Rabu, 16 Disember 2009

Kencing Manis Atau Terus Mengencing Rakyat?




Tak ada siapa pun yang terkejut dengan langkah-langkah pentadbiran negara di bawah kedua-dua Perdana Menteri kita Rosmah Mansor dan Najib Razak yang mentonyoh-tonyoh muka rakyat dengan polisi-polisi yang langsung tidak prihatin kepada masalah rakyat.Beban kehidupan makin meningkat selari dengan kenaikan berat badan Rosmah Mansor.Kita boleh terus melawak dan ketawa tentang de facto PM kita ni tapi dia masih mampu bershopping sakan di gedung-gedung sementara hidup rakyat marhein makin merana.

Barang makanan asas (basic commodities) dan minyak petrol wajib disubsidi oleh kerajaan untuk memastikan harga yang rendah dan tak mensesakkan lagi hidup rakyat terutama yang miskin.Bila mula kedengaran surah mahu kurangkan/mansuhkan subsidi gula,maka mainstream media penjilat bontot kerajaan pun mulalah melakukan spin-spin untuk mengolah persetujuan kita kepada langkah yang dirancang ni.

Segala macam salakan-salakan yang kita dengar dan baca.kerajaan tiba-tiba prihatin tentang kesihatan rakyat.Rakyat disuruh kurangkan pengambilan gula.Gula bahayakan kesihatan,gula penyebab kencing manis,etc.. paling melucukan "gula bahaya kerana cara pemprosesannya sama seperti heroin".Ape punya maha bodoh ni,kalau macam tu baik cakap "teh pun berbahaya sebab cara pemprosesan seperti cara memproses ganja".Nak bikin spin pun biarlah berakal sikit.Masa tak ada pelan kurangkan/mansuhkan subsidi ni tak ada pun angin taufan berita saranan kurangkan gula.

Kita semua tahu gula adalah satu basic commodity yang digunakan oleh semua-ia adalah keperluan seharian.Sudahlah kos sara diri makin melonjak tinggi,maka menjadi kemestian oleh kerajaan untuk menjamin harga komoditi-komoditi asas ni tak membebankan kocek yang dah makin kontang.Ini baru mendahulukan rakyat.Bukan terus mahu lagi menyakitkan kita.Tak ada siapa yang suka disakiti melainkan mereka yang minat 'sado-masochism'.Tapi gua pasti peminat SM ni pun takkan merasa kepuasan seksual dengan kesakitan akibat kenaikan harga barang.

RM 720 juta yang dibelanjakan kini untuk subsidi-subsidi pada rasa gua bukan satu jumlah yang melampau untuk diteruskan.Angka ini adalah nothing much jika dibandingkan dengan berbillion ringgit yang dibazirkan dengan rakus tak ingat dunia untuk perbelanjaan ketenteraan,projek-projek gila dan bodoh seperti F1,aktiviti2 pecah-memecah rekod-rekod yang tak bermakna,bail-outs para kroni-kroni dan yang paling bikin kita panas,kebocoran akibat rasuah dan penyelewengan.Dah 10 tahun berturut-turut negara alami budget defisit disebabkan pesta telan dan lingkup ni.Sesiapa masih tak nak percaya,pergi cari laporan Ketua Audit Negara.Mengapa tidak dikurangkan atau hentikan saja kegilaan-kegilaan yang memboros tersebut ?

Jika masih tak percaya negara makin miskin,hari ini Parlimen Malaysia memulakan pembentangan bacaan pertama rang undang-undang GST.Jika diluluskan nanti GST ni akan dikenakan sebanyak 4 %.Alasan kerajaan adalah untuk menambah tabung pendapatan negara yang dah makin pokai akibat kerakusan dan kegilaan para pemerintah kita serta sumber-sumber kekayaan hasil alam yang makin hari makin kurang.

Di kala ini,sebelum roh GST ni akan datang menghantui kita,hanya lebih kurang 3 juta orang daripada  27 juta rakyat Malaysia yang harus dan layak dikenakan cukai pendapatan.Tetapi selepas GST ini dilaksanakan,kita semua akan dicukai tanpa ada sebarang pengecualian kepada sesiapa pun.Dan jangan kita mimpi GST ni akan kekal pada 4% sampai bila-bila.Cuba tengok contoh-contoh negara-negara lain,untuk tidak mengapi-apikan lagi kemarahan rakyat,nate bewok GST ni biasanya dilepaskan dari kandang dengan kadar rendah dan akan naik gradually selepas beberapa tahun.

TIADA justifikasi langsung untuk mengurangkan subsidi atau mengenakan GST.Mengapa rakyat terus dihukum akibat kerakusan kerajaan kita?Alasan kerana nak atasi masalah penurunan hasil cukai,naikkan lah cukai korporat!Balik-balik untung nasib para kroni kapitalis dan para pemerintah saja diambilkira,kepala bana apa "rakyat didahulukan"??Dan tak payahlah temberang dengan lawak bodoh yang kita akan mencapai ekonomi berpendapatan tinggi dengan cara kenakan GST.Kalau dah masih negara dunia ke-3,jangan berlagak macam negara maju.

Rakyat marhein masih tak sedar ke siapa yang subsidikan siapa sebenarnya?!


5 ulasan:

Ez Puella Sapiens berkata...

GST a.k.a. Goddamn Stupid Tax are also controversial in Canada few years ago.When Prime Minister Brian Mulroney did that in 1991,the next election Jean Chritien the opposition won with a big landslide victories,even the toughest area like Calgary which always rooted with conservatism turn up against Mulroney policy.

Talk about tax,it's the corporate that we not just tax,we take away what we belong from them.Only morons will agree with GST.

nami o fish berkata...

sebelum gua komen terlebih dahulu gua bengang gila lu mendollah time gua kena kepung dengan polis kat maluri.nak tak nak ameer ehsan terpaksa menjadi kubu aku,sementara menggoogle jalan keluar setelah diroad block di seluruh kawasan.

tapi komen gua di atas adalah manifestasi dari cerita GST yang lu petik - kerajaan dah takde duit jadi kerajaan mau pow rakyat.sebab tu roadblock makin menjadi-jadi,kejadian menaikkan cukai semakin berleluasa.

jadi - sekiranya pelajar-pelajar yang pergi ke universiti ini berfikir untuk mempertahankan hak rakyat daripada dipow kerajaan - lagi bagus - tak payah aku call nko pukul 3 pagi tapi lu tak angkat.

Johan 23.01.84 berkata...

Ez-the establishment likes to say things like "orang2 tertentu menghasut kebencian rakyat terhadap kerajaan"..haha..but the strongest hasutan is by the government themselves by doing crap things to the people n pour fuel into the fire..sad to say,in Malaysia still lots of people have the stupid mindset of "government knows best"..

Nami- hahaha woit mlm kelmarin lepak melabon sampai pagi mana gua tak mendollah je smlm..

haha bagus juga analogi lu tu..

Tanpa Nama berkata...

kenapa kena subsidi minyak?
reserve dlm negara sket jer nk saport demand negara, kene import lg,again,kenapa nk nk subsidi minyak?

Johan 23.01.84 berkata...

tanpa nama-kenapa kerajaan tak buat akta gaji minima??kenapa msa ekonomi gawat nk buang subsidi??kenapa ms mcm skrg buat benda2 yg lg menyusahkn rakyat??