Isnin, 11 Januari 2010

"Terima Kasih Kerana Sudi Meluangkan Masa"

Apa masalah terbesar di Malaysia yang cemerlang,gemilang,terbilang..oops, maaf..di 1Malaysia pada masa kini? Dah tentu kita semua boleh sediakan satu senarai yang berjela-jela tentang soal ni. Rasuah,penyelewengan,kebobrokan sistem politik,kerajaan yang haprak lagi tak berwawasan,tak memperdulikan masalah rakyat,sistem perundangan yang diseleweng daulah,terlalu menunduk kepada globalisasi..hampir tiada hujung pangkal kalau nak sebutkan semua.

Tapi boleh dikatakan semua itu diikat oleh satu benang yang sama - kita masih belum pulih dari mabuk yang bermula pada zaman penjajahan British.Kita belum yakin dengan diri kita sendiri.Sehingga hari ni,kita obses berlebihan dengan budaya penjajah.Gua bukan mahu membebel seperti mat-mat serban kontot akal yang menyalahkan segalanya pada "budaya barat".Maksud gua,kita terus melakukan kerja-kerja bodoh dan menghina diri sendiri seperti terus nak 'mengInggeriskan' nama-nama bangunan,merosakkan BM dengan memasukkan perkataan-perkataan berbunyi Inggeris yang tak diperlukan langsung sebab memang sudah sedia ada perkataan asal.

Yang buat gua geram lagi menyampah lalu terfikir untuk tulis ni adalah protokol-protokol lapuk dalam surat-menyurat rasmi yang diwaris dari zaman British.Dari ketika kita bersekolah,kita diajar menulis surat rasmi wajib menggunakan ayat-ayat bodek yang tak ikhlas langsung seperti "Tuan/puan yang dihormati" untuk memulakan surat dan diakhiri dengan ayat seperti "setinggi-tinggi terima kasih...yang menjalankan tugas/yang ikhlas/yang benar".Kita juga dididik untuk menyatakan "segala kesulitan amat dikesali" serta "terima kasih kerana sudi meluangkan masa" dan "maklum balas dari pihak tuan/puan amat diharapkan dan dihargai".

Adoi,berdarah otak.Woit,kalau gua menulis untuk mengadu pasal perkhidmatan internet yang selalu terganggu atau pertanyaan tentang apa-apa saja yang gua telah langgan dan bayar,dah tentu gua sendiri yang kesulitan dan dah tentu maklum balas adalah mesti.Buat apa gua nak bodek dengan ayat-ayat manis?

Peliknya kita ikut saja protokol-prtokol yang tak membawa apa-apa makna ni semua tanpa menghiraukan sama ada penting atau tidak penggunaannya.Atau apakah kita benar-benar bermaksud apa yang kita karang itu.Sampai ada yang kerap bertanya-tanya kepada rakan ketika sedang menulis surat,apa ayat-ayat bodoh yang perlu mereka gunakan.

Jarang kita mempersoalkan kewajipan menggunakan ayat-ayat protokol tu.Jika diteliti sedikit ayat-ayat yang gua "bold"-kan (tanya sikit,bold dlm BM apa?) di perenggan ke-3 tadi,perhatikan yang frasa-frasa tu semua seakan-akan 'menghambakan' diri kita yang menggunakannya.Seolah-olah kita merayu-rayu kepada si pembaca.

Pada zaman penjajahan British,penting kepada penjajah untuk membuat orang ramai berasa seperti hamba.Jesteru protokol surat seperti itu perlu diikuti.Tapi buat apa kita sekarang ni yang hidup dalam sebuah demokrasi (kononnya),meneruskan sistem lapuk ni?Benda macam ni pun kita ikut membabi-buta,jadi tak hairan kita menganggap pemimpin-pemimpin  kita seperti Raja-raja (atau Ratu sebab Rosmah de facto PM) yang mesti kita hormat tanpa dipersoalkan.Kita kononnya tahu kerajaan kita dalam sistem demokrasi tapi perlakuan kita seolah-olah masih dalam sistem feudal.Sebab mentaliti kita masih di takuk lama.

Jangan samakan apa yang gua maksudkan dalam tulisan ni dengan ayat-ayat manis kepada yang tercinta, awek/balak.Memang macam menghambakan diri dan membodek juga tapi yang macam ni kes 'special'.Ini bukan setakat tak apa,malah wajib kita buat.

Obsesi kita dengan protokol dalam surat-menyurat dan perhubungan formal boleh dikatakan tidak relevan dengan dunia hari ni.Gua tak cakap yang kita ni perlu marah-marah atau maki-hamun.Memang dalam banyak situasi kita kena berlembut atau berdiplomasi tapi hakikatnya buat apa sampai macam nak hambakan diri?Nanti terbawa-bawa ke dalam perangai sebenar kita.

8 ulasan:

Ez Puella Sapiens berkata...

Protocols are intended to create difficulties to the people to understand what-the-fuck-it-is a meaning of life.

Only morons will wear necktie and blazer in a midday of the sun,just because of protocols.

Dari Jalan Kopi berkata...

saudara johan yang baek,

tulis surat atas tisu untok awek cun lagi cool.

tak payah protokol. tp ayat tetap mau manes.

Aril Cantona berkata...

Ala rempit tak payah tulis surat2,main remp2 depan awek pun cair..

tulis surat apa barang..ni mat bunga mat puisi..(kecuali ada yang memang berminat dengan spisis jenis ni hahahaha!)

amini amini berkata...

...oit...incik johan...
...i made masef a blog...
...thers no post tho...yet...
...nway...
...aku nak komen sebenaqnya...
...emmm...
..."ding ding ding...perhatian...tren komuter ke sentul telah ditahan di stesen batu tiga untuk memberi laluan kepada keretapi barang...ding ding ding"...
...kejadian diatas berlaku di pagi hari...
...entah sape operation manager yang leh utamakan ketapi barang darik orang yang nak gi keje...
...itupun kalo ktmb ada hire operation manager...
...hire monyet gayut kat kabel letrik pun lagi bagus la...
...and they fucking ding ding me everyday...
...bedarah otak?...
...yes i am...
...every morning...

reverie berkata...

Lagi bila kerja government. Aku dah rasa. Aku akan rasa lagi bila graduate. Biar cepat habis kontrak, lega.

*Dulu mula2 tulis surat kat awek bermula dengan Kehadapan saudari Mardhiah binti Hashim...
kekeke. terbawa2. tapi awek tu sangkut juga kat aku.

Johan 23.01.84 berkata...

woit korang ni!!! ape kena mengena dgn tulis surat cinta?? ade org buat cmni lg ke?hahahahaha

Johan 23.01.84 berkata...

Amini @ Yun - da kena penyakit blog ek?haha woit cepat ar buat entri..

Asparados berkata...

aduhhh tu la yg guia wat setiap hari di pejabat...naseb aku jadi begini di tanah ini..