Ahad, 10 Januari 2010

Ketakutan Dan Manipulasi


Di zaman dahulukala ketika semua negara hidup di bawah telunjuk autokratik monarki;ketenteraan,polis,perundangan dan agamawan menjadi alat-alat untuk memastikan dan menjaga tatatertib.Semuanya berfungsi dengan mempermainkan perasaan takut.Keadaan ni tidak banyak berubah dengan peredaran zaman walaupun daripada lebih 200 negara di dunia kini,lebih kurang 120-130 diklasifikasi atau mengaku sebagai mengamalkan demokrasi.

Dengan peredaran masa,dah tentu alat-alat seperti yang dinyatakan tadi tidak cukup berkesan untuk memanipulasi dan mengawal manusia.Pemprograman perilaku yang halus dan licik dikembangkan,contohnya melalui propaganda media serta indoktrinasi melalui sekolah dan sistem pendidikan.Media dikawal dan dimiliki oleh parti pemerintah dan pendidikan pula melahirkan generasi yang semakin tidak mahir berfikir,cuma cekap menghafal apa yang disuapkan saja.

Teknologi propaganda mengolah persetujuan sering dipanggil dengan nama manjanya,PR.PR yang dimaksudkan ni bukan Pakatan Rakyat tapi "public relations".Gua difahamkan PR pada asalnya adalah sebuah sistem yang direka untuk 'reconcile' kepentingan kumpulan dan pihak yang berlainan seperti masyarakat dan kuasa,daulah dan orang ramai,syarikat dan koperasi dan lain-lain.Jangan ketawa,tapi PR pada awalnya adalah jentera untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan betul.Sekarang ni teramatlah sukar untuk kita kenalpasti berapa dan mana satu pakar-pakar PR ni yang benar-benar patuh kepada objektif dan etika sebenar PR.

Di kala ini,kita boleh buang saja takrif asal PR.Tiada lagi 'reconcile' tetapi hanya 'con job'."Public relations" ni sebenarnya "public manipulation".Seperti yang dilakukan oleh syarikat PR bernama Apco Worldwide yang salah satu pelanggannya adalah Barisan Nasional.

Dalam sebuah regim berciri diktator,sama ada dikuasai oleh seorang individu atau kerajaan yang memerintah atau seorang yang menetukan semua manakala yang lain-lain cuma tukang bodek dan pak turut,amat mudah untuk memanipulasi minda rakyat.Pada kebiasaannya,sebuah regim yang bersifat anti-demokrasi muncul kerana rakyat telah berpecah-belah atau/dan berlaku rampasan atau perubahan kuasa.Rakyat yang ketakutan,keliru dan lesu akan menerima saja perubahan tanpa banyak fikir.Ini yang berlaku selepas Tanah Melayu merdeka.Rakyat telah melalui zaman penjajahan,maka Umno dan Perikatan telah dialu-alukan seolah-olah penyelamat seperti Ultraman yang turun dari langit.

Akibat keadaan rakyat yang "vulnerable",regim akan dengan senang men'sensor' dan memutarbelitkan maklumat yang disalurkan kepada orang ramai.Ini adalah untuk mengolah persetujuan rakyat agar terus menerima dan menyokong regim itu.Inilah taktik Umno yang telah memutarbelitkan sejarah supaya nampak seperti hanya mereka saja yang berjuang untuk kemerdekaan dan komunis dijadikan momok untuk menakut-nakutkan rakyat agar menyokong Umno dan Perikatan.

Apabila nampak taktik-taktik tersebut telah berjaya,dah tentu diteruskan dan diperincikan lagi.Apabila masyarakat terus dibentuk dengan cara-cara sebegitu,maka akan menjadi tidak teratur dan hilang pandangan pada realiti.Mereka telah didodoikan.

Salah satu tugas utama pemimpin dan kelas pemerintah adalah memastikan regim mereka bertahan selama yang mungkin.Sebelum ini tercapai,cerucuk yang perlu ditanam adalah 'stabiliti' dan 'keamanan' atau dalam kata lain yang lebih tepat - menjinakkan dan mendodoikan rakyat.Maka tidak hairanlah kita selalu mendengar ayat seperti "kerajaan BN menjamin masa depan negara" serta slogan-slogan dan lagu-lagu haprak dimuntahkan oleh mesin-mesin propaganda.

Pada peringkat mulanya,daya untuk melawan dalam sebuah peradaban yang keliru dan tidak tersusun telah mandulkan lagi dengan beberapa kelonggaran dan "keistimewaan" agar wujud satu ilusi bahawa kebajikan dan keperluan mereka dijaga oleh daulah.Segala rungutan yang kedengaran hilang.Mereka kembali berpuas hati sehingga sampai masa gula-gula wajib ditaburkan lagi.

Masa berlalu dan walaupun makin wujud kesedaran dan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai,kuasa regim telah menjadi semakin susah untuk digugat.Semangat untuk melawan ada tapi cara dan bagaimana untuk melawan gagal difikirkan.Tambahan pula dengan rasa takut yang telah dimanipulasi.Fikrah mereka telah dibonsaikan.

Berapa ramai warga kita yang bonsai fikrah tidak diketahui.Sudah tentu institusi pendidikan tinggi kita tidak akan membuat kajian ke atas hal ni kerana dah menjadi tugas mereka untuk membonsaikan anak-anak didik.Menurut Prof Nordin Kardi,VC universiti paling corot negara yang tidak tahu minyak dan gas digunakan untuk jana tenaga elektrik,rakyat negara ini bijak-bijak belaka.Tapi menurut Nami,seorang dadaist wannabe, 99% rakyat kontot akal.Kedua-dua kenyataan ni tidak munasabah langsung.Akan tetapi,jika gua disuruh memilih antara seorang profesor Kangkong yang ijazahnya diragui kesahihan dan seorang Lalang berkualiti tinggi,sudah tentu gua lebih mempercayai labon Lalang tu.

Maaf,gua teralih pandangan pulak tadi.Bukan taktik manipulasi,ye.

 Kisah regim diktator dalam karya Animal Farm oleh George Orwell menggambarkan bagaimana dengan mudah seorang diktator mampu memanipulasi fikiran warganya.Dalam ceita ini,watak Napoleon,seekor babi mengundang rasa takut haiwan-haiwan lain melalui anjing-anjing yang menjadi pengawalnya.Ini membolehkan Napoleon mula memesongkan fakta.Binatang-binatang lain akur kepada Napoleon sebagai pemerintah.Walaupun selepas bebrapa lama,mula wujud ketidakpuasan terhadapnya,majoriti percaya kepada Napoleon kerana pandangan mereka telah dipesongkan dan juga kerana fikrah mereka telah kontot.

Regim bersifat diktator yang muncul selepas kecelaruan mampu memanipulasi kelemahan-kelemahan masyarakat sebegini.Amat mudah untuk warga-warga dalam keadaan macam ini untuk terperangkap dengan kelicikan tipu helah daulah kerana mereka hanya mendapat sumber maklumat yang telah dikawal.Lantas amat sukar untuk mereka menerima dan menghadam pandangan yang berbeza yang diajukan oleh minoriti yang telah sedar.

Keadaan macam ni memudahkan lagi daulah dan perkakas-perkakasnya untuk terus mengalih pandangan orang ramai dari kebobrokan dan penipuan yang sebenarnya sukar disembunyikan lagi seperti najis-najis yang melimpah keluar kerana tangki kumbahan telah overflow.

Jikalau masyarakat mampu bersatu pada awal-awal lagi untuk memberontak ke atas regim,kemungkinan besar regim itu akan digagalkan.Akan tetapi,seperti rakyat Tanah Melayu ketika itu yang sudah pun berpecah kerana dasar pecah dan perintah British,tak mungkin rancangan Umno ketika itu dapat  dihidu apatah lagi dihalang.Lagipun,pada permulaan regim-regim akan menggunakan langkah-langkah yang tidak jelas menampakkan jalan yang akan diambil selanjutnya.

Apa sekali pun cara yang digunakan oleh regim-regim yang selalunya menyamar sebagai demokrasi ini,pemangkin dan senjata yang paling utama mereka adalah manipulasi ke atas sifat takut semulajadi manusia.

9 ulasan:

nama nami berkata...

weh,aku dah tarik balik statement tu woit..hahahahaha!!

Johan 23.01.84 berkata...

hahaha

Aril Cantona berkata...

kalaulah ez jumpa kau dulu sebelum nami,aku rasa kau lagi best kot hahahaha(lek nami lek..lu jangan terjun bangunan pulak lepas ni hahahaa!!)

kau dulu duduk mana hah?

bangunberdiri berkata...

sebab tu gua bengang dengan media yang selalu menjadi dalang provokasi mengolah pandangan dan persetujuan majoriti manusia. kekantoian daulah hanya dapat di buktikan dengan wujudnya sumber media yang bebas,maka warga wajib menggoogle demi mencari kebenaran dan atas nama kebenaran.jika percaya pada tuhan, akur dengan ketentuan, berterima kasihlah kepada ronald reagan. jangan berterimakasih dengan ayah dino, jangan jadi bebal.

Dari Jalan Kopi berkata...

aku mintak tolong kau jgn libatkan si nordin kardi tu dalam tulisan. aku hampir muntah darah membaca nama kepala bana tu.

harap maklom.

kenyataan paling tidak masok akal 'UMNO bukan parti perkauman'.

lagi sekali aku hampir muntah darah.

Johan 23.01.84 berkata...

Aril - dari kisah idup si mamat tu yg disurahkn dia,gua rase klu dia tak knl Ez,gua rs mamat tu da jadi mat Pekida kot..hahaha..gua Melaka dlu..

bangunberdiri - ironik kan zaman dulu Utusan yg plg boleh dipercayai,sekarang jd jadi mcm ni..huhu

DJK - hahaha

lafemmerouse berkata...

Respond to Along:

I'm not going to date nerds.I only date people with pure love in his heart.

Can you write a poem to your wife before go to sleep every night?

I bet you can't.

Johan 23.01.84 berkata...

hahaha jwb ar,Aril..

Aril Cantona berkata...

kau nak aku jawab ape johan mat mapiau?

aku kalau jawab macam mana pun,mamat pelompat parti mesti menang punya.mamat tu tak jawabkan ada yang tolong jawabkan.ada tukang pukul.gua mana reti tomoi2 ni..kaki gua tak jadi besi lagi beb..

jadi macam ni la,setiap orang terror dalam bidang masing-masing.dah kalau aku tak terror menulis puisi,karang puisi jadi cerita doraemon,lagi susah.