Rabu, 6 Januari 2010

Siapa Boleh Tolong Jawab?



Selalu gua fikir dan fikir persoalan ni,masih lagi gua gagal mendapat jawapan.Ini adalah satu guilty conscience yang menghantui gua seperti nama Altantuya sentiasa memomokkan Najib Razak.

Bila dikenangkan kembali,rasa serba salah ni pertama kali muncul beberapa tahun yang lalu setelah gua membaca bait-bait ini :

Under the capitalist system, in order that England may live in comparative comfort, a hundred million Indians must live on the verge of starvation--an evil state of affairs, but you acquiesce in it every time you step into a taxi or eat a plate of strawberries and cream. The alternative is to throw the Empire overboard and reduce England to a cold and unimportant little island where we should all have to work very hard and live mainly on herrings and potatoes. That is the very last thing that any left-winger wants. Yet the left-winger continues to feel that he has no moral responsibility for imperialism. He is perfectly ready to accept the products of Empire and to save his soul by sneering at the people who hold the Empire together.

Marx dan Engels telah bersabda dalam Manifesto Komunis bahawa "roh komunisme sedang menghantui Eropah" ketika itu.Tapi apa yang menghantui gua sekarang adalah seperti yang dikatakan dalam petikan di atas oleh George Orwell dalam karya The Road To Wigan Pier.

Memang dia melabon pasal England pada 1937.Memang lah Empire pun dah lama berkubur.Jadi buat apa gua nak ambil hirau apa dia surahkan dulu tu?

Sebabnya mudah saja.

Struktur ekonomi dunia masih sama,dulu dan kini.Yang berubah hanya watak-watak.Malaon-malaon seperti gabenor dan 'missionaries' telah digantikan dengan Bank Dunia dan para birokrat.Tapi senario beberapa kuasa imperialis mentekedarah seluruh dunia tidak berubah langsung.Juga kabal-kabal rahsia yang tak berapa rahsia masih ada.

Ok,berbalik kepada soalan cepu mas yang gua takkan dapat jawab walaupun gua diberi talian hayat yang 'unlimited' tak seperti dalam game show di TV yang cuma memberi dua atau tiga talian ni.Macam mana gua nak terus hidup dalam dunia kapitalis ni sambil mengelak dari 'bersekongkol' langsung dengan malaon-malaon ni?Bagaimana nak elak dari menyumbang kepada masalah?

Kerana mengikut kata Malcolm X, "you're either part of the solution or part of the problem".Dan gua kini langsung tak rasa macam gua ni sebahagian daripada penyelesaian (solution).Hakikatnya, gua cuma ada idea-idea samar tentang jalan penyelesaiannya.Jadi seperti kata Orwell,gua cuma berada di takuk "makan strawberi dan naik teksi".(Walaupun sebenarnya kedua-duanya sama ada strawberi mahupun naik teksi pun gua tak buat.Tapi janganlah bebal sangat macam Basuh Baju yang tak faham apa tu analogi.)

Bila gua membaca segala macam tulisan-tulisan hala-kiri,gua akan selalu teringat bidasan Orwell itu.Betul ke kita ni nak selamatkan dunia? Atau kita cuma nak selamatkan diri kita sendiri? Nak hilangkan rasa guilty conscience tu je?

Gua dah tulis pasal benda-benda ni.Gua dah banyak melabon kat orang lain tentang kepercayaan yang gua pegang ni.Gua dah hentam malaon-malaon tu.Gua teliti dan memilih,tak sewenang-wenangnya beli sebarang jenama produk.Gua even jadi vegan sebab hal ni.

Akan tetapi adakah lepas buat tu semua gua dah jadi seorang yang benar-benar bebas dari dipertanggungjawabkan di atas kebobrokan dunia ni?Dah mensucikan diri seperti Rahim Thamby Chik dulu yang pergi ke Mekah lepas kecoh kes rogol budak bawah umur tu?

Gua seorang perokok dan gua selalu main buang saja puntung rokok merata-rata.Tapi gua boleh pulak cakap gua ambil berat pasal alam sekitar dan pencemaran.Berapi-api bebel pasal pemanasan global.Banyak lagi contoh 'hipokrasi' lain yang malas gua nak sebut.Nanti jatuh pulak saham gua.

Woit,sebut ayat "nanti jatuh pulak saham gua" dah cukup untuk mengukuhkan relevance soalan 'niat ni nak selamatkan dunia atau jaga kredibiliti diri sendiri?'.

Jadi boleh ke gua atau kita ni,dengan jujur,berkata yang kita ni bukan setakat para leftists kecewa yang hanya nak ubatkan rasa bersalah kita?Adakah kita ni layak digelar problem-solvers dan bukan sebahagian dari masalah itu sendiri?

5 ulasan:

bangunberdiri berkata...

macam mat royal bintang tu pernah cakap,based on kebenaran apa yang kau pegang. kalau kau rasa apa yang kau dah buat selama nih, termasuk jadi vegan sume tuh hanya untuk menyelamatkan diri sendiri, sekurang2nya sorang daripada berbilion umat kat dunia dah selamat dan dah ada kesedaran. bagi aku, tuduhan hipokrasi tu terlalu membabi buta, sebab wujudiah manusia ni, bukan 100% sempurna, at least kau dah buat sesuatu untuk diri kau...

Dari Jalan Kopi berkata...

gua kutuk kapitalis.
gua juga salah saorang yg berada dalam sistem kapitalis kepala bana.
gua kutok kapitalis
tapi gua selalu meleser di tesco cari entah apa apa.
gua nk selesai masalah
tapi gua mcm lu jgk - bukan penyelesai masalah

euw!

reverie berkata...

Nak boikot semua jenama zionis memang amat susah.
Nak lari dari sistem ni kat Malaysia pun susah.
Tapi sekurang-kurangnya aku dah berhenti merokok.
Something is better than nothing kan.

nama nami berkata...

mat royal bintang?haih..
aku menunggu jadi menteri la kat situ..hahahaha!

p/s:aku blur nak comment.tak tau nak cakap ape.hahaha!

Ravi CWI berkata...

Seperti yang saudara kata, kita ini adalah sebahagian daripada sistem dan ini tidak dapat dinafikan. Ini kerana sistem ini hanya dapat bertahan disebabkan oleh kita. Maksudnya di sini kapitalisma dapat terus bernyawa hampir 500 tahun ini disebabkan penjanaan keuntungan , dan keuntungan itu dijanakan oleh kuasa buruh. Manakala semua daripada kita adalah pengguna yang mempergunakan barang-barang dan perkhidmatan yang disediakan oleh kapitalisma. Jadi kalau tiada pekerja/pengguna (majority pengguna adalah rakyat biasa yang juga kelas pekerja yang berpendapatan rendah) , maka bankraplah sistem ini. Tetapi , pada masa yang sama, sistem kapitalisma akan mendesak kita mencari kerja dan mendapatkan gaji untuk kita terus hidup untuk membolehkan mereka terus memaksimakan keuntungan.
Sebelum menjawap sama ada kita ini sebahagian daripada penyelesaian, kita kena faham apa penyelesaiannya? dan Bagaimana ianya boleh diselesaikan ? Ini telah diperjelaskan dengan dengan jelas oleh Marx, hampir 150 tahun lalu, bahawa hanya kelas pekerja sahaja yang boleh menguburkan kapitalisma untuk membina sistem sosialisma yang berlandaskan ekonomi terancang dan demokrasi untuk memenuhi keperluan rakyat. Pendekatan Marx tersebut berlandaskan dialetika dan bukan dogmatism. Tetapi hampir 500 tahun ini kapitalisma telah dapat mempertahankan takhtanya dengan melemahkan kelas pekerja dengan berbagai taktik. Pada masa yang sama kesedaran objektif (sosial, ekonomi) dan subjektif (organisasi) juga memainkan peranan dalam perjuangan kelas ini. Selain itu wujud juga kelemahan-kelemahan perspektif dan organisasi di pihak kelas pekerja yang telah menggagalkan peluang-peluang ke arah menjunamkan kapitalisma.
Oleh itu, kita ( middle class, student) juga adalah sebahagian daripada penyelesaian jikalau kita bersama dengan kelas pekerja untuk memperkukuhkan perjuangan kelas ini. Kita juga perlu belajar daripada pengalaman-pengalaman perjuangan kelas yang lalu untuk tidak mengulangi kesilapan-kesilapan lama dan memperkuatkan perjuangan kini dan masa depan.