Ahad, 27 Disember 2009

Antara Kehalusan Dan Terlalu Mencuba a.k.a Kantoi Lah,Wei!

Subtlety adalah seni.Subtlety adalah kehalusan,bijak(baca: licik) dan tangkas bagai jeliran lidah katak.

Subtlety ini digunakan dalam segala macam aktiviti perhubungan atau komunikasi antara manusia,jika bukan semua.Tiada batasan apa jua mediumnya.

Subtlety adalah elemen wajib dalam penyebaran maklumat,propaganda dan mengubah fikiran serta mengolah persetujuan (manufacturing consent).Subtle persuasion (desakan halus) digunakan untuk mengalih pandangan dan membasuh minda dengan efektif.

Tapi sesetengah orang memang nampak ketara sangat terlalu mencuba menjadi subtle,lalu gagal.Atau digagalkan kerana ada yang dapat mencium bau.Ini kelakar.Potong stim.Kantoi.Tak mengapa,cubalah lagi.

Kedai dobi dekat rumah sewa gua cuti panjang.Dah 3 hari tutup.Ni yang buat gua tak ada mood sangat nak tulis.Biar pendek saja entri kali ni.Lebih baik bersantai dan melayan alunan runut bunyi dari album Washing Machine oleh kugiran Sonic Youth.

Ini bukan subtlety dari gua.Tidak.

4 ulasan:

bangunberdiri berkata...

lu menyindir ke? hahahaha

Ez Puella Sapiens berkata...

hik hik!i cadangkan nama blog you ni letak nama "kedaidobi.blogspot.com".hik hik!

ini letak nama birthday ape la..takkan nak tunggu hadiah hik hik!

Johan 23.01.84 berkata...

Bangunberdiri- ini bukan subtlety.tidak..hehe

Ez-hahaha..still considering a few name options..might rename this blog after new year..

Comrade Nami berkata...

gua cadangkan "kailanikanmasin" la.sorang pun tadak angkat lagi.gua dah cek tadi.