Khamis, 7 Januari 2010

Siapa Boleh Tolong Jawab? - Bahagian 2

Sebelum ni,dalam bahagian 1 gua mengaju persoalan tentang pegangan fahaman dan conscience peribadi.

Kali ni gua nak melabon pulak tentang beberapa tindakan dan perangai oleh golongan kiri yang membawa bahana kepada pergerakan sendiri.Tidak kira sama ada mereka itu sosialis atau pun anarkis.Bukan gua berniat nak menghentam mereka ni yang gua anggap sebagai 'rakan seperjuangan',(dalam bahasa skema) tapi gua cuma mahu membuat kritikan membina agar kita dapat sama-sama bergerak melintasi pagar-pagar ini.

Seperti perangai mat-mat fundamentalis agama,ramai golongan kiri ini berlumba-lumba mahu membuktikan siapa lebih betul dari siapa.Sindrom ini menyebabkan tertubuhnya berlambak-lambak kumpulan atau organisasi kiri yang lebih gemar bersaing sesama sendiri daripada menumpukan perhatian kepada common goal mereka iaitu menjatuhkan sistem kapitalis.Ini sangat merugikan.

Memang terdapat kontradiksi-kontradiksi di antara pegangan dan jalan yang dipilih oleh organisasi-organisasi ni.Segala kontradiksi yang menceraikan mereka ni bukanlah kontradiksi utama.Tapi cuma kontradiksi sampingan.Apakah mereka tak nampak langsung persamaan yang ada pada mereka?Mengapa dialektika tidak diguna pakai dalam mencari kesepakatan? Dialektika adalah untuk mengenalpasti persamaan walaupun terdapat percanggahan.

 Yang bertakhta di benak mereka ni adalah fanatisisme.Sifat terlalu mengagungkan fikiran sendiri hingga tidak mampu menerima percanggahan yang nyata terhadap pegangan mereka.Contohnya,hanya apa Marx cakap saja betul.Atau hanya apa Bakunin kata saja diterima.Ini menjurus kepada sifat dogmatism.Come on,ideologi politik saja tidak lengkap untuk melingkumi kesemua permasalahan manusia.

Terdapat juga satu gejala yang boleh digelar sebagai "elitis".Menidakkan orang yang tidak sekepala dengan mereka daripada bersama-sama sekapal dengan mereka.Woit,siapa musuh utama kita kalau bukan kapitalis?Mengapa mahu berseteru dengan orang yang bukan sebahagian dari musuh utama kita?

Beberapa hari lepas,gua terbaca satu laporan akhbar mengenai harga roti.Pengeluar-pengeluar roti ini telah bersepakat untuk menentukan berapa banyak kenaikan harga dan bila tarikh kuatkuasa.Nampak tak,walaupun malaon-malaon kapitalis ini bersaing,mereka masih mampu bekerjasama bila masa perlu dan mendatangkan faedah.

Memang kita wajib mengambil rujukan dari sejarah dan memahami teori-teori.Tapi kita juga wajib mengenal yang mana pemalar (constants) dan mana pembolehubah (variables). Seperti tentang demografi.Contohnya,kita tidak boleh mengambil pendekatan yang bulat-bulat seperti di UK untuk gerakan kita di Malaysia.Demografi di sana sudah tentu jauh berbeza dengan di Malaysia.Ini kita mesti ambilkira.

Segala kegagalan memahami fakta-fakta dan faktor-faktor ini akhirnya hanya akan menguntungkan musuh utama kita semua,kapitalisme.Janganlah kita asyik mahu 'membakar jambatan' seperti Rais Yatim.

Ape pun tulisan ni cuma lebih ke arah persoalan dari gua,bukan satu pandangan yang nyata.

9 ulasan:

nama nami berkata...

Seperti Isham cakap,"bukan susuk tubuh orang tu yang diambil kira tetapi apa yang difikirkannya",ramai orang hari ni lebih suka tiru benda-benda yang kosmetik.Pakai baju Guevara dah dianggap socialist,buat rambut mohawk dianggap anarkis,ada yang anggap kalau nak jadi socialist kena masuk persatuan socialist,ini macam persatuan bulan sabit merah atau puteri islam.mana boleh ini macam..

aku suka sekali statement ez tentang group-group kiri ni."they all seems for me like detergents,all trying to promote which is whiter,cleaner and smells better".

sebelum gerakan kiri ni bakal jadi buih-buih sabun,baik fikir dulu.kapitalis sedang menjadi air yang menghanyutkan semua benda.

reverie berkata...

"organisasi kiri yang lebih gemar bersaing sesama sendiri daripada menumpukan perhatian kepada common goal mereka iaitu menjatuhkan sistem kapitalis(Johan, 2010)"
Dah divided. Maka semua benda tak jalan. Aku setuju benar dengan tulisan ini kali ini.
Analisa yang sama boleh digunapakai pada rakyat Malaysia untuk menentang rasuah. Ketepikan perbezaan kulit dan bahasa, tentang malaun kat atas yang sedap makan sambil menimbulkan isu2 untuk konsep 'divide and conquer' dia. Supaya ideologi satu malaysia susah nak dilaksanakan, maka hasilnya semua berbalah. Malaun2 ni makan sampai habis.

Dekat melaka nak buka lagi 3 shopping mall mega. 3 beb. Investor luar negara dengan balaci2 malaun. Siapa malaun tu?

Selamat.

Ravi CWI berkata...

Terima kasih atas pandangan saudara. Saya ingin memberikan beberapa pandangan terhadap beberapa persoalan saudara berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya.
Bagi seorang yang menjadi anti-kapitalis dan tertarik kepada idea-idea sosialis, persoalan-persoalan yang sdr ajukan akan biasa dibangkitkan. Kita sememangnya perlukan satu force yang kuat untuk menjatuhkan sistem kapitalis, ini tidak boleh dinafikan.
Force yang kita maksudkan di sini adalah working class kerana peranan yang dimainkan oleh mereka dalam penjanaan keuntungan untuk kapitalisma. Persoalannya bagaimana kita boleh menguatkan mereka dan apa perkara-perkara yang akan mempengaruhinya. Manakala force ini juga memerlukan sokongan golongan-golongan lain seperti anak muda, student, petani dan juga middle class untuk melemahkan kapitalisma.
Satu lagi factor yang amat penting untuk menguatkan force ini adalah kepimpinan untuk mengemudi perjuangan kelas ini. Peranan ini boleh dimainkan oleh parti atau organisasi politik yang berlandaskan kepada kelas untuk menyatukan working class dan golongan-golongan tertindas yang lain. Contoh yang boleh kita berikan ialah peranan Bolshevik dalam Revolusi Russia.
Kebanyakan daripada organisasi kiri ini mempunyai common goal untuk menjatuhkan kapitalisma, tetapi percanggahan yang biasa wujud adalah dalam isu taktik dan perspektif untuk bagaimana hendak menguatkan working class ke arah menjatuhkan kapitalisma. Maksudnya, katakana jika 10 organisasi kiri bersatu, tetapi kalau perspektif dan idea yang dipelopori oleh gabungan ini tidak selaras dengan aspirasi dan matlamat working class dan golongan tertindas, maknanya ianya tidak akan mencapai common goal tersebut.
Ini tidak bermakna kita against gabungan sebegini, tetapi kita perlu support gabungan sebegini jika ianya boleh menguatkan perjuangan kelas tersebut. Ada banyak initiasif sebegini untuk membina working-class party telah membawa pelbagai golongan kiri di atas satu payung. Di antara yang saya tahu : Anti-Kapitalist Party (Franch), Die-Linke (German), Syariza( Greece), Noto EU (Britain), PSOL (Brazil) dll. Manakala banyak gabungan yang bersifat Unitet Front seperti anti-war movement, anti fasist dan baru-baru ini di Copenhagen di mana berbagai aliran kiri telah bersama untuk common goal walaupun mereka mempunyai perspeftif yang berbeza.

Ravi CWI berkata...

Seperti yang sdr tegaskan daripada zaman Marx hinggalah sekarang wujud golongan-golongan kiri dengan berbagai pendirian dan pendekatan. Setiap daripada mereka ada hak untuk membawa idea dan perspective mereka di kalangan working class. Tetapi, working class dan golongan tertindas yang lain akan melalui pengalaman berdasarkan perkembangan objektif. Dalam keadaan objektif yang favourable, berdasarkan pengalaman, mereka akan mendekati organisasi kiri yang mereka rasa mempunyai aspirasi perjuangan mereka dan perspektif yang boleh mereka terima. Dalam keadaan ini, mengikut pengalaman saya, organisasi-organisasi yang dogmatik atau mempunyai cita-cita personal akan diabaikan oleh working class.
Adalah tidak betul untuk mengatakan Marxisme (dialectical method) hanya untuk menganalisa politik. Perkembangan budaya, seni, evolusi manusia, agama, environment, science dan sebagainya boleh dan telah dianalisa dengan method ini. Kita ada hak untuk melihat apa argument Bakunin dan apa argument marx berkenaan ‘state’ untuk membuat kesimpulan. Kesimpulan dibuat selepas melihat setiap penjuru berlandaskan dialetika.
Organisasi kiri yang tidak sehaliran bukanlah musuh utama kita dan berdasarkan pengalaman saya organisasi yang berlandaskan kepada working class akan lebih fokus kepada isu-isu bagaimana hendak menguatkan working class dan golongan tertindas. Pada masa yang sama mereka ada hak untuk membuktikan idea dan perspektif mereka melalui kerja mereka.
Yang realitinya adalah working class dan rakyat biasa pecah belah berdasarkan agama, kaum, sempadan, negeri, bahasa, budaya dan sebagainya. Capitalist menggunakan keadaan ini untuk merealisasikan motif keuntungannya. Tapi persoalannya bagaimana kita bermula daripada sekarang dengan mengambil reality kekuatan working class pada masa kini di Malaysia dan juga Internationally untuk mencapai the ultimate goal.
Saya tidak setuju jika ada yang mengatakan kita boleh tiru bulat-bulat apa dibuat oleh organisasi kiri di UK untuk keadaan di Malaysia. Mungkin kita boleh mempunyai general perspektif tetapi, taktik-taktik dan pendekatan yang digunakan perlulah berdasarkan kepada budaya, kesedaran serta objectif/subjectif conditions di Malaysia. Selain mengenalpasti apa pemalar dan pembolehubah, saya rasa kita juga kena pastikan sama ada pemalar dan pembolehubah tersebut boleh mencapai common goal dari segi praktikal pada masa dan keadaan tertentu.
Pandangan dan persoalan penting untuk menjelaskan idea dan perspektif. Terima kasih atas inisiatif sdr.

Johan 23.01.84 berkata...

Ravi - Apa yg diperkatakan oleh hanya beberapa sumber saja tidak akn mencakupi dengan lengkapnya seluruh aspek kehidupan..kita tidak boleh menolak bulat2 mana2 sumber yg bukan benar2 dari aliran kita..contohnya,adakah kita tidak boleh guna lgsung psikologi yg dikemukakan oleh Freud just sebab dia bukan seorang sosialis?

dan kita wajib mengenalpasti siapa yg boleh dijadikan kawan sampingan,ini sangat penting bila kita lihat realiti kita di Malaysia ni..

Johan 23.01.84 berkata...

saya TAK nyatakan yg organisasi yg sealiran kita adalah musuh utama..mereka adalah rakan seperjuangan kita..tidak patut kita mnjadikan mereka seprti musuh..adakah mereka cuma musuh sampingan?atau adakah kita tidak akan reconcile langung dgn mereka nanti?

Ez Puella Sapiens berkata...

I would like to respond to Ravi CWI about his credo point of view on socialism.

When we discussed about socialism,in my point of view,according from Marx,it will be our future after the collapse of capitalism.But don't be so sure,because not anyone are follow Marxist,some of them follows Bakunin anarchism,others with Henry George or maybe the idea of Francis Fukuyama libertarian views.Everyone trying to be prophet or a gypsy with crystal ball and tarot cards.

Now,Karl Marx was born in 1818,the year that capitalism was not mature yet.French Revolution are just 30 years away,and it was revolutionary to build factories or produce masses of quantities of goods.

However,on Paris Commune,it's start to happen what we call it an attempt for liberation from "wage slavery".And in the end,it was Marx and Bakunin divide the revolution into two:socialism and anarchism.

Now,fast forward 2010,what I've see from my eyes is the failure of left organization to unite.Everyone seems to believe what they believe and discredit the rest.I WAS a liberal before I saw liberal ideas was fake hope after ignorance of Barack Obama,and I'm looking for other alternative.And finally I read Marx's book,and other left intelligentsia such as Trotsky,Engels,Rosa Luxembourg and I even read some of CWI materials.

However,I'm not interested on joining groups,because everyone seems trying to advertise themselves as a better organization,which is contradict with socialist idea,and what I can see from this paradoxes is that even left organization like USFI or CWI are trying to recruit new membership to gain more financial and manpower support.

And speaking about progressive ideas,why don't you just ignore other philosopher views,even though he is not Marxist?Jean-Paul Sartre are Marxist but he also follows Existentialism.How about Friedrich Nietzsche,have you ever read about his work,rejecting hierarchy and promoting egalitarian?

Now,even left organization rejecting egalitarian,just because their Sec Gen reading more Marx books than the rest,and every ideas of the organization has been considered by only one man.I've seen so many left organization like this and that's why they're failed..because they only read Marx and not reading Nietzsche.

And talking about Leon Trotsky,yes without a doubt I agree the idea of Permanent Revolution.However,even within left organization itself,the members has been warned not to challenge the idea of the leader(Sec Gen,President,Big Brother etc).And finally it will create dogmatism.If you're Marxist you only follow Marx.If you're Trotskyist you will only follow Trotsky.How about Sartre,Habermas,Darrida or even Hishamuddin Rais?

As I write this comment,I should tell you about this Mr Ravi,that time evolves.You cannot simply keep on using Bolshevik Revolution in 1917.We need new example.We should create our own example,not just following the past history.Something has to be done,not just telling "I'm more Marxist than you then you should follow me".It's not about Karl Marx,it's not about socialism,it's about the idea to be liberated.By how,by who,or by when,it depends on time and space.

Other wise,it will be such a waste of time for joining left organization if they fails to liberate their own members.

Ravi CWI berkata...

Saya setuju bahawa kita perlu juga menganalisa sumber-sumber yang bukan dari aliran Marxisme untuk memahami perspektif mereka. Even idea socialism hanya muncul di awal abad-19 dan banyak ahli-ahli falsafah sebelum itu telah menjadi rujukan untuk perkembangan Marxisme. Contohnya, Idea Utopia Socialism menjadi dasar untuk perkembangan Scientific Socialism. Marx menggunakan idea Hegel ( seorang idealist), Feurbach (antropoligist),Kant (Materialist) untuk menjana idea Diaelictical materialism. Tanpa Newton mungkin perkembangan idea oleh Eistein menjadi sukar. Kita boleh lihat dynamics di sini. Even baru-baru ini Leftist bersetuju dengan beberapa argumen drp Nouril Roubini, seorang ekonomi kapitalis tentang kejatuhan ekonomi 2007/08.

Kita patut membina unity jika unity itu akan menguatkan perjuangan kelas sperti contoh-contoh yang diberikan tadi. Tetapi unity just for the sake of unity juga boleh membantutkan perjuangan kelas. Ada juga banyak pengalaman yang boleh dibincangkan dan dijadikan panduan.

Salam.

Ravi CWI berkata...

To Ez: You have some points there. As you said dogmatism is not the way to develop socialism. Diffrent avenues should be explored. We in CWI is prepared to learn and if there is a mistake we willing to correct it. We learn the past, to move forward and not taking it as dogma. I agree we have also to develop new tactics and methods especially in country like Malaysia where the ideas of Marxism or socialism still unpopular.

Regards.