Khamis, 14 Oktober 2010

A ke B...B ke A

Ada seorang lelaki.Rutinnya adalah bergerak atau membuat perjalanan dari A ke B.Dan apabila mahu pulang,dari B ke A.Kebanyakan masanya dihabiskan sama ada berada di A atau di B.Masa hentian ketika perjalanan tidak banyak bervariasi.Tempoh perjalanan sama ada dari A ke B atau sebaliknya juga sentiasa agak setara setiap kali.

Kadang-kala ketika dalam perjalanan,sang isteri akan menelefon lelaki itu.Tiap kali ditanya di mana dia berada,lelaki itu akan menjawab " di antara A dan B" atau jika dalam perjalanan pulang "di antara B dan A".Di mana kedudukan tepat dia berada tidak penting, jawapannya tetap sama tiap kali - di antara 2 titik. Jikalau isterinya menelefon di saat dia sudah tiba di B,dia akan menjawab sudah berada di B.

Pada suatu hari seperti biasa dia membuat perjalanan dari A ke B.Seperti sebelumnnya juga dia menjawab panggilan dan memberitahu isterinya yang dia berada di antara A dan B.

Tetapi...apabila diasampai ke kawasan yang terletaknya B, dia tidak menjumpai B.Tempat itu betul,lelaki itu tidak sesat atau tersilap jalan.Akan tetapi B sudah tiada.Walaupun kawasan itu masih sama namun tanpa B,ia sukar dicam.Sudah berubah.Lelaki itu kerisauan dan tidak sedap hati.Dia mundar-mandir sambil memberitahu dirinya sendiri bahawa dia berada di tempat yang salah dan sebenarnya B bukan di situ tetapi 'ada ditempat asalnya'.

Sedang lelaki itu dilanda kebingungan, dia menerima panggilan dari sang isteri.Soalan yang biasa ditanya.Senyap.Tiada jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu.

Dia terus mundar-mandir,ke hulu ke hilir seperti cacing kepanasan.Tidak puas hati.Hati tidak tenteram.Berharap dia sememangnya telah tersilap.Namun dia tidak tersalah ambil jalan atau terlajak kerana mengelamun ketika dalam perjalanan.Memang betul,itulah lokasi B.Cuma B sudah tiada,tak tahulah sama ada telah lenyap atau tenggelam seperti benua Atlantis.Tidak diketahui apa yang terjadi,B telah tiada lagi di situ.

Akhirnya dia kecewa dan akur.Dia pun bergerak pulang ke A.Sekali lagi dia ditelefon oleh isterinya.Soalan rutin ditanya seperti biasa.Lelaki itu gagal menjawab,tak mungkin dia boleh berkata dia berada di antara B dan A kerana B dah tiada.Tiada jawapan darinya.

Walau bagaimanapun dia pulang dengan selamat dan lega isterinya.Perkara pertama dibuatnya saat tiba adalah berkata dengan nada seakan-akan meneriak "berada di A!" .Dia yakin di mana dia berada.Tidak pun dia ditanya.

Isnin, 11 Oktober 2010

Kicau..Kicauan..Pengicau



Blog ini tak mati,cuma memang dah kurang update blog.Ni semua gara-gara Twitter.Gua sudah ketagih.Kesian Sang Kekasih gua dimadukan dengan burung Twitter.Kalau ada akaun Twitter silalah ikut (follow) kicauan gua http://twitter.com/#!/j_stratslinger atau lihat di sebelah kanan blog ini.

nota: entri ini dibuat selepas kecewa menunggu kot-kot ada siaran langsung malam pertama si angkasawan dengan bini dia.siaran langsung persandingan aje buat ape. kahkahkah

Khamis, 30 September 2010

Jangan Jadi Skema!


(sila klik untuk besarkan poster)



Siapa ada masa atau tinggal atau kampung di Johor,datang lah ke event ni nanti.

Jangan jadi mat atau minah skema!pergi mamposlah,buat apa nak pakai tali leher,baju batik atau baju kurung satu warna?!

P/s: kepada mamat asal dari Kluang yang jadi salesman kat Jalan Telawi tu,bukak lah tie tu.jadilah kreatif sikit,pakai skarf ke ape ke kahkahkah

Sabtu, 11 September 2010

Mungkin Versi Nyanyian Semula Terbaik Raya Tahun Ini





Sebenarnya gua cukup menyampah versi-versi cover lain lagu asal Saloma ni.Tapi versi oleh Zee Avi ni memang layan,beb!

Khamis, 9 September 2010

Selingan..Maaf Ganggu Raya Kejap


Zwan - Honestly





I believe
I believe
I believe
I believe the love you talk about with me
is it true, do I care
honestly, you can try to wipe the memories aside
but it's you that you erase

'cause there's no place that I could be without you
it's too far to discard the life I once knew
honestly, all the weather storms are bringing
are just a picture of my dreams
'cause when I think of you as mine
and allow myself with time
to lead into the life we want
I feel loved, honestly
I feel loved, this honestly

I believe you mean the best that life can bring
I believe in it all
honestly, you can try
your heart is just as long as mine
is it ours to let go

'cause there's no place that I could be without you
it's too dark to discard the life I once knew
honestly, a single wrong is not enough
to cover up the pain in us
'cause when I think of you as mine
and allow myself with time
to lead into the life we want
I feel loved, honestly
I'll make a joke so you must laugh
I'll break your heart so you must ask
is this the way to get us back
I don't know, honestly
I don't know, this honestly

there's no place that I could be without you
honestly

there's no place that I could be without you
there's no place that I could gleam without you
there's no place that I could dream without you
there's no place that I could be without you
honestly




p/s  Gua tahu ramai peminat Smashing Pumpkins yang tak suka Zwan,sebuah supergroup yang dianggotai bekas ahli Smashing Pumpkins,A Perfect Circle,Tortoise,Slint (ni dikatakan band genre postrock pertama) yang ditubuhkan pada circa 2002 dan cuma menghasilkan satu album sebelum menggulung tikar.Tak tahu lah pendapat lu orang (terutamanya si Holden Caulfield) tapi gua agak suka hasil mereka (mungkin gua bias kerana ini gandingan 4 buah band yang gua minat)

p/p/s  Dinda, perkataan Zwan macam 'swan' je hehe

Rabu, 8 September 2010

Isnin, 6 September 2010

Harap Kemudian Lelap?







Akulah yang menunggu,mencuba,melawan,berharap,berdoa,berserah ..wahai kehidupan
Sering tersimpang kucuba melangkah
Selalu juga tanpa kata kucuba berbicara
kekadang tanpa asa, kucuba terbangkan jiwa dan semangatku

Menyerahlah padaku engkau wahai kehidupan
Tak relakah engkau biarkan aku melihat apa di hadapan?
Agar aku bertemu dengan ketentuan
Disini, semua pun sama sepertiku dengan tulus jiwa terus memperjudikan segalanya dengan harapan

Saat tak ada lagi ketidakpastian, saat tak ada lagi penderitaan
Yang ada hanyalah aku,dia,mereka dan kehidupan
Yang bercumbu mesra  bermanja
Sambil berdendang dengan syair-syair kemanusiaan di atas pusara ketidakadilan



Memanglah aku gemar bermimpi
Kerana akulah kehidupan yang mendambakan kehidupan
Kerana akulah yang terus menunggu,mencuba,melawan,berharap,berdoa,berserah
Kerana yang pasti hanyalah perubahan dan ketidaktentuan



Sementara itu ...Rilek lah,brader! 
ZzZzZz





Ahad, 5 September 2010

Antara Filem Avatar dan Orang-orang Asal Peribumi




Di kala bersama dengan sang kekasih ke pawagam minggu lepas, gua terlihat poster untuk filem "Avatar: Special Edition" (apa yang special??).Lalu mengingatkan gua yang gua belum pun menonton Avatar versi 'tidak special' yang meletup di box office tahun lalu.Gua tak ada langsung rasa teringin nak menontonnya ketika itu.Gua tiada nafsu nak tonton bukan kerana gua rakyat Amerika yang menyampah dan prejudis dengan James Cameron kerana dia dari Kanada.Tapi gua seperti 'allergik' dengan si mamat ini yang gemar menghasilkan  filem-filem yang terlalu bergantung kepada teknologi tetapi jalan cerita dan lakonan pula haprak dan klise.Awek gua alergik kacang dan jika makan akan gatal-gatal dan merah-merah di leher sperti love bites tapi gua alergik dengan James Cameron kerana mamat ini menipu penonton dengan membuat kita teruja dengan efek teknologi dan tak nampak cerita yang haprak.Seperti filem-filem Terminator,Abyss,Aliens dan Titanic (malah amat suka meng-special edition-kan filem-filemnya).Jika Malaysia ada Razak Mohaideen yang bikin filem-filem sampah tapi pecah panggung,maka Kanada oops.. Hollywood ade James Cameron.

Ok lah,melampau lah nak samakan si Cameron dengan si Razak Mohaideen sebab filem-filem Cameron tak lah sampah sangat.Cuma bagi gua,bila gua tengok berhibur tengok filem,gua nak berfikir dan menyerap ilmu jugak,bukan nak ber 'ooh',ber'aah',ber'wow' tengok special effects semata-mata. Tapi saat gua terpandang poster itu minggu lepas entah mengapa tiba-tiba gua tergerak hati untuk download filem Avatar ini.

Dalam film James Cameron, Avatar, suku alien di suatu planet sedang berusaha mempertahankan planet dan cara hidup mereka yang biosentrik dari para manusia–Orang-orang Langit (Sky People)–yang ingin menakluk planet mereka dan merompak hasil galian di muka bumi mereka. Entiti korporat melakukan bermacam helah untuk membuat situasi yang kondusif untuk projek mereka tersebut.Rasanya tak perlu gua bebel panjang tentang plot filem ini sebab gua rasa lu semua dah tengok kot tahun lepas.

Sains fiksyen separa-berilmiah (ok,gua tarik balik ayat di atas yang menyamakan Cameron dengan Razak Mohaideen)  bikinan Cameron ini mengambil setting di sebuah planet di mana terdapat binatang buas seperti Rosmah Mansor oops..badak berkaki enam dan raksasa yang boleh terbang.Sila jangan ketawa,ini bukan cerita lawak bodoh Senario.Hakikatnya perjuangan antara korporasi/negara melawan suku peribumi  (peribumi yang gua maksudkan ini tiada kaitan dengan Pertubuhan Peribumi Perkasa dan Ibrahim Ali) bukanlah suatu cerita dongeng seperti kisah Duyung oleh Razak Mohaideen.Tragedi seperti ini benar-benar telah dan sedang berlaku.Tragedi yang dimaksudkan gua bukannya 'tregedi' kualiti filem-filem si Razak Mohaideen tapi nasib kaum peribumi asli di seluruh dunia.

Selama beberapa berpuluh-puluh tahun, suku pribumi di seluruh dunia mengalami kenyataan ini, di mana perjuangan nyata melawan kapitalis, penebangan hutan habitat mereka, serta penindasan.Dan seperti para suku peribumi Na’Vi dalam Avatar, mereka juga hanya bersenjatakan sumpit, panah, batu, dan keinginan yang kuat untuk memgekalkan gaya hidup dan hak  mereka.Dalam filem Avatar, alam berkali-kali disebut sebagai Ibu, sebagai suatu kiasan biosentrik bahawa alam dan seisinya termasuk manusia sendiri saling bergantung seperti sebuah keluarga.

Tak seperti  filem Avatar, di mana suku peribumi akhirnya berjaya mengusir para penceroboh (klise betul lah cerita happy ending), kisah nyata di bumi kita pula sebaliknya. Dari Pahang,Sarawak,Papua New Guinea, Bougenville, Kalimantan, Sumatera, Afrika hingga benua Amerika Latin–khususnya wilayah Amazon–pertarungan berdarah yang lebih kasar dan kotor, dengan segala-macam cara dan penglibatan para ilmuwan dan aktivis sosial seringkali berakhir dengan tragedi,memang original tangkap leleh berbanding lagu-lagu Eddie Hamid. Hanya segelintir yang mampu terus melawan–seperti kaum adat Bougenville, Zapatista, dan beberapa lagi–meskipun sampai saat ini mereka masih berada dalam ancaman berterusan kekuasaan pemerintah negara dan kaum cukong korporat keparat.

Filem ini mengingatkan gua pada kisah benar yang dihadapi oleh kaum Penan di Malaysia. Bruno Manser, seorang Swiss yang telah tinggal dan mengawini seorang perempuan Penan dan tinggal bersama kaum adat ini selama lebih dari satu dekad di dalam hutan Sarawak, membantu mereka dalam mengembangkan taktik perjuangan melawan syarikat pembalakan dengan memakai cara tree-spking, blockade jalanan, dan sebagainya.Gua bukannya mengatakan bahawa Bruno Manser lah yang menggerakkan kaum peribumi Penan untuk melawan balik dan memberikan mereka cara ala mat salleh yang akan berguna bagi perjuangan mereka, kerana kenyataannya bukan demikian.Ketika gua di zaman A Levels dan kemudian di UK,gua cekap mengikuti perkembangan perjuangan orang Penan.Dalam Voices of The Rainforest, catatan Bruno Manser selama hidupnya bersama masyarakat Penan–yang dia gambarkan sebagai suku pemburu yang memiliki adat tidak berhieraraki yang kuat, serta penghormatan tinggi mereka pada alam dan makhluk hidup–sumbangan Manser hanyalah sedikit, namun mitos keberaniannya terlalu digembar-gemburkan, seperti  budaya selebriti, dan kebanyakan masyarakat Penan yang terlibat langsung dalam perjuangan sering dilupakan.Akan tetapi,gua bukan memperlekehkan sumbangan Manser kerana dia lah yang menarik tumpuan masyarakat antarabangsa kepada nasib orang Penan.

Pada akhir 90an Manser "menghilang", sebelum itu dia pernah dihalau balik ke negaranya namun berjaya kembali lagi.Manser menjadi ancaman bagi kerajaan Malaysia dan syarikat pembalakan, dan tentu saja “menghilangnya dirinya” bukanlah suatu cerita kebetulan yang akan dipercayai begitu saja.Manser dikatakan telah meninggal dunia pada tahun 2005.Namun sampai sekarang kaum Penan masih berjuang untuk menyelamatkan hutan mereka dan perjuangan ini pun seringkali berakhir tragis, di mana penindasan yang kejam atas nama pembangunan, nasionalisasi, dan “pemeradaban” bagi mereka yang “tidak beradab” tidak langsung berkurangan.

Para akademik dari golongan sosiologi,antropologi, arkeologi, dan ilmuwan lain di dalam filem Avatar menyatakan sokongan dan bertindak berpihak kepada kaum peribumi. Dalam dunia nyata, hal semacam ini tidak benar-benar berlaku dan sangat diragui niat para akademik ini,terutama di negara kita yang penuh dengan golongan akademik yang kangkong,kaki bodek dan pak turut yang cuma mahu menjaga periuk nasi mereka sendiri tanpa memperdulikan akibat daripada sikap mereka.

Dalam Avatar,kaum Na’vi menggunakan tombak dan panah melawan para penjajah yang dilengkapi senjata moden yang canggih. Seni meniru kehidupan - Jun tahun lalu, reaksi kekerasan terjadi di Peru di mana kaum peribumi memprotes tindakan oleh Presiden Alan Garcia agar pemodal anatarabangsa dapat dengan mudah mengeksploitasi sumber alam di sana–dan berhadapan dengan penguasa bersenjata lengkap.Kebanyakan kaum peribumi ini hanya membawa senjata tradisional, sementara yang lainnya hanya dengan tangan kosong.
Yang menyakitkan hati gua, ini terjadi di hampir setiap negara-negara “kekirian” yang menggunakan nasionalisasi, sebagai  modal melawan mereka ke atas rejim neo-liberal. Namun pada akhirnya, negara sebagai korporasi itu sendiri, juga akan menggunakan logik yang sama dengan neo-liberal - keuntungan di atas segala-galanya.

Apa yang menarik dari filem Avatar, atau mungkin yang agak lterlepas dari pengamatan para pengkritik, adalah di mana isu nasionalisasi sebagai modal untuk mengambil tanah-tanah kaum adat tidak wujud –mungkin kerana setting filem ini terletak di suatu negeri  yang tidak mengenal konsep moden negara-bangsa atau untuk istilah umumnya: peradaban.'Trend' nasionalisasi sebagai akibat gagalnya penerapan ekonomi neo-liberal makin menjalar dan merebak ketika Venezuela dan Cuba menyatakan “kemerdekaan” ekonominya di tengah lautan ganas modal global yang mengatur hampir setiap aspek kehidupan.Yang ketara trend nasionalisasi ini pada kaum peribumi, khususnya di wilayah Amerika Latin, sebagai negara-negara lingkar Bolivarian yang kononnya menjadi 'kiblat' kaum kiri sedunia.

Cara nasionalisasi yang semakin meresap di kalangan aktivis/parti kiri boleh digambarkan dari apa yang terjadi di Amerika Selatan. Namun, apakah terhinggap di kepala mereka, apa yang disebut nasional dan nasionalisasi itu? Apakah kaum adat Papua, Penan di Sarawak, atau di wilayah-wilayah  bukan Jawa di Indonesia yang memiliki pengalaman pahit mengenai nasionalisasi semenjak era Sukarno, akan serta-merta mempercayai janji-janji puak elit mengenai nasionalisasi–suatu pengertian yang kontradiktif. Benarkah mereka menginginkan nasionalisasi?Kaum 'urban' di seluruh dunia mengangung-agungkan industrialisasi, sementara para kaum tribal ini hanya menginginkan hutan dan gaya hidup biosentrik mereka: tanpa traktor dan perkakas ketenteraan.

Di awal film, sang protagonis cacat sampai di planet tersebut dengan surah ini: “Di bumi mereka ini (para tentera) merupakan pejuang kebebasan, sementara di sini mereka hanyalah tentera sewaan korporat.” Entah si Cameron itu naif atau memang dia bangang macam Razak Mohaideen.Apa pun,tidak perlu gua bebel panjang lebar di tulisan ini bahawa tentera di mana pun juga merupakan tentera barua korporat dan pentadbir negara.

Sejak awal, plot film ini sudah klise dan terbarai. Bahawa sang protagonis yang menyamar sebagai Na’Vi bertugas untuk menjadi pengintip dan pada akhirnya, melalui pembelajaran akan dunia primitif yang lebih ajaib, mempesonakan, dan damai, menjadi insaf dan tanpa sedar(wow!) memihak pada suku tersebut. Perang zalim tak dapat dielak. Protagonis akhirnya menjadi semacam pemimpin, seseorang hero yang dinanti-nanti seperti Ultraman turun dari langit , untuk menghentikan kegilaan kapitalis yang akan menghancurkan keseimbangan planet tersebut demi sumber alamnya. Suku Na’Vi menang. Para tentera dan korporat diusir pulang. Cerita berakhir bahagia (menguap). Dan sang protagonis akhirnya menjadi pahlawan yang, sekali lagi, seorang kulit putih yang menjelma menjadi suku Na’Vi.Macam lah mamat protagonis ini boleh buat semua kerja seorang-seorang tanpa perlukan orang lain.

Cameron menyebut tema dari film ini sebagai sekadar “penghormatan ke atas kepelbagaian budaya” atau dalam kata lain,merayakan perbezaan. Tapi tentu malaon kulit putih borjuis ini hanya senang melihat film 3D-nya pecah panggung dan sama sekali tidak mengerti kejadian sebenar yang terjadi di dunia nyata. Meskipun memang Avatar cukup menghiburkan dari segi efek CGI, sebagai sebuah film separa-ilmiah yang mudah dicerna, bagaimanapun ia mengabaikan ketidakadilan dan kehancuran yang terjadi serta sikap bias,seolah-olah orang-orang peribumi ini memang perlukan hero kulit putih untuk membantu dan jika tidak mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Ahad, 22 Ogos 2010

Selasa, 10 Ogos 2010

Tolong Jangan Muntah Baca Catatan Ini





Hidup adalah jejaring. Takdir satu titik bertemu dengan takdir titik yang lain, juga yang lain, terus yang lain lagi, ditambah yang lainnya lagi, hingga akhirnya mengikat membentuk tali yang menjerat atau bersimpul.

Sekarang kau dan aku sudah menjadi satu.Tak ada lagi misteri. Tak ada lagi tirai yang menutupi jawapan atas pertanyaan dan persoalan.Jaringan sosial,pesanan teks ringkas,panggilan telefon,harapan,usaha,mimpi,nasib dan dan dan...semuanya telah membawa ke titik pertemuan ini.

Namun begitu,aku,mungkin kau juga, masih menyimpan pertanyaan tentang momentum titik pertemuan ini.
Aku tahu, jika memang ada hal penting, kau mungkin akan menyampaikannya padaku; kau akan mengurai satu persatu hal-hal yang mungkin saja masih kau simpan di situ, di bilik hatimu.(aku tak boleh masuk ruang kecil sebab aku ada claustrophobia kahkahkah)

Memang kurasa pertanyaan demi pertanyaan datang berulang-ulang menuntut penjelasan.Tetapi apakah semuanya yang aku hendak tahu benar-benar penting untuk diketahui? Seperti mengapa aku boleh ada perasaan yang begitu mendalam terhadap kau.

Sebagaimana sering terjadi, isi kepalaku kini memuatkan pertanyaan-pertanyaan yang cenderung agak abstrak sesekali sangat 'absurd'.Mungkin disebabkan aku terlalu risau akibat ketidakyakinan terhadap diriku.Ini pun satu perasaan yang aku sedar wujud dalam diriku,seperti semua orang juga,hanya bila aku mengenali kau.

Apa ini ada kaitannya dengan yang pernah Socrates nyatakan bahawa wawasan dan pengetahuan yang betul dapat mendorong pada tindakan yang tepat? Kalau begitu,maka jenis “wawasan dan pengetahuan yang betul” macam apa dan macam mana? (ini pun menjadi persoalan baru kahkahkah)

Mungkin aku terlalu berpegang kepada apa yang diajukan oleh Rene Descartes, rasionalisme - tentang 'clear and distinct ideas' dan positivisme oleh Comte.Hingga aku lupa hakikatnya segala epistemology dan teori-teori saintifik tidak mungkin dapat menjawab semua pertanyaan.Bak kata Chris Martin dalam lirik lagu "The Scientist" oleh Coldplay - "Questions of science, Science and progress, Do not speak as loud as my heart". Abaikan saja semua method saintifik dalam hal ini.

Tapi yang aku tahu dan mahu -  kau dan aku perlahan-lahan mulai bersama-sama mengetahui semuanya. mari kita nikmati pengembaraan yang indah ini, tentang pertanyaan-pertanyaan yang sedia ada dan akan timbul nanti, sambil sesekali merayakan kegilaan kita bersama-sama.

Sesungguhnya kita tak benar-benar pasti bagaimana semua ini bermula dan apa yang akan berlaku nanti.Kerana aku bukanlah malaikat yang berjalan di atas landasan lurus,maka aku akan membuat silap.Tapi niat aku cuma mahu mengecapi yang indah dan kepastian dengan kau.Yang aku yakin,hidup kita tak akan lagi sama seperti dulu.Harap menjadi lebih bermakna.




Jumaat, 25 Jun 2010

Ruangan Asparagus 6 - Isham Rais:Pengalaman Seorang Wiramarhaen Yang Bergaya (bahagian 2/5)

Nota: ruangan Asparagus diteruskan walaupun si Aspa sibuk.


Tulisan-tulisan dalam siri ini asalnya dari artikel di majalah Men's Review berjudul "Isham Rais: Adventures of a trendy rebel" bulan Februari dan Mac 1995 oleh Sheryll Stothard ketika Isham baru pulang ke Malaysia selepas 20 tahun dalam buangan.



Isham Rais : Pengalaman Wiramarhaen Yang Bergaya (Bahagian 2)



Pada tahun 1970, sebagai pengerusi Persatuan Bahasa Melayu di universiti, Anwar menjadi satu suara yang utama menyeru agar lebih banyak sokongan diberikan kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Rasa tidak puas hati timbul di kalangan kebanyakan pelajar yang menggunakan bahasa Melayu di dalam percakapan seharian yang mendapati bahawa terdapat jurang yang besar di antara apa yang diperkatakan dan apa yang dipraktikkan di dalam perlaksanaan polisi Bahasa Malaysia, yang begitu ketara berlaku di universiti.


"Dalam tahun 60an, polisi tersebut lebih banyak diperkatakan di mulut sahaja." Philip Koh menerangkan seperti apa yang diingatinya. "Walaupun ia telah diiktiraf secara rasmi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu tidak langsung diberikan perhatian dan menerima layanan, terus terang saya katakana, yang meragukan."

Pada bulan Oktober 1970, sebagai tanda memprotes (membantah), sekumpulan pelajar, yang dikatakan dipimpin oleh Anwar, telah bergerak sekeliling kampus dan "memadamkan semua papan tanda dan notis yang ditulis di dalam bahasa Inggeris " (dari dakwaan kenyataan #2 di dalam perintah tahanan ISA Anwar).

Tindak balas ini pada dasarnya adalah satu luahan rasa kecewa di kalangan pelajar yang, menggunakan perantara bahasa Melayu, merasakan bahawa penggunaan Bahasa Inggeris yang berleluasa di dalam dewan-dewan kuliah dan buku-buku telah membentuk sikap membeza-bezakan (diskriminasi) terhadap mereka.

Walaupun Anwar telah menamatkan pelajaran dari UM pada tahun 1971, beliau terus menjadi pemimpin tidak rasmi pelajar di kampus. Kedudukannya pada barisan pucuk pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan Majlis Belia Malaysia dan kesan pengaruhnya yang terus disemai di dalam persatuan-persatuan seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKIM), Gabungan Pelajar-pelajar Islam Malaysia dan PMUM, telah memastikan bahawa beliau tetap menjadi sebahagian dari aktivis-aktivis pelajar sehinggalah kepada peristiwa tindakan keras 1974.

"Lincoln lingkup!" :

Ini adalah satu masa yang membawa Isham bertemu dengan Anwar. "Walaupun pada hakikatnya kami tidak "bergaul rapat" bersama, kami berkongsi banyak persamaan pendapat di dalam kebanyakan isu-isu termasuklah isu-isu antarabangsa. Biarpun cara pendekatan Anwar terhadap isu-isu tersebut adalah lebih Islamik, dan saya, sosialis, kami berada di atas landasan yang sama.

"Landasan yang dikongsi bersama" oleh mereka itu buat pertama kalinya dibuktikan melalui tunjuk perasaan (demonstrasi) besar-besaran anjuran PKPMI pada tahun 1971 bagi membantah kunjungan Perdana Menteri Thai ke Malaysia di atas apa yang dipercayai sebagai layanan yang buruk oleh kerajaan Thai terhadap penduduk-penduduk yang beragama Islam di Selatan Thailand. Tunjuk perasaan itu, yang melibatkan ribuan orang, bermula di Lapangan Terbang Subang dan diteruskan ke sepanjang Lebuh raya Persekutuan dan Lembah Pantai. Para pelajar akhirnya disembur dengan gas pemedih mata dan terpaksa masuk semula ke dalam kampus. Seramai tujuh belas orang, termasuk Anwar, telah ditahan kerana menyekat lalu lintas.

"Ia benar-benar mempolitikkan saya," kata Isham, apabila mengenangkan kejadian itu. Ia juga merupakan episod pertama bagi beberapa siri tunjuk perasaan dan bantahan yang diselaraskan secara bersama oleh Isham dan Anwar, salah satu kejadian yang penting adalah bantahan di hadapan Pejabat Kedutaan Amerika dalam tahun 1973. Isunya adalah mengenai sokongan Amerika terhadap keganasan Israel dalam Perang Oktober (atau Perang Yom Kippur) pada tahun 1973 yang berakhir dengan Semenanjung Sinai dirampas dari rakyat Palestine. " Apabila perang bermula, kesatuan pelajar menjelaskan pendirian dengan segera dan kami percaya kami terpaksa melakukan tunjuk perasaan. Pada bulan 13hb.Oktober, PMUM menganjurkan satu tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Amerika. Lebih kurang seribu dari kami yang menerima semburan gas pemedih mata," Isham menceritakan seperti yang diingatinya.

Tiga hari kemudian, satu tunjuk perasaan yang lebih besar, yang dianjurkan oleh MBM yang diterajui oleh Anwar, dimulakan di Kedutaan Amerika di Jalan Ampang, dan bergerak ke Pusat Lincoln (Lincoln Centre) yang berdekatan. Di Kedutaan, salah seorang pelajar berjaya menurunkan bendera Amerika dan ia dibakar. Apabila kumpulan tersebut bergerak ke Pusat Lincoln, adalah jelas bahawa mereka tidak akan dapat dihalang dengan gas pemedih mata sahaja. Anwar mengetuai kumpulan yang ramai itu, disokong oleh Isham dan beberapa pemimpin yang lain, menyeru agar Pusat tersebut ditutup, dengan melaungkan "Lincoln tutup, Lincoln lingkup!"

Menjelang lewat petang, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Ghazali Shafie tiba untuk bercakap kepada para pembantah. Beliau berjaya mengurangkan ketegangan dengan memujuk kumpulan tersebut supaya beredar ke Masjid Negara untuk menunaikan sembahyang.

"Kami menuntut agar kerajaan Malaysia menutup Pusat Lincoln dan memutuskan ikatan diplomatik dengan US," Isham tertawa. "Anda boleh lihat bahawa kedudukan kami pada masa itu adalah bersandarkan kepada semangat penuh yakin (optimistik) golongan muda."

Ini telah membawa kepada satu perjumpaan bersama Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan sekumpulan pemimpin pelajar, termasuk Anwar dan Isham. "Semasa minum petang di kediamannya, beliau menjelaskan kepada kami tentang pendirian rasmi kerajaan terhadap isu US-Israel. Beliau menerangkan bahawa Malaysia tidak boleh terlalu menekan kerana US pada bila-bila masa sahaja boleh mengeluarkan simpanan timbunan getahnya dan harga-harga getah akan terjejas.

Kesatuan diharamkan :

"Tun Abdul Razak benar-benar berjiwa nasionalis," kata Isham apabila mengingatkan pertemuan tersebut. "Beliau memahami isu tersebut. Itulah sebabnya beliau menjemput kami untuk berdialog. Saya merasakan perkembangan itu sangat memberangsangkan." Apabila tahun 1974 menjelang, semangat para pelajar masih tidak tergugat. Pihak berkuasa masih belum lagi mengambil sebarang tindakan menghukum yang serius. Walau bagaimanapun isu-isu yang terlibat adalah isu-isu yang berada di luar sempadan negara. Keadaan ini berubah apabila muncul insiden Tasik Utara.

Dalam bulan September tahun itu, Isham menerima satu telegram dari penghuni-penghuni setinggan di Tasik Utara, berdekatan Johor Bahru, yang meminta bantuan. Kerajaan Negeri Johor baru sahaja mengeluarkan satu notis pengusiran kepada sekumpulan besar penghuni-penghuni setinggan. Sebidang tanah yang didiami mereka itu akan dibangunkan menjadi padang golf.

Isham, dengan ditemani beberapa pelajar seperti Adi Satria, Abu Zer Ali dan Yunus Ali Hassan, turun ke Johor Bahru tepat pada masanya apabila menyaksikan sendiri traktor-traktor majlis Perbandaran memusnahkan rumah-rumah setinggan. Rombongan kedua diatur, dan kali ini sebuah bas yang penuh memuatkan pelajar-pelajar dari UM turun menyertai pelajar-pelajar lain dari USSU (kesatuan pelajar-pelajar Universiti Singapura) dan para penghuni setinggan yang telahpun mendirikan sebuah kem di hadapan pejabat Ketua Menteri Osman Saat. Selepas tiga hari dan tiga malam, pihak polis menyerbu masuk. Isham adalah di antara yang ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap selama seminggu. "Mereka menyerbu masuk pada lebih kurang pukul 3.00pagi sewaktu kami sedang tidur." Isham menceritakan.

Di KL pula, PMUM menganjurkan tunjuk perasaannya sendiri yang kemuncaknya berakhir dengan peristiwa bersejarah di mana universiti telah diambil alih. Rampasan kuasa yang singkat itu telah menyebabkan kesatuan pelajar diharamkan dan bangunan kesatuan di kampus ditutup. Para pelajar sedang di dalam proses perundingan bersama pihak universiti untuk membuka kembali bangunan tersebut pada lewat bulan November apabila menerima berita tentang masalah di Baling, Kedah.

"Sungguhpun berita-berita disembunyikan dari pengetahuan ramai, kami mendengar bantahan besar-besaran golongan petani di Kedah dari pelajar-pelajar yang kembali untuk memulakan penggal baru,"kata Isham. Peningkatan inflasi bersama-sama dengan penurunan harga getah telah menambahkan lagi perasaan kecewa golongan petani miskin dengan kerajaan, menyebabkan mereka turun ke jalan-jalan raya di Baling. Adi Satria berkata, " Ribuan melakukan tunjuk perasaan di jalan raya. Ianya adalah satu manifestasi kepada kemiskinan dan kekecewaan."

Pada pukul 10.00 pagi 3hb. Disember, 1974, ribuan pelajar berhimpun di Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka) untuk menyuarakan sokongan mereka kepada para petani di Baling. Walau bagaimanapun, sebelum tunjuk perasaan tersebut sempat bermula, Unit Simpanan Khas (FRU) menyerbu masuk dan menyemburkan gas pemedih mata kepada para pelajar. Para pelajar telah berpecah di merata tempat di KL, dihambat oleh polis. "Anwar telah ditangkap berhampiran Masjid Negara bersama-sama sekumpulan pelajar," Isham memberitahu. "Mereka menyemburkan gas pemedih mata sehingga ke dalam masjid. Malah pihak polis memasuki masjid tanpa menanggalkan kasut terlebih dahulu untuk menangkap pelajar-pelajar dan menyumbat mereka beramai-ramai ke dalam trak."

Kenangan Yang Memilukan :

Menyusul selepas itu adalah insiden yang kini terkenal sebagai "Bebaskan Anwar" di hadapan Muzium Negara di Jalan Bangsar. Pelajar-pelajar, telah menyekat trak-trak FRU yang mengangkut Anwar dan mereka yang ditahan di masjid, dan memaksa pihak polis untuk melepaskan mereka. Namun demikian, kebebasan Anwar tidak bertahan lama. Apabila beliau kembali pada petang itu untuk mengikat jamin pelajar-pelajar yang telah ditangkap, beliau telah ditahan di balai polis Bangsar. Apabila para pelajar mendapat tahu tentang perkara ini, mereka sudah tidak boleh bersabar lagi. Para pelajar dari UM, UKM dan ITM berkumpul di pintu masuk UM di Lembah Pantai dan memulakan tunjuk perasaan, bantahan terhadap penahanan Anwar yang kemudiannya berlarutan selama seminggu.

Di awal-awal pagi 8 Disember 1974, Operasi Mayang dimulakan, dan kegemilangan aktiviti-aktiviti pelajar itu tidak pernah berulang kembali.

"Hishamuddin Rais!" seseorang memanggil. Isham meletakkan cawan yang berisi kopi minumannya dan menoleh untuk melihat sipemanggil itu. Seorang yang tidak dikenali berjalan ke arah Isham memberikan isyarat mengenali dirinya dengan satu lambaian dan senyuman. Kami sedang berada di Tebing Sungai Pasar Seni, menikmati makan tengah hari di tempat terbuka, di pertengahan sesi temuramah itu. Saya agak terkejut melihatkan masih ramai yang mengenali dirinya - walaupun selepas dua dekad.

"Anda tahu," beliau melamun, seperti boleh membaca fikiran saya, "Semuanya bermula pada 3hb. Disember,1974. Dua puluh tahun kemudian, pada tarikh yang sama - 3hb. Disember, 1994, selepas 9 hari disoal siasat sebaik sahaja kembali ke tanah air dari luar negara, saya bebas kembali." Beliau terhenti sejenak seperti memberi masa untuk satu kesan yang dramatik, lantas ketawa. "Dramatik, bukan?" Sambil saya turut ketawa bersamanya, saya memerhatikan gelagatnya yang merenung ke seberang sungai, seolah-olah cuba mencari-cari bangunan-bangunan yang biasa dilihatnya dahulu di kawasan yang telah banyak berubah dengan bangunan-bangunan pencakar langit itu. Sementara saya menunggunya kembali ke saat ini, saya teringat sesuatu yang telah diperkatakan oleh Jomo. "Kepulangan Isham ke Malaysia selepas 20 tahun adalah satu kenangan yang memilukan tentang perubahan kepada apa yang pernah mengikat kita bersama, dan sejauh mana kita telah berubah. Ianya seperti satu pelompatan masa. Kita semua telah berubah. Tetapi Isham tidak pernah berubah."

Kemudian, beliau berpaling secara tiba-tiba, meninggalkan perkara yang silam. Di wajahnya terukir sebuah senyuman yang membuatkan dirinya kelihatan seperti berusia 22 tahun semula. "Saya sudah kembali - itu sudah pasti!"

Pengembaraan Isham Yang Ganjil :

Selepas seminggu bertelagah dengan pihak polis di pintu masuk Universiti, para pelajar menyedari bahawa masanya pasti tiba apabila pihak universiti yang semakin bimbang akan menyerah dan membuka semua kampus di seluruh negara kepada FRU. Hishamuddin "Isham" Rais dan Adi Satria berada di Kolej ke 7 UM pada malam Sabtu, memikirkan peluang mereka sekiranya satu tindakan keras diambil oleh pihak kerajaan. Adi memutuskan bahawa beliau akan "selamat" jika terus berada di kampus, dengan alasan, tidak seperti Isham, beliau bukanlah ahli Kelab Sosialis. Isham pula, walau bagaimanapun, membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko dan meninggalkan kampus untuk bermalam di dalam kawasan hutan berdekatan tangki air di Kolej ke 5.

Pada pukul 2.00, awal pagi Ahad, Operasi Mayang bermula. Pihak polis menyerbu kawasan kampus Universiti Malaya, Institut Teknologi Mara dan Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Di Singapura, tindakan keras yang sama dikenakan di Universiti Singapura dan Institut Teknologi Nanyang.

Di Kolej ke 7 UM, para pelajar mengunci pintu pagar dan berjaya menyekat pihak polis sehingga kira-kira pukul 7.00 pagi, sebelum menyerah juga akhirnya. Antara pelajar yang ditangkap adalah Adi Satria, yang sudah terlambat untuk mendapat tahu bahawa "senarai yang paling dikehendaki" adalah lebih dari hanya senarai ahli-ahli Kelab Sosialis. Turut ditahan adalah seorang pelajar pra siswazah fakulti ekonomi dari Johor - juga bernama Hishamuddin, yang tidak bernasib baik kerana telah memilih untuk menumpang di Kolej ke 7 pada malam itu dan telah disangkakan sebagai Isham Rais (Ini tidak akan menjadi nasib malangnya yang terakhir gara-gara tersilap identiti. Beberapa tahun kemudian, "Hishamuddin" ini jugalah yang ditahan semasa sedang dalam transit di Lapangan Terbang Karachi, Pakistan di atas perkara yang sama).

Pada petang esoknya, Isham Rais memutuskan bahawa persisiran laut adalah laluan selamat untuk cuba meninggalkan kampus. Pada masa itu musim hujan, dan petang itu, Isham bernasib baik kerana hujan telah turun dengan lebatnya beserta ribut, membantu melindunginya dengan berkesan sekali dari polis-polis yang bergerak dalam kumpulan yang besar di sekeliling kampus. Beliau bergerak merentasi air hujan yang mencurah-curah ke atas bukit di belakang Kolej ke 5 menuju ke Pantai Hills, menjadikan rumah mewah Doshi sebagai mercu tanda. Apabila beliau tiba di sebuah rumah yang telahpun dikenal pasti sebelum itu sebagai "rumah yang selamat" tidak jauh dari situ - rumah seorang bersimpati yang merupakan ahli kepada Middle Eastern Diplomatic corps, beliau terus menuju ke bilik air untuk bercukur kerana pihak polis telah menyebarkan gambarnya secara meluas. Sebuah kereta dengan nombor plat diplomat tiba dan membawa anak muda yang sedang dalam pelarian itu ke satu lagi kawasan diplomat di dalam bandar. Di sana, beliau disertai oleh Kamarazaman Yacob, Abu Zer Ali dan Yunus Ali, tiga aktivis yang berjaya keluar menembusi jaring. Buat seketika mereka berempat adalah selamat dan terlepas dari ditangkap secara kekerasan.

Insan-Insan Anih:

Bulan Nov '94 - pada hari kedua kepulangannya ke Malaysia, Hishamuddin Rais menaiki bas menuju ke daerah kelahirannya di Jelebu, Negeri Sembilan - bersendirian. Tempat pertama yang dicarinya adalah Panggung Wayang Ruby, di mana banyak masa dihabiskan oleh pembuat filem yang sedang meningkat ini semasa mudanya. Seperti di dalam satu babak dari Cinema Paradiso (membiasakan diri kepada rujukan filem - kebanyakan dari kehidupan Isham diceritakan seperti satu babak dari berbagai filem), Isham berdiri di lot kosong berhadapan dengan apa yang pernah menjadi panggung wayang kegemarannya, dengan kamera "Super 8"nya. Kini ia menjadi sebuah terminal bas. Seorang lelaki menghampirinya, memadamkan kenangan silam tersebut.

Beliau menyangka Isham adalah pemaju hartanah yang berminat dengan tanah tersebut. Sesuatu yang tidak diduga sering menghinggapi Isham yang, sehingga November 1994, dikehendaki oleh polis Malaysia atas dakwaan yang berkaitan bantahan besar-besaran orang awam terhadap pembangunan tanah di Tasek Utara dan pengusiran penghuni-penghuni setinggan di Johor Bahru dalam bulan September 1974.

Orang-orang buangan Malaysia seringkali menjadi insan-insan yang anih. Saya mengatakan anih kerana berdasarkan keadaan bagaimana mereka melarikan diri dan seterusnya hidup dalam buangan. Bagi saya, "buangan" sering membawa erti satu keadaan menghilangkan diri secara paksa atau tanpa kerelaan dari negara seseorang kerana sebab-sebab politik, seperti pembuangan yang dipaksa Sakharov ke Gorky dan pengusiran Solzhenitsyn ke Switzerland.

Dalam sejarah Malaysia yang terbaru, kita telah melihat kepulangan beberapa "orang buangan". Dengan penarikan semula pengharaman Parti Komunis Malaya dan apa yang telah terima secara meluas sebagai era selepas 1987 "polisi bebas" kerajaan, Malaysia telah mengalu-alukan mereka yang telah meninggalkan tanah air untuk pulang menjadi sebahagian dari Malaysia Sejahtera. Orang-orang buangan, bagaimanapun, membawa imej yang buruk kepada negara - sama ada dari segi ekonomi, kebudayaan dan atau politik - dan Malaysia tidak terkecuali, di dalam hal ini. Nampaknya kita seperti memanggil semua orang pulang - dari doktor-doktor kepada golongan-golongan penentang.

Perbezaan di antara orang-orang buangan yang asli dan orang-orang buangan Malaysia yang lazim, walau bagaimanapun, terletak di dalam proses dan alasan mengapa seseorang itu terpaksa hidup dalam buangan. Kecuali Raja Abdullah, yang dibuang negeri oleh British ke Seychelles berikutan pembunuhan Birch dan beberapa ribu orang yang disyaki "komunis" dalam tahun 40an dan 50an, agak sukar untuk menentukan mana-mana kes yang diketahui ramai berkenaan dengan orang-orang Malaysia yang "dibuang negeri" - jika benar-benar berpandukan kepada makna perkataan itu.

Namun, apabila seorang rakyat Malaysia pulang kembali selepas tinggal beberapa lama di luar negara, akhbar-akhbar dan orang-orang awam mengalu-alukan saat itu sebagai "Kepulangan orang buangan". Seringkali terdapat sesuatu yang romantik berkenaan dengan keadaan orang buangan - sama ada membebankan diri sendiri atau sebaliknya, dan sebagai anggota akhbar, saya terutamanya bersalah menyumbang sesuatu yang terbaik dari "Boy's own" selayaknya kepada mitos romantik ini. Melihat kepada fakta-fakta yang padu, bagaimanapun, adalah sukar untuk menyanggah pendapat bahawa ramai dari orang-orang buangan kita adalah sebenarnya pelarian-pelarian yang kelebihannya dibesar-besarkan.

Ketakutan dan kebencian :
Rehman Rashid, seorang yang baru pulang ke tanah air dan merupakan bekas wartawan, adalah contoh yang baik. Beliau meninggalkan negara dengan kehendak sendiri selepas disoal siasat oleh Cawangan Khas terhadap satu rencana yang ditulisnya di New Straits Times menyatakan kekesalannya terhadap penutupan tiga akhbar dengan kemunculan Operasi Lalang dalam bulan Oktober 1987. Beliau menerima satu tawaran kerja dengan Asiaweek di Hong Kong dan lantas meninggalkan negara ini. Beliau kemudiannya kembali dan menulis sebuah buku yang sangat mendapat sambutan - A Malaysian Journey - di mana beliau sering merujuk kehidupannya di seberang laut sebagai "tahun-tahun kehidupan dalam buangan". Satu pujian buat Rehman, bagaimanapun, beliau mengakui bahawa perasaan menyerah kalah kepada ketakutan dan kebencian yang telah memaksanya untuk meninggalkan negara ini. Beliau tidak dapat menjadi seorang wartawan sepertimana dirinya sebelum itu, dan oleh yang demikian, beliau telah membebankan dirinya sendiri dengan hidup dalam buangan di luar negara.

(bersambung)

Ahad, 20 Jun 2010

Ucapan Selamat Pengantin Baru




Muka terpaksa dipixelkan kerana gambar ini dipaparkan tanpa kebenaran Aspa.



Semalam mamat Aspa yang menjadi penulis undangan dalam ruangan Asparagus di blog gua ni telah selamat bernikah.

Gua minta maaf kerana tidak dapat hadir sebab Perlis jauh sangat,brader.Tapi gua janji akan cuba pergi ke kenduri belah pihak mamat ini bulan depan di Selangor.

Gua tak tahu sama ada Aspa akan terus menyumbang kepada ruangan Asparagus di sini,tapi tak mengapa jika sibuk lepas ini dengan bermacam hal kerja dan rumahtangga.

Selamat pengantin baru.Semoga bahagia selalu,Azfar..

Sabtu, 19 Jun 2010

Otak vs Hati





"Lu layak ke nak tulis pasal kebebasan bersuara tapi lu tetap ada delete komen-komen?"
"Anonymous je gua delete.Sebab gua memang tak layan komen anonymous lah..mungkin dorang ni saja nak 'troll' nak bikin panas."

"Lu tetap nak tulis dalam BM tapi kenapa lu berfikir dalam BI?"
"Kecoh lah! Hasil yang keluar dalam BM kan?"

"Lu kutuk orang-orang yang suka guna BI sebagai poyo tapi lu sendiri selalu guna BI atau bahasa rojak pehal?"
"Ala, dengan kawan-kawan je la gua macam tu.Bukannya gua bagi ucapan kat orang ramai kat Felda."

"Nape lu suruh orang pilih PR dan tolak BN padahal lu sendiri dua-dua pun tak sokong atau percaya?Nape tak cakap sokong sosialisme?"
"Memang dua-dua pun tak boleh pakai.Tapi nak buat macam mana.Bila sebut sosialis je,ramai terus kaitkan dengan Chin Peng,PKM,Stalin,Mao,rejim kuku besi,Korea Utara,etc..dah terangkan pun ramai yang tak mahu terima atau at least fikir dulu.Ambil masa lah,kena mula dengan langkah kecik dulu."

"Nape mandulkan kucing lu padahal kutuk penganiayaan terhadap hak binatang?"
"Woit,gua tak mampu dan takde ruang lah nak bela banyak-banyak anak kucing nanti."

Kahkahkah! Kesian 'otak' gua diserang bertubi-tubi.Dia terpaksa menjawab semua pertanyaan keras di atas yang diajukan oleh 'hati' gua.Inilah 'perang' antara 'hati' dan 'otak' gua yang tidak pernah dan tidak akan ada penyelesaian.Ini jauh lebih sengit dari semua perlawanan Piala Dunia 2010 setakat ini.Malah konflik antara Palestin dan Israel atau antara Korea Selatan dan Korea Utara pun tak seteruk ini.

Kali ini 'hati' gua menang.Maka gua menulis entri ini.Ini berlaku walaupun 'otak' gua sudah cuak dan berkali-kali mengingatkan betapa bebalnya gua kerana ini akan mendedahkan yang gua tidak benar-benar jujur dalam menulis selama ini.Tapi sebelum nak menghentam gua,gua nak tanya ada ke sesiapa berani cakap dia benar-benar 100% jujur setiap kali menulis?hehehe.Sebenarnya bukan hanya ahli-ahli politik saja yang tidak jujur dan akan berbuat segala macam untuk mencapai kemahuan mereka,kita manusia semuanya pun begitu.

Gua tidak pernah membela mana-mana satu antara 'mereka' berdua.Gua hanya menurut dan patuh kepada pemenang,yang berganti-ganti.Tidak kira 'hati' atau 'otak',pemenang sebenar tetap gua.Gua lah pemenang bukan sebab nama gua Johan tapi kerana kedua-dua 'mereka' milik gua.

Gua tidak berasa benar.Tidak pun berasa salah.Gua berdiri atas kata putus gua sendiri,hasil peperangan antara dua 'pembantu' gua.Apa yang gua katakan pada saat ini mungkin akan berubah bahkan mungkin jugak gua lupakan terus.Tapi tidaklah sampai ke tahap seperti Ibrahim Ali dan yang sama spesis dengannya.

Gua jadi ingat pertama kali gua memulakan blog lama (yang dah berkubur ).Ketika itu gua menulis dalam BI yang bagi gua lebih selesa kerana gua biasa berfikir dalam BI.(tapi ketika blog ini dimulakan,gua telah sedar yang BM adalah lebih stratejik sebab lebih ramai yang benar-benar menguasainya berbanding BI).Waktu itu juga modalnya hanya keinginan. Gua ingin menumpahkan apa yang gua fikirkan tentang banyak hal di dalam hidup gua.Gua ingin bicara tentang apa yang gua nampak dan pegangan gua.

 Sekurang-kurangnya sesekali mungkin (mungkin je,tak semestinya betul) dapat membuat pembaca terhibur sambil berfikir.Keinginan-keinginan itu tidak pernah berubah sampai sekarang. Jika ada yang menyangka gua mempunyai berbagai macam alasan dan rancangan di sebalik segala macam hal yang gua telah catatkan sekarang, gua maklumkan bahawa gua hanya ingin menuruti “Hati” gua saja. Titik.

Terlalu naif? Mungkin, tapi bukankah saat manusia ditekan pun dia pasti akan mencari jalan keluar dari tekanan itu? Bukankah saat manusia diperlakukan tidak adil dia akan menuntut hak yang lebih baik? Seperti filem Shawshank Redemption,bukankah saat manusia di penjara dia akan berusaha keras mencari jalan keluar walaupun hanya sebuah lubang kecil saja? Kerana kita manusia, semua itu akan terjadi dengan sendirinya.

Kerana setiap manusia pasti ada cara sendiri dalam hidupnya untuk menemukan berbagai jawapan kepada soalan dan keinginan yang muncul dari dalam dirinya tentang apapun, termasuk dirinya sendiri. Tanpa atau pun dengan ada campur tangan orang lain dan termasuk Tuhan, tumbuhan dan binatang yang ada di sekitarnya. Yang penting buat gua, gua harus terus melangkah untuk mencari jawapan-jawapan dan apa yang dikehendaki, walaupun tidak lancar dan kekadang tersekat .Gua hanya ingin terus berjalan hingga gua tidak mampu berjalan lagi walaupun otak gua sering pesimistik,namun hati tetap menyalakan optimis.(kadang-kadang menipu diri sendiri)

Di saat semua pertanyaan-pertanyaan di “Otak” dan “Hati” gua memberikan jawapan-jawapan yang berlainan sekalipun, tapi gua cuba menikmati semuanya. Termasuk perubahan-perubahannya yang melecehkan dan membingungkan apatah lagi mengelirukan.

Ini 'parting shot' dari otak gua kepada hati gua:

"Eleh,kalau nak sangat betul-betul jujur,tulis jela macam apa yang lu tulis dalam buku diari lu tu.Yang tu 100% jujur."
"Woit,mana boleh! Gila ke?!"

hehehe...


Isnin, 14 Jun 2010

Ruangan Asparagus 5 - Isham Rais : Pengalaman Seorang Wiramarhaen Yang Bergaya (Bahagian 1/5)

Aspa dan ruangannya dalam blog gua kembali setelah lama menyepi.Kali ini ruangan ini memaparkan kisah hidup Hishamuddin Rais.

Tulisan-tulisan dalam siri ini asalnya dari artikel di majalah Men's Review berjudul "Isham Rais: Adventures of a trendy rebel" bulan Februari dan Mac 1995 oleh Sheryll Stothard ketika Isham baru pulang ke Malaysia selepas 20 tahun dalam buangan.


Isham Rais:Pengalaman Seorang Wiramarhaen Yang Bergaya (Bahagian 1)



Beberapa hari selepas Hari Raya, pada lewat petang pada bulan Oktober tahun 1975, sebatang tubuh berdiri di tebing sebatang sungai yang terletak di utara pekan Golok. Untuk sampai ke Thailand hanya memerlukan lima minit berakit merentasi air yang cetek itu.

Waktu maghrib hampir tiba, masa yang sangat sesuai untuk menyeberangi sungai itu. Beliau mengarahkan pengayuh sampan yang sudah tua itu untuk membawanya ke seberang dengan tambang 20 sen. Beliau tidakpun menoleh ke belakang apabila mereka memulakan perjalanan ke sebelah sana. Hanya apabila beliau menjejakkan kakinya di atas bumi negeri Thai barulah beliau melontarkan pandangan ke belakang.

"Saya masih ingat pokok buluh di tebing sungai dan lelaki tua mengayuh sampan kembali ke sebelah Malaysia. Matahari sedang terbenam. Itulah buat pertama kalinya saya merasai satu kebebasan." Oliver Stone hampir-hampir menangis.

Sesuatu yang melucukan tentang saat-saat penggambaran filem ini berkenaan sejarah Malaysia adalah, sewaktu semua drama ini ditayangkan di sempadan Thai-Malaysia kepada seorang penonton pakcik nelayan dari Rantau Panjang, ahli-ahli dari cawangan khas (SB) membuat spekulasi sama ada Hishamuddin Rais adalah termasuk di dalam kumpulan para pembantah yang bertudung di Sydney yang membuat demonstrasi terhadap kunjungan rasmi Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak.

Tanpa mereka sedari, selepas setahun bersama-sama gerakan bawah tanah, Wiramarhaen yang paling bergaya di Malaysia itu, akhirnya pergi meninggalkan Malaysia. Pemberontakan tidak dapat bertahan lama di Malaysia. Sekurang-kurangnya, tidak sebelum zaman Mahathir dan Anwar. Secara tradisi, penanaman "nilai-nilai" seperti kewarakan, kemuliaan, rasa hormat dan budi bahasa yang bercampur baur dengan sistem feudal yang kita warisi melalui arahan tersembunyi dan merbahaya dari satu kuasa baka, begitu menyukarkan untuk benih-benih pemberontakan bercambah. Jebat telah mendapat pengajaran yang amat bermakna manakala Tuah menerima imbuhan di atas kesetiaannya.


Penangkapan Borong

Pada satu pagi Ahad, 8 Dis. 1974, beberapa ribu pelajar di Malaysia telah mendapat pengajaran yang amat bermakna. Selepas seminggu para pelajar berperang dengan gas pemedih mata dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), pihak universiti akhirnya menyerah dan membuka pintu pagar kepada pihak berkuasa. Segerombolan polis menyerbu masuk ke dalam kampus bermula pada pukul 2.00 pagi di Universiti Malaya Kuala Lumpur untuk melakukan tangkapan secara besar-besaran. Para pelajar diarahkan untuk berbaris dan diperiksa - sesiapa yang termasuk di dalam "senarai" sebagai pembakar semangat dibawa pergi.


Serbuan besar-besaran ke atas universiti-universiti ini dipanggil Operasi Mayang - atau Operasi "menghentikannya dari awal-awal lagi" (mayang merujuk kepada tunas sesuatu tumbuhan).

Di seberang tambak, Singapura turut mengambil tindakan yang sama. Mereka yang terlibat di dalam penangkapan ini menyertai Anwar Ibrahim, yang penahanannya seminggu lebih awal telah menyemarakkan kebangkitan pelajar pada 3 - 8 Disember.

Melalui Operasi Mayang, seruan Anwar supaya para pelajar bangun menjadi "Suara Nurani Hati Majoriti" yang mengadakan perhimpunan di seluruh negara dari 1971 hingga 1974 telah berjaya disenyapkan.

Para Wiramarhaen telah dikumpul dan disumbat ke dalam lokap, Akta Universiti dan Kolej dipinda, sebarang bentuk penentangan dan bantahan yang baru bermula daripada para pelajar dimusnahkan dengan berkesan dekali. Apa yang mengejutkan setiap orang, adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini di mana ISA (Internal Security Act) telah digunakan ke atas beberapa orang pemimpin pelajar, termasuk Anwar, yang berada di Kem Tahanan Kamunting di Taiping selama dua tahun. Walau bagaimanapun. Seorang pelajar telah berjaya memboloskan diri. Beliau adalah Hishamuddin Rais, dan merupakan - untuk sekian lamanya - duri yang menikam buat Malaysia, satu kenangan silam yang ingin dilupakan apabila negara ini telah mengecewakan generasi mudanya.


Kelas tahun 1974:

Bulan Nov, 1994 - sewaktu saya sampai di Baze II, majlis telahpun berlangsung dengan meriahnya. Ia adalah satu majlis tahunan penghujung tahun buat Turnaround Managers Inc. Group, sebuah syarikat urusniaga korporat berprofail rendah tetapi menjalankan projek-projek yang berprofail tinggi. Kepakaran mereka - mengambil alih projek-projek dan syarikat-syarikat yang tenat dan menjadikan sebaliknya, begitu juga dengan nama syarikat. Saya memerhati orang ramai yang berhimpun itu - Halim Saad berdiri di satu sudut sedang berbual-bual bersama dua lelaki bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Beberapa eksekutif kanan dari Renong bertukar-tukar bahan jenaka dengan seorang penulis urusniaga di bar. Saya dapat mengenalpasti beberapa wajah yang tidak asing lagi dari industri pengiklanan. Tidak salah lagi ianya membariskan kumpulan yang bercampur baur.

Dari tanggapan pertama yang dibuat sekali imbas itu, walau bagaimanapun, saya menyedari sesuatu yang mengaitkan kesemua mereka bersama adalah bahawa kebanyakannya berusia empat puluhan, tidak kurang daripada itu. Saya dapat melihat Hishamuddin - yang dikenali sebagai "Isham" Rais di kalangan teman-temannya - dengan agak mudah di celah-celah kesesakan itu. Saya berada di sana atas jemputannya untuk bertemu dengan beberapa lagi ahli Kelas '74 Universiti Malaya yang terkenal itu. Kamaruzzaman Yacob merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada masa berlakunya tindakan keras pelajar pada tahun 1974. Beliau menghabiskan masa selama dua tahun di Kamunting, ditahan di bawah ISA. Alim Latif, kini sebagai pembantu editor bersama Utusan Melayu, merupakan editor akhbar persatuan, Mahasiswa Negara, Adi Satria, seorang pengarah kanan di agensi pengiklanan McCann-Erickson, pada masa itu merupakan naib setiausaha PMUM telah juga menghabiskan masa selama lebih kurang dua tahun di Kamunting bersama-sama Kamaruzzaman dan Anwar Ibrahim.

Selepas Isham membuat pembukaan, seseorang berimej korporat menepuknya dari belakang dan tertawa, "Jadi bagaimana dengan ahli komunis kegemaran kita?" Mereka yang lain semua tertawa, Isham yang paling kuat sekali. Sebelum sempat Isham menjawab, seseorang yang lain telah datang menyeretnya untuk dibawa bertemu dengan seorang lagi teman lama yang telah menghilangkan diri.

Saya berdiri di pinggir dunia asing yang tertutup ini memerhatikan Isham yang bergerak di celah-celah kesesakan mereka yang pernah satu ketika dahulu menjadi Wiramarhaen, kini menggerak dan mengoncangkan dunia korporat, membangkitkan kenangan silam yang telah pudar ditelan masa dan perubahan. Kemesraan dan perasaan saling mempercayai menyelubungi suasana pertemuan semula pada malam itu.

Selepas 20 tahun, anak yang telah meninggalkan keluarga untuk hidup sendiri telah pulang semula ke pangkuan. Apabila datang berita mengenai orang buangan Malaysia yang paling terkenal akan kembali ke Malaysia "tanpa syarat" - saya menjadi tertarik. Kebanyakan dari masa saya di Universiti Malaya telah digunakan untuk membincangkan keadaan yang menyedihkan mengenai hal-ehwal kegiatan pelajar - atau tiada langsung - di negara ini. Terlalu sedikit untuk membuat pilihan dari badan-badan utama pelajar yang kurang bersifat perkauman seperti PMUM dan semua kumpulan yang tanpa segan-silu bersifat perkauman yang berselindung di sebalik apa yang di panggil sebagai persatuan-persatuan "bahasa".

Di antara nama-nama yang muncul di dalam "Ke manakah perginya semua aktivis?" pemikiran yang mendalam kami adalah "Pengasas Suara Nurani Hati Majoriti" sendiri, Saudara Anwar Ibrahim (kini Datuk Seri). Biarpun nama Anwar seringkali digunakan di dalam perbincangan kami, ketokohannya telah hilang. Beliau yang merupakan Menteri Pendidikan (pada masa itu), telahpun membuang imej sebagai Wiramarhaen dan menjadi ahli parti pemerintah yang dihormati. Beliau adalah graduan UM yang telah berbuat baik, menjadi isyarat kepada kami untuk berusaha bersungguh-sungguh.


Semangat Yang Bebas

Secara tidak langsung (walaupun bukan salahnya), kenaikan Anwar yang mendadak di dalam barisan kerajaan telah menimbulkan satu pengaruh yang negatif terhadap aktiviti-aktiviti yang tulen. Kini, pemimpin-pemimpin pelajar yang bercita-cita tinggi menyimpan niat lain di dalam agenda mereka - dan muncullah baka baru yang ingin mengikuti jejak Anwar.

Mereka menirunya di dalam serba serbi, sehinggakan menguasai sepenuhnya gaya pidato beliau. Pergilah ke mana-mana ceramah anjuran PMUM, debat atau demonstrasi sekarang dan anda akan memahami apa yang saya maksudkan. Satu-satunya perkara yang tidak dapat ditiru oleh kumpulan yang cabuk ini adalah kesanggupan Anwar untuk dipenjarakan atas sebab pegangannya. Kemudian sekali lagi, mereka mempunyai alasan untuk memainkan isu-isu kemiskinan dan imperialisme di dalam agenda mereka, berbanding dengan konsert-konsert ganas dan membuat gesaan-gesaan berbau keagamaan terhadap rakan-rakan sebaya mereka.

Isham, walau bagaimanapun, sama sekali berbeza. Beliau adalah, seperti Anwar, seorang yang akan mengingatkan kita bahawa pernah pada suatu masa dahulu, para pelajar di universiti lebih memberansangkan, bijak dan begitu prihatin terhadap isu-isu yang sebenar. Namun, tidak seperti Anwar, beliau tidak pernah ditangkap dan diasuh kembali memasuki aliran utama di dalam masyarakat Malaysia. Beliau tidak pernah berada cukup lama untuk menjadi bahan sendaan. Kenangan tentang keperwiraannya itu sentiasa terpelihara. Ini menyerlahkannya sebagai satu ikon yang sempurna yang dapat menarik golongan muda kita dan (saya akui kini) idealisme yang masih mentah dan sikap untuk bangun memberontak berdasarkan suara nurani hati yang sepatutnya dimiliki oleh semua golongan muda yang mempunyai rasa hormat terhadap diri sendiri.

Professor KS Jomo dari Fakulti Ekonomi Universiti Malaya turut mengingati diri Isham Rais dengan bayangan yang hampir serupa, namun tidaklah sebegitu idealistik seperti anggapan para belia kita. "Isham adalah pemimpin yang diiktiraf di kalangan kumpulan pelajar bertentangan budaya yang cukup bergaya. Beliau merupakan seseorang yang amat kental semangatnya berdikari dan gemar membuat kejutan. Semangat ini tidak semestinya berteraskan politik." Jomo, yang pada masa itu menyampaikan kuliah di USM, telah dipertemukan dengan Isham melalui seorang pelajarnya, sebaik sahaja sebelum insiden Tasik Utara pada bulan September 1974.

"Beliau telah menjual kepada saya satu salinan cetak rompak "The Enemy" oleh Felix Green." Jomo mengenang kembali secara sinis. "Anda harus ingat bahawa di dalam tahun 70-an, adalah begitu bergaya sekali untuk menjadi seorang aktivis. Terdapat unsur-unsur ekstrovert dan menunjuk-nunjuk di dalam kumpulan-kumpulan yang sebenarnya tidak begitu terlibat di kedua-dua universiti, UM dan USM. Mereka inilah yang sebenarnya begitu "bergaya" itu - rambut panjang, penampilan bersahaja yang dibuat-buat. Saya tidak fikir Isham berjaya meyakinkan sesiapapun yang beliau adalah seorang ahli yang berdisiplin bagi mana-mana organisasi sayap kiri. Begitu juga sekarang." "Malahan, saya sering menegaskan bahawa penindasan terhadap pelajar-pelajar tahun 1974 itu adalah satu kes penyekatan yang melampau. Maksud saya, dengan meletakkan Anwar di Kamunting. Saya tidak fikir ada sesiapapun yang akan percaya bahawa Anwar adalah satu ancaman kepada keselamatan negara, kecuali mungkin kepada mereka yang tidak berfikir dan terlalu berimaginasi."

Peguam Philip Koh, yang merupakan pelajar tahun pertama fakulti undang-undang UM tempoh 1973-74, menyatakan bahawa sebahagian pelajar yang penuh bersemangat dengan "darah muda" pada masa itu telah tersilap langkah. "Walau bagaimanapun ada satu idealisme yang tidak dapat ditemui pada kehidupan yang nazak dan tidak menarik langsung yang dilalui oleh para pelajar pada masa sekarang." Koh adalah penolong setiausaha Persatuan Undang-undang UM semasa peristiwa tindakan keras itu.

"Sebagai pelajar-pelajar tahun pertama, kami lebih banyak bertindak sebagai pemerhati di dalam semua kekecohan itu. Walau bagaimanapun kami tidak memisahkan diri kami dari isu-isu tersebut. Saya dapat memahami perspektif Isham kerana ia mengatasi batas perkauman bagi menangani isu perjuangan golongan-golongan tertentu di dalam masyarakat." Walaupun Koh berpandangan positif tentang apa yang berlaku di dalam tempoh tersebut, beliau menyatakan rasa kesalnya terhadap tindak-balas ganas yang keterlaluan oleh puak sayap kanan yang menyusul selepas itu. "Kawalan ketat yang dikenakan adalah menyeluruh, dari mengetatkan lagi Akta Universiti dan Kolej (AUKU) kepada tindakan meracun pokok-pokok di Sudut Pidato. Tujuan universiti diwujudkan sebagai pusat penyelidikan dan pembelajaran yang bersungguh-sungguh telah hilang."

Bagi mereka yang kebanyakannya memasuki UM selepas 1974, kepulangan Isham Rais ke Malaysia telah dibayangkan sebagai perjalanan pengalaman bukan dongengan, yang saya rasakan telah menjangkaui batasan masanya. Di dalam banyak hal, saya sendiri mewakili pelajar-pelajar selepas era 1974, yang mewarisi AUKU yang lebih ketat dari kelas '74. Dari satu segi, mengkagumi mereka, dari satu segi yang lain, merasa marah kerana semangat tinggi mereka itu telah menyebabkan sayap kami dipatahkan, suara kami dilenyapkan dengan berkesan sekali. Mereka telah mengalahkan kami sehingga kepada peringkat itu - mereka telah dianggap pahlawan yang gugur syahid. Semua yang muncul selepas itu tidak dapat menandinginya.

Sungguhpun tidak akan ada Anwar Ibrahim yang lain, kini ada Isham Rais. Orangnya sendiri. Bagaikan sebuah ikon dalam keadaan diawet dengan sempurna sekali yang terperangkap di dalam jurang masa. Apa lagi yang dimahukan oleh seorang bekas penuntut UM?

Pembentukan Seorang Wiramarhaen:

Walaupun kebanyakan orang lebih suka percaya bahawa kerjaya Isham Rais sebagai seorang Wiramarhaen yang bermatlamat bermula di Lembah Pantai, saya lebih percaya yang semuanya bermula di Jelebu, Negeri Sembilan, tempat di mana zaman kanak-kanaknya dihabiskan. Oleh kerana beliau telah dimasukkan ke sekolah pada usia yang lebih muda dari sepatutnya oleh ibunya yang merupakan seorang guru, Isham yang masih muda itu begitu cepat terserlah dengan tanda-tanda untuk menjadi lebih matang dari umurnya. Beliau sangat kuat membaca - kesemuanya, dari Jules Verne kepada akhbar di dalam tulisan jawi.

Berada di bawah umur adalah sesuatu yang akan menghantuinya semasa di Universiti selepas itu - apabila semua orang dengan gembiranya ke Singapura menggunakan passport sendiri bagi melakukan lawatan antara universiti. Isham menamatkan persekolahan menengahnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) - satu lagi perkara yang dikongsi bersama Anwar. Malahan, biarpun Anwar telah meninggalkan MCKK untuk melanjutkan pelajaran di UM, beliau masih ingat akan kunjungan yang kerap dibuat oleh Anwar ke kolej itu untuk apa yang dikenali pada masa itu sebagai Malam Pidato pada setiap hari Khamis dan Jumaat.

"Tempoh masa saya di MCKK telah meradikalkan pandangan saya," ia mengingati kembali. Itu adalah era selepas tahun 1969, kenangan rusuhan kaum masih lagi segar dalam fikiran pelajar-pelajar muda Melayu di kolej tersebut. "Saya terperangkap dalam sistem yang pelik, tinggal dengan 500 pelajar lelaki Melayu lain yang berkongsi satu pandangan ideologik yang merujuk kepada kejadian 1969. Saya merasa terpinggir oleh debat cetek yang berlaku apatah lagi saya enggan mengambil posisi perkauman. Sebenarnya ketika detik inilah saya dengan ikhlas ingin meninggalkan Kolej Melayu." Tetapi Isham terus bertahan, bersama dengan kawan-kawan kelas pertengahan-atasan, dibesarkan dalam sekolah berasrama penuh tulen yang dibentuk untuk mempertahankan status quo, bukan untuk bangun menentangnya. "Malahan," Isham ketawa sambil menceritakan hari-hari yang dilaluinya di MCKK, "Cawangan khas (SB) mahu tahu kenapa dan bagaimana saya boleh menyeleweng selepas dibesarkan dalam keadaan baik itu."

Jadi, mengapa anda berubah? Saya bertanya. "Saya sendiri tidak pasti, tetapi secara teori mungkin disebabkan oleh rasa ingin tahu. Keperluan untuk mengetahui adalah keperluan asas bagi saya. Saya menyoal segala-galanya."

Memanglah senang untuk mengimbas ke belakang dan memuji pandangan bebas Isham, kita perlu pula untuk mengingati konteks tahun 1969 dan ketakutan pada ketika itu. Pelajar-pelajar muda Melayu kolej ini terpaksa pulang ke sekolah selepas cuti dengan menaiki keretapi yang dikawal oleh tentera, dengan arahan tegas untuk tidak turun sehinggalah mereka sampai ke Kuala Kangsar. Sudah tentu, rasa ingin tahu mempengaruhi Isham. Apabila keretapi berhenti di Kuala Lumpur dari Seremban, dia menyusup keluar ke Kampung Pandan untuk menyaksikan kemusnahan rumah-rumah yang terbakar. Beliau terus ke kolej, masih mempertahankan sikap anti perkaumannya.

Penuntut Tahun Pertama Yang "Punk":

Apakala Isham memasuki Universiti Malaya sebagai pelajar prasiswazah pada tahun 1971, kampus itu memang aktif. Sudut Pidato di hadapan perpustakaan utama universiti adalah tempat berkumpul pelajar-pelajar membahaskan sesuatu isu. Ia juga menjadi tapak untuk pemimpin pelajar memaklumkan rakan-rakan akan rancangan-rancangan yang sedang dilaksanakan.

"Universiti ketika itu sememangnya bebas," Adi Satria mengingati kembali, dua dekad telah berlalu. "Ia adalah tempat di mana semua pendapat boleh dibincangkan. Dan ketika itu terdapat banyak sekali pendapat - sama ada nasionalisme atau sosialisme, kiri, kanan atau di tengah-tengah. Semuanya ada di situ." Adi Satria adalah antara teman-teman terawal Isham di kampus, kedua-duanya adalah pelajar baru di kolej ke-5. Beliau merupakan naib setiausaha PMUM, dan juga adalah antara pemimpin pelajar yang ditahan pada tahun 1974 dalam Operasi Mayang.

"Dalam banyak perkara, pendirian PMUM yang progresif dalam hal-hal keadilan dan kesamaan sosial dikongsi oleh majoriti badan pelajar yang lain. Idea-idea mungkin berbeza dan pelajar-pelajar secara umumnya dihubungkan oleh satu matlamat yang sama," beliau menjelaskan. "Tetapi kita bukannya hanya sebagai pembakar semangat. Orang mudah untuk melupai bahawa ketika zaman kami, PMUM adalah pertubuhan pelajar yang berfungsi sepenuhnya. Kami mengendalikan system bas universiti, mengeluarkan biasiswa dan pinjaman. Tahukah anda bahawa PMUM adalah pertubuhan pelajar yang terkaya di Asia Tenggara (SEA) ketika itu?"

Tanpa membuang masa Isham terlibat aktif di dalam pertubuhan itu, bertanding dalam pilihanraya pada tahun pertamanya di sana. "Saya bertanding untuk kerusi majlis sebagai pelajar tahun pertama. Pemenangnya adalah Megat Junid," Isham ketawa. "Pada dasarnya saya adalah seorang anak muda "punk" tahun pertama yang baru bertanding di dalam pilihanraya. Sudah tentu saya tewas!" Tanpa merasa kecewa, beliau menyertai Mahasiswa Negara, bahagian penerbitan Persatuan Pelajar, sebagai pemberita yang bertanggungjawab hal-ehwal kebudayaan.

Kesungguhan Isham membawa kepada pelantikannya sebagai setiausaha eksekutif Gabungan Kesatuan Pelajar, satu jawatan yang disandang dengan serius sehinggakan beliau memutuskan untuk mengambil cuti sebatikal selama setahun dan menghabiskan kebanyakan masa tahun 1974 bekerja di dalam bangunan pertubuhan pelajar UM. "Ibu bapa saya terkejut, mereka tidak memahami kenapa saya tidak mahu menghabiskan pelajaran secepat mungkin dan mendapatkan pekerjaan selepas itu!"

Ini ialah era awal 70-an - masa di mana "kuasa pelajar" adalah di puncaknya. Di seluruh dunia, mahasiswa berada di hadapan dalam menjuarai berbagai isu, dari Perang Vietnam ke masalah dalaman negara, seperti kemiskinan dan rasuah. Anwar dengan kata-kata seruan kegemarannya kepada para pelajar supaya bangun bertindak untuk menjadi "Suara Nurani Hati Majoriti" telah diambil dengan seriusnya oleh pertubuhan pelajar, yang baru bermula untuk muncul sebagai satu kuasa yang menggerunkan pada masa Isham menyertai UM.

Agenda Awam:

Terdapat banyak alasan mengapa PMUM menjadi begitu kuat. Perpaduan di kalangan berbagai Perkumpulan Mahasiswa dalam kampus adalah satu faktornya. Alasan lainnya ialah hubungannya dengan persatuan-persatuan mahasiswa lain, sama ada di dalam atau di luar negara.

Melalui Pertubuhan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia, mahasiswa mempunyai hubungan dengan badan-badan pelajar antarabangsa di Thailand, Singapura dan Hong Kong. "Ianya tidak dapat dielakkan. Lagipun, isu-isu yang dikongsi - sama ada perang Vietnam atau isu Palestin, kerana ini adalah isu-isu bersama dalam tahun 70-an.





Dalam kejatuhan dan ketakutan selepas 1974, terdapat banyak spekulasi yang mengatakan PMUM dan badan-badan pelajar yang lain mempunyai perhubungan dengan organisasi Intelligen Antarabangsa, seperti CIA dan KGB. Dalam bukunya, Bersama Anwar ke Penjara, (1994), Kamaruzzaman Yaakob mendedikasikan keseluruhan bab untuk menerangkan bagaimana, sebagai pemimpin pelajar, dia telah "didatangi" oleh berbagai kumpulan. Dalam pada kemungkinan ianya benar, kebanyakan pelajar ketika itu percaya bahawa tidak satupun organisasi tersebut berjaya.

"Persatuan adalah terbuka dalam hubungannya dengan pertubuhan-pertubuhan tersebut, seperti AlFatah, cabang PLO, sebagai contoh," Isham menjelaskan. "Sebagai contoh, Abu Yacob, wakil PLO di Malaysia ketika itu, telah diundang untuk memberikan ucapan dalam forum-forum yang diatur oleh persatuan. Agenda kita adalah terbuka dalam pengetahuan awam. Kita menyokong isu-isu tersebut secara tulen dan ikhlas."

(bersambung di bahagian ke-2)


(Nota dari Johan:  Tahniah kepada Aspa yang akan berpesta mengawan a.k.a berkahwin hujung minggu ini.Selamat mengecapi alam perkahwinan..)

Khamis, 10 Jun 2010

Kebosanan Adalah Kontra-Revolusioneri



Gua menulis ini kerana gua tengah dilanda kebosanan.Kerana kebosanan maka gua mahu menulis mengenai kebosanan dan budaya melawan arus atau counter-culture yang melawan kebosanan.Oleh kerana tulisan ini adalah mengenai kebosanan maka sila jangan salahkan gua kalau membosankan.

Gua teringat ketika gua seorang remaja hingusan yang sering pergi ke gig underground - sebab utama kerana kebosanan hidup di Melaka yang ketika itu cuma sebuah bandar mati, sebuah lagu yang kadang-kadang dicover oleh band di gig adalah "London's Burning",lagu asal oleh The Clash.Perkataan "London" dalam bait lirik yang berbunyi , "London's burning with boredom now" sering ditukar kepada "Malacca".Ad-lib ini sentiasa disambut dengan jeritan yang lebih liar dari biasa dan aksi moshing akan bertambah menggila.Lagu ini seperti tema untuk kami yang membesar di bandar-bandar atau pekan-pekan yang membosankan.

Ketika gua sambung belajar di UK dan kemudian bekerja di sana, gua terdedah kepada gerakan-gerakan counterculture seperti Critical Mass (ada Massa Kritikal di Kuala Lumpur) dan Reclaim The Streets.Kumpulan-kumpulan ini melakukan aktiviti-aktiviti yang memprotes rutin-rutin hidup yang membosankan dan memandulkan semangat kemanusiaan.

Manusia tidak lagi menjalani hidup yang menggembirakan dan memberi kepuasan kerana kita dibelenggu rutin harian terutamanya bekerja.Kumpulan-kumpulan anak muda ini mahu menunjukkan bahawa betapa kehidupan kita sudah menjadi begitu banal dan melumpuhkan sifat manusia yang sebenar.Kereta diambil sebagai simbol kepada keterasingan (alienation) manusia.

Apa yang disebut dalam perenggan-perenggan sebelum ini telah dimulakan hampir separuh abad yang lalu.Kumpulan the Situationist International,sebuah pergerakan yang menghimpunkan para pelukis,penulis dan para aktivis dan artis revolusionari budaya yang lain telah mewarnai dan membarakan lagi kebangkitan Paris Mei '68.Akan tetapi sebenarnya pergerakan sebegini boleh dikatakan berakar-umbi dengan The Wobblies pada 1905.

Salah seorang otai Situationist,Raoul Vaneigem telah menulis dalam The Revolution of Everyday Life bahawa, "‘No more Guernicas, no more Auschwitzes, no more Hiroshimas.. Hooray! But what about the impossibility of living, what about this stifling mediocrity and this absence of passion? Let nobody say these are minor details or secondary points’ - "Tiada lagi tragedi seperti Guernica,Auschwitz atau Hiroshima..Hooray! Tetapi bagaimana pula dengan kerumitan hidup,serba kekurangan yang menyekat,dan ketiadaan semangat?Janganlah sesiapa meremehkan poin-poin tersebut."

Idea-idea daripada buku-buku Guy Debord dan Vaneigem diterjemahkan ke slogan-slogan protes dan grafiti yang mencantikkan dinding-dinding Kota Paris pada Mei '68 yang berbunyi seperti, "Kita tidak mahu dunia yang walaupun jika tidak ada yang mati kelaparan sekalipun namun membawa risiko untuk mati kebosanan" dan "Kebosanan adalah kontra-revolusioneri".

Walaupun kebangkitan Mei '68 tidak bertahan lama,dan kemudian otai-otai Situationist seperti Guy Debord sendiri telah mengtongsampahkan idea-idea Situationist ke bakul sampah budaya pada 1972,namun arus budaya counter-culture ini masih berleluasa hingga ke hari ini.

Budaya musik punk dan genre-genre musik yang berbaur politikal dan protes berterusan untuk menyambung semangat Mei '68.Budaya DIY,anarko-punk,graffiti dan gerakan anak muda lain terus menghidupkan roh Situationist International yang mengkritik dan melawan norma rutin masyarakat.Melawan 'penyakit' yang melalaikan dan mendodoikan manusia daripada menuntut kebebasan dan keadilan - kebosanan.

Tidak lama selepas Mei '68, anak-anak muda proto-punk dan kemudiannya punk juga terus menghighlight kebosanan.Pada 1974,Malcolm McLaren sebagai pengurus band proto-punk New York Dolls dalam kenyataan media pertamanya telah menyebut "What is the politics of boredom?".Tiga tahun kemudian,Jamie Reid yang dipengaruhi oleh Situationist, telah merekacipta poster untuk lagu band Sex Pistols,"Pretty Vacant".Poster tersebut memperlihatkan dua buah bas bandar - di mana salah satu 'destinasinya' adalah "Nowhere" manakala yang sebuah lagi 'menuju' ke "Boredom".

Seperti yang pernah dikatakan oleh sejarahwan musik Jon Savage, stail dan rentak punk pada amnya merupakan protes terhadap kebosanan .Kebosanan menjadi kata kunci dan pemangkin untuk menghidupkan semangat punk.Melawan kebosanan dan skema adalah retorik utama punk sama seperti "change" adalah retorik utama Barack Obama, "reformasi" adalah retorik utama Anwar Ibrahim dan "transformasi","rakyat didahulukan" (ini yang mana satu yang utama pun gua tak tahu) adalah retorik Rosmah Mansor oops..Najib Razak.

Menurut apa yang gua pernah belajar dulu, sejarah kebosanan atau History of boredom - (sila jangan ketawa membaca istilah ini ) dikatakan bermula di England pada abad ke-18 kerana konsep kebosanan berakarumbi di sana.Kebosanan hidup mula digunakan sebagai tema dalam karya fiksyen dan puisi.Ketika itu adalah zaman peningkatan mendadak kapitalisme modern dan modernisme.Konsep-konsep seperti
bureaucratic rationalisation, efficiecy, routinisation, standardisation mula bertapak maka tidak hairan lah semua ini menjadi baja untuk menyuburkan kebosanan.

Apabila kita merenung kembali sejarah pemodenan dunia,kita boleh nampak bagaimana kebosanan di-institusikan dalam kehidupan seharian.Yang teruknya,diinstitusikan berlawanan dengan wujudiah manusia - yakni  manusia tidak dapat 'mengambil bahagian' dengan bebas dan bermakna dalam pembentukan kehidupan seharian.Mental craft dipisahkan dengan manual labour - ini dipanggil Taylorism sempena Frederick Taylor.

Hampir segala aspek hidup terpaksa menurut  ketetapan dan konstruk sosial.Contohnya mereka yang berada di paras bawah hierarki - semua perasaan seperti suka,benci,marah dan segala apa yang dipanggil elemen emosi peribadi,wajib dipendam apabila dalam urusan kerja.Sila salahkan Henry Ford yang mengajukan konsep "fixed-worker assembly line".Kini sekolah-sekolah menjadi kilang menghasilkan kebosanan.Individualiti dan kreativiti diketepikan demi "kecekapan" - seperti menonton pasukan bola Jerman.Tunggulah World Cup nanti kalau tak percaya.Kepada yang mengaku diri sosialis,ironinya Vladimir Lenin sendiri seorang peminat konsep Taylorism,dia begitu menekankan penerapan konsep pengurusan yang ini dengan organisasi pentadbiran Soviet.

Tapi ketika Ford dan Taylor masih dalam proses mengukuhkan idea dan alat pengorganisasian kebosanan mereka,gerakan-gerakan radikal seperti Industrial Workers of the World (The Wobblies) yang ditubuhkan pada 1905 telah pun bangun untuk melawan.Seperti Critical Mass seratus tahun kemudian yang berbasikal dan menyekat laluan kereta,The Wobblies ini pun menggunakan taktik "sabotaj".Dan seperti Situationist enam puluh tahun kemudian,mereka juga menggunakan slogan,puisi dan karya sastera,lawak parodi dan kartun dalam pergerakan mereka.

Ini menunjukkan bahawa walaupun teori dan taktik yang digunakan dari The Wobblies ke Situationist ke anarko punk hingga ke counter-culture yang wujud hari ini adalah hanpir sama,namun mereka sentiasa membuat perubahan dan tidak ditelan perubahan ruang dan masa.Mereka tidak berminat untuk bernostalgia dengan mayat Lenin mahupun mempertahankan bulat-bulat teori tanpa mengikut peredaran zaman seperti penyembah tegar Leon Trotsky.

Masyarakat yang memansuhkan keseronokan dan 'adventure',yang menerap dan mengukuhkan kebosanan rutin ke dalam kehidupan seharian akan menjadi subur untuk menanam benih dan membiak mereka yang merasa seronok dan bersemangat untuk melawan arus dan mengubah.

Gua pernah melihat dan terlibat sendiri di UK apabila kumpulan Reclaim The Streets berjaya menutup dan menyekat lalu-lintas di sebuah lebuhraya.Reaksi yang terhadap apa yang berlaku seolah-olah sebuah revolusi marhaen telah berlaku.Kami berpesta musik,menari,bermain bola malah ada yang sempat melukis.Cuba bayangkan,ramai dari mereka yang berkereta dan tersekat kerana kami pun turun dari kenderaan mereka dan berpesta bersama kami.Pemandu yang turun untuk menyertai kami ini menunjukkan satu hakikat - ramai lagi yang sebenarnya tidak gumbira dengan hidup mereka yang penuh rutin.

Tidak semestinya kita perlu marah-marah dan membakar effigy untuk memprotes.Pesta DIY berbentuk musik,seni lukis,teater,berbasikal atau apa saja bukan saja akan menarik minat lebih banyak orang dan merayakan kehidupan di samping melakukan kerja aktivism. "Kebosanan adalah kontra-revolusioneri" jika lawan kepada kebosanan juga adalah membosankan.Bak kata orang putih - Two wrongs do not make a right.