Jumaat, 8 Januari 2010

Siapa Boleh Tolong Jawab - Kata-kata Akhir

Baguslah sasaran kedua-dua bahagian entri "Siapa Boleh Tolong Jawab" sebelum ni sedar saya merujuk kepada dia dan dia telah menjawab.Tapi jawapan-jawapannya sama saja macam yang pernah keluar dari mulut sebelum ni.

Dunia ni milik anak muda.Kuasa melakukan perubahan terletak pada anak muda.Kalau kita gagal mendalami hati dan perasaan anak muda,kita tak akan berjaya memahami dan mendorong anak muda.

Saya tidak menghasut kedua-dua bangun berdiri dan teh tarik gelas besar.Memang benar,mereka mula bangun menyuarakan rasa hati mereka lepas kenal dengan saya.Pertama kali saya jumpa kumpulan ni,saya dah perasan ada yang tak kena.Saya dapat kesan ada ketidakpuasan hati.Saya cuma mencurahkan minyak pada bara.Kerana tidak guna hanya memendamkannya.

Takkan selama ni tak perasan langsung ada yang tak kena dengan geng sendiri?Atau berpura-pura buat buta saja?

Memang kita wajib berkorban jika mahu berjuang.Tapi jikalau diri kita sendiri pun rasa tertindas,macam mana ni?Dan kita berkorban tidak bermaksud orang lain harus terkorban sekali.

Ada benda yang kita boleh ketepikan saja demi kepentingan bersama dan keadilan tapi ada yang tidak boleh.

Memang masih boleh berbincang tapi harus ingat,kami bukan ada masalah dengan pemikiran oleh Marx,Lenin,Trotsky,et al.Kami tak mempersoalkan itu semua.Jangan salah faham.Kami cuma ada masalah dengan hala tuju kumpulan.

Saya tak mahu membebel panjang.Kita lihatlah macam mana nanti.

Cheers

3 ulasan:

Ez Puella Sapiens berkata...

The only image I can think right now.

Johan 23.01.84 berkata...

As Bangun Berdiri always say "semua ni sebab kita asyik berselindung..kita gagal bercakap benar"

Ravi CWI berkata...

Johan, saya rasa tak ada sebarang isu yang hendak diselindungkan. saya hormati tujuan saudara untuk penjelasan secara terus terang dan juga pandangan yang diberikan. Kita boleh saling belajar dan memperbetulkan apa yang patut. Mungkin kita boleh bincangkan pada perjumpaan yang akan datang.

Salam