Sabtu, 12 Disember 2009

Jangan Bacul!



Mahu terus berjalan…
Satu niat satu haluan
Setakat cuma mengajak berkawan
Demi akal fikrah demi kebaikan

Berbagai cara, berbagai usaha dan berbagai gaya
Telah ramai yang dijumpa
Mengganguk kepala tanda setuju-tersenyum wajah bercahaya

Kata sokongan dilaung begitu gelora
Berapi-api dikhabarkan niat mahu melawan
Gegak-gempita kedengaran hingga ke planet Kejora!

Tapi nyatanya, indah khabar dari rupa
Berbicara disebalik tabir adalah mainan biasa
kata-kata keyakinan hanyalah madah di alam mimpi
di alam nyata... lain pula halnya.

Bila datang seru kenyataan
Ramai yang menikus lupakan pegangan
Semua falsafah menjadi falsampah
merintih diri penuh kekurangan berbekal seribu alasan

Hanya yang tinggal..
Mainan dalih mengharap kekuatan agar turun menyimbah diri!
Namun bergerak tidak sekali!

Ramai yang hidup seperti enau didalam belukar
Yang tinggal…
Hanya sendiri-sendiri.
Melepaskan pucuk masing-masing.

Semoga aku tidak begitu
Semoga kau,dia,mereka,kita..
punya semangat jitu
Biar kata menjadi kota

2 ulasan:

iezat n hobbes berkata...

nice one

ayuuhhh!!!

Ez Puella Sapiens berkata...

i hope this is not anwar ibrahim's poem hik hik!

when greed is might
and justice out of sight
there's only a word that's always right
fight,fight,fight,fight,fight!