Jumaat, 28 Mei 2010

Wang Dan Batasan Manusia


Wang,duit,fulus.Gua yakin wang ini ada lebih banyak nama dari nama-nama Allah dan tiada fatwa-fatwi untuk menghalang sesiapa dari memanggilnya dengan apa pun nama yang wujud.Panggil lah apa saja,tiada siapa yang tak kenal benda ini.Dan jangan silap,bahasa paling meluas digunakan di dunia bukan Mandarin atau Inggeris tetapi 'bahasa wang".Manusia sanggup bersatu kerana wang dan sanggup berbunuhan kerana wang.

Wang menjadi satu simbol bahawa manusia tidak pernah berhenti pada satu titik.Manusia terus berjalan dan  melangkau semua halangan,seperti tiada langsung batasan.Batasan air,udara,tanah malah manusia itu sendiri telah diatasi.Manusia mampu mengubah tanah yang tidak subur menjadi subur dengan mengubah kandungan nutrien.Manusia mampu menjadikan buah tembikai tidak berbiji melalui teknologi genetik.Bahkan manusia mampu membesarkan buah dada perempuan yang kempis dan memanjangkan zakar lelaki yang kontot.(Tentang boleh atau tidak memanjangkan lidah yang kontot seperti lidah Hishammuddin Hussein ,itu gua tak tahu lah).Ada banyak lagi.Manusia memang tidak pernah berhenti.Manusia sentiasa mahu memudahkan hidupnya.

Kisah manusia yang terus memecut ini lah yang menjadi asas kelahiran benda yang bernama wang.Ketika manusia gagal mencari sesiapa menukar seekor kambingnya dengan mendapatkan lima ekor ayam, maka diciptakanlah wang untuk memudahkan urusan hidup.Kononnya kerumitan sistem barter memaksa manusia melahirkan wang.Wang wujud untuk mewarnai hidup manusia seperti krayon atau acrylic.Tapi sayang seribu kali sayang,tidak semua orang akan dapat memiliki kesemua warna krayon atau acrylic ini.

Wang adalah 'tuhan' kita sekarang.Manusia yang mencipta wang dan wang ini terbukti memakan tuannya sendiri.Fenomena wang yang seolah menjadi tuhan, tentu menimbulkan banyak persoalan. Apakah ini nyata? Bahawa tuhan telah digantikan posisinya oleh wang  kini. Manusia yang hidup di dunia moden memang tidak boleh mungkir dari realiti. Bahawa kini, untuk makan, untuk minum, untuk melindungi diri dari matahari siang, atau sekadar mengubati tangan yang terseliuh, kesemuanya memerlukan wang.

 Wang adalah benda tidak bernyawa dan bergantung sepenuhnya pada manusia. Wang, sama seperti gelas sebagai alat untuk kita isi air dan minum, serupa dengan almari untuk meletakkan pakaian, seperti kanta lekap untuk bantu penglihatan kita. Semuanya benda mati, tidak bernyawa, tidak bertambah besar atau kecil. Kesemuanya hanya bertambah usang dimakan air,udara,tanah dan api.

Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk menggunakan rasional, logik, dan perasaan.Tidak seperti benda hidup lain.Berbekal segenap kelebihan inilah, manusia hidup dan mempertahankan kehidupannya. Keadaan alam yang terbatas, tak menjadikan manusia berserah dan menangguhkan segala rancangan pada kekuasaan alam. Manusia terus bergerak dan menembus batas-batas. Wang dan segenap material lain yang diciptakan manusia adalah simbol pemberontakan manusia ke atas keterbatasan.

Apakah manusia menjadi tanpa batas di tengah keterbatasan alam? Secara jasmani, manusia akan keletihan,akan mati dimakan sakit atau usia. Tapi, dengan rasional, logik, dan rasa, manusia tak pernah sampai di titik batas pada ketiga-tiga elemen ini sekaligus.

Kita kembali kepada isu wang.Karl Marx menyatakan kontradiksi peranan wang , dari sekadar alat pertukaran menjadi komoditi pertukaran itu sendiri. Wang tak lagi hanya alat bagi kita untuk menukarnya dengan sebuku roti atau seikat sayur kangkung. Perkembangan zaman telah mengubah wang menjadi sasaran bagi para spekulator untuk meraih keuntungan yang tidak adil. Melalui penanaman modal atau nama glamernya disebut pelaburan, wang mampu membuat Dubai di tengah kepanasan cuaca Timur Tengah berkembang pesat dengan kadar segera dan hancur juga dalam kadar yang sekejap.

Pelaboran menjadi menaikkan keyakinan manusia bahawa produksi adalah sumber kemakmuran bersama. Di dalamnya, wang dijual beli. Gerakan permintaan dan penawaran yang saling tarik-menarik membuat perubahan besar dan kecil pada nilai wang yang ditanam dalam kantung pelaburan. Dengan  memaksimakan keuntungan, setiap tangan yang menabur dalam tabung pelaburan terus berlumba dengan kepentingan individunya. Sebab, bukankah motif kepentingan diri sendirilah yang memotivasikan manusia? Sekali lagi,sayang seribu kali sayang ,manusia bukan seperti harimau yang hidup sendirian dalam wilayahnya.

Kepentingan diri sendiri telah membuat manusia lupa walau betapa berkuasanya dia di bumi, masih ada berjuta-juta yang merana kerana tidak mampu mengubat sakit jangkitan kuman akibat hanya mampu tinggal di rumah yang sempit dan kotor.Dengan semakin ramai yang berhadapan dengan nasib sebegini,makin mengecut dan terus mengempislah permintaan dan pasaran.Kalau sudah tiada duit,nak beli apa?Tak ada orang boleh beli,nak jual apa?Kepala bana apa nak labor?Kan dah cakap,wang ini tidak ada kuasa.Manusia yang mengatur kesemuanya.

Manusia memang tak berbatas kini. Tetapi, tanpa manusia sedari, manusia sendiri lama-kelamaan akan membataskan diri sendiri akibat perangai ini.Wang bukan tuhan atau dewa, ia hanya benda mati yang tak berdaya. Akhirnya, manusialah yang menjadi penentu segalanya, hingga yang tak bernyawa macam kertas wang boleh menghancurkan dunia.Apakah manusia sudah tidak mampu lagi berfikir dan bergerak untuk mengatasi batasan wang ini?Apakah manusia sudah begitu lemah sehingga tunduk kepada benda yang ia cipta sendiri?

Bukan tak tahu,tak boleh atau tak mampu.Tapi sebab kuasa adalah yang paling susah untuk dilepaskan.Dan siapa yang mempunyai banyak wang atau memegang kunci kepada punca wang,mereka ini lah paling berkuasa.

8 ulasan:

Holden Caulfield berkata...

Sebab tu la - sistem monetari ke,Bretton Woods ke,floating money ke,black money ke - benda ni ciptaan manusia.

Masih ramai lagi manusia yang tersekat dengan dogma "Kasim ada lembu,Ahmad ada ayam tapi nak sayur" ni.Woit,pergi Jalan Telawi ada rumah urut Arab.Pergi BB ada China Doll atau Russian chicks dari Kazakhstan.Ada pak Iran.Macam-macam.Apa yang susah sangat nak berbarter ni?

Ni la orang-orang macam nko cakap,letak batu sendiri tutup jalan.

anak abdullah berkata...

wang besar wang besar.. sekarang ni cita-cita adalah wang, sejarah pun wang.. apa yang bukan wang? err.. tiada ulasan.. aku sendiri akur dengan kewujudan wang.. kih kih kih

Besi Karat berkata...

aku terfikir,macam mana kalu ada syarikat yg menggantikan duit gaji pekerjanya dengan menyediakan keperluan & barangan lain?contohnya macam syarikat tu sediakan tempat tinggal lengkap dgn perabot,peti ais yg penuh dgn makanan,pas rapidkl setiap bulan,rokok stok sebulan dll.agak2 ko macam mana?

reverie berkata...

Instead of God as god. They put money as God. Materialism and konsumerisme. But, plain humans can never be satisfied.

So they want us to keep working and give ourselves to this kind of system. Yet it's important to realize that while our body being prisoned, it is our soul that they want to enslave. I'll say no and try to find my way out. Someday. One day. later insyaAllah.

Johan 23.01.84 berkata...

nami & ank abdullah - sbb kuasa bkn senang nk dilepaskn..

besi karat - err,tp mane & mcm mane syrkt tu nk dptkn barang2 tu?..

reverie - agama pun jd alat ekonomi..

reverie berkata...

Holden: aku tau konsep barter yang kau cuba bawakan. cuba bagi manusia yang tersekat dengan dogma kasim dan ahmad tu seperti aku ni, aku nampak barter berguna tapi cuma sampai satu tahap. Kita boleh guna pakai barter. tapi ada limitation sistem barter tu. sebab tu matawang tu perlu juga digunapakai sambil-sambil guna barter. bezanya adalah matawang sunnah tak berubah nilainya, dan ada intrinsic value. Mungkin bagus kalau satu hari nanti kau boleh post entri terperince pasal barter dan mcm mana nak utilize barter ni dan overcome limitations dia tanpa menggunakan perantaraan iaitu matawang. Boleh aku baca dan fahamkan konsep macam mana kau nak bawakan.

Johan: Agama pun jadi alat ekonomi memang betul. dalam sistem sekular ni. Sebab tu sampai masa kita yang percaya(the believers) berjuang untuk tegakkan kembali ugama Islam yang benar-benar berpaksikan quran dan hadis. Tanpa pengaruh seperti ekonomi dan sebagainya.atau mungkin kau ada cadangan lain yang lagi bagus?

Holden Caulfield berkata...

reverie,what's wrong with materialism?Do you just "i think i want to eat" but not eat?what is your purpose to live?just to think?

hey - it's material that's make world goes around.people looking for food and shelter,and the pursue of human's life is to gain food for today,tomorrow and ensure the species has not extinct.what's wrong to be materialist?

i have to differ between materialism and materialistic,it's a definitely different on those two words.and for a million years since Homo Sapiens existed,it's always be material first,ideas second.

Johan 23.01.84 berkata...

reverie - manusia mmg dr awl2 lg brgerak krn ekonomi,even ms zmn prasejarah..