Sabtu, 2 Januari 2010

Baik dan Buruk..Betul dan Salah - Tiada Yang Nyata

Masa nak mulakan blog ni,gua bagi tahu rakan-rakan Teh Tarik Gelas Besar dan bangunberdiri yang gua akan banyak mengahwinkan tulisan-tulisan gua dengan muzik dan filem.Tapi belum pernah pun.Mesti depa ni dah mengumpat-ngumpat gua,"Mana ni,tak pancut-pancut pun?!".So ni lah dia...




Seperti biasa gua sentiasa mencari dan meneroka muzik yang tersorok di dunia internet dan tadi gua jumpa sebuah lagu ni.Lagu dari genre alternative folk berjudul "Small Thing" hasil karya Barton Carroll ni bercerita tentang Perang Dunia Ke-2 dari pandangan mata dan hati seorang gadis Jerman.Gadis ni masih muda ketika itu (mungkin cun dan bergetah tapi tu cerita lain).Di usia muda dia dah memikirkan mengenai peranan yang harus dia mainkan dalam sebuah masyarakat yang boleh dikatakan di antara jika bukan yang paling dasyat dan jijik dalam peradaban manusia.

Gadis itu menyebut tentang menjadi "naive enough to survive".Apakah itu merujuk kepada warga di Berlin ketika itu yang agak tidak ambil peduli sangat dan menjalankan aktiviti seharian seperti sediakala di kala bala tentera Rusia sedang mara?Hitler yang diambang kekalahan sedang meracau-racau dan menyeru unit-unit yang sudah tidak wujud untuk mengawal kota manakala para Fascists yang setia sedang merekrut dengan paksaan sesiapa saja yang mampu memegang senjata (dan membunuh sesiapa yang tidak mampu dan tidak mahu).Ketika ini,ramai yang tidak ambik pot dengan titah pemerintah mereka,jelas nampak kemuflisan ideologi yang mereka pegang itu.

Ataupun adakah bait "naive enough to survive" itu menerangkan di masa kuasa Nazi sedang gah dan ramai yang memperoleh benefit dari pemerintahan Nazi tidak ambil pot langsung sama ada untuk melawan mahu pun menyertai kekejaman rejim itu.Dalam konteks ini,"naive" adalah alasan?

Nanti dulu.Jangan cepat sangat buat konklusi.Bila gua terus mendengar lagu ni,ternyata tanggapan awal gua tersasar jauh.Gadis itu sedang bernaratif tentang peristiwa hitam yang menimpa dirinya.Dia telah dirogol oleh tentera Soviet.Gua gagal tangkap hala tuju sebenar lagu ni pada pertama kali dengar.Ulang dengar kali kedua dan ketiga,sangat jelas.

Ini bukan lagu politikal,tidak secara langsung.Ia adalah suara mengenai seorang di antara berjuta-juta yang menjadi mangsa keangkuhan dan kegilaan manusia yang terus berlaku hingga ke saat ini.Gadis itu "naive enough to survive" perkosaan ke atas dirinya,tetapi tidak ibunya yang gagal pulih.Gua bayangkan gadis ini yang telah bertambah usia duduk bersama anaknya yang bertanya siapakah ayahnya.

Apa yang mebuatkan lagu ini hebat dan sungguh mengasyikkan bukan terletak pada apa yang tertulis dan mampu kita dengar tapi konteks yang tidak kita dengar secara langsung.Ada sebab mengapa Barton Carroll menulis lagu ini dari perspektif seorang wanita Jerman.

Tidak susah untuk kita bersimpati pada mangsa yang kita nampak berada pada pihak yang kita sokong.Kita semua mampu merasai penderitaan mereka.Seperti apabila kita membaca diari Anne Frank seorang mangsa Perang Dunia ke-2 berwarga Belanda dan berbangsa Yahudi.

Tapi baganimana dengan pihak yang satu lagi?Pihak yang kita cop sebagai watak jahat?Perang Dunia Kedua adalah antara situasi yang "pelik" dalam sejarah di mana semua orang bersetuju Nazi Jerman adalah penjahat dan wajib dimusnahkan,hampir tak ada orang mempersoalkannya (yang mat-mat penyokong "holocaust is a myth" tu cerita lain).Jangan salah faham,gua bukan mempertahankan kekejaman Nazi.

Kita tidak dimaklumkan apakah gadis itu dan keluarganya berfahaman Nazi? Adakah mereka apolitical dan tak ambil pot?Ataupun,yang akan menjadikan ni lebih tragis dan sangat ironi,mungkin kah mereka anti-fascists dan aktif menentang?Tapi itu bukan persoalan yang diajukan oleh lagu ini.Lagu ini mengajak kita berfikir: wajib ada kebenaran pada satu pihak saja ke?

Mengingatkan reaksi awal gua bila pertama kali dengar lagu ni membuatkan gua mendalami soalan tu.Memang betul,pihak Rusia adalah pihak yang betul pada fikiran majoriti kita terutamanya berkenaan Berlin.Walaupun dengan pimpinan Stalin yang teruk(sebab dia membelot pada kaum pekerja Jerman yang merupakan antara sebab utama Nazi memperoleh kuasa), Soviet Union memainkan peranan utama dalam menumpaskan kuasa Fascism.Tiada satu pun negara lain berkorban lebih dari Soviet.Semua fakta ini betul.

Akan tetapi ini tidak mensucikan kelakuan jijik ramai tentera Soviet apabila memasuki Berlin.Ada rekod yang mengatakan 90 ribu wanita dirawat di hospital-hospital pada masa itu akibat dirogol dan kita tidak tahu berapa ramai lagi yang tidak mahu mendapatkan rawatan.Ni belum masuk cerita rompakan dan jenayah lain lagi.Ketika gua berada di Berlin pada 2006,masih ada lagi tanda-tanda yang menjadi bukti kejadian-kejadian lampau.Itu semua adalah seperti parut yang tak hilang-hilang.

Jika gua berfantasi dan ikutkan emosi,dah tentu gua akan cakap jikalau gua berada di sana ketika zaman perang dunia kedua,gua akan menyeru komrad-komrad gua dari menyeksa orang-orang awam yang tak bersalah.Gua akan tembak mana-mana komrad gua yang melakukan perkara-perkara hina.Gua tak akan membenarkan penghancuran Nazi digunakan untuk menutup kekejian yang dilakukan oleh bala tentera Soviet.

Akan tetapi,bila gua tenangkan emosi dan berfikir betul-betul,apakah gua ada masa untuk memikirkan semua itu? Sudah tentu kepala otak gua akan memikirkan tentang abang gua yang dibunuh oleh tentera Nazi hanya kerana dia tidak tundukkan kepala ketika berarak ke kem tahanan.Dah pasti gua kan terkenang awek gua yang dirogol bergilir-gilir oleh tentera Nazi ketika mereka mara menuju ke Moscow.Kiri dan kanan gua pandang,riak wajah komrad-komrad gua semua nampak jelas satu niat - balas dendam.Gua pun sama.Buat apa fikir pasal nasib orang-orang Jerman ni.Tentera Nazi pun tak peduli itu semua ketika mereka sedang mara.

Ini bukan sebuah tulisan pacifist anti-perang.Ya memang betul,kadang-kadang kita memang perlu berperang,melakukan jenayah.Tapi apa yang kita wajib pastikan adalah perang  dan "jenayah" kita adalah dalam konteks yang "baik".Bukan 'niat menghalalkan cara' semata-mata.

Dalam sejarah manusia,tiada apa-apa yang betul sebetul-betulnya dan tak ada juga salah yang definite atau nyata.Apa saja yang berlaku sudah tentu ada baik dan buruk.

N.B Lagu "Small Thing" dan album Love & War oleh Barton Carroll boleh dengar kat sini : http://music.myspace.com/index.cfm?fuseaction=music.artistalbums&artistid=13529182&albumid=10500487

12 ulasan:

Ez Puella Sapiens berkata...

So,if you were saying,Stalin is good because he destroyed Fascism(even though at first he joined secret pact with Hitler in Molotov-Ribbentrop Pact),can I say,Mahathir is good because he bought all British assets and "back-door nationalization" and do Buy British Last,in the same time be as bad as Thatcher?

And by calling "Jew rule the world by proxy" in the same time be the proxy of the imperialist(backed by Zionist lobbyist in Congress)?

Can I agree on that if I compare Stalin,like Mahathir?or you have another point of view?

reverie berkata...

dalam sejarah manusia bagi aku, sejarah tamadun islam sewaktu pemerintahan Rasulullah saw adalah yang sebetul2nya.

Nice writing.

Johan 23.01.84 berkata...

Ez - if someone or something does something good or beneficial,we have to admit it..we have to look at both sides..if not for the Soviet and Stalin,fascism would have been allowed to reign..although it was Stalin's betrayal that let Hitler through in the first place..this doesn't imply that Stalin is good or Stalin is totally worthless..we can say "what if Stalin did not betray?"..but he did and what's the point of fantasising about something that did not happen anyway?

Whatever Mahathir did that was deemed beneficial,we cannot deny but we should not allow it to justify his bad deeds..and at whole,the good things he did were nullified by his anti-democratic ways to sustain power..

there is always two sides to a coin but at the end,there is always either good or bad in every situation but which side prevails most is the most important..

nama nami berkata...

Camni la beb,bagi aku Hitler ada betulnya.Bukan nak justify fascism tapi cuba lu fikir - pada masa itu,Perjanjian Versailles buat warga Jerman kena tindas dengan dunia.Nko nak buat kilang besi,kena sekat.Nak buat kilang kereta,kena sekat.Kalau nko perhati banyak bakat-bakat Jerman dalam automobil sebenarnya muncul zaman Hitler.Kalau nko tengok Menteri Pengangkutan pada masa tu Albert Speer banyak buat inovasi dalam automobil.Pembinaan autobahn yang dianggap paling canggih di dunia pada masa tu dibina pada zaman Hitler.Bayangkan dari tepi pantai di Hamburg sampai pergunungan Alps di Bavaria darjah kecondongan lebuhraya tak sampai 5 peratus.Tu menunjukkan teknologi yang dibina oleh fascist sangat bagus.

Yang tak bagusnya ialah dia membunuh dan memupuk semangat assobiyah dalam menaikkan bangsa Aryan.

Tapi kes kat Malaysia,aku tak tau la - nak kata macam Hitler,Hitler tak cakap Jerman tapi Aryan - tapi Malaysia ni pelik sikit - Melayu tapi warga Indonesia tetap kena tindas.Tapi yang pelik sebelah India dengan Arab pun ada ngaku Melayu.

Jadi begini la,kalau nko nak cakap 2 side of coins pun,tak patut satu perkara baik yang Hitler buat nko nak wajarkan dia baik.Camtu ngan Stalin,dan Mahathir.Begitu juga Lenin,Trotsky,Marx atau Engels.

Yang paling penting kat sini - terserah kat nko camana nko nak buat.Yang penting nko tau apa yang nko buat,kebenaran yang nko pegang.tu je.

Johan 23.01.84 berkata...

nami - bukan 'nko' tapi 'kita'..

Johan 23.01.84 berkata...

to all- Bila kita nak bercakap sejarah,jangan sekadar kita lihat pada individu2..jangan hanya kita amik pot pasal Hitler,Stalin,Mahathir,etc..

manusia2 biasa macam gadis dlm lagu ni ape cite??

Ez Puella Sapiens berkata...

I have to disagree Nami in his view about Nazi technology.Yep,it was Albert Speer's brain but who's build that autobahn?

Jew from the concertration camp.Ordinary person,like Johan mentions it.

But for Johan,it's because those individuals that create this war,without people like Hitler or Stalin or Churchill there's no war.There's no reason to war.

That's why by hook or crook,we have to mention those guys name,even though we have not to forget the people who suffers from it.

It's like Hitler and the Jew.If I took a stand not to mention on individuals,who's going to take the blame?SS Weirmacht who received order,or Hitler who is the one giving the order?

I'm not ignoring those people who had suffered enough in this war.

But if you were saying Stalin destroyed fascism,it's not doing because he want it,but he have to do it.

Who's the one who agree on signing Molotov-Ribbentrop Pact?Non aggresion pact between 'communist' and fascist,come on..give me a break.

If Hitler didn't launch Operation Barberossa Stalin won't ever attack Berlin.Fascism still there,cruelty still there.Stalin has to destroy fascism because he's been attacked,not because he's willingly to do so.

In the end,it's all about one-greed-man.It's all about idiocy and dogma that makes right or wrong,something punishable.

Well,it's just my words.War is over,if you want to.hik hik!

Johan 23.01.84 berkata...

yup..but we shouldn't forget those ordinary people who could have stood up against Hitler but did nothing and just continued with their lives as if there was nothing wrong and those who supported him out of fear..my point is Hitler would have been nothing without these people's support..

this is the same with matters in Malaysia right now..for example,as long as no one bothers about Zul Noordin,he wont be anything..

and yes,war is over is you want it.."you" as in us,the people..not those morons up there..

nama nami berkata...

Kena bantai tak sakit pun...hik hik!

Johan 23.01.84 berkata...

nami - tapi lu pakai doc mart complain jalan sakit ape cite?hahaha

bangunberdiri berkata...

weyh nami,kaw apehal pakai trade mark hik hik.... tu trade mark ez la...

mohammad khazaidi bin kamaruddin berkata...

nice writting