Sabtu, 30 Januari 2010

"Lampu Hiasan"



Tadi gua berjalan di sebuah kawasan di dalam so-called Segitiga Emas di Kota Lumpur.Dah berjanji jumpa mamat ni yang kononnya suka minum teh tarik gelas besar (tapi dah 3 atau 4 bulan kenal dia,tak pernah pun dia order teh tarik kat mamak).Dia cakap semalam nak pinjam buku dengan gua.Memandangkan J.D Salinger baru meninggal(R.I.P),sesuailah dipinjamkan buku The Catcher In The Rye dan Nine Stories serta sebuah DVD filem neraka oops.. syurga.

Lalu-lintas cukup padat macam biasa.Sampailah gua di sebuah simpang empat berlampu isyarat.Berbekal nasihat oleh daulah yang berbunyi "berhati-hati di jalan raya,ingatlah yang tersayang" , gua pun cuba menjadi seorang pedestrian yang baik lalu gua berhenti sejenak untuk menuggu lampu isyarat berpihak pada gua untuk melintas jalan di atas lintasan kuda belang.

Bukan nak mengada-ngada seperti 'putera lilin' tapi panas terik yang menyengat membuat waktu menuggu untuk melintas terasa seperti tiada pengakhirnya.Mata terus tertumpu pada lampu pelintas jalan seolah-olah menanti isyarat untuk memulakan perlumbaan Moto GP atau Formula One.Di pihak para pengguna kenderaan,lampu kuning sudah menyala dan akan segera disusuli lampu merah.Tibanya giliran gua dan para pejalan kaki lain untuk menggunakan jalan.

Lampu hijau untuk gua dah terbit,segera gua langkahkan kaki.Tapi tiba-tiba terdengar "ciiiiiitttt" bunyi 'drag' tayar dan sedetik kemudian disusuli bunyi hon dari sebuah kereta mewah yang laju menuju ke arah gua.Hanya refleks sekelipan mata yang boleh membuatkan Roger Federer cemburu,gua menarik ke belakang tubuh gua.Kereta itu tak sampai 30cm dari men-'relegate' diri gua dari masih bernyawa kepada hanya tinggal statistik.

Di tengah kebingungan yang bercampur-baur dengan derauan adrenalin,gua masih mampu terdengar suara maki-hamun dari si pemandu yang kepalanya keluar dari tingkap kereta, "Bodoh! Mata tu taruk kat bontot ke ape!".Ketika itu gua masih 'blur' disebabkan kejutan tadi,lalu tidak terkeluar apa-apa balasan dari mulut gua.Gua sempat mencuri pandang ke arah si pemandu tersebut - seorang lelaki lingkungan lewat 20an ke awal 30-an dengan ciri-ciri gaya seorang eksekutif muda duduk di balik stereng kereta 2000cc ke atas (jenama tidak didedahkan kerana tulisan ni bukan iklan atau ditaja oleh sesiapa)

Rentetan peristiwa yang berlaku sekelip mata itu, gua berdiri terpatung di kaki lima jalan.Masih kekagetan.Tanpa disedari gua telah terlepas beberapa giliran untuk melintas.Gua harus menunggu lagi.Setibanya di seberang jalan gua memetuskan untuk berhenti sejenak membeli minuman sambil menikmati rokok yang tidak pernah gagal menenangkan gua.Sambil duduk minum dan merokok,gua membayangkan kembali kejadian tadi.Terasa betapa dekatnya kematian.Setiap detik dan bila-bila masa nyawa kita boleh melayang bukan kerana tindakan kita sendiri dan tanpa kita mampu berbuat apa-apa.

Gua cuba merekonstruk semula babak demi babak yang berlangsung begitu cepat tadi.Memang tak terdaya gua untuk menghalangnya dari berlaku.Macam ni apa ertinya ada lampu isyarat untuk mengatur lalu lintas kalau semua pengguna pun tak ambil pot.Sambil menyalakan lagi sebatang rokok,aku cuba menyusup masuk ke isi kepala mamat tadi tu.Kenapa dia rasa jalan tu macam bapak dia yang punya. (Kalau Najib Razak berbuat macam tu kat Jalan Tun Razak,mungkin boleh diterima logik songsang jika dia claim tu jalan bapak dia)

Dah tentu bukan si mamat tu tak faham, apa pun alasan dia tetap salah.Bukan saja boleh mencelakakan orang lain tapi menyusahkan diri sendiri juga.Tapi dia tetap lakukan juga.Memang sial.Memang bodoh lagi bangang.

"Bro..",tegur seorang mamat berpakaian seragam sebuah kedai kopi menjual gaya hidup,menyedarkan gua dari lamunan. "Ah,ye bro.." sahut gua.Dia menyambung lagi,"Traffic light ngan zebra crossing bukan jaminan..Sekarang ni traffic light sama je dengan lampu hiasan time Raya.Ada ke takde sama je." Gua tersenyum.Tanpa menunggu balasan gua,dia melanjutkan monolognya, "Nowadays,orang makin berpelajaran tapi otak makin tak mampu nak berfikir".Ha! Begitulah rasanya jawapan yang paling sesuai menghuraikan perbuatan mat kereta tadi.Perbualan kami diteruskan dan menjurus ke topik-topik lain yang tidak berkaitan...

Sekembalinya di bilik sewa gua,sambil duduk santai ditemani secangkir kopi panas dan macam biasa kawan terbaik gua,rokok.Lalu sekali lagi aku terfikir peristiwa tadi.Sambil itu teringat gua kepada blog ni.Persetankan je draft-draft tulisan yang bertimbun dan belum dipost dan juga belum siap,gua pun mula menulis tentang ni di kala ingatan masih segar dibenak.

Gua renungkan kembali susuk mat bebal tadi tu.Dari kenderaan dan cara berpakaian,jelas menggambarkan status sosialnya.Setidaknya dia mewakili kaum kelas pertengahan ibukota yang bergaya hidup pasca-moden.Sekurang-kurangnya berijazah sarjana muda.Bekerja di institusi kewangan.Dua kali seminggu ke 'fitness centre' untuk membentuk 'six pack' dan badan berketul-ketul.Malam hari 'hang out' bersama rakan-rakan para yuppies di restoran atau cafe tertentu.Malam minggu pula terkinja-kinja di kelab atau disko.Sebulan sekali mungkin pergi untuk rawatan facial,manicure,pedicure dan urutan badan di spa.Koleksi kad kreditnya pula seperti koleksi setem.Kejap.Atau mungkin dia juga dia sebenarnya seperti mereka ini

Itulah gaya hidup orang seperti mat bebal tersebut.Semua kenikamatan dunia mampu dibeli dengan wang ringgit.Mungkin sebab itu dia merasakan dirinya merasa 'untouchable' dan boleh melanggar lampu merah sesuka hati ditambah dengan maki-hamun seolah-olah dia yang benar.

Oleh itu,Rais Yatim tak usahlah menyalak lagi suruh orang ramai "bersopan-santun dan berbudi-bahasa".Nilai kemanusiaan sudah tidak lagi mempunyai tempat dalam kehidupan di dunia ini yang makin hedonistik.Hidup dah tak membawa apa-apa makna lagi.Manusia tak lebih dari selonggok daging tanpa nyawa.Ketika manusia hanya sekadar binatang berakal,manusia menjadi pemangsa dan mangsa sesama sendiri, survival of the fittest.Naluri manusia telah menjadi buta oleh silauan kemewahan hidup - seperti ular senduk yang 'menari' mengikut alunan musik.Dan menjadi Machiavellian,apa saja cara dan alat boleh digunakan semata-mata untuk mencapai tujuan.Orang putih cakap "it's a dog-eat-dog world".

Secangkir kopi dan dihabiskan.Gua matikan api rokok.Nak pergi mandi.Kalaulah air boleh 'membersihkan' kembali kita manusia...

(p.s : Woit Nami,sebab ni lah gua tak jadi datang jumpe ko ari ni..emosi gua terganggu hahaha..nak call pun ko takde fon sekarang ni..huhu)

15 ulasan:

pungkar berkata...

dengan kembali kepada ajaran agama Islam yg sebenar dapat memanusiakan kembali manusia...percayalah...dengan izin Allah..

Johan 23.01.84 berkata...

pungkar- Manusia kat negara2 Islam tak mcm manusia pun..hehehe

nama nami berkata...

haha..johan,gua bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa sebab hanya 30cm sahaja jarak ruang dan masa kau dengan kecederaan,atau mungkin kematian.

Tapi takpe,gua pun penat hari ni.Pungkar berkata kembali ke ajaran Islam dapat memanusiakan kembali manusia.

Aku nak tanya pungkar la,apa tujuan Tuhan wujudkan manusia dan apa tujuan Tuhan itu wujud?

Soalan Gauguin tu mesti nko refer dalam al-Quran pun nko pecah otak,bukan?

Hari ni - nko pergi tengok negara Islam kat seluruh dunia - ranking rasuah semua kat tempat teratas rasuah tertinggi.Kembali ke ajaran Islam?

Dalam kedogmaan dan kejumudan,aku nak nko pungkar,fikir satu je perkara.Satu je perkara.Tak payah banyak.

Dalam wallet nko,kalau takde kertas warna-warni tu,nko boleh makan tak?

Woit,pergi BB la tengok surau tepi jamban,tokong tepi car park..

p/s:beb,aku dah tau mana awek femme fatale tu duduk.Gua naik satu Monorail dengan dia..kah kah kah!

Johan 23.01.84 berkata...

Nami-beliau keje kat BTS ke?

nama nami berkata...

Haha,gua nampak dia dari arah situ.Mungkinlah.Gua tak nak buat sebarang spekulasi.Nanti Ghani Patail saman gua - sebab dia kata tak boleh buat spekulasi.

Minah tu duduk area padang batu-bata la beb.Gua konfirm 70 peratus.Tak taulah dia singgah umah member @ bf @ lepak kedai kejap.Tapi gua nampak dia tak naik bas bila tiba di KL Sentral punya monorail - jalan kaki je.hahaha!

nama nami berkata...

Beb,ada sorang lagi jiwa besar meninggalkan kita nko lupa nak cakap.

Howard Zinn.

Ez Puella Sapiens berkata...

You know what,I wonder apa function JPJ kutip roadtax every year?

hik hik!Buat tiang lampu isyarat yang tak berfungsi?

I getting scared to walk in KL.

reverie berkata...

kat malaysia memang macam tu. negara lain aku pergi tak pun. tak tau kenapa pemandu malaysia garang sangat.

*Bro, rokok tu produk kapitalis weh. kekeke.

Selamat.
;p

Besi Karat berkata...

manusia sekarang angkuh kot duduk dalam mesin.bajet bagus bila dapat kawal mesin bergerak tu.

Johan 23.01.84 berkata...

Nami - rasenya minah tu lah yg aku ckpkn tu..

Ez - JPJ's job is to fill up the government treasury sbb da muflis beli submarine..haha..

reverie - mmg pun..note the word 'kita' kat paragraph terakhir..hehe

besi karat - besi2 karat pun lg brfungsi dr manusia haha..

kawan pungkar berkata...

aq tlg pungkar bg pndpt je-tujuan mnsia wjud utk jd khalifah kt muka bumi ni, makmrkan bumi Allah...sbb itu adanya wahyu iaitu al-quran, dan utusannya para rasul yang akan menyampaikan ilmu agama serta sunnahnya. Allah itu wujud. Allah wujud kerana Dia ialah satu...kalau ko pegi mana2 pn..msti cuma ada satu tujuan je...mcm kte idup..tujuan syurga kn..ko jgn ckp ko x ingin msuk syurga plak. dan...bila kita hidup...cuma ada satu je tamatnya iaitu mati...klu ko g kuliah, tjuannya nk ilmu...

negara Islam mang wujud dlm perlembagaan ngra msg2. Tapi, tak semestinya telus... mrk cuma guna nama Islam je....(hnya pd nama)...(cm MSIA la)...tak semua negara perfect.... aku pnah t'dgr satu tazkirah...yg "pada suatu hari nti ORANG BODOH yang akan jadi pemimpin"...skrg bnda ni dh jadi...(sbb pemimpin BODOH ni la, kte jd nama je ngra ISLAM..tp mkn rasuah)...PEMIMPIN BODOH ni tak berbalik pd ajaran ISLAM.

pasal duit tu...sape yg taknak kn...mang xblh mkn klu xdek duit. tp klu rzki tak memihak.nk wt cmne...xkan nk plih jln yg zalim dan kotor.

Johan 23.01.84 berkata...

ko pegi mane2 pun sekarang,tujuan ialah political ekonomi..ni hakikat hidup manusia..manusia bergerak atas tujuan ni..

agama bg aku is a personal matter..org nak sembah pokok ke ape ke,dia takkn menyusahkn hidup org ramai..sama ade sesiapa pun pergi syurga or neraka,bukan kita manusia yg tentukn..

klu setakat sembahyang,pergi masjid ari2,bebel psl agama,jadi polis moral atau buat ape2 ritual2 agama dgn harapan ni je cukup masuk syurga,bagi aku manusia mcm ni terlalu pentingkn diri sdiri sbb manusia mcm ni fikir untuk diri dia je..dia buat mcm tu sbb nak diri dia msk syurga bukan jujur nak jd manusia yang baik..layak ke masuk syurga manusia selfish mcm ni?

nama nami berkata...

kepada kawan pungkar:

Norway,Sweden,Denmark ni semua kadar rasuah paling rendah dalam dunia.Pendapatan per kapita paling tinggi di dunia,maknanya negara aman dan makmur.

Dorang ni ikut ajaran Islam ke?

Khalas.

Ez Puella Sapiens berkata...

The Catcher In The Rye was hillarious hik hik!

I wonder what happen to Jane Gallagher and I wonder is Holden Caulfield finally trimming Sally Hayes christmas tree..hik hik!

The funniest part when Caulfield had a fight against his college roommate Stradlater because of Jane Gallagher.

"Moron will get angry when we call them moron",i don't remember the sentence,but it's literally hillarious hik hik!

Looking back at that story,I felt like Holden was like me.Always in shadowed with his brother Allie.

Aril Cantona berkata...

Apa yang aku faham pasal Catcher In The Rye,mamat Caulfield ada bercakap tentang mat agama.Member dia si Ackley ni ada kata,"kau nak kutuk aku boleh,tapi jangan kutuk agama aku".

Mat agama ni,macam si Caulfield ni cakap,adalah orang yang paling dia menyampah.Kenapa bila nak bercakap buat suara macam wakil dari Tuhan?Bergema-gema dan macam holy gila.Cuba cakap biasa-biasa dengan mat rempit kan senang.Ni cakap macam berjalan atas angin je dorang ni.

Aku percaya dalam diri aku ada sedikit macam Caulfield ni.Walaupun aku takdelah bodoh dah bayar pelacur tapi tak nak toron kah kah kah!