Ahad, 30 Mei 2010

Selamat Tinggal,Si Easy Rider...Terima Kasih,Ikon Counterculture...





Seperti musik,dunia filem memang banyak mempengaruhi budaya dan fikrah masyarakat.Jika menyebut tentang filem dan impak paling besarnya terhadap anak-anak muda yang rebel,memang tidak sah kalau tidak disebut pengaruh dan peranan 3 orang susuk - arwah James Dean,arwah Marlon Brando dan yang hari ni (masih 29 Mei di Amerika) telah meninggalkan kita, arwah Dennis Hopper - pelakon unggul,pengarah hebat dan seorang beatnik atau hippie merangkap ikon zaman kegemilangan counterculture.Dia juga seorang jurugambar dan pelukis.

Hopper memulakan kariernya sebagai pelakon televisyen dan berhijrah dunia filem Hollywood menerusi Rebel Without A Cause (1955) yang kita tahu adalah antara filem paling unggul,bersama James Dean dan kemudian sekali lagi bersama Dean untuk filem Giant pada tahun berikutnya sebelum pemergian awal Dean yang hanya sempat berlakon dalam 3 buah filem.


Hopper terus bergerak walaupun kehilangan seorang sahabat.Dia dikatakan mula berjinak dengan dunia hippie selepas muncul di sebuah episod drama tv Petticoat Junction berjudul Bobbie Jo and the Beatnik.Dia juga ada  berlakon bersama ikon filem Western, John Wayne.Reputasinya sebagai seorang ikon hippie terbentuk melalui filem The Trip.(barangkali istilah 'trip' atau khayal menjadi "vogue" kerana filem ini) Selepas itu dia terlibat dengan filem Cool Hand Luke,sebuah lagi antara filem terbaik sepanjang zaman.

Jika gua tak silap, gua mula mengenali Dennis Hopper melalui filem Speed (1995).Filem ini memang tiada apa yang hebat pun,biasa-biasa saja tapi yang membuatkan filem ini tidak terus menjadi filem haprak adalah lakonan Hopper sebagai 'watak jahat' - seorang bekas polis yang mahu meletupkan sebuah bas kota untuk membalas dendam ke atas apa yang dirasakannya sebagai ketidakadilan terhadap dirinya.Lakonannya sekurang-kurangnya menjadi 'pengimbang' kepada lakonan kaku Keanu Reeves.

Seiring peningkatan usia,gua mula berkenalan dengan lebih intim lagi dengan dunia lakonan Hopper.Dan pastinya filem paling unggul Hopper adalah Easy Rider (1969).Selain berlakon,Hopper membuktikan kebolehannya mengarah filem .Ini sebuah filem 'mat rempit' atau biker merangkap pengedar dadah yang rebel dan cool.Filem mengenai sekumpulan anak muda yang mencari makna wujudiah mereka. Filem ini mewarnai zaman kemuncak hippie dan semangat anak muda generasi Woodstock.Mungkin tidak salah untuk gua andaikan yang barisan nama-nama yang gah ketika itu tidak akan lengkap tanpa kehadiran susuk bernama Dennis Hopper.


Dia juga membantu menaikkan nama lagi nama pengarah Francis-Ford Coppola (pengarah The Godfather) dan berganding dengan seorang ikon setaraf dirinya,Marlon Brando dalam filem Apocalypse Now ( 1979) - filem bertemakan perang Vietnam.Dan sekali lagi sebuah lagi filem yang dianggap antara yang terbaik.

Hopper juga mendapat pujian untuk penampilannya dalam filem Blue Velvet (1986) arahan David Lynch,sebuah film noir dan surreal.Filem inil adalah batu loncatan untuk Hopper membuktikan bahawa dia masih mampu mampu mengulangi lakonan gempaknya walaupun semakin tua dan dibelenggu segala macam masalah peribadi pada ketika itu.

Gua wajib akui yang gua cuma mengenali siapa artist Jean-Michel Basquiat apabila menonton filem biografi tentangnya - Basquiat (1996) lakonan Hopper walaupun Hopper cuma memegang watak.Hakikatnya gua tergerak hati nak tengok pun sebab ada nama Hopper.

Tentu kita semua pernah dengar atau pun mungkin memiliki jaket denim Levis Easy Rider atau pun ada memiliki salah satu daripada bermacam-macam  jenama seluar jeans yang menggunakan istilah "easy rider" ini.Begitulah besarnya impak filem Easy Rider dan Dennis Hopper.(Rasanya tidak keterlaluan jika para kapitalis ini memberikan jaket atau jeans seorang satu kepada setiap warga dunia sempena memperingati Dennis Hopper kahkahkah.)

Dan sebagai anak muda jika kita salah satu darpada counterculture ini : seorang mat rempit (kapcai atau superbike), atau seorang peminat musik underground, atau seorang pelukis,peminat seni,pembikin filem atau terlibat dengan apa saja yang bergelar counterculture maka wajib tahu dan ingat pengaruh  Dennis Hopper.

Dan nama-nama seperti James Dean,Jim Morrison,Jimi Hendrix,Marlon Brando,Janis Joplin,Kurt Cobain,John Lennon,George Harrison,Layne Staley,Freddie Mercury dan nama-nama lain yang tak mampu gua senaraikan semuanya, tentu mengalu-alukan Dennis Hopper di sebelah sana serta mengucapkan terima kasih kepadanya atas pengaruh besarnya. ( siapa-siapa yang berkenaan tu,tak payah nak serang gua pasal agama sebab ni - ini cuma ayat memberi penghormatan saja).

Dia menghadapi banyak "ups and downs" sepanjang hidup tapi dia sering bangkit semula  - sehingga ramai yang menyatakan Hopper sebagai "comeback king" dalam dunia Hollywood.Tapi sekarang dia tidak akan bangkit lagi.Selamat tinggal dan terima kasih...


R.I.P Dennis Hopper ( 17 Mei 1936 - 29 Mei 2010)

Sabtu, 29 Mei 2010

Langit Milik Kita Tapi Kita Tetap Hidup Di Atas Tanah Walau Apa Pun



Gua mengaku yang gua cukup meluat dengan musik-musik genre techno,trance,house,dangdut dan apa saja nama mazhab-mazhab pecahan lain dari akar-umbi dance.Tapi ini sebenarnya tidaklah benar sebenar-benarnya.Orang putih cakap "there are exceptions to this rule" - ada beberapa pengecualian kepada 'hukum' ini.

Cocteau Twins,Sigur Ros,Radiohead adalah beberapa contoh band-band yang gua minat.Akar mereka adalah rock tapi mereka banyak memasukkan elemen-elemen dance dan elektronika dalam musik.Ini seperti klip video yang gua tampal di atas.Band M83 dari Perancis yang menggaulkan elektronika,dream pop,shoegaze (walaupun bunyi 'rock' dorang agak kureng).

Gua diperkenalkan kepada band ni semasa kat Scotland dulu bukan oleh majalah musik online yang kononnya kritikal dan analitikal (ye ke?), pitchfork.com. Tapi oleh seorang gadis.Hmm..nostalgia.Pasal kenapa band Perancis ini menulis lagu bukan dalam bahasa sendiri tapi bahasa seteru abadi mereka kerana bukannya pakcik atau makcik di pekan Goult faham Inggeris pun - jangan tanya gua.

Saat gua menaip baris ketiga ini,putaran jam dinding telah berputar 360 darjah sebanyak hampir 2 kali sejak titik noktah akhir perenggan kedua.Baru gua perasan abjad '2' pada jam tu dah tercabut.Satu hal yang memang kecil lagi remeh tapi terlepas dari pengamatan gua kerana kononnya gua terlalu sibuk dengan hal-hal yang besar."Hal-hal besar" yang sebenarnya bila difikirkan kembali hanya seperti hembusan asap rokok dari mulut gua - terbang ditiup angin dan lesap.

Ramai orang hairan dan takjub melihat gua memikirkan hal-hal yang mereka anggap terlalu berat dan pada masa yang sama juga perkara yang mereka anggap terlalu remeh.Tapi penghakiman macam itu cuma boleh gua terima saja - cuma mampu telan air liur.

Gua tahu kadang-kadang keyakinan dipertahankan bukan dengan cara bertahan tapi menyerang.Atau mungkin seseorang tidak habis-habis mempertahankan apa yang dipegang kerana tiada apa untuk diserang?Mungkin sudah cukuplah melakukan penyangkalan dan mempertahankan.Atau mungkin sebab gua tak ada apa untuk dipertahankan? Entahlah.

Mungkin tak apalah jika cinta kepada musik,sastera atau seni dianggap sesuatu yang tidak bermanfaat.Kerana kita pun menganggap sesetengah atau banyak benda yang orang tidak sekepala buat sebagai tidak berguna,mungkin menyusahkan.

Sama ada ada sesuatu yang kita perjuangkan adalah bermakna atau layak ditongsampahkan saja - bak kat seorang gadis dulu, hanya orang itu sendiri (yang buat benda itu) saja berhak untuk menghakiminya sendiri.

Tapi memang kita wajib sedar terlalu banyak benda-benda remeh yang memaksa kita terpaksa memburuh untuk dapatkan.Tak setuju,tak suka tapi tetap kena buat pengecualian kerana kita tidak mampu elak.Memang betul dan tepat penggunaan istilah "memburuh" seperti yang gua dengar dari mak dan ayah gua sejak kecil untuk menggantikan kata "bekerja" - bukan mendramatikkan keadaan sebenar.Persepsi kita terhadap sesuatu memang akan menjadi utuh apabila kita sendiri menghadapinya dan kita rasai dengan segenap indera kita sendiri.

Dunia yang besar ini begitu banyak 'dunia-dunia kecil' atau diorama yang mewakili berbagai aspek-aspek hidup - untuk kita terus kutip dan terus kutip sepanjang hidup.Menyedari hakikat sebegini,gua wajib mengekalkan kesedaran dan tidak terlelap atau berasa terlalu selesa sehingga malas dan tidak mahu lagi beranjak untuk terus mengutip.Lalu kenapa gua harus melangok di dalam satu ruang sempit?Gua takut gua menjadi seorang penakut yang gagal bergerak kerana telah hilang kesedaran.Gua ingin hidup sebagai seorang yang berani.Dengan keberanian untuk masuk ke sebuah ruang tanpa takut dengan kenyataan bahawa wajib meninggalkannya nanti untuk pergi ke yang lain pula.

Dunia ini adalah sebuah sekolah atau universiti yang terbaik.Dan seringkali kita menjadi murid yang terlalu bodoh sombong untuk menerima pelajaran yang terpacak di depan mata kita.Atau kita enggan belajar kerana rasa kita terlalu pandai untuk diajar.Hal seperti ini berlaku apabila kita masuk ke satu ruang baru yang asing.Kerana kita takut akan perkara yang asing kita tidak mahu meneroka.Dengan ini kita secara tidak sedar meletakkan batu-batu di depan,belakang,kiri,kanan sehingga sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit - akhirnya kita gagal nampak apa disebalik batu-batu itu.

Gua rasa kita tidak boleh berpegang kepada falsafah "berani untuk gagal".Gua teringat kepada Billi Lim penulis buku "Dare To Fail/Berani Gagal".Seorang mamat yang menyamar sebagai intelektual dan kemudian memasang niat menjadi politikus.Mungkin sebab falsafah ini lah menyebabkan si mamat ini yang pernah bertanding sebagai calon bebas di kawasan parlimen Bukit Bintang pada 1999 dan 2004,bukan setakat  kalah tapi hilang depositnya kedua-dua kali. Gua tahu gua wajib "berani melawan,berani menang" bukan "berani kalah".

Tapi entah kenapa gua rasa hidup ini setakat ini memang baik dan memihak kepada gua.Bukan sebab gua dapat apa saja gua nak.Tidak langsung seperti itu.Tapi kerana gua anggap hakikat yang kita takkan mendapat semua yang kita mahukan sebagai kesempatan untuk terus mencuba itu dan ini - terus bereksperimen.Jika ditanya soalan berbentuk analogi - sama ada gua mahu masuk ke hutan atau pergi ke pantai,gua akan menjawab masuk ke hutan.Kerana hutan memberi cabaran manakala pantai jika kita mahu senang dan lari dari cabaran.

Di dalam ruang kecil,kita hanya boleh bertahan.Tetapi bila kita keluar dari ruang kecil itu,kita akan berada di kawasan lebih luas untuk kita bergerak bebas untuk melawan dan menyerang bukan setakat bertahan.Mempertahan dan menyangkal memang adalah sebenarnya akibat rasa takut.Melawan dan menyerang kerana kita yakin dengan pegangan kita.

Semakin kuat kita mempertahankan sesuatu semakin kuat pula rasa takut untuk kehilangannya.Lebih baik kita berusaha mandapatkannya dari terus bertahan.Dan bila kita asyik mendongak ke langit,mungkin kita rasa ruang kita sudah terlalu besar.Kita gagal pandang ke sekeliling dan tengok realitinya kesempitan ruang kita.Semuanya yang kita ada dan mahukan berada di atas tanah,buat apa pandang langit? ( Woit,Ultraman pun turun dari langit untuk melawan kat bumi bukan lawan di langit)

Tapi nanti dulu.Macam tentang musik di awal tadi,boleh ada pengecualian tentang analogi langit ini.Mungkin boleh gua dan kita semua gunakan untuk mendorong diri untuk mahukan ruang bebas  bumi yang seluas langit.

Tulisan ini akan berakhir dengan titik noktah dan setiap perkara dan benda dalam hidup ini juga kan menemui titik noktah.Tapi akan ada tulisan lain selepas ini dan dalam hidup juga akan ada hal lain untuk disambung selepas sesuatu itu tamat.

Nota: Sepatutnya ini review musik tapi dah jadi hal lain pulak.kahkahkah..

Jumaat, 28 Mei 2010

Wang Dan Batasan Manusia


Wang,duit,fulus.Gua yakin wang ini ada lebih banyak nama dari nama-nama Allah dan tiada fatwa-fatwi untuk menghalang sesiapa dari memanggilnya dengan apa pun nama yang wujud.Panggil lah apa saja,tiada siapa yang tak kenal benda ini.Dan jangan silap,bahasa paling meluas digunakan di dunia bukan Mandarin atau Inggeris tetapi 'bahasa wang".Manusia sanggup bersatu kerana wang dan sanggup berbunuhan kerana wang.

Wang menjadi satu simbol bahawa manusia tidak pernah berhenti pada satu titik.Manusia terus berjalan dan  melangkau semua halangan,seperti tiada langsung batasan.Batasan air,udara,tanah malah manusia itu sendiri telah diatasi.Manusia mampu mengubah tanah yang tidak subur menjadi subur dengan mengubah kandungan nutrien.Manusia mampu menjadikan buah tembikai tidak berbiji melalui teknologi genetik.Bahkan manusia mampu membesarkan buah dada perempuan yang kempis dan memanjangkan zakar lelaki yang kontot.(Tentang boleh atau tidak memanjangkan lidah yang kontot seperti lidah Hishammuddin Hussein ,itu gua tak tahu lah).Ada banyak lagi.Manusia memang tidak pernah berhenti.Manusia sentiasa mahu memudahkan hidupnya.

Kisah manusia yang terus memecut ini lah yang menjadi asas kelahiran benda yang bernama wang.Ketika manusia gagal mencari sesiapa menukar seekor kambingnya dengan mendapatkan lima ekor ayam, maka diciptakanlah wang untuk memudahkan urusan hidup.Kononnya kerumitan sistem barter memaksa manusia melahirkan wang.Wang wujud untuk mewarnai hidup manusia seperti krayon atau acrylic.Tapi sayang seribu kali sayang,tidak semua orang akan dapat memiliki kesemua warna krayon atau acrylic ini.

Wang adalah 'tuhan' kita sekarang.Manusia yang mencipta wang dan wang ini terbukti memakan tuannya sendiri.Fenomena wang yang seolah menjadi tuhan, tentu menimbulkan banyak persoalan. Apakah ini nyata? Bahawa tuhan telah digantikan posisinya oleh wang  kini. Manusia yang hidup di dunia moden memang tidak boleh mungkir dari realiti. Bahawa kini, untuk makan, untuk minum, untuk melindungi diri dari matahari siang, atau sekadar mengubati tangan yang terseliuh, kesemuanya memerlukan wang.

 Wang adalah benda tidak bernyawa dan bergantung sepenuhnya pada manusia. Wang, sama seperti gelas sebagai alat untuk kita isi air dan minum, serupa dengan almari untuk meletakkan pakaian, seperti kanta lekap untuk bantu penglihatan kita. Semuanya benda mati, tidak bernyawa, tidak bertambah besar atau kecil. Kesemuanya hanya bertambah usang dimakan air,udara,tanah dan api.

Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk menggunakan rasional, logik, dan perasaan.Tidak seperti benda hidup lain.Berbekal segenap kelebihan inilah, manusia hidup dan mempertahankan kehidupannya. Keadaan alam yang terbatas, tak menjadikan manusia berserah dan menangguhkan segala rancangan pada kekuasaan alam. Manusia terus bergerak dan menembus batas-batas. Wang dan segenap material lain yang diciptakan manusia adalah simbol pemberontakan manusia ke atas keterbatasan.

Apakah manusia menjadi tanpa batas di tengah keterbatasan alam? Secara jasmani, manusia akan keletihan,akan mati dimakan sakit atau usia. Tapi, dengan rasional, logik, dan rasa, manusia tak pernah sampai di titik batas pada ketiga-tiga elemen ini sekaligus.

Kita kembali kepada isu wang.Karl Marx menyatakan kontradiksi peranan wang , dari sekadar alat pertukaran menjadi komoditi pertukaran itu sendiri. Wang tak lagi hanya alat bagi kita untuk menukarnya dengan sebuku roti atau seikat sayur kangkung. Perkembangan zaman telah mengubah wang menjadi sasaran bagi para spekulator untuk meraih keuntungan yang tidak adil. Melalui penanaman modal atau nama glamernya disebut pelaburan, wang mampu membuat Dubai di tengah kepanasan cuaca Timur Tengah berkembang pesat dengan kadar segera dan hancur juga dalam kadar yang sekejap.

Pelaboran menjadi menaikkan keyakinan manusia bahawa produksi adalah sumber kemakmuran bersama. Di dalamnya, wang dijual beli. Gerakan permintaan dan penawaran yang saling tarik-menarik membuat perubahan besar dan kecil pada nilai wang yang ditanam dalam kantung pelaburan. Dengan  memaksimakan keuntungan, setiap tangan yang menabur dalam tabung pelaburan terus berlumba dengan kepentingan individunya. Sebab, bukankah motif kepentingan diri sendirilah yang memotivasikan manusia? Sekali lagi,sayang seribu kali sayang ,manusia bukan seperti harimau yang hidup sendirian dalam wilayahnya.

Kepentingan diri sendiri telah membuat manusia lupa walau betapa berkuasanya dia di bumi, masih ada berjuta-juta yang merana kerana tidak mampu mengubat sakit jangkitan kuman akibat hanya mampu tinggal di rumah yang sempit dan kotor.Dengan semakin ramai yang berhadapan dengan nasib sebegini,makin mengecut dan terus mengempislah permintaan dan pasaran.Kalau sudah tiada duit,nak beli apa?Tak ada orang boleh beli,nak jual apa?Kepala bana apa nak labor?Kan dah cakap,wang ini tidak ada kuasa.Manusia yang mengatur kesemuanya.

Manusia memang tak berbatas kini. Tetapi, tanpa manusia sedari, manusia sendiri lama-kelamaan akan membataskan diri sendiri akibat perangai ini.Wang bukan tuhan atau dewa, ia hanya benda mati yang tak berdaya. Akhirnya, manusialah yang menjadi penentu segalanya, hingga yang tak bernyawa macam kertas wang boleh menghancurkan dunia.Apakah manusia sudah tidak mampu lagi berfikir dan bergerak untuk mengatasi batasan wang ini?Apakah manusia sudah begitu lemah sehingga tunduk kepada benda yang ia cipta sendiri?

Bukan tak tahu,tak boleh atau tak mampu.Tapi sebab kuasa adalah yang paling susah untuk dilepaskan.Dan siapa yang mempunyai banyak wang atau memegang kunci kepada punca wang,mereka ini lah paling berkuasa.

Rabu, 26 Mei 2010

Apa Khabar?

Shalom 2 all, (kalau tak faham,ini parodi ayat permulaan posting kat blog Zul Noordin kahkahkah..)

Wow,dah lebih 2 bulan blog gua ni senyap.Ini kerana gua telah dijangkit penyakit misteri.Penyakit ini dipanggil 'escapism' .Escapism ini datang dalam pelbagai bentuk.Bagi mereka yang ditindas sistem dan penguasa sehingga menjadi miskin dan bodoh dan menghadapi krisis identiti,'escapism' bagi mereka ini biasanya adalah agama.Ya,seperti quote dari Marx," agama sebagai candu masyarakat".

Di dalam sastera,berlambak-lambak karya ditulis dengan tema escapism.Seperti novel "The Sun Also Rises" oleh Ernest Hemingway.Dan juga musik dan seni lukis.Terlalu banyak untuk disenaraikan.Tidak salah untuk gua kata yang escapism menjana kreativiti manusia.Kerana kita mengimpikan hidup dan dunia yang lebih baik atau mendambakan pengalaman atau sesuatu yang lain dari yang kita biasa alami.Atau cuma mahu melupakan pengalam pahit.Ada yang mengatakan "escapism is the highest form of art".Tidak salah untuk mengatakan 'escapism' lah yang menjadi pemangkin idealisme.

Menjadi kaki botol atau tahi judi juga escapism.Begitu juga berpesta merayakan kehidupan.Boleh jadi dalam bentuk yang gumbira atau yang sedih.

Tetapi escapism gua disebabkan oleh betapa 'banal'nya hidup di tanah 1Malaysia ini.

Disebabkan penyakit ini,gua telah pergi berubat.Gua telah tinggal dengan sekumpulan spesis baboon bontot merah.Tapi mereka ini ada masalah.Mereka berkonflik dengan saudara baboon sendiri yang berbontot kuning.Siang dan malam  mereka berdemo (bukan stail demo Geng Songkok Tinggi) dan bergaduh serta main letup-letup mercun.Sehingga ramai yang cedera dan mati kerana main mercun.Gua tidak memihak kepada mana-mana pihak waluapun gua lebih membantu yang berbontot merah.Ini sebab merekalah paling dizalimi penguasa mereka.

Begitulah diringkaskan cerita.

p.s gua mintak maaf banyak-banyak kepada yang hantar email meminta password ebook Malaysian Maverick.Banyak sangat,malas gua nak balas semua,jadi ini passwordnya : najibmongolia