subtlety dari gua.Tidak.

Sabtu, 26 Disember 2009

2009 - Tahun Terserlahnya Ketamakan dan Kegilaan Manusia





Gua ingat nak tulis satu review peristiwa-peristiwa sepanjang 2009.Bila fikirkan kembali,paling menonjol dan nyata tak lain tak bukan adalah kejatuhan financial capitalism.Ok lah sebenarnya bermula penghujung 2008 tapi ombaknya mencurah ke tahun ini.Krisis yang berlaku ini membuktikan betapa tamak dan gilanya manusia.


Gagal Belajar Dari Sejarah

Ada yang rasa 'the worst is behind us' dan kita sedang menuju recovery.Akan tetapi,apa yang berlaku sejak suku terakhir 2008 telah sedikit sebanyak membuatkan kita semua berfikir panjang.Lantas ramai yang makin mempersoalkan kepercayaan mereka kepada sistem kapitalis.Siapa tidak terkejut hanya beberapa ekor malaon mampu menyebabkan tersungkurnya bank-bank dan kegawatan ini.Kelam-kabut,lintang-pukang seluruh dunia akibat kegilaan segelintir manusia rakus.Tetapi sejauh mana kesedaran kita dari pengalaman lampau?Ini bukan pertama kali ekonomi dunia gawat.

Kekantoian Bernie Madoff tidak langsung melunturkan keyakinan terhadap skim Ponzi seperti MLM.Pengajaran lampau dari scam Pak Man Telo tidak dhiraukan.Kalau tak percaya,sila lepak di kedai-kedai mamak sekitar Lembah Klang pada waktu malam dan perhatikan meja-meja penuh dengan para penganut MLM menjalankan perjumpaan ritual mereka.

Sebenarnya,mentaliti kawanan (herd mentality) juga memainkan peranan di sini.Semua orang terhegeh-hegeh mahu cepat kaya.Kemudian semua meraung-raung macam kena tinggal awek/balak tak mahu muflis bila belon yang tak habis-habis ditiup mereka akhirnya meletup.

Ini belum masuk hikayat  kejatuhan Iceland dan Dubai yang bagi gua tak banyak beza dari skim-skim MLM ini.


Pasaran Saham

Sedarkah kita bahawa pasaran saham ini adalah zahirnya terletak pada "faith on the system" semata-mata.Seperti watak Coyote dalam siri kartun Roadrunner,dia ok bila berdiri di udara jika dia tidak pandang ke bawah.Sebaik saja dia melihat ke bawah,serta-merta dia jatuh menjunam.Begitulah dengan pasaran saham.Tergugat sikit atau seketika keyakinan,terus hancur lebur.

Ya,ramai yang menyatakan pasaran saham ini adalah sebenarnya untuk mengumpul kekayaaan dalam jangka masa panjang.Seiring pertambahan penduduk dari generasi ke generasi,perniagaan-perniagaan berkembang dari peluang dan pasaran yang makin besar.Jika perniagaan gagal berkembang,mereka pay out keuntungan dalam bentuk dividen.Pelabor kemudiannya melabur semula dividen untuk membeli lagi lebih banyak saham,lalu meningkatkan pelaburan.

Ini mengambil jangka masa panjang,berdekad.Akan tetapi macam biasalah sikap manusia yang gelojoh asyik mahu untung segera melonjakkan lagi risiko yang sudah pun tinggi.Macam ni,tak kesampaianlah untuk menuai hasil jangka masa panjang.Pasaran saham ini tiada bezanya dengan berjudi.


Gimik-gimik Kewangan

Segala macam jenis "ilmu" kepala bana seperti 'derivatives' dan 'bets' yang diajar di sekolah-sekolah pengajian perniagaan adalah penyebab kejatuhan institusi-instusi kewangan.Manusia-manusia yang kononnya cerdik pandai lulusan institusi2 pengajian yang teragung ni lah yang memporak-perandakan ekonomi dunia.

Mereka mempertaruhkan (bet) cukup orang-orang yang tidak mampu melangsaikan bil-bil would pay off a mortgage loan.Mereka menginsurankan loan-loan tersebut.Adoi,apalah gunanya mereka ni lulus dari Harvard Business School atau London School of Economics bila common sense pun tiada??


Kapitalisme

Ramai yang masih percaya akan sistem ini walaupun mempersoalkan kebergantungannya kepada cabang finance capitalism yang persis seperti 'scam' Pak Man Telo.Mereka berfatwa tentang perlunya merombak semula sistem kapitalis.Salkan-salakan macam ini sudah kita dengar sejak lebih sedekad lalu.

Tapi fikirkan sejenak,sampai bila kita hendak bergantung kepada sebuah belon yang sudah berkali-kali bocor dan ditampal-tampal?

Apa yang kita perlukan bukan meniup semula belon itu.Kita perlukan sebuah bola bowling yang akan strike semua pin-pin yang menjadi penghalang kepada kita untuk memperoleh sebuah dunia yang adil,tidak menyusahkan dan tidak menindas sesiapa.

Woit,walaupun kita perlu mengenangkan sejarah tapi jangan lah jadi macam ramai penyokong Liverpool FC yang hanya bernostalgia dengan sejarah (kecuali gua).Sejarah wajib kita jadikan rujukan dan dorongan untuk mara ke depan dan tidak mengulangi lagi kesilapan dan kekantoian.



Khamis, 24 Disember 2009

Manusia Seluruh Dunia,Berayalah!




Kita manusia wajib merayakan kehidupan.Sejak awal kewujudan manusia lagi,telah dicipta segala-macam jenis cara untuk merayakan kehidupan.Dari alat musik ke dansa hingga ke tapai-tapai dan macam-macam lagi.Jangan bodoh,jangan cetek,ini bukan promosi "budaya barat"(woit,arak atau alkohol adalah ciptaan orang Arab)Semuanya demi merayakan hidup yang singkat di muka bumi ini.Ya,hidup ini terlalu pendek untuk tidak kita rayakan.Tapi apakah kita betul-betul merayakan kehidupan?Adakah merayakan kehidupan cuma dengan berdansa,bermuzik atau menapai?

Dari pengalaman hidup kita semua tentu akan berada dalam situasi di mana kita tidak ingin menerima kenyataan yang kita hadapi. Terkadang terasa berat untuk mengakui sesuatu yang tidak kita inginkan,lantas kita berbohong kepada diri sendiri dengan segala macam kita lakukan untuk menutupi dan menyembunyikan hakikat kekurangan atau kegagalan diri kita.

Hidup bernilai bukan hanya kerana hidup dapat dilihat, disentuh, dan dirasa tetapi juga kerana hidup akan lenyap suatu hari nanti.Orang yang merayakan kehidupannya tidak menjadikan masa lalu menjadi sebuah penjara atau membiarkan yang dah lepas terus menghantuinya.

Akan tetapi dia menghadapi kenyataan sejarah dan cuba sebaik-baiknya menerima yang lampau sebagai unsur yang mengajar untuk terus melangkah ke depan dan berani mencuba lagi.Persetankan rasa takut untuk menemui kegagalan lagi di masa depan.Kegagalan itu lumrah.Bila gagal kita bangun berdiri,time and time again (ayat memang gila cliche)Merayakan kehidupan diertikan sebagai pengakuan atas masa kini, dengan mengenang masa lampau dan mengharapkan lebih lagi akan masa depan.

Orang yang mampu merayakan hidupnya dapat menghindar dari godaan untuk hanya mencari kegembiraan atau cuma mengenangkan kesusahannya saja. Perayaan bukan bermaksud menyembunyi dari menghadapi kenyataan. Perayaan merupakan penerimaan hidup seadanya yang penuh dengan suka dan duka,kejayaan dan kehampaan.

Perayaan hanya mungkin kalau ada kesedaran yang mendalam bahawa kehidupan dan kematian tidak terpisah, ketakutan dan keberanian,kebencian dan kasih sayang, kegembiraan dan kesusahan, air mata dan senyum dapat bersama seiring.

Rasa perit dan onak duri hidup sudah sebati dengan kita tapi kita raikan juga kehidupan ini.Segala suka duka,segala sedih gembira kita rayakan segala rasa-rasa ini.Yang di hadapan.Yang di belakang.Yang pandai.Yang bodoh.Yang sedar.Yang mendollah.Yang berjaya.Yang gagal.Yang teruja.Yang kecewa.Yang bercinta.Yang gagal bercinta.Yang berpunya.Yang single dan yang separa-single.Mereka semua kita rayakan bersama.

Manusia seluruh dunia,rayakanlah kehidupan!

p.s pinjam ayat Tukar Tiub,Selamat Menyambut Maulidur Rasul Nabi Isa..juga Selamat Tahun Baru..Selamat berpesta sepanjang minggu ni..Cheers!

(Disclaimer: Penulis tidak mendapat apa-apa tajaan mahupun imbuhan dari Moet et Chandon,Johnnie Walker,Carlsberg mahupun Durex serta para penyeludup mercun dan bunga api untuk tulisan ini.Harap maklum.)

Happy Christmas (War is Over)



So this is Christmas
And what have you done
Another year over
And a new one just begun
And so this is Christmas
I hope you have fun
The near and the dear ones
The old and the young

A very merry Christmas
And a happy New Year
Let's hope it's a good one
Without any fear

And so this is Christmas War is over
For weak and for strong If you want it
For rich and the poor ones War is over
The world is so wrong Now
And so Happy Christmas War is over
For black and for white If you want it
For yellow and red ones War is over
Let's stop all the fight Now

A very merry Christmas
And a happy New Year
Let's hope it's a good one
Without any fear

And so this is Christmas War is over
And what have we done If you want it
Another year over War is over
And a new one just begun Now
And so Happy Christmas War is over
I hope you have fun If you want it
The near and the dear one War is over
The old and the young Now

A very merry Christmas
And a happy New Year
Let's hope it's a good one
Without any fear

War is over if you want it
War is over now

Jumaat, 18 Disember 2009

Bikin Panas Memikirkan Dilemma Pemanasan Global


Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-15 (COP 15) berlangsung sepanjang minggu ni dan akan berakhir hari ni.Tapi gua bukan nak bebel secara saintifik pasal bahana pemanasan global atau bersyarahan pasal cara-cara untuk melambatkan atau mengurangkan kesannya.Sudah ada banyak tulisan-tulisan ilmiah mengenai topik ini.

Yang membuat gua tergerak hati untuk tulis pasal hal ni adalah sebab gua telah banyak membaca pandangan-pandangan mereka yang skeptikal dan mentongsampahkan terus teori perubahan iklim dunia dan pemanasan global ni.

Ok,sememangnya tidak dapat disangkal ada berlambak malaon-malaon kapitalis yang mengambil kesempatan terhadap momok pemanasan global yang menghantui penduduk dunia.Mereka dengan licik mempermainkan dan memanipulasi perasaan bimbang kita demi menjana keuntungan opportunis.Sukar untuk kita benar-benar yakin siapa yang jujur,termasuk Michael Moore yang bergelar jutawan tu dan Bono dari band U2 yang terus membebel pasal alam sekitar tapi menyumbang kepada pelepasan gas karbon yang melampau melalui konsert-konsert gergasi bandnya.Akan tetapi kita patut sudah biasa dengan hipokrasi macam ni.Ni lah perangai tipikal manusia di dunia kapitalis hari ni,segala-galanya berkiblatkan keuntungan.Budaya konsumerisme sudah menjadi oksigen kepada kita.

Kita jugak telah lama bosan dan tak ambil peduli apa kejadah persidangan-persidangan dan perjanjian-perjanjian antara pemimpin sedunia yang telah,sedang dan akan berlaku.Semuanya langsung tidak menawarkan apa-apa perubahan yang signifikan.Malaon-malaon ni cuma berminat mencari langkah-langkah yang akan mendatangkan beban yang seminimum mungkin kepada dunia kapitalis.

Jika dari segi saintifik pula,bukti-bukti  untuk menyokong teori pemanasan ni rata-rata masih belum konklusif.Bukti memang bertimbun tapi masih boleh dipertikaikan.
Akan tetapi,walaupun kita belum dapat memastikan sama ada pemanasan dunia ini fakta atau auta,kita tak boleh menjadi manusia yang bodoh sombong.Perhatikan dan rasa apa yang berlaku di sekeliling kita.Bacalah tulisan-tulisan dan laporan-laporan yang berlonggok-longgok di Internet dan nilaikan sendiri.Hakikatnya walaupun bukti yang tidak dapat disangkal langsung masih belum ada,para cendekiawan sains secara amnya bersetuju terdapat asas yang kukuh untuk menyokong teori pemanasan ini.

Cuba kita fikirkan,mereka yang tidak percaya langsung kepada pemanasan global ini menganggapnya sebagai teori konspirasi.Tanggapan mereka ini juga merupakan satu teori sensasi by itself.Mereka juga tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendukung tanggapan mereka itu.Mereka juga boleh kita tuduh mempunyai kepentingan untuk dijaga,lantaran itu mereka menjaja ajuan yang menolak teori pemanasan dunia.

Tidak kurang,ada juga yang memuntahkan ayat klise ini,"act of God".Baguslah,semua yang buruk salahkan takdir Tuhan.Bila senang langsung tak ingat Tuhan.Apakah Tuhan ni sadis sangat dan hanya mahu menyusahkan ciptaannya sendiri??

Ni lah conundrum kita.Nak percaya,kot-kot macam henjut-henjut tapi tak pancut pula karang.Tak percaya pulak nanti bagai mahu menegakkan kembali lancau yang dah pancut.Jadi macam mana ni?."Apa saya mahu bikin?",bak kata Samy Vellu.Memang pening,memang bikin panas memikirkan hal ni.

Bagi gua,macam ni lah.Gua percaya "it is better to be overtly paranoid than to be caught off-guard".Memanglah belum ada negara atau pulau yang dah tenggelam.Memang betul kita tak dapat buktikan Arctic dan Antartika akan terus cair dan lesap.Sama ada pemanasan ni adalah cuma satu proses semulajadi bumi yang merupakan satu fasa yang bersilih-ganti atau ianya akibat kerakusan dan kebodohan manusia selama ni,bukan persoalan yang paling penting.Yang wajib kita lakukan adalah mula sedar dan hentikan kebodohan kita yang mencemarkan dan merosakkan dunia kita sendiri.

Rabu, 16 Disember 2009

Kencing Manis Atau Terus Mengencing Rakyat?




Tak ada siapa pun yang terkejut dengan langkah-langkah pentadbiran negara di bawah kedua-dua Perdana Menteri kita Rosmah Mansor dan Najib Razak yang mentonyoh-tonyoh muka rakyat dengan polisi-polisi yang langsung tidak prihatin kepada masalah rakyat.Beban kehidupan makin meningkat selari dengan kenaikan berat badan Rosmah Mansor.Kita boleh terus melawak dan ketawa tentang de facto PM kita ni tapi dia masih mampu bershopping sakan di gedung-gedung sementara hidup rakyat marhein makin merana.

Barang makanan asas (basic commodities) dan minyak petrol wajib disubsidi oleh kerajaan untuk memastikan harga yang rendah dan tak mensesakkan lagi hidup rakyat terutama yang miskin.Bila mula kedengaran surah mahu kurangkan/mansuhkan subsidi gula,maka mainstream media penjilat bontot kerajaan pun mulalah melakukan spin-spin untuk mengolah persetujuan kita kepada langkah yang dirancang ni.

Segala macam salakan-salakan yang kita dengar dan baca.kerajaan tiba-tiba prihatin tentang kesihatan rakyat.Rakyat disuruh kurangkan pengambilan gula.Gula bahayakan kesihatan,gula penyebab kencing manis,etc.. paling melucukan "gula bahaya kerana cara pemprosesannya sama seperti heroin".Ape punya maha bodoh ni,kalau macam tu baik cakap "teh pun berbahaya sebab cara pemprosesan seperti cara memproses ganja".Nak bikin spin pun biarlah berakal sikit.Masa tak ada pelan kurangkan/mansuhkan subsidi ni tak ada pun angin taufan berita saranan kurangkan gula.

Kita semua tahu gula adalah satu basic commodity yang digunakan oleh semua-ia adalah keperluan seharian.Sudahlah kos sara diri makin melonjak tinggi,maka menjadi kemestian oleh kerajaan untuk menjamin harga komoditi-komoditi asas ni tak membebankan kocek yang dah makin kontang.Ini baru mendahulukan rakyat.Bukan terus mahu lagi menyakitkan kita.Tak ada siapa yang suka disakiti melainkan mereka yang minat 'sado-masochism'.Tapi gua pasti peminat SM ni pun takkan merasa kepuasan seksual dengan kesakitan akibat kenaikan harga barang.

RM 720 juta yang dibelanjakan kini untuk subsidi-subsidi pada rasa gua bukan satu jumlah yang melampau untuk diteruskan.Angka ini adalah nothing much jika dibandingkan dengan berbillion ringgit yang dibazirkan dengan rakus tak ingat dunia untuk perbelanjaan ketenteraan,projek-projek gila dan bodoh seperti F1,aktiviti2 pecah-memecah rekod-rekod yang tak bermakna,bail-outs para kroni-kroni dan yang paling bikin kita panas,kebocoran akibat rasuah dan penyelewengan.Dah 10 tahun berturut-turut negara alami budget defisit disebabkan pesta telan dan lingkup ni.Sesiapa masih tak nak percaya,pergi cari laporan Ketua Audit Negara.Mengapa tidak dikurangkan atau hentikan saja kegilaan-kegilaan yang memboros tersebut ?

Jika masih tak percaya negara makin miskin,hari ini Parlimen Malaysia memulakan pembentangan bacaan pertama rang undang-undang GST.Jika diluluskan nanti GST ni akan dikenakan sebanyak 4 %.Alasan kerajaan adalah untuk menambah tabung pendapatan negara yang dah makin pokai akibat kerakusan dan kegilaan para pemerintah kita serta sumber-sumber kekayaan hasil alam yang makin hari makin kurang.

Di kala ini,sebelum roh GST ni akan datang menghantui kita,hanya lebih kurang 3 juta orang daripada  27 juta rakyat Malaysia yang harus dan layak dikenakan cukai pendapatan.Tetapi selepas GST ini dilaksanakan,kita semua akan dicukai tanpa ada sebarang pengecualian kepada sesiapa pun.Dan jangan kita mimpi GST ni akan kekal pada 4% sampai bila-bila.Cuba tengok contoh-contoh negara-negara lain,untuk tidak mengapi-apikan lagi kemarahan rakyat,nate bewok GST ni biasanya dilepaskan dari kandang dengan kadar rendah dan akan naik gradually selepas beberapa tahun.

TIADA justifikasi langsung untuk mengurangkan subsidi atau mengenakan GST.Mengapa rakyat terus dihukum akibat kerakusan kerajaan kita?Alasan kerana nak atasi masalah penurunan hasil cukai,naikkan lah cukai korporat!Balik-balik untung nasib para kroni kapitalis dan para pemerintah saja diambilkira,kepala bana apa "rakyat didahulukan"??Dan tak payahlah temberang dengan lawak bodoh yang kita akan mencapai ekonomi berpendapatan tinggi dengan cara kenakan GST.Kalau dah masih negara dunia ke-3,jangan berlagak macam negara maju.

Rakyat marhein masih tak sedar ke siapa yang subsidikan siapa sebenarnya?!


Bila Emo,Macam-Macam Falsampah Dimuntahkan





Encik Nami O Fish berkata "Cinta yang sejati adalah cinta yang gagal..".Statement ini membuat gua ketawa sinis dalam hati walaupun gua sendiri rasa camtu bila emo..Tapi.. Kalau semua cinta sejati gagal,berapa ramai je manusia yang berseronok-nonok dan berzakar-ria lalu menghasilkan zuriat??kalau camtu,mesti manusia ni sedang diancam kepupusan.

Dengar sini:

Cinta tidak pernah gagal..cuma uda dan dara yang gagal bercinta.
Cinta adalah penyelesai masalah..
Cinta adalah ingat-mengingati..
Cinta adalah pemusnah keresahan..
Cinta memungkinkan segala..


Cinta yang tercalar bukan untuk ditangisi
namun adalah untuk dimengerti erti suka hidup ini..


p.s Gua nak muntah lepas buat entri ni..gila jiwang,tak rock langsung wei! hahaha..apepun ini adalah FUCKta!

Selasa, 15 Disember 2009

Obsesi,Sengketa,Kecewa..



Sharidir - Kamu

aku batalkan niatku
untuk jadi semahumu
mengabdikan diri pada
kamu..

engkau sering mengujiku
aku turut mengujimu
kau perlukan aku bukti
nanti aku buktikan
jiwa raga untukmu

engkau..pencinta berjuta-juta alasan
engkau pendusta
pencetus persengketaan
agungkan pandangan yang dahagakan jawapan
mereka yang gilakanmu
meluru membabi buta
mengandaikan menghukum
siapa dapat menyalahkan..

kamu..

 


N.B kadang-kadang kita perlu mengundur agar dapat terus mara ke depan..Jangan lah kita terus dibelenggu..Janganlah minda dan hati kita biar terus dibutakan,tak nampak jalan masih jauh di depan..

Isnin, 14 Disember 2009

"Bisa" Itu Maksudnya "Boleh" atau "Racun"?

Tak kira apa saja kita teringin nak buat,pasti wujud segala macam jenis nasihat dan panduan yang pragmatik kononnya untuk menunjukkan kita cara yang 'terbaik',yang paling padu.Lagi-lagi lah dengan kewujudan Internet ni.Macam mana nak tulis,macam mana nak blog,macam mana nak macam mana.....Setiap orang menulis dengan cara,pengaruh dan sudut yang berlainan.Semuanya hasil kesinambungan dari apa yang dilihat,difikir dan faktor persekitaran.

Ya,kebanyakan jika bukan semua hasil tulisan para pemikir ratiocinative dan cendekiawan termasuk yang diangkat ke taraf magnum opus adalah susah untuk disangkal dan secara amnya diterima pakai.Akan tetapi hakikatnya hasil-hasil mereka ini tidak lebih dari idea-idea yang subjektif walaupun telah dilakukan kajian yang maha intensif.Woit,bukan gua nak memperlekehkan sesiapa,cuma kita wajib ingat semuanya adalah fakta am atau generalisation.Setiap insan adalah berlainan.Tiada satu acuan yang boleh fit setiap manusia.

Falsafah,idea dan ideologi adalah demi mewujudkan kesedaran baru untuk menambahbaik apa yang telah sedia ada.Bukan untuk ubah segalanya.Kerana kita tidak mungkin mampu mengubah keseluruhannya siapa diri kita.Kita tak boleh memadam sejarah yang menghadirkan kita seadanya sekarang,jika itu berlaku kita mungkin hilang segalanya yang kita telah wujudkan.

Idea-idea pembaharuan datang dari kesedaran tentang kesilapan lampau,bukan dari kesempurnaan.Jika hadir dari kesempurnaan,buat apa nak ubah lagi?Oleh kerana itu kita masing-masing melihat dari persepsi yang berlainan.Cuma ada satu sahaja coherence antara kita manusia semua,iaitu melakukan kesilapan dan tidak sempurna.

Sabtu, 12 Disember 2009

Jangan Bacul!



Mahu terus berjalan…
Satu niat satu haluan
Setakat cuma mengajak berkawan
Demi akal fikrah demi kebaikan

Berbagai cara, berbagai usaha dan berbagai gaya
Telah ramai yang dijumpa
Mengganguk kepala tanda setuju-tersenyum wajah bercahaya

Kata sokongan dilaung begitu gelora
Berapi-api dikhabarkan niat mahu melawan
Gegak-gempita kedengaran hingga ke planet Kejora!

Tapi nyatanya, indah khabar dari rupa
Berbicara disebalik tabir adalah mainan biasa
kata-kata keyakinan hanyalah madah di alam mimpi
di alam nyata... lain pula halnya.

Bila datang seru kenyataan
Ramai yang menikus lupakan pegangan
Semua falsafah menjadi falsampah
merintih diri penuh kekurangan berbekal seribu alasan

Hanya yang tinggal..
Mainan dalih mengharap kekuatan agar turun menyimbah diri!
Namun bergerak tidak sekali!

Ramai yang hidup seperti enau didalam belukar
Yang tinggal…
Hanya sendiri-sendiri.
Melepaskan pucuk masing-masing.

Semoga aku tidak begitu
Semoga kau,dia,mereka,kita..
punya semangat jitu
Biar kata menjadi kota

Jaringan Sosial,Trend dan Refuseniks


Social networking (jaringan sosial) telah berkembang menjadi sebahagian "penting" dalam hidup kebanyakan orang,malah ada yang menganggap ia nyawa (come on lah,get a real life laaa).Memang jaringan sosial ni adalah satu ruang yang mewujudkan possibilities yang boleh dikatakan infinite.Boleh cari member sekepala,se-ideologi,awek,hiburan,kongsi ilmu,dan lain-lain.Tadi tiba-tiba gua bernostalgia tentang zaman kanak-kanak,ketika sekolah rendah gua pernah ada sahabat pena atau pen pal (time tu mana ada lagi Internet).Tapi alangkah susahnya nak meneruskan pertalian dengan mengharapkan khidmat snailmail!Nevertheless, I think it sowed the seeds of my future social networking and my blogging..

Sekarang kita dihidangkan dengan segala macam jenis platform jaringan sosial,its an embrressment of riches!It seems setiap orang boleh pilih apa jenis platform yang kena dengan diri masing-masing.Gua telah fed-up dan bersara dari Facebook,Myspace dan Friendster.Blog lama gua pun gua dah tutup tahun lepas.Tetapi kini gua kembali blogging.kenapa?well,gua harus berterus-terang gua kena "post-blogger syndrome".Sintom-sintom penyakit ini adalah seperti: suka tampal komen2 panjang di blog orang lain,kadang-kadang dah macam satu entri by itself.

Sebelum gua meneruskan bebelan,harap izinkan gua sambung dalam Bahasa Inggeris.Maaflah pejuang-pejuang BM,gua baru balik Malaysia 5 bulan lepas.

I remember my first attempt at blogging in 2005 on the now defunct Yahoo 360.A little unsure of myself, wary of putting my thoughts out there on the web in public view for everyone to read and comment on, the blogging experience was an interesting enough one for me to continue with and maintain daily for nearly three-and-a-half years. I have met (virtually and in reality) some perfect (and imperfect) strangers. I have broadened my mind and have kept in contact with some friends in distant places. Since the days of my first blogging on Yahoo 360, I have experimented with a few other platforms and finally settled on Wordpress which lasted until last year.

This past couple of years,Facebook and Twitter became THE places to do one’s social networking for a while, but both of these extremely popular platforms are now becoming shunned by a new breed of internetters, who have become known as “refuseniks”. These people are seen by the Facebookers as a little up themselves and difficult or even snobbish. However, the new breed of social networkers regard Facebook and Twitter as “old hat’ and also much too controlled by “Big Brother”. The unsavoury interference of the Facebook administrators in the membership and content, the leakage of users’ private information, the misuse of the platform, and the sheer pushiness of the thing put me right off straight away.Not to mention the annoying invitations. Even though nowadays not having a Facebook page is like not having a mobile phone or email, I must confess that yes,I am not only ketinggalan zaman,I am also a Refusenik!

refusenik riˈfyoōznik noun
1 A person in the former Soviet Union who was refused permission to emigrate, in particular, a Jew forbidden to emigrate to Israel.
2 A person who refuses to follow orders or obey the law, esp. as a protest.
3 A person who refuses to follow popular trends and buckle under peer pressure.
ORIGIN 1970s: from refuse (Middle English: from Old French refuser, probably an alteration of Latin recusare ‘to refuse,’ influenced by refutare ‘refute.’) + -nik (from Russian (on the pattern of (sput)nik) and Yiddish).

Jumaat, 11 Disember 2009

RUNUT: Dark Folke oleh The Observatory


(Ruangan RUNUT ni untuk celoteh pasal musik.)

The Observatory,sebuah band dari Singapura.Dark Folke ni album ke-4 dorang.Gua tahu ni berbunyi cliche tapi gua akan describe band ni as art-rock.Or avant-garde,if you please.

It's safe to say these guys have been listening to some 70s prog rock.Nama-nama seperti King Crimson dan Pink Floyd sudah tentu berkumandang di corong-corong ahli-ahli band ni.Ini gua find it appealing dan berani sebab prog rock dikira "regressive" untuk siapa-siapa yang memperjuangkan avant-garde dalam era sekarang.

Lu orang mungkin rasa album ni "tak rock la,beb" sebab ketidakhadiran ketukan drum sebagai kuasa propulsive dan tulang belakang album ni.Takde drum tak bermakna tiada rhythm,mind you.Sebaliknya,ini seolah-olah memberi lebih ruang lebih kepada idea-idea ekperimentasi dalam lagu-lagu mereka.Di sini roh Nick Drake telah meresap dalam ideologi musik mereka.In fact,mereka seperti Supersilent meets Nick Drake meets Mogwai.

Gua tak tahu sama ada mereka ni sengaja mahu push the listener's tolerance dengan runut-runut yang susah dihadam seperti yang dibuat oleh Radiohead dalam Kid A atau inilah gaya sebenar mereka.Gua tak dapat nak buat comparison dengan album-album terdahulu kugiran ni sebab ni first time gua layan musik mereka.Mereka lebih ke arah ambient dan dissonant walaupun terdapat lagu yang heavy " Decarn" dan "Blood Rising",ini pula influence dari drone metal.Keseluruhannnya,tiada chorus dan melodi yang tangkap layan(catchy).Seperti yang obvious pada tajuk album,feel dan mood adalah dark.Tekstur pula kasar dan folky.

Lirik-lirik,as you might expect sekarang,melankolik tetapi mengalir dengan glimpses of optimism dan harapan.Bunyi dan kata berjaya disatukan menjadi satu tesis coherent yang melabon tentang hidup dan mati serta everything in between.Dark Folke adalah satu perjalanan musika yang wajib dilalui keseluruhannya dari mula ke akhir untuk mendapatkan satu pengalaman bunyi yang lengkap.

Gua curious macam mana persembahan yang dorang sajikan ketika perform secara live.Album ni wajib didownload jika anda peminat Radiohead,Mogwai,Tortoise dan nama-nama yang gua sebut dalam ulasan ni.



N.B Dari semasa ke semasa gua akan cerita pasal musik,filem dan apa saja mengenai cabang-cabang seni lain.Tak ketinggalan,bola sepak jugak.Jikalau asyik-asyik falsafah dan politik,lebih baik jadi mat skema.Tapi kita wajib tahu,musik dan seni adalah manifestasi dari pemikiran manusia.Banyak kita boleh belajar dari mendengar musik dan menghayati karya seni. Siapa cakap keilmuan harus membosankan?

Khamis, 10 Disember 2009

Noosphere


“We are one, after all, you and I. Together we suffer, together exist, and forever will recreate each other.” - Pierre Teilhard de Chardin

noösphere ˈnōəˌsfir noun A postulated sphere or stage of evolutionary development dominated by consciousness, the mind, and interpersonal relationships (frequently with reference to the writings of Teilhard de Chardin).ORIGIN: 1940s: from French noösphere, based on Greek nous ‘mind.’ and Greek sphaira ‘orb, globe.’


Pierre Teilhard de Chardin (1881-1955) ialah seorang ahli falsafah,anthropologi biologikal dan geologi yang pernah menulis bahawa, "The Age of Nations is past. The task before us now, if we would not perish, is to build the Earth." Beliau sangat teruja dalam memikir dan mengajukan 'possibilities' hala tuju umat manusia. Beliau membayangkan kita akan sampai ke satu 'convergence of systems',satu titik Omega di mana pertembungan dan percantuman kesedaran (coalescence of consciousness) akan membuka ruang kepada kedamaian dan muafakat manusia sejagat.

“The phrase ‘Sense of the Earth’ should be understood to mean the passionate concern for our common destiny which draws the thinking part of life ever further onward. The only truly natural and real human unity is the spirit of the Earth. The sense of Earth is the irresistible pressure which will come at the right moment to unite them (humankind) in a common passion. We have reached a crossroads in human evolution where the only road which leads forward is towards a common passion. To continue to place our hopes in a social order achieved by external violence would simply amount to our giving up all hope of carrying the Spirit of the Earth to its limits.” - ini rumusan falsafah Teilhard

Beliau berpendapat dunia dalam proses evolusi yang akan dan sedang mewujudkan sebuah level kesedaran baru yang diberi nama noosphere.Noosphere ini adalah sebuah "planetary thinking network" - sebuah interlinked sistem gergasi yang terhasil dari penyatuan kesedaran,perolehan maklumat,ilmu pengetahuan dan komunikasi.Sudah tentu pada ketika ini alat utama yang membawa kita menuju ke noosphere adalah Internet.Bayangkan ketika Teilhard megemukakan teorinya,komputer yang wujud adalah hampir seluas padang bola sepak dan Internet mungkin cuma sebuah khayalan fantasi sci-fi.

Woit,hold your horses! Akan tetapi,dalam kita menghala ke Omega point yang dijangka oleh Teilhard,kita wajib ingat bahawa substance yang melincirkan penetrasi kita adalah 'hati'.Dalam kata lain,sifat kemanusiaan.

“It is not our heads or our bodies which we must bring together, but our hearts. Humanity is building its composite brain beneath our eyes. May it not be that tomorrow, through the logical and biological deepening of the movement drawing it together, it will find its heart, without which the ultimate wholeness of its power of unification can never be achieved?”

Noosphere adalah aksi 'orgy' antara fikrah,emosi,maklumat, keilmuan,kemanusiaan yang akan menzuriatkan sebuah bumi yang bersatu..satu bangsa manusia.

Di kala ini yang penuh dengan uncertainties seperti krisis ekonomi kapitalis,ketidakadilan pengagihan kekayaan,penindasan dan penganiayaan,rasisme dan fascism,terrorisma,etc,seharusnya kita reflect upon the notion of noosphere,agar tidak terus lemas dalam kegilaan memuaskan ketamakan materialistik melampau.Juga wajib ada balance dan titik pertemuan antara idealism dengan pragmatism,intelek dengan emosi serta kemahuan yang utuh untuk merobohkan halangan-halangan.

Yang kita idamkan adalah sebuah evolusi kemanusiaan di mana hati budi dan fikrah tidak lagi berada dalam konflik tetapi interdigitate dan complement satu sama lain untuk merealisasikan noosphere yang diajukan oleh Pierre Teilhard de Chardin.

Intro & Bebelan Kosong

Ok,gua tahu title blog gua mcm ape je.nilah masalah besar untuk gua,I'm bad at giving names.Tak percaya cuba tanya arwah kucing-kucing dan arnab2 gua dulu,all had crappy names.Nama band gua dulu pun haprak..haha.Kalau gua kahwin & ada anak,harap gua tak payah bagi idea nama anak.Silap-silap nama budak tu jadi laughing stock kat sekolah.

In this blog,gua akan guna bahasa rojak.sorry all you pejuang2 bahasa out there. Bukan gua tak mampu tulis sepenuhnya dalam BM,gua just terus type apa yang keluar dari kepala,be it in BM or English.No second thoughts.Plus,kadang-kadang memang struggle nak tulis semua dlm BM sebab Dewan Bahana dan Petaka tak memperkayakan vocabulary BM,depa sibuk main tukar-tukar ejaan dan buat kerja bodoh pergi menkitschkan BM dengan menambahkan perkataan-perkataan yang dipinjam dari English padahal perkataan BM dah sedia ada.

By the way,layout blog ni still work-in-progress.Jangan complain buruk ke,kosong ke,whatever..haha

cheers