Jumaat, 18 Disember 2009

Bikin Panas Memikirkan Dilemma Pemanasan Global


Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-15 (COP 15) berlangsung sepanjang minggu ni dan akan berakhir hari ni.Tapi gua bukan nak bebel secara saintifik pasal bahana pemanasan global atau bersyarahan pasal cara-cara untuk melambatkan atau mengurangkan kesannya.Sudah ada banyak tulisan-tulisan ilmiah mengenai topik ini.

Yang membuat gua tergerak hati untuk tulis pasal hal ni adalah sebab gua telah banyak membaca pandangan-pandangan mereka yang skeptikal dan mentongsampahkan terus teori perubahan iklim dunia dan pemanasan global ni.

Ok,sememangnya tidak dapat disangkal ada berlambak malaon-malaon kapitalis yang mengambil kesempatan terhadap momok pemanasan global yang menghantui penduduk dunia.Mereka dengan licik mempermainkan dan memanipulasi perasaan bimbang kita demi menjana keuntungan opportunis.Sukar untuk kita benar-benar yakin siapa yang jujur,termasuk Michael Moore yang bergelar jutawan tu dan Bono dari band U2 yang terus membebel pasal alam sekitar tapi menyumbang kepada pelepasan gas karbon yang melampau melalui konsert-konsert gergasi bandnya.Akan tetapi kita patut sudah biasa dengan hipokrasi macam ni.Ni lah perangai tipikal manusia di dunia kapitalis hari ni,segala-galanya berkiblatkan keuntungan.Budaya konsumerisme sudah menjadi oksigen kepada kita.

Kita jugak telah lama bosan dan tak ambil peduli apa kejadah persidangan-persidangan dan perjanjian-perjanjian antara pemimpin sedunia yang telah,sedang dan akan berlaku.Semuanya langsung tidak menawarkan apa-apa perubahan yang signifikan.Malaon-malaon ni cuma berminat mencari langkah-langkah yang akan mendatangkan beban yang seminimum mungkin kepada dunia kapitalis.

Jika dari segi saintifik pula,bukti-bukti  untuk menyokong teori pemanasan ni rata-rata masih belum konklusif.Bukti memang bertimbun tapi masih boleh dipertikaikan.
Akan tetapi,walaupun kita belum dapat memastikan sama ada pemanasan dunia ini fakta atau auta,kita tak boleh menjadi manusia yang bodoh sombong.Perhatikan dan rasa apa yang berlaku di sekeliling kita.Bacalah tulisan-tulisan dan laporan-laporan yang berlonggok-longgok di Internet dan nilaikan sendiri.Hakikatnya walaupun bukti yang tidak dapat disangkal langsung masih belum ada,para cendekiawan sains secara amnya bersetuju terdapat asas yang kukuh untuk menyokong teori pemanasan ini.

Cuba kita fikirkan,mereka yang tidak percaya langsung kepada pemanasan global ini menganggapnya sebagai teori konspirasi.Tanggapan mereka ini juga merupakan satu teori sensasi by itself.Mereka juga tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendukung tanggapan mereka itu.Mereka juga boleh kita tuduh mempunyai kepentingan untuk dijaga,lantaran itu mereka menjaja ajuan yang menolak teori pemanasan dunia.

Tidak kurang,ada juga yang memuntahkan ayat klise ini,"act of God".Baguslah,semua yang buruk salahkan takdir Tuhan.Bila senang langsung tak ingat Tuhan.Apakah Tuhan ni sadis sangat dan hanya mahu menyusahkan ciptaannya sendiri??

Ni lah conundrum kita.Nak percaya,kot-kot macam henjut-henjut tapi tak pancut pula karang.Tak percaya pulak nanti bagai mahu menegakkan kembali lancau yang dah pancut.Jadi macam mana ni?."Apa saya mahu bikin?",bak kata Samy Vellu.Memang pening,memang bikin panas memikirkan hal ni.

Bagi gua,macam ni lah.Gua percaya "it is better to be overtly paranoid than to be caught off-guard".Memanglah belum ada negara atau pulau yang dah tenggelam.Memang betul kita tak dapat buktikan Arctic dan Antartika akan terus cair dan lesap.Sama ada pemanasan ni adalah cuma satu proses semulajadi bumi yang merupakan satu fasa yang bersilih-ganti atau ianya akibat kerakusan dan kebodohan manusia selama ni,bukan persoalan yang paling penting.Yang wajib kita lakukan adalah mula sedar dan hentikan kebodohan kita yang mencemarkan dan merosakkan dunia kita sendiri.