Rabu, 13 Januari 2010

Orang Kebanyakan




Dia tinggal di kawasan Damansara.Dia memandu kereta Mitsubishi Evo X.Tempat-tempat lepak dan bershoppingnya kalau bukan di The Curve,dia gemar ke KL Pavilion.Dia memiliki gadget-gadget seperti telefon bimbit yang terbaru di pasaran.Dia mahu dilihat melepak dan melabon di Starbucks.

Tapi...

Jangan silap.Dia sebenarnya bukan dari kelas pertengahan.Dia mungkin hanya seorang pegawai biasa kerajaan atau seorang pekerja bank.Dia orang biasa.Kelas pekerja.Hoi Polloi.Ya,dialah golongan "common people",orang kebanyakan pada hari ni.

Imej yang kita gambarkan di kepala apabila dengar frasa "orang kebanyakan" tak sama lagi.Orang kebanyakan yang menyewa di rumah teres setingkat atau di flat perumahan kerajaan dah makin hilang.Mereka tidak lagi sekadar mahu hidup yang sederhana dengan pekerjaan yang terjamin kemudian berkahwin,menghasilkan zuriat.

Di dunia kini gaya hidup sudah tak sama lagi macam 20 tahun lalu.Malah kalau dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu pun banyak yang dah berbeza.Orang kebanyakan kini mahu bergaya.Mahu segala macam itu dan ini.Tengok member ada,dia pun mesti ada jugak.Lebih baik kalau dia punya lagi hebat.

Macam mana ni boleh berlaku? Bukan ke semua itu "off limits" kepada orang kebanyakan? Memang kedengaran sangat cliche tapi semua ni disebabkan oleh ombak globalisasi.Tetapan hidup yang kita kenal suatu ketika dulu dah lain.Dah 'up',beb.Kalau baling batu kat sekumpulan manusia,gua sangat yakin akan hinggap pada seseorang yang memiliki kereta.Memiliki rumah sendiri bukan lagi satu angan-angan,tak payah susah-susah - terima kasih kepada pinjaman bank (ataupun mungkin Along jugak).

Nak sumber maklumat,senang je ada internet yang dah makin laju.Tambah lagi dengan kredit yang "free flow" dan macam-macam lagi dah jadi mudah.Bagai bentangan karpet merah untuk orang biasa ni.Orang kebanyakan kita ni dah berkuasa.Makin berpengaruh.Senang je nak lintasi "larangan" terdahulu.

Sekarang macam-macam yang terdahulu hanya mampu dicapai mereka dari golongan kelas pertengahan dan ke atas,dah menjadi seperti asas hidup kepada orang kebanyakan kita ni.Bank-bank berebut-rebut mahukannya sebagai pelanggan.Agar dia dapat membiayai kos makan di restoran mewah,barang-barang kosmetik untuk kelihatan cun dan anggun,bercuti di sana sini.Wow,taraf hidup orang kebanyakan ni dah meningkat dengan begitu mendadak!

Nanti dulu.Makan "buah terlarang" memang akan bawa bahana.Dia mungkin mampu bergaya,berseronok sakan tapi ini yang kita sekadar nampak dari luar.Sebenarnya,dia terpaksa menanggung satu beban.Semua yang dia miliki itu kerana meminjam.Dia berhutang.

Bila terdesak,dia mula bergiat dalam kultus MLM.Ini pun satu lagi masalah,tiada jaminan dia tak akan hilang bukan saja sumber ni,dia mungkin hilang segalanya.Dia mungkin ditipu.Dia mungkin muflis.Awek-awek cun yang terhegeh-hegeh mahu mendampinginya akan menghilangkan diri. Aduh..

Inilah realiti disebalik kehidupan yang didambakannya.Jauh berbeza dari glitz and glamour yang dilihat dan dijual kepadanya di kaca television LCD nya.Inilah tragedi kehidupan pasca-moden.Gua membayangkan mereka ini dah tentu selalu mengalami kesukaran untuk tidur di malam hari.Kegelisahan sentiasa bertakhta di benak mereka walaupun mereka terus berparti untuk melupakan seketika hakikat sebenar hidup mereka.

Gua bukan menulis untuk sindir mereka ni.Gua tidak terlintas langsung mahu menghentam mereka.Benar,gua selalu memperlekehkan mereka ni tapi biasalah kan bila dah geram.Gua sebenarnya bersimpati kerana mereka adalah mangsa yang terpedaya.Gua juga faham orang kebanyakan sekarang ni mengalami banyak desakan tidak kira yang nyata atau halus agar mereka menganut gaya hidup konsumerisme yang plastik ni.

Kesan-kesan yang merupakan manifestasi dari budaya celaka ni banyak yang kini boleh kita nampak.Ramai yang jatuh muflis,tak kurang juga yang mengalami depresi atau lebih teruk.Yang bunuh diri pun ramai.Ni belum masuk kesan-kesan yang bukan secara terus kepada individu.

Di saat ni,gua ditemani dendangan lagu Common People oleh kugiran Pulp.Memang maksud keseluruhan lagu tu lain cerita,tapi yang ketara "common people" yang ada tahun 2010 ni dah tak sama macam diceritakan dalam lirik lagu yang dirilis tahun 1995 tu.

13 ulasan:

Asparados berkata...

aku turut merasakan nye joe...orang disekeliling kau dan aku jua begitu...
kadang2 gaji kecik tapi lifestyle mcm anak menteri...ohhh~giler gile gile!

Johan 23.01.84 berkata...

Aspa-yg tak boleh blah,dorg nmpk mcm happy pdhal byk uncertainties dorg kn hadap..woit awl ko smpai ofis..haha

Ez Puella Sapiens berkata...

The culture of individualism and materialistic came from consumerism.They're using trendy words such as cosmopolitan,chic,metro or sexy to attract people,common people like us.

To be frank,when our bosses raises our salary,the price goes up too.Our effort to live become cheaper than before.20 years ago according from my uncle,RM500 per month is enough for 5 members of family.Today,it's a laugh.

State always try to alter our state of mind with figures.20 years ago executive manager salary was RM2,000.Today it's RM6,000.State will told you that your standard of living are improving.Actually it's getting worse,you have more things to buy,more things to pay with so many things to cover the cost.

In the end,you're exhausted,and jaded.In the end of your life finally you're realized that you're wasting your one and only life,dedicating to meaningless piece of paper that we called "money".

bangunberdiri berkata...

kita tengok tmpat makan org kebanyakan pn dh lain dh sekarang....
warung2 tebeng tepi jalan hanya di wariskan pada golongan buruh2 kasar... orang kebanyakan lagi syok layan mcDogal ngan fried fuck.

M-Yusof berkata...

berhutang mmg dah jd sebahagian subbudaya masyakat masakini bro..

nak buat mcmana,pihak berkewajipan yg mengajar budaya berhutang ini sedari dr awal lagi..

nak belajar berhutang,nak kawen berhutang,nak bli kete hutang..

hutang boleh tp perlu ada meritnya,kalau setakat nak bergaya smpikan kna berhutang,apa jadahnyer tuh..

Dari Jalan Kopi berkata...

budaya pelastik ini dah menjadi anutan budaya.

sesiapa yg melanggar hukum anutan budaya ini akan dilihat kuno dan primitif.

Johan 23.01.84 berkata...

Ez - Really?RM500 for 5 persons..cant imagine those days..RM500 today is not even enough to pay the rental of a flat..huhu

bangunberdiri- kita je yg masih sayang tempat2 mcm tu hehe..

yusof - tu lah psl..woit lame blog ko senyap,bro..aku suke blog ko wei

DJK - sebab tu bayar pun pkai duit plastik..haha

Asparados berkata...

awal hape...stenden gomen la ni!
hahahaa

yg gua pelik lg heran,diorg main beli je smpi duit nak byr makan dan petrol pon smpi sangkot...sanggop mkn megi janji vogue..perghhh..bebal lagi mentololkan!

reverie berkata...

average joe. berlambak. aku tak nak jadi macam tu.

amini amini berkata...

...life is like dat i guess...
...berani buat berani tanggung la kan...
...da pinjam misti mau baya ma...
...tamau baya jangan pinjam...
...tu bank2 suma cekik darah tu...
...kite yang derma darah tu sapa suruh...
...nak beli simpan duit...baya cash...
...senang hati...xde bunga xde pokok xde kambing...
...tapi kengkadang hutang itu ialah satu khidmat jugak...
...tapi bergantung pada orang tu lah kan...
...dia sindri yang nak bejoli...
...abis joli tanggung sindri la kan...
...misti nak ada keseimbangan dan tanggungjawab keatas diri sendiri...
...kita x penah cukup dengan yang ada...
...nami x cukup satu pompuan...ooops...haha...
...kou jangan tamak tamak nami...
...orang tamak masuk neraka...
...ko tingkat tujuh...terjun la kat kitorang tingkat lapan...
...dan aku x cukup satu ekoriem je...
...aku nak beli lagi...
...jaga kou apek akuarium wonderful taman maluri...
...beta akan berkunjung ke sana lagi...
...dan kasut bandel...
...jaga kou bandel chokit...
...juga beta akan berkunjung ke sana lagi...
...maseh belum selesai dendam diantara kita...
...kenapa pf flyer mahal sangat...
...satus da la...
...apa la...
...bukan ada orang nak beli ni...
...buleh la kan...kan...aaa...

nama nami berkata...

nko ni ape kes senyap jer?woit org call tu angkat la woit!hahahah!

Kejora =) berkata...

corak hidup sudah berubah dari 1990-an ke 2000-an...semakin berteknologi..semakin canggih..
manusia berlumba2 kejarkan kesenangan juga kemewahan hidup..

nama nami berkata...

orang tua sambal rom yang dah pulang ke pangkal jalan kah kah kah!