Khamis, 4 Mac 2010

Ruangan Asparagus

Jangan silap.Ini bukan kangkong.Ini asparagus.Ada kelas.


Kroni gua ,Enche Asparados kembali lagi dengan menterjemahkan ke Bahasa Melayu sebuah lagi artikel Isham Rais yang pernah muncul di The Sun...Tq





Sebuah Iklim Kengerian


Hishamuddin Rais

Saya bukan seperti Rick Blaine yang meninggalkan kota Paris untuk ke gurun di Casablanca tetapi menyibuk hendak mencari air disana. Saya meninggalkan kota London untuk iklim khatulistiwa Kuala Lumpur di mana taburan air hujannya sangat memberangsangkan dan kesesakan lalu lintas yang begitu menyentuh perasaan dan had kesabaran.

Beberapa minggu lalu kita mengalami beberapa dos hujan kala senja menjelma. Akibatnya, kesesakan lalu lintas sehari-hari menjadi lebih membosankan. Kawasan tertentu yang kerap mengalami banjir seperti biasalah akan sentiasa banjir sementara yang lain mengalami banjir untuk pertama kalinya. Saya berharap ini bukan sebahagian daripada fenomena pemanasan global yang sering diwar-warkan.

Kita kerapkali merungut tentang hujan, juga merungut apabila panas terik begitu sahaja. Ketika saya masih anak hingusan lagi, saya tidak pernah memberi banyak ruang untuk saya berfikir bagaimana hal itu berlaku dan akibatnya, hanya menikmati keseronokan bermain di tengah hujan lebat yang menggila. Jika hujan yang maha lebat dan dahsyat, ia akan sangat disambut baik terutama kala tengahari terik membakar. Ianya kami raikan dengan sering bermain "bola sepak berlumpur" di tengah hujan di pinggir padang.

Hujan adalah mandi daripada Allah tuhan yang Esa, seperti yang pernah saya lihat di filem Psycho di pawagam kayu di pekan saya satu ketika dulu. Padang sekolah adalah bilik mandi tanpa tirai,birai dan dinding pemisah. Muzik latar yang menghibakan ketika itu hanya guruh dan petir, tapi tidak ada rasa hiba pun dalam jiwa sanubari antara kami anak-anak kecil.

Sekarang, sebagai seorang hippie tua, saya telah mula menyedari betapa pentingnya air. Baru-baru ini saya diberitahu agar untuk tidak menikmati udara mandi hujan (mandi di air hujan) di Kuala Lumpur. Hujan di sana, menurut cakap-cakap orang kebanyakan, sekarang tercemar dengan mineral dan zat-zat yang berbahaya bagi kulit.

Dalam kelas Sains, saya diberitahu oleh guru biologi saya bahawa air adalah H2O - satu molekul air memiliki dua atom hidrogen terikat pada satu atom oksigen. Jadi apa yang menyebabkan zat-zat yang berbahaya itu? Eureka!!!Puncanya adalah dari karbon monoksida daripada Sang Kancil , Kelisa, Kenari, dan sisanya daripada haiwan besi yang berjalan liar di jalan-jalan dan hutan batu kita.

Apakah pencapaian yang telah berjaya dicapai untuk mengubah molekul H2O tanpa banyak usaha saintifik? Jadi, apakah air telah berubah menjadi 2H2O atau 1H2HO? Jika hal ini berjaya dan boleh buat duit, maka saya ingin memohon daftar lesen Sub-Con pengeksport air berstatus bumiputera kelas F, dengan SCOMI Group Bhd sebagai “Main Con”. Mengeksport bekalan air sangat diperlukan bagi operasi loji nuklear di Iran yang akan menjadi lubuk rezeki saya. Saya akan membuat banyak wang dan mungkin meningkatkan peratusan ekuiti Bumiputra Melayu secara amnya .

Bagaimana dengan tanaman dan bunga-bungaan yang tinggal hanya di pinggir jalan atau di sepanjang garis pembahagi jalan? Bagaimana mereka bernafas? Adakah mereka masih boleh menyerap karbon dioksida pada siang hari dan mengeluarkan oksigen selepas matahari terbenam seperti yang kita pelajari dalam proses fotosintesis di sekolah?

Untuk beberapa alasan yang sangat aneh, saya terus melihat hampir setiap minggu, tanaman itu mula kerap berubah dan berevolusi mutasi. Saya melihat pekerja asing sibuk menanam dan kadangkala membuat penanaman semula mereka semua penjuru kota. Pekerjaan pasti telah agihkan kontraknya oleh Dewan Bandaraya. Pembekal tempatan harus kerap melobi dan menyogok wang - selepas semua dalam beberapa hari bunga-bunga itu akan mati dan akan perlu diganti semula.

Kelihatannya seperti halal dan meyakinkan, tapi saya sedikit terganggu oleh itu. Saya lebih risau tentang kemungkinan tanaman dan bunga-bunga kita bertukar serta bermutasi selepas menyerap karbon monoksida dan minum buat kali terakhir H2O itu. Ingat Little Shop of Horrors - komedi seram tentang tanaman dan bunga karnivor? Itu semua bermula dengan pasu bunga yang patah dan gerhana matahari.

Soalan lemah selanjutnya akan ditanyakan - apa yang terjadi pada Sungai Kelang dan Sungai Gombak? Mereka berdua harus menghadapi bala bencana saban hari - diserang buat kali terakhir oleh hujan air berasid dan sampah sarap dari warga bandar.

Namun, setiap warga negara kita telah menerima mitos bahawa Sungai Klang wajib berlumpur. Dia pasti berlumpur atau mungkin saja Yap Ah Loy akan menamakan bandar kita sebagai Kuala Puteh jika ia tyidak berlumpur. Haruskah kita semua menyalahkan Yap Ah Loy atau Sultan Puasa untuk mencipta mitos dan penamaan semula bandaraya Kuala Lumpur?

Saya tidak tahu dan mengerti. Saya bukan seorang sejarahwan atau seorang dilahirkan sebagai seorang memiliki kesedaran ekologi yang tinggi, tetapi sering kali ketika saya berjalan di sepanjang pesisir Sungai Klang, saya melihat banyak "sesuatu" mengambang dan terapung di atasnya. Kasihan dan menyayat hati pada Sungai Klang, dia pasti sakit dan tidak sihat seperti bunga-bunga dan tanaman di pinggir jalan sekitarnya. Saya berharap suatu hari nanti saya dapat mandi di air hujan tropika yang panas lagi, dan kemudian melompat terjun tiruk ke Sungai Klang. Saya mungkin bermimpi, tapi saya telah membaca tentang "kematian" sungai-sungai di bahagian lain dunia yang telah diceritakan sebelum ini.

Mungkin dengan kemerosotan ekonomi saat ini, mungkin ada sedikit karbon monoksida, tidak ada air dan kurang plastik dicampakkan ke dalam sungai. Bunga dan tanaman kita boleh tumbuh sihat sejahtera. Kurang bekerja dan lebih banyak waktu terluang untuk diri dan keluarga, kita semua boleh pergi memancing di Sungai Klang.

9 ulasan:

Johan 23.01.84 berkata...

Woit Aspa,kalau lu buat blog nanti,letak nama Asparagus Bukan Kangkong..hehehe

Asparados berkata...

keh keh keh...

kangkong bukan kongkang...ada kelas menjahit!!!

p/s :buat blog dlm mimpi je la aku ni..joe!

Dari Jalan Kopi berkata...

kahkahkah. aspa kau wajib ke casablanca cari ayer lepas tu baru terbuka hati buat blog.

raisadora berkata...

Bagus la korang ada rakan kongsi... Kalau misi korang sama takpa kalau misi berlainan da jadi debat hang jebat pula... akan terus ikuti perkembangan kalian...

Asparados berkata...

DJK:aku main game street fighter suka pakai Blanka..ada kluar letrik LLN...bzzzztttt nampak rangka!

raisadora: ang ang ang..tat to re ayi kutty..doraeeemounngg~
rakan kongsi gelap dan rumah kongsi buruh bina-binaan..jemput lah datang membaca...

Aril Cantona berkata...

Gua sedang melihat Sungai Siku(Elbow River) di Kuala Geri ni.Walaupun di tengah bandar Kuala Geri yang berpenduduk 700,000 orang,tapi air sungainya sungguh suci bersih dan murni sampai boleh minum.

Dan buat pengetahuan Ahli Parlimen Bagan Serai,Calgary terletak di sebuah negara yang meletakkan agama rasminya adalah "None",atau erti kata lain,sekular.

Dan sekular yang pernah dijijik-jijikkan dalam masjid satu ketika dulu,menjaga kawasan tadahan air dengan baik.Kalau takde air macam mana nak ambik wudhuk untuk bersujud ke hadrat Ilahi?

Sungai Klang?I rest my case.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

aspa tu lelaki ke perempuan

Asparados berkata...

aril kantono: kita kerap tersilap..pegangan agama kebanyaka meleis adalah secara kulitan..poyo je lebih berserban kopiyah hape bagai..

g jamban lepas berak pon tak reti nak flush..kpala bana hape ni?islam konon..islam kapal selam ye la kot...

Asparados berkata...

brutalbuntal: saya bukan pondan,tq