Rabu, 3 Mac 2010

Ruangan Tebeng - Blogger Undangan

Disebabkan gua sibuk sepanjang minggu ni,maka tiada entri akan ditulis. Tup tup! datanglah mamat Asparados ni menyelamatkan blog ni daripada mengumpul debu dan bersawang.Berbekalkan semangat kronisme yang gua belajar dari Mahafiraun,maka muncullah Ruangan Tebeng ini.

Asparagus oops silap, Asparados ni telah menterjemah tulisan Hishamuddin Rais dalam Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu.Tulisan Isham ini keluar di The Sun (Malaysia punya,bukan yang UK punya) tahun lepas.

Terima kasih kepada Aspa.


Sang buaya menitiskan air mata buaya lagi


Hishamuddin Rais


Saya pernah berkunjung ke sebuah kafe di Vienna, Austria (bukan Australia) Central Café, di mana pernah Leon Trotsky dan Dr.Sigmund Freud sering mengunjunginya tatkala zaman mereka dahulu. Zaman ketika wanita Eropah memakai pakaian tebal dan menutupi kepala mereka dengan topi mereka yang juga menggelikan hati jika dilihat oleh warga masakini.

Saya tahu kenapa mereka berdua sering mengunjungi kafe itu – Leon Trotsky bersembunyi daripada Okhrana, polis rahsia Tsar Russia (ala Gestapo,Mossad dan Special Branch), dan Dr. Sigmund Freud datang untuk meredakan ketegangan selepas mendengar mimpi-mimpi yang meletihkan juga dirinya dan pesakitnya. Setelah mereka menikmati kopi dan coklat mousse mereka akan memikirkan tentang bagaimana membentuk kembali dunia yang semakin gila ini. Leon Trotsky keluar dengan teorinya tentang revolusi kekal, sementara Dr.Sigmund Freud dengan teori ereksi kekal. Ini adalah dua teori yang paling mendalam dari sumbangan ideologi bangsa Yahudi yang membentuk tamadun kita dewasa kini.

Sekolah filem yang pernah saya masuki dahulu memaksa saya untuk membaca beberapa konsep Freudian yang berkait erat dengan pawagam. Apakah objek keinginan sebuah terminologi Freudian ini dapat digarap sebagai naratif sinematik. Saya begitu teruja bahawa saya mulai menyedari sebab mengapa saya jadi gila pada Maria Menado dan Latiffah Omar (SImbol Seks FIlem Melayu dahulu kala)ketika saya berusia seawal enam tahun lagi.

Persepsi kita tentang seks dan keberahian telah berkembang luar biasa. Bogel telanjang tidak lagi tersembunyi menjadi rahsia. Tidak ada yang boleh menghalang kepekaan naluri berahi seseorang lagi. Suatu ketika dulu, di Muzium Seni Mademoiselle Salle du Bain Perancis, bertelanjang boleh mencipta sensasi berahi– namun hari ini akan dianggap lumrah seni tampak semata-mata.

Ketika Brigitte Bardot membuang bra, bangsa Perancis merusuh. Di Amerika filem ini dikutuk oleh Kumpulan Mazhab Katholik . Tapi ketika John Lennon dan Yoko Ono tampil telanjang di kulit album The Two Virgins itu tidak lagi menjadi sensasi. Tidak banyak orang yang "sexcited" (teruja sambil berahi) melihat dua susuk manusia bergaya Hippies berlainan jantina yang berbulu lebat pada alat kelamin .

Namun, masih ada persoalan yang belum selesai dihadapi oleh naluri keberahian manusia - untuk lebih spesifik perinciannya, seksualiti berahi laki-laki. Disfungsi ereksi (mati pucuk) tampaknya menjadi agenda tanpa kesudahan oleh spesis laki-laki. Saya hingga kini pada kesimpulannya tidak pernah ditinjau rakan membaca majalah kajian tentang nafsu berahi, tetapi melihat gelagat manusia dengan hanya berjalan di jalanan.

Berjalan di jalan atau lorong apapun dan anda tidak akan gagal untuk melihat saiz A3-iklan terpampang di hentian bas, pondok telefon atau tiang lampu. Kadang-kadang iklan dilekat pada pohon di pinggir jalan seolah-olah mengharapkan agar beberapa monyet ataupun tupai akan tertarik untuk menempah khidmat urutan batin.

Bagi mereka yang tidak terbiasa dengan istilah begitu, mari saya jelaskan ianya bukanlah dikategorikan sebagai kelucahan dan kegatalan (pervertive). Urut batin adalah cara sopan untuk menggambarkan teknik mengurut yang digunakan untuk meremajakan dan memperkasakan alat kelamin laki-laki. Ini adalah versi bahasa melayu bagi Viagra yang tak didaftarkan harta inteleknya - dijanjikan tanpa kesan sampingan selepas penggunaannya.

Daripada sejumlah iklaneka yang saya lihat di jalanan, saya menyimpulkan bahawa laki-laki Malaysia menderita kegagalan ereksi yang begitu kompleks lagi merumitkan. Sebuah fenomena yang tidak ditangani secara khusus oleh Dr.Freud kerana ia lebih besar kesannya daripada yang dilihat-iaitu minda konsentrasi di bawah sedar.

Bomoh, pawang dan dukun dari banyak khidmat berbayar lain yang dahulunya hanya beroperasi di kampung-kampung hulu, tapi kini tidak lagi. Sekarang "berdaftar" pengamal perubatan alternatif menawarkan banyak khidmat urut mengurut di pinggiran pekan dan bandar melalui panggilan telefon mahupun email.

Sesetengah pihak mendakwa mempunyai pengetahuan utama untuk menyembuhkan kegagalan ereksi diturunkan kepada banyak generasi. Urutan batin ini menubuhkan premis secara strategik dan tidak di "klinik" tapi di hotel 3 bintang di ibukota. Alasannya jelas nyata dan terang tanpa perlu bersuluh lagi - selepas berurut batin pesakit boleh meneruskannya dengan sesi agenda pandu uji keberkesanan teknik perubatan itu dengan kesudahan yang membahagiakan. (Happy Ending)

Pada malam Hari Raya yang lalu, saya sedang berjalan tanpa tujuan di sekitar Jalan Masjid India. Dalam salah satu lorong, saya tersandung ke gerai yang aneh lagi menghairankan yang tidak ada hubungannya sama sekali dengan perayaan Hari Raya. Tiada songkok atau kuih/biskut raya tapi buaya zakar. Saya mengambil lebih dekat melihat produk. Mengagumkan, zakar buaya yang dikeringkan itu telah dipotong menjadi panjang dalam anggaran 1 inci dan dibungkus dalam beg plastik kecil. Tuan pengusaha gerai pula sangat senang hati untuk menjelaskan kepada saya keajaiban ubat tradisional ini. Dahsyat!!! - ini juga versi Bahasa Melayu Viagra yang belum dipatenkan.

Saya tertawa banyak kepada pengusaha gerai yang mengelikan hati saya ini. Saya membayangkan betapa sulit dan sukarnya bagi buaya tersebut untuk buang air kecil tanpa zakar. Ini akan menjadi lucu jika buaya punya isteri dan bayi. Saya tidak dapat membayangkan malapetaka yang diciptakan untuk buaya itu menjelaskan kepada keluarganya. Bagaimana dengan semua ikan, kura-kura dan katak di sungai yang pernah bersua dan berselisih didalam sungai ketika memburu makanan dihabitatnya - akan mereka semua iaitu ikan, kura-kura dan katak pasti menunjukkan simpati terhadap buaya tersebut kerana kehilangan zakarnya kepada bomoh batin ini.

Betapa saya ingin sekali melihat Leon Trotsky dan Dr.Sigmund Freud bukannya menghirup kopi di Vienna, tapi mereka minum teh tarik di sebuah gerai pacak di Brickfields. Dunia akan menjadi tempat yang berbeza. Leon Trotsky akan mencipta teori tentang pentingnya memulihara hutan hujan tropika, sementara Dr.Sigmund Freud bermenung jauh ke dunia bawah sedar, bukan manusia tapi sebagai binatang. Bumi akan secara kekal berputar dalam persekitaran hijau muda dengan kerumitan masalah naluri berahi lelaki sementara semua spesis buaya jantan akan aman selamanya dihabitat asal mereka.

5 ulasan:

Aril Cantona berkata...

Woi dah ada penulis jemputan hahaha!
bila nak jemput aku tulis woi!

Anyway,kesian buaya,manusia yang gersang,buaya nak gersang pun tak boleh.manusia la,yang terutama bergelar buaya darat.

Johan 23.01.84 berkata...

Aril - woit! lame ko senyap..ko kan da ade blog..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

aku sedang cemburu .... tukar tiub tu

Asparados berkata...

ahahaha capap murahan sial aku!

Johan 23.01.84 berkata...

aspa - Asparagus sayur mahal..