Sabtu, 9 Januari 2010

Jangan Biar Pandangan Kita Dialihkan


Gua asalnya dah bertekad tak mahu tulis apa-apa pasal isu berebut kalimah Allah ni.Ini sebab gua yakin ia cuma satu elaborate spin oleh kerajaan yang melibatkan beberapa pihak yang bersekongkol,termasuk para agamawan (clerics) Katolik.Isu ini digunakan oleh kerajaan untuk mengalih pandangan orang ramai daripada memberi tumpuan kepada isu-isu yang sepatutnya seperti GST,gula dan enjin jet hilang.Lagi banyak kita bicarakannya,lebih menguntungkan malaon-malaon ni.

Setelah 3 buah gereja diserang dan dibakar kelmarin,gua rasa wajib gua nyatakan sesuatu.Gua seorang yang anticleric (anti-agamawan).Ini tidak bermakna gua tak percaya kepada agama atau Allah.Gua cuma sukar untuk mempercayai kata-kata dan tindak tanduk para agamawan dan institusi agama,tak kira mereka itu agamawan Islam sendiri mahupun apa saja agama lain.Jika kita lihat pada sejarah,memang dari dulu lagi golongan yang kononnya alim ulamak ni sering menjadi puppets kepada daulah.Kalau tak percaya,lihat perangai JAKIM.

Yang mencurigakan dan boleh dikatakan memperkukuhkan apa yang gua percaya disebalik isu ni ialah hanya 1 saja daripada 3 gereja yang dibakar adalah gereja Katolik.Itu pun Assumption Church,PJ ini hanya mengalami kerosakan yang tidak teruk.Mungkin juga mat-mat bebal disebalik serangan-serangan ni tak dapat membezakan antara gereja Katolik dan Protestant,tapi gua tetap percaya hal ini lebih berbelit dari itu.

Gua rasa tak sepatutnya gua sebutkan di sini apa yang gua maksudkan ni kerana ni dah tentu akan menjana lagi debat dan persoalan yang akan mengheret lagi isu ni.Dan ni menyebabkan kita secara tidak sedar membantu mengkaburkan pandangan dari perkara-perkara yang mahu dikambuskan oleh daulah dengan menggunakan taktik silap mata mereka ni.

Gua bersimpati kepada penganut Kristian amnya dan mereka yang bermazhab Katolik khususnya atas apa yang berlaku.Tapi minta maaf cakap,gua percaya para agamawan anda turut terlibat.Kalau sesiapa yang belum tahu nak tahu apa yang gua maksudkan,pergi cari apa yang patut,baca sendiri dan fikirkan.

Jangan salah faham.Jangan fikir gua sedang berpihak kepada mat-mat fascist agama yang menggunakan Islam untuk menjustifikasikan tindakan bodoh mereka dan menyokong kerja rebut nama Allah ini.Hakikatnya,ramai pihak terlibat dalam sandiwara ini.

Selain sebagai taktik mengalih pandangan,insiden ini telah menjadi satu taktik mengolah persetujuan (manufacturing consent) terhadap penggunaan ISA.Bila kecoh tragedi ini semalam,Kerismuddin Hussein tiba-tiba meyebut tentang ISA.Memang licik mereka ni.

Apapun,kita jangan mudah terpedaya dengan wayang besar yang sedang dipentaskan ni.Jangan kita alih pandangan kita dari perkara-perkara yang sepatutnya,seperti yang diharapkan oleh daulah.

9 ulasan:

Aril Cantona berkata...

Aku dah mula rasa takut nak balik Malaysia.Aku tak nak anak aku jadi fasis.

Cerita aku tahu aku ni keturunan Yahudi ni aku tau lewat sebenarnya,tahun 2007,2 bulan selepas arwah mak aku meninggal.Time tu saudara aku dari Turki melawat pastu cerita aku yang mak aku ada darah Jew.Bapak aku tak pernah cerita,mak aku lagi tak pernah cerita.Semuanya demi keselamatan aku dan sekeluarga.

Bapak aku tahu kalaulah orang tahu aku ni keturunan Yahudi,habis aku kat Malaysia ni.Bukan apa,sebab aku dah dapat nampak di masjid-masjid mahupun di tv semua orang mengutuk Yahudi.Dalam paper pun,mengutuk Yahudi.Sebab itu sebenarnya kami semua menukar warganegara.Bukan sebab kami tak suka dengan negara Malaysia,tapi sikap fasisme dan prejudis yang menakutkan kami sekeluarga.

Tambah2,bapak aku sebenarnya anak buangan.Kalaulah arwah nenek aku tahu bapak aku kawin dengan Yahudi,silap-silap kubur dia pun arwah tak kasi nak lawat.Sebab tu kami takut untuk tinggal di sana.

Johan 23.01.84 berkata...

nilah masalah dgn Muslims especially,tak dapat bezakan zionist dengan bangsa Yahudi..sebab tu aku cukup benci dengan khutbah Jumaat kat Malaysia,kerja kutuk Yahudi je memanjang..sbb tu aku pun anti-cleric..ex-housemate aku kat Edinburgh dulu dia Yahudi,da cukup susah hidup dia dengan prejudice tu sume,kalau dia hidup kat Malaysia,aku tak tebayanglah mcm mana..

by the way,ko baca la entri ni: http://obefiend.blogspot.com/2009/10/lelaki-yahudi-terakhir-di-afghanistan.html

mamat pemilik blog tu ada cerita pasal Yahudi kat Malaysia..

reverie berkata...

Bro. tulis ah lagi pasal benda ni. Aku nak tahu. Banyak lain dah aku baca. Nak dengar apa kau nak kata lagi.

Sekurang-kurangnya ini salah satu cara untuk kau tunjukkan macam mana tipu helah diorang buat.

Aku jauh daripada Malaysia. Boleh tahu daripada baca2 blog dan internet je lah pun.

Selamat.

Johan 23.01.84 berkata...

reverie - aku takut nak go in detail sbb nanti org salah faham..sbb aku tak nak org fikir aku ni tak hormat sensitiviti org2 Katolik sbb aku akn kutuk clerics dorg..

dorg ni da jd mangsa skrg..aku tak nak org salah faham,ingt aku sokong mat2 fanatik Islam ni..mcm aku ckp,ni BUKAN isu agama Islam atau Katolik/Kristian

tgklah mcm mana nanti,bila isu ni da reda..

nama nami berkata...

Nko cuba tengok bagaimana pandangan kita dialihkan?

Semalam helikopter terbang rendah di Sunway.Road block merata.

Pandangan kita dialihkan melalui ketakutan.Dan dari ketakutan itu - kita akan marah dan benci sesama sendiri.

Daulah akan menggunakan segala kekuatannya untuk terus membuatkan rakyat takut.

Johan 23.01.84 berkata...

Nami - sbb tu kita kena alihkn balik pndangan org ke arah yg sepatutnya..dorg divert,kita divert balik..

Aril Cantona berkata...

bagi aku paderi yang cadangkan nama allah tu tak payah refer kat mahkamah.refer terus kat pope benedict.kalau pope benedict luluskan,satu dunia katolik guna nama allah.

Johan 23.01.84 berkata...

Aril - benda ni sbb clerics bersekongkol dgn daulah..

Asparados berkata...

ptuihhh...
aku bosan dengan melayu yang sket2 komplen yahudi...berak tak lawas pon salahkn yahudi..pelik la aku!