Rabu, 16 Disember 2009

Kencing Manis Atau Terus Mengencing Rakyat?




Tak ada siapa pun yang terkejut dengan langkah-langkah pentadbiran negara di bawah kedua-dua Perdana Menteri kita Rosmah Mansor dan Najib Razak yang mentonyoh-tonyoh muka rakyat dengan polisi-polisi yang langsung tidak prihatin kepada masalah rakyat.Beban kehidupan makin meningkat selari dengan kenaikan berat badan Rosmah Mansor.Kita boleh terus melawak dan ketawa tentang de facto PM kita ni tapi dia masih mampu bershopping sakan di gedung-gedung sementara hidup rakyat marhein makin merana.

Barang makanan asas (basic commodities) dan minyak petrol wajib disubsidi oleh kerajaan untuk memastikan harga yang rendah dan tak mensesakkan lagi hidup rakyat terutama yang miskin.Bila mula kedengaran surah mahu kurangkan/mansuhkan subsidi gula,maka mainstream media penjilat bontot kerajaan pun mulalah melakukan spin-spin untuk mengolah persetujuan kita kepada langkah yang dirancang ni.

Segala macam salakan-salakan yang kita dengar dan baca.kerajaan tiba-tiba prihatin tentang kesihatan rakyat.Rakyat disuruh kurangkan pengambilan gula.Gula bahayakan kesihatan,gula penyebab kencing manis,etc.. paling melucukan "gula bahaya kerana cara pemprosesannya sama seperti heroin".Ape punya maha bodoh ni,kalau macam tu baik cakap "teh pun berbahaya sebab cara pemprosesan seperti cara memproses ganja".Nak bikin spin pun biarlah berakal sikit.Masa tak ada pelan kurangkan/mansuhkan subsidi ni tak ada pun angin taufan berita saranan kurangkan gula.

Kita semua tahu gula adalah satu basic commodity yang digunakan oleh semua-ia adalah keperluan seharian.Sudahlah kos sara diri makin melonjak tinggi,maka menjadi kemestian oleh kerajaan untuk menjamin harga komoditi-komoditi asas ni tak membebankan kocek yang dah makin kontang.Ini baru mendahulukan rakyat.Bukan terus mahu lagi menyakitkan kita.Tak ada siapa yang suka disakiti melainkan mereka yang minat 'sado-masochism'.Tapi gua pasti peminat SM ni pun takkan merasa kepuasan seksual dengan kesakitan akibat kenaikan harga barang.

RM 720 juta yang dibelanjakan kini untuk subsidi-subsidi pada rasa gua bukan satu jumlah yang melampau untuk diteruskan.Angka ini adalah nothing much jika dibandingkan dengan berbillion ringgit yang dibazirkan dengan rakus tak ingat dunia untuk perbelanjaan ketenteraan,projek-projek gila dan bodoh seperti F1,aktiviti2 pecah-memecah rekod-rekod yang tak bermakna,bail-outs para kroni-kroni dan yang paling bikin kita panas,kebocoran akibat rasuah dan penyelewengan.Dah 10 tahun berturut-turut negara alami budget defisit disebabkan pesta telan dan lingkup ni.Sesiapa masih tak nak percaya,pergi cari laporan Ketua Audit Negara.Mengapa tidak dikurangkan atau hentikan saja kegilaan-kegilaan yang memboros tersebut ?

Jika masih tak percaya negara makin miskin,hari ini Parlimen Malaysia memulakan pembentangan bacaan pertama rang undang-undang GST.Jika diluluskan nanti GST ni akan dikenakan sebanyak 4 %.Alasan kerajaan adalah untuk menambah tabung pendapatan negara yang dah makin pokai akibat kerakusan dan kegilaan para pemerintah kita serta sumber-sumber kekayaan hasil alam yang makin hari makin kurang.

Di kala ini,sebelum roh GST ni akan datang menghantui kita,hanya lebih kurang 3 juta orang daripada  27 juta rakyat Malaysia yang harus dan layak dikenakan cukai pendapatan.Tetapi selepas GST ini dilaksanakan,kita semua akan dicukai tanpa ada sebarang pengecualian kepada sesiapa pun.Dan jangan kita mimpi GST ni akan kekal pada 4% sampai bila-bila.Cuba tengok contoh-contoh negara-negara lain,untuk tidak mengapi-apikan lagi kemarahan rakyat,nate bewok GST ni biasanya dilepaskan dari kandang dengan kadar rendah dan akan naik gradually selepas beberapa tahun.

TIADA justifikasi langsung untuk mengurangkan subsidi atau mengenakan GST.Mengapa rakyat terus dihukum akibat kerakusan kerajaan kita?Alasan kerana nak atasi masalah penurunan hasil cukai,naikkan lah cukai korporat!Balik-balik untung nasib para kroni kapitalis dan para pemerintah saja diambilkira,kepala bana apa "rakyat didahulukan"??Dan tak payahlah temberang dengan lawak bodoh yang kita akan mencapai ekonomi berpendapatan tinggi dengan cara kenakan GST.Kalau dah masih negara dunia ke-3,jangan berlagak macam negara maju.

Rakyat marhein masih tak sedar ke siapa yang subsidikan siapa sebenarnya?!


Bila Emo,Macam-Macam Falsampah Dimuntahkan





Encik Nami O Fish berkata "Cinta yang sejati adalah cinta yang gagal..".Statement ini membuat gua ketawa sinis dalam hati walaupun gua sendiri rasa camtu bila emo..Tapi.. Kalau semua cinta sejati gagal,berapa ramai je manusia yang berseronok-nonok dan berzakar-ria lalu menghasilkan zuriat??kalau camtu,mesti manusia ni sedang diancam kepupusan.

Dengar sini:

Cinta tidak pernah gagal..cuma uda dan dara yang gagal bercinta.
Cinta adalah penyelesai masalah..
Cinta adalah ingat-mengingati..
Cinta adalah pemusnah keresahan..
Cinta memungkinkan segala..


Cinta yang tercalar bukan untuk ditangisi
namun adalah untuk dimengerti erti suka hidup ini..


p.s Gua nak muntah lepas buat entri ni..gila jiwang,tak rock langsung wei! hahaha..apepun ini adalah FUCKta!