Selasa, 29 Disember 2009

Blues Hujung Tahun

Seperti biasa pada masa-masa macam ni,gua sedang dilanda krisis keyakinan hujung tahun.Simptomnya gua tak ada mood dan cepat menyampah.Geram dengan dunia dan diri sendiri.Seolah-olah dunia sedang menjerit "Berhentilah berharap,terima saja seadanya!" dan gua cuba memekakkan telinga.

Usia pun meningkat dan gua rasa terlalu banyak yang gua masih belum lakukan dan masa yang tinggal di atas muka bumi ni terlalu singkat.Tapi kan, 'year end blues' ni datang dan pergi begitu saja sejak 4 atau 5 tahun kebelakangan ni.Terima saja perasaan ni sebagai normaliti.Anggap je seolah satu kitaran fasa.

Walau apa pun,seperti biasa gua akan menutup tahun ni dan memulakan kalendar baru tanpa membuat sebarang azam baru.Bukan saja gua rasa ni perilaku yang poyo.Tapi kerana apa yang tertinggal akan tetap tertinggal jika kita mulakan kesemuanya dengan yang baru.Yang terlepas akan kekal terlepas.Tersorok,tersembunyi di khutub khanah memori dan sejarah.Tapi sentiasa tersedia untuk dirujuk kembali jika perlu.

Azam baru adalah satu "penindasan" kepada harapan lama.Kemahuan lama yang belum tercapai akan kita tinggalkan begitu saja tanpa ada daya untuk terus mencuba untuk mencapai impian itu.Hasrat yang belum tercapai akan kekal sehingga hembusan nafas terakhir kita.Ia tidak akan hilang.Kita saja yang membutakan diri dari menghadapi hasrat yang tak kesampaian.

Akan tetapi,tiada guna kita membanjiri hidup dengan penyesalan demi penyesalan atas kegagalan lalu.Yang lama wajib seiring dengan yang baru dan yang mendatang.Tapi cakap memanglah senang.Realitinya bila harapan lama bertembung dengan realiti baru,kita jadi bercelaru.Susah.Kacau bilau.Tapi nak buat macam mana? C'est la vie..Que sera sera..Memang ayat-ayat yang cliche tapi hidup ni memang cliche pun.

Tak payah lah buat resolusi tahun baru.Tak usahlah catitkan wish list.Bukan saja menambahkan beban kepada hidup yang dah sememangnya membebankan tapi kita tidak akan berhenti berharap.Kita tidak pernah puas.Dah sememangnya lumrah manusia.


I wish,I wish,I wish,I wish...I guess it never stops.. - Wishlist oleh Pearl Jam

Antara Yang Lucah,Seni Dan Yang Ditindas




Gua ketawa saja tiap kali membaca komen-komen pembaca di Tukar Tiub yang membidas Hishamuddin Rais kerana menggunakan perkataan-perkataan serta imej-imej lucah dalam entri-entrinya.Sebelum tu,jangan anggap ni tulisan dari genre bodek.

Apa itu lucah atau kelucahan (obscenity)? Kebanyakan orang akan menjawab ianya penggunaan imej dan ayat-ayat berunsur atau berkonotasi seks.Definisi ini tidak lebih dari suatu konstruk oleh aristokrasi mekanikal/bourgeosie.

Sigmund Freud berkata dalam Three Essays On The Theory Of Sexuality bahawa kelucahan/kejijikan adalah satu mekanisme pertahanan untuk menghalang fikiran minda separa sedar dari mencapai pemenuhan kendiri (self-actualisation).Dalam kata lain,norma masyarakat berkenaan kelucahan adalah bertujuan untuk menumpulkan fikrah semulajadi dari berkembang dengan normal.Ia digunakan oleh daulah bertujuan mengkaburi dan menghalang minda dari menjana buah fikiran yang jujur.

Sekatan atau larangan terhadap kelucahan adalah undang-undang moraliti buatan manusia yang menyekat dan menanam satu penghalang automatik dalam individu.Lalu membuat individu sentiasa berhati-hati atas kepercayaan tak mahu melanggar peraturan fikrah ini.Akhirnya individu yang dibatasi benteng ini gagal dan tidak mampu mengekpresi naluri semulajadi,pendapat sebenar dan melawan demi kepercayaan dan keperluan.

Jikalau seseorang artis,penulis atau pemuzik itu menghalang dirinya dari mengekspresi mesej atau fikirannya secara menyeluruh dari elemen-elemen lucah,jijik,kotor maka dia bukanlah seorang yang benar-benar jujur.Dia tidak/ gagal melihat secara menyeluruh semua aspek dan faktor dalam mempersembahkan subjek atau karyanya.Dia cuma seorang poseur.

Woit,nanti dulu.Gua tak bermaksud kita semua wajib memasukkan elemen lucah dan jijik dalam apa-apa saja.Jika dirasakan perlu,kita tidak harus menghalang diri kita dari berbuat demikian.Kita ambil contoh penghasilan sebuah tulisan;kita bukan saja menggunakan perkataan yang "cantik" dan "berkias" tapi kita kena akui yang "buruk" dan "mudah" juga kena ada untuk membentuk suatu ayat."Artistic eloquence" yang meyakinkan adalah penerimaan kedua-dua belah aspek,yang cun dan yang hodoh."Yin" dan "Yang".

Berbalik kepada isu kelucahan.Penggunaan perkataan atau imej lucah dan jijik menambah estetika kepada karya.Jika kita mahu menghasilkan satu karya yang mahu menkomunikasikan penderitaan dan kesakitan -takkan lah nak gunakan ayat-ayat manis betul tak?

Dalam karya sastera,pemilihan perkataan sangatlah penting dalam membentuk imaginasi pembaca terhadap sesuatu mood atau emosi.Perkataan seperti "punai" atau "cibai",walaupun jika kita tak aplikasikan dalam konotasi seksual,adalah sangat berkesan dalam konteks menghuraikan kemarahan dan juga humour.Bukan saja amat catchy malah sangat versatile.

Dan ingin gua ajukan persoalan ini - apa sebenarnya yang jijik lagi menjengkelkan? Kebobrokan, kerakusan wang ringgit dan kuasa serta penindasan dan ketidakpedulian terhadap rakyat marhein oleh puak-puak bourgeoisie ataupun ayat-ayat yang kasar,lucah, kotor yang digunakan oleh kita untuk membidas dan menghina mereka? Takkan nak gunakan ayat-ayat sopan lagi mesra untuk ditujukan kepada malaon-malaon ni kot?

Jika kelucahan/kejijikan mampu mengejutkan orang ramai dari terus dikhayalkan dengan janji-janji kosong dan harapan palsu oleh daulah dan politikus serta menghentikan penghasilan manusia yang bonsai fikrah dan gagal mencapai potensi sebenar,maka sekurang-kurangnya ia adalah suatu "necessary evil" atau pun satu 'kawan sampingan'.

Kata-kata lucah adalah simbolik kepada penindasan rakyat.Kerana kata-kata ini sendiri "ditindas" disebabkan konstruk sosial manusia.

Dalam konteks seni,dah tentu seseorang pengkarya mempunyai jauh lebih integriti artistik dengan 'membogelkan' persona tulennya daripada seseorang yang dibelenggu self-sensorship.