Jumaat, 26 Februari 2010

Tolonglah Kesian Pada Orang Yang Kaya Dan Berkuasa!

Betapa susahnya hidup sebagai orang kaya dan berkuasa...

terpaksa memikirkan cara-cara agar fulus terus masyuk
terpaksa sogok sana,suap sini
terpaksa bodek si polan ini,ampu si polan itu
terpaksa rampas tanah orang,roboh rumah orang
Aduh,tentu seksa hati dan perasaan mereka tiada pilihan terpaksa begini!


Betapa susahnya hidup sebagai orang kaya dan berkuasa...

terpaksa menipu bangsa sendiri,membodohkan bangsa sendiri
terpaksa melaga-lagakan antara lain-lain bangsa
terpaksa tuduh bangsa lain buat kerja jahat
terpaksa menyamar dan menipu identiti bangsa untuk senang
Aduh,merana betul mereka terpaksa buat semua ini!


Betapa susahnya hidup sebagai orang kaya dan berkuasa...

banyak betul halangan,banyak tentangan
ramai yang dengki,tak mahu bagi jalan senang
ramai yang bikin kacau,tak nak biarkan saja mereka
Aduh,kesian betul mereka terpaksa tempuhi semua ini!


Betapa susahnya hidup sebagai orang kaya dan berkuasa...

terpaksa menaikkan harga barang
terpaksa menghapuskan subsidi
terpaksa mengorbankan orang miskin
terpaksa menyusahkan rakyat
Aduh,tentu menangis mereka terpaksa buat semua ini tiada pilihan lain!


Betapa susahnya hidup sebagai orang kaya dan berkuasa...

hendak makan pun susah
betapa tak enaknya makan di tempat-tempat orang biasa
tak lalu selera makan di tempat sebarangan
berasa tak indah pemandangan di tempat makan yang cuma pelayan Mat Bangla atau Burma
Aduh,kesiannya tak dapat raba-raba pelayan cun!


Tolonglah jangan hina orang kaya dan berkuasa
Tolonglah jangan marah pada mereka
Terpaksa buat segala macam itu dan ini
Tentu tidak lena tidur malam
Tolonglah faham
Cukup seksa hidup mereka!


p.s Selamat Menyambut Maulidur Rasul..Buat lah apa saja,asalkan yang baik..

7 ulasan:

John Leh ( Джон Лех ) berkata...

Yelaaaa..
Yelaaaa..
Aku kesian laa ni - kesian kat kau. Kahkahkah [rasa nak terajang meja]

Tq

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

sedar akhirnya aku... kesian kat merka... kah kah 3x

Johan 23.01.84 berkata...

JL & brutal - berderai2 air mata gua bile tulis tu..

muzikri berkata...

betul2 kesian
haha
kesian lagi bila dah polang ke 'sana'
bila tiada lagi nikmat yg ditulis..
haha

Dari Jalan Kopi berkata...

Gua pun berderai.

Gua pun kesian.

Gua pun rasa nak terajang.

Lalu gua rasa nak bg penampar kpd mereka yg berkuasa.

raisadora berkata...

jadi miskin pn susah jadi kaya pun susah sbb tak da yang senang dalam dunia kecuali hati yang senang bila dekatkan diri pada yang memberi kita nadi :) kesian kat diri sendiri kalau tak mampu mencari erti...

silencescreamer berkata...

org2 kaye ni sbnarnye big loser. xde life. fakeshittt habihh.