Khamis, 24 Disember 2009

Manusia Seluruh Dunia,Berayalah!




Kita manusia wajib merayakan kehidupan.Sejak awal kewujudan manusia lagi,telah dicipta segala-macam jenis cara untuk merayakan kehidupan.Dari alat musik ke dansa hingga ke tapai-tapai dan macam-macam lagi.Jangan bodoh,jangan cetek,ini bukan promosi "budaya barat"(woit,arak atau alkohol adalah ciptaan orang Arab)Semuanya demi merayakan hidup yang singkat di muka bumi ini.Ya,hidup ini terlalu pendek untuk tidak kita rayakan.Tapi apakah kita betul-betul merayakan kehidupan?Adakah merayakan kehidupan cuma dengan berdansa,bermuzik atau menapai?

Dari pengalaman hidup kita semua tentu akan berada dalam situasi di mana kita tidak ingin menerima kenyataan yang kita hadapi. Terkadang terasa berat untuk mengakui sesuatu yang tidak kita inginkan,lantas kita berbohong kepada diri sendiri dengan segala macam kita lakukan untuk menutupi dan menyembunyikan hakikat kekurangan atau kegagalan diri kita.

Hidup bernilai bukan hanya kerana hidup dapat dilihat, disentuh, dan dirasa tetapi juga kerana hidup akan lenyap suatu hari nanti.Orang yang merayakan kehidupannya tidak menjadikan masa lalu menjadi sebuah penjara atau membiarkan yang dah lepas terus menghantuinya.

Akan tetapi dia menghadapi kenyataan sejarah dan cuba sebaik-baiknya menerima yang lampau sebagai unsur yang mengajar untuk terus melangkah ke depan dan berani mencuba lagi.Persetankan rasa takut untuk menemui kegagalan lagi di masa depan.Kegagalan itu lumrah.Bila gagal kita bangun berdiri,time and time again (ayat memang gila cliche)Merayakan kehidupan diertikan sebagai pengakuan atas masa kini, dengan mengenang masa lampau dan mengharapkan lebih lagi akan masa depan.

Orang yang mampu merayakan hidupnya dapat menghindar dari godaan untuk hanya mencari kegembiraan atau cuma mengenangkan kesusahannya saja. Perayaan bukan bermaksud menyembunyi dari menghadapi kenyataan. Perayaan merupakan penerimaan hidup seadanya yang penuh dengan suka dan duka,kejayaan dan kehampaan.

Perayaan hanya mungkin kalau ada kesedaran yang mendalam bahawa kehidupan dan kematian tidak terpisah, ketakutan dan keberanian,kebencian dan kasih sayang, kegembiraan dan kesusahan, air mata dan senyum dapat bersama seiring.

Rasa perit dan onak duri hidup sudah sebati dengan kita tapi kita raikan juga kehidupan ini.Segala suka duka,segala sedih gembira kita rayakan segala rasa-rasa ini.Yang di hadapan.Yang di belakang.Yang pandai.Yang bodoh.Yang sedar.Yang mendollah.Yang berjaya.Yang gagal.Yang teruja.Yang kecewa.Yang bercinta.Yang gagal bercinta.Yang berpunya.Yang single dan yang separa-single.Mereka semua kita rayakan bersama.

Manusia seluruh dunia,rayakanlah kehidupan!

p.s pinjam ayat Tukar Tiub,Selamat Menyambut Maulidur Rasul Nabi Isa..juga Selamat Tahun Baru..Selamat berpesta sepanjang minggu ni..Cheers!

(Disclaimer: Penulis tidak mendapat apa-apa tajaan mahupun imbuhan dari Moet et Chandon,Johnnie Walker,Carlsberg mahupun Durex serta para penyeludup mercun dan bunga api untuk tulisan ini.Harap maklum.)

3 ulasan:

Comrade Nami berkata...

woit,kot yer pun nak beraya janganlah belasah mendollah woit!kah kah kah!

p/s:aku roger2 rumah kat puchong.bas banyak,rumah kedai banyak.bas berhenti straight kat kl sentral,ok tak lokasi tersebut?

sila roger.tq!

MALAYSIAterbaek berkata...

selamat menyambut ulangtahun kelahiran nabi Isa???

oh mcm tak sesuai lagaknya.

Tanpa Nama berkata...

cara penulisan kau banyak pengaruh isham rais...

apa2 pun, blog kau menarik dibaca.
:)