Sabtu, 26 Disember 2009

2009 - Tahun Terserlahnya Ketamakan dan Kegilaan Manusia





Gua ingat nak tulis satu review peristiwa-peristiwa sepanjang 2009.Bila fikirkan kembali,paling menonjol dan nyata tak lain tak bukan adalah kejatuhan financial capitalism.Ok lah sebenarnya bermula penghujung 2008 tapi ombaknya mencurah ke tahun ini.Krisis yang berlaku ini membuktikan betapa tamak dan gilanya manusia.


Gagal Belajar Dari Sejarah

Ada yang rasa 'the worst is behind us' dan kita sedang menuju recovery.Akan tetapi,apa yang berlaku sejak suku terakhir 2008 telah sedikit sebanyak membuatkan kita semua berfikir panjang.Lantas ramai yang makin mempersoalkan kepercayaan mereka kepada sistem kapitalis.Siapa tidak terkejut hanya beberapa ekor malaon mampu menyebabkan tersungkurnya bank-bank dan kegawatan ini.Kelam-kabut,lintang-pukang seluruh dunia akibat kegilaan segelintir manusia rakus.Tetapi sejauh mana kesedaran kita dari pengalaman lampau?Ini bukan pertama kali ekonomi dunia gawat.

Kekantoian Bernie Madoff tidak langsung melunturkan keyakinan terhadap skim Ponzi seperti MLM.Pengajaran lampau dari scam Pak Man Telo tidak dhiraukan.Kalau tak percaya,sila lepak di kedai-kedai mamak sekitar Lembah Klang pada waktu malam dan perhatikan meja-meja penuh dengan para penganut MLM menjalankan perjumpaan ritual mereka.

Sebenarnya,mentaliti kawanan (herd mentality) juga memainkan peranan di sini.Semua orang terhegeh-hegeh mahu cepat kaya.Kemudian semua meraung-raung macam kena tinggal awek/balak tak mahu muflis bila belon yang tak habis-habis ditiup mereka akhirnya meletup.

Ini belum masuk hikayat  kejatuhan Iceland dan Dubai yang bagi gua tak banyak beza dari skim-skim MLM ini.


Pasaran Saham

Sedarkah kita bahawa pasaran saham ini adalah zahirnya terletak pada "faith on the system" semata-mata.Seperti watak Coyote dalam siri kartun Roadrunner,dia ok bila berdiri di udara jika dia tidak pandang ke bawah.Sebaik saja dia melihat ke bawah,serta-merta dia jatuh menjunam.Begitulah dengan pasaran saham.Tergugat sikit atau seketika keyakinan,terus hancur lebur.

Ya,ramai yang menyatakan pasaran saham ini adalah sebenarnya untuk mengumpul kekayaaan dalam jangka masa panjang.Seiring pertambahan penduduk dari generasi ke generasi,perniagaan-perniagaan berkembang dari peluang dan pasaran yang makin besar.Jika perniagaan gagal berkembang,mereka pay out keuntungan dalam bentuk dividen.Pelabor kemudiannya melabur semula dividen untuk membeli lagi lebih banyak saham,lalu meningkatkan pelaburan.

Ini mengambil jangka masa panjang,berdekad.Akan tetapi macam biasalah sikap manusia yang gelojoh asyik mahu untung segera melonjakkan lagi risiko yang sudah pun tinggi.Macam ni,tak kesampaianlah untuk menuai hasil jangka masa panjang.Pasaran saham ini tiada bezanya dengan berjudi.


Gimik-gimik Kewangan

Segala macam jenis "ilmu" kepala bana seperti 'derivatives' dan 'bets' yang diajar di sekolah-sekolah pengajian perniagaan adalah penyebab kejatuhan institusi-instusi kewangan.Manusia-manusia yang kononnya cerdik pandai lulusan institusi2 pengajian yang teragung ni lah yang memporak-perandakan ekonomi dunia.

Mereka mempertaruhkan (bet) cukup orang-orang yang tidak mampu melangsaikan bil-bil would pay off a mortgage loan.Mereka menginsurankan loan-loan tersebut.Adoi,apalah gunanya mereka ni lulus dari Harvard Business School atau London School of Economics bila common sense pun tiada??


Kapitalisme

Ramai yang masih percaya akan sistem ini walaupun mempersoalkan kebergantungannya kepada cabang finance capitalism yang persis seperti 'scam' Pak Man Telo.Mereka berfatwa tentang perlunya merombak semula sistem kapitalis.Salkan-salakan macam ini sudah kita dengar sejak lebih sedekad lalu.

Tapi fikirkan sejenak,sampai bila kita hendak bergantung kepada sebuah belon yang sudah berkali-kali bocor dan ditampal-tampal?

Apa yang kita perlukan bukan meniup semula belon itu.Kita perlukan sebuah bola bowling yang akan strike semua pin-pin yang menjadi penghalang kepada kita untuk memperoleh sebuah dunia yang adil,tidak menyusahkan dan tidak menindas sesiapa.

Woit,walaupun kita perlu mengenangkan sejarah tapi jangan lah jadi macam ramai penyokong Liverpool FC yang hanya bernostalgia dengan sejarah (kecuali gua).Sejarah wajib kita jadikan rujukan dan dorongan untuk mara ke depan dan tidak mengulangi lagi kesilapan dan kekantoian.



3 ulasan:

Comrade Nami berkata...

Member gua pernah melabon dengan aku dengan join MLM dia,boleh dapat RM250,000 dalam masa satu tahun.

Nak dapat RM25 balik pun payah.

Sekarang kerja kat kilang baju.Cover hutang lama.

Anak Abdullah berkata...

setuju dengan 2009 sebagai tahun MLM!!

Ez Puella Sapiens berkata...

2009-The Year Of Ignorance(to be punished).

you tengok,betapa ignorantnya Pakatan Rakyat and you sendiri tengok Hishamuddin Rais sendiri kutuk they all.Anwar no longer on his "cool list".