Khamis, 4 Februari 2010

Kuasa Tulisan

Bila gua melawat dari satu blog ke satu blog yang lain terutamanya blog-blog yang menjadi hidangan harian gua dan mereka juga sering berkunjung ke blog gua,gua nampak satu corak - tulisan kita semua saling mempengaruhi antara satu sama lain.Seperti pemilik Kolam Udang Batu Lapan menulis entri ini selepas membaca tulisan Teh Tarik Gelas Besar yang ini dan tulisan ini oleh Dari Jalan Kopi menggerakkan hati Reverie Malaya menghasilkan yang ini pula.

Kita sering terdengar ayat seperti "pengalaman adalah guru yang terbaik".Gua tak menolak atau menyangkal dakwaan ni.Tapi hidup ini terlalu singkat,tidak mungkin kita mampu mengumpul semua ilmu melalui pengalaman sendiri saja. Kisah dan cerita melalui musik,filem,seni dan tulisan-tulisan mampu memberikan ilmu-ilmu yang tak kita mampu capai dengan bergantung kepada pengalaman sendiri semata-mata.Di sini ingin gua fokus kepada tulisan.

Tulisan mampu memadatkan idea dan pengumpulan pengalaman ke dalam sebuah takungan yang kelihatan seperti tiada batas seperti saku Doraemon.Tulisan boleh menggambarkan dan menerangkan apa saja,meringkaskan detail yang panjang-lebar serta mencantas mana-mana detail yang tidak perlu.Tulisan boleh digilap agar kesemua dahan-dahannya menunjukkan suatu hubungan yang komprehensif antara satu dengan yang lain dan amnya menunjukkan dan mengcungkil tanda dan makna dari pergelutan arbitrary wujudiah manusia ini.Yang indahnya,ia boleh dilakukan dari beribu mungkin berjuta jenis perspektif berbeza dalam jumlah konteks yang tak terkira.Lantas membawa kita mengembara menemui orang,tempat,dan situasi yang jauh berbeza serta radikal dari yang kita alami sendiri tapi mampu membuat kita 'relate' dan memahami walau betapa abstrak pun.

Jadi, yang paling hebatnya kuasa tulisan  yang meletakkannya lebih unggul dari medium perkongsian maklumat lain adalah ciri holistiknya.Hampir tiada batasan langsung.

Manusia wajib memperoleh ilmu pelajaran.Atau lebih tepat lagi,pelbagai ilmu - yang paling penting ilmu interaksi atau pergaulan sesama manusia agar mendekatkan diri kita dengan apa yang dipanggil hidup kemanusiaan yang lengkap.Dan tulisan,sama ada dalam bentuk buku novel,cerpen,biografi,esei artikel,blog dan sebagainya,tidak pernah dan tak akan hilang punca dengan hakikat kehidupan tersebut.

Sebabnya, segala tulisan adalah moral pada dasarnya walau betapa 'immoral' ataupun 'amoral' nya mesej yang disampaikan.Walaupun novel Lolita oleh Vladimir Nobokov  sadistik tidak seperti Swiss Family Robinson yang 'bersih' ,tetapi ia adalah tetap memberikan pengetahuan dan pengajaran serta mengajak kita berfikir.Kita tidak disuruh menjadi atau meniru corak perangai (behavioural pattern) watak-watak kedua-dua novel itu tetapi kita pasti berminat dengan cara mereka berinteraksi,akibat tindak-tanduk mereka dan mengetahui sikap,harapan,ketakutan,cinta,kasih sayang yang mereka alami.

Apa yang gua nak sampaikan adalah apa saja 'wisdom' yang kita dapat daripada membaca adalah bagai suatu proses yang tidak terganggu,tak terhenti walaupun tanpa kita sedar akannya.Pengumpulan ilmu ini berlaku perlahan-lahan,lapisan demi lapisan seperti pengumpulan mendapan lumpur di pesisiran Gurney Drive,Pulau Pinang yang tidak disedari tapi kini penuh dengan lumpur.Lebih baik lagi,pengalaman membaca tulisan ini membawa kita keluar dari menjadi diri kita sendiri,jauh dari batas dan kehendak ego kita sendiri buat seketika. Mental shift yang berlaku ini seperti satu nilai kemanusiaan ,yakni berkongsi - menerima dan memberi.Kita menerima tulisan untuk dibaca dan kita bila membacanya,kita memberi tumpuan kita.

Tidak semestinya kita harus menerima saja apa saja yang kita baca.Kanak-kanak mempunyai keterbukaan kepada penerimaan naratif.Kerana pengumpulan ilmu masih sedikit sangat dan mereka masih murni (innocent) ditambah lagi dengan perasaan ingin tahu yang membara.Tapi dengan meningkatnya usia dan pengetahuan yang telah diserap,pegangan-pegangan dan konsep-konsep tertentu telah diwujudkan dalam diri kita seperti glasier di Isle of Lewis,Scotland yang mengambil beribu tahun untuk terbentuk.Ini membolehkan akal kita untuk menapis apa yang masuk ke dalam otak.

Amat penting untuk kita mampu menapis apa yang kita peroleh.Bersetuju dengan apa saja tanpa berfikir adalah sangat bahaya.Jikalau semua manusia yang berbangsa Aryan bersetuju dengan isi kandung dalam Mein Kampf yang dikarang oleh Hitler,habislah dunia ni. Disebabkan gua percaya majoriti orang tidak sewenang-wenangnya menerima bulat-bulat apa yang dibaca,gua tidak bersetuju dan menolak cakap-cakap yang menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh sebuah akhbar Katolik akan membuatkan orang Islam "keliru,terpedaya dan memesong akidah".

Mungkin kerana menyedari hakikat pengumpulan ilmu dan pembentukan fikrah yang tidak terbantut akan memudahkan rakyat membezakan dengan mudah yang mana fakta dan mana auta,pemerintah di Malaysia sejak dulu lagi berusaha menyekat proses ini dan membonsaikan fikrah rakyat.Kalau tak percaya,cuba lihat keadaan perpustakaan-perpustakaan kita,hasil-hasil sampah terbitan Dewan Bahana dan Petaka serta betapa mahalnya harga buku di kedai-kedai buku.

Gua bukan berniat hanya mahu menghentam orang saja.Maka gua sarankan supaya hentilah dari menjadi pemalas.Seperti yang gua nyatakan di entri Filem Koboi dan Eksistensialisme, kita masih berhak menentukan arah tuju kita waupun menghadapi banyak halangan.Kita memang bebas walaupun banyak sekatan,terpulang kepada kita untuk menggunakan kebebasan kita.Kita dibonsaikan tapi kita bebas memilih untuk tidak terus dibodohkan - kita wajib baca dan baca.Tidak langsung menjadikan kita Mat atau Minah Skema dan tak cool sekiranya rajin membaca.Mereka yang berminda buku teks dan bonsai fikrah lah yang skema dan tak cool.Apa yang gua tulis sini mungkin kedengaran 'patronising' tapi itulah hakikatnya,gua perlu nyatakan apa yang perlu dinyatakan.

Gua berasa cukup senang hati dan berterima kasih kerana sekiranya gua menghadapi "writer's block" atau kekeringan idea untuk menulis, kemungkinan besar gua akan mendapat ilham dari blog-blog yang gua layari. Alangkah magiknya kuasa tulisan.



Among other things, you'll find that you're not the first person who was ever confused and frightened and even sickened by human behavior. You're by no means alone on that score, you'll be excited and stimulated to know.Many, many men have been just as troubled morally and spiritually as you are right now. Happily, some of them kept records of their troubles.You'll learn from them - if you want to. Just as someday, if you have something to offer, someone will learn something from you.It's a beautiful reciprocal arrangement. And it isn't education.It's history.It's poetry - (The Catcher In The Rye J.D Salinger)

6 ulasan:

Aril Cantona berkata...

beb,gua fail bm la.consider la sikit tulisan kau tu.wujudiah la,abstrak la..kah kah kah!

tapi tulisan baru gua pun sebenarnya merespond dari tulisan lu jugak beb.

bila lu menulis,lu kena pastikan yang benda yang lu tulis tu orang faham.kalau lu tulis bahasa coptik kat orang melayu,butoh apa dorang nak faham,betul tak?

tapi apa yang aku nak cakap ni,bukan salah kau.aku tak salahkan kau dalam penggunaan bahasa kompleks kau tu.salah aku pergi sekolah merempit,sebab tu saudara aku kata aku ni "kurang berbudi bahasa" kah kah kah!tapi apa yang aku nak cakap kat sini,sebenarnya kau perasan tak,yang daulah,abang besar atau kerajaan(kau panggil je apa yang kau suka),mereka ini yang mengawal bahasa.bila mengawal bahasa automatik mereka mengawal tulisan.jadi,kalaulah tulisan kau tu tak kena dengan daulah,secara automatik orang tak faham dengan apa yang kau tulis,sebab daulah menggunakan pendidikan untuk membuatkan orang ramai tak faham dengan apa yang kau tulis.

tu bagi aku la,aku tak tau la kalau kau ada point lain nak cakap.

Johan 23.01.84 berkata...

Aril - satu sbb,gua pun slama 5 tahun sblum blk Msia ni jarang gune BM,gua ngaku gua byk brfkr dlm BI..

lagi satu,aku prcaya kpd 'aversion therapy'..kdg2 kn buat org rs tak selesa baru dpt buat point kita tu masuk dlm kepala dorg..

Ez Puella Sapiens berkata...

And I must admit,Aril,you,Nami,DJK,reverie,Shahir or even myself,writing under one influencing writings.

Hishamuddin Rais.

Johan 23.01.84 berkata...

Ez - without him,the anak-anak muda like us won't be interested with the happenings surrounding us and to be interested in writing..this is his biggest contribution..

by the way,he wrote about vegetarianism in The Sun Msia today : http://203.115.192.117/thursday/thu_page14.html

nama nami berkata...

Menulis adalah cara terbaik untuk kita berfikir.

Jadi,apabila nko berfikir,baik nko tulis - sebab nanti bila nko lupa,tulisan nko boleh ingatkan balik apa yang nko fikir.

Aku ni pulak - masa kat sekolah - malas nak tulis nota - sebab tu aku lupa rumus algebra.Mungkin aku tak nak fikir banyak sangat kot pasal matematik.Dari kecip aku phobia dengan nombor.

Johan 23.01.84 berkata...

Nami - dan membaca..