Isnin, 14 Disember 2009

"Bisa" Itu Maksudnya "Boleh" atau "Racun"?

Tak kira apa saja kita teringin nak buat,pasti wujud segala macam jenis nasihat dan panduan yang pragmatik kononnya untuk menunjukkan kita cara yang 'terbaik',yang paling padu.Lagi-lagi lah dengan kewujudan Internet ni.Macam mana nak tulis,macam mana nak blog,macam mana nak macam mana.....Setiap orang menulis dengan cara,pengaruh dan sudut yang berlainan.Semuanya hasil kesinambungan dari apa yang dilihat,difikir dan faktor persekitaran.

Ya,kebanyakan jika bukan semua hasil tulisan para pemikir ratiocinative dan cendekiawan termasuk yang diangkat ke taraf magnum opus adalah susah untuk disangkal dan secara amnya diterima pakai.Akan tetapi hakikatnya hasil-hasil mereka ini tidak lebih dari idea-idea yang subjektif walaupun telah dilakukan kajian yang maha intensif.Woit,bukan gua nak memperlekehkan sesiapa,cuma kita wajib ingat semuanya adalah fakta am atau generalisation.Setiap insan adalah berlainan.Tiada satu acuan yang boleh fit setiap manusia.

Falsafah,idea dan ideologi adalah demi mewujudkan kesedaran baru untuk menambahbaik apa yang telah sedia ada.Bukan untuk ubah segalanya.Kerana kita tidak mungkin mampu mengubah keseluruhannya siapa diri kita.Kita tak boleh memadam sejarah yang menghadirkan kita seadanya sekarang,jika itu berlaku kita mungkin hilang segalanya yang kita telah wujudkan.

Idea-idea pembaharuan datang dari kesedaran tentang kesilapan lampau,bukan dari kesempurnaan.Jika hadir dari kesempurnaan,buat apa nak ubah lagi?Oleh kerana itu kita masing-masing melihat dari persepsi yang berlainan.Cuma ada satu sahaja coherence antara kita manusia semua,iaitu melakukan kesilapan dan tidak sempurna.