Jumaat, 4 Jun 2010

Stim Agama a.k.a "Gunakanlah Agama Untuk Apa Saja Tanpa Was-Was"




Gua dah agak dah.Gua memang dah jangka.Bila gua terbaca berita itu Isnin lepas, perkara pertama yang muncul di kepala otak adalah mesti ada seribu macam kecoh.Tiba-tiba semua orang mengambil kisah.Tup tup! muncul muka-muka yang sebelum ni sibuk menipu orang ramai yang kebanyakannya seagama dengan skim MLM - mereka ini boleh pula nak menunjuk kononya umat Islam yang baik. Pakai t-shirt berslogan ayat berapi-api.Kat blog dan Facebook pun gua dah jangka dah mesti kecoh dengan perkara ni.

Gua sepatutnya dah kaya menang bet bahawa ramai akan letak bendera Palestin atau gambar hitam kat gambar profil Facebook.Ramai meletakkan slogan-slogan yang berapi-api di status.Padahal sebelum ni cuma sibuk mengusha dan mengorat awek atau balak di Facebook atau mempromosi "buat duit dengan cuma menggunakan Facebook".Gua dah jangka hal ini walaupun gua sejak tahun lepas sudah bersara dari Facebook sebab dah menjadi 'candu' gua sehingga gua 25 jam sehari 8 hari seminggu berkampung di depan skrin komputer.

Bila gua baca lagi berita dan laman-laman dua,tiga hari ini,gua cukup marah kerana sepatutnya gua ada banyak peluang jadi tukang tilik.Seperti dijangka bertaburanlah kisah dan luahan mengenai serta daripada orang-orang yang kalau kita sekali dengar atau baca macam peminat Mein Kampf.Terpancutlah dari mulut dan ketipan keyboard komputer ayat-ayat yang mampu membanggakan Hitler seperti "Yahudi Laknatullah".Tapi masalahnya, orang-orang yang ada pemikiran macam Hitler ini akan dibunuh juga oleh Hitler kalau dia masih hidup.Gua hanya mampu menggeleng-gelengkankan kepala mengenangkan orang-orang ini.Tidak,sebenarnya gua mengalirkan air mata - kerana ketawa terbahak-bahak.

Gua melayar dan membaca lagi.Sekali lagi gua dah agak dah.Sekali lagi gua kecewa kerana tidak berpeluang untuk jadi "nabi" kerana telah menjangka hal ini.Tiba-tiba bukan main ramai yang seolah-olah macam telah mendapat watikah perlantikan menjadi wakil atau jurucakap Yang Maha Esa.Sebab mereka ini bercakap (atau menaip) seperti Yang Maha Esa sedang duduk di sebelah mereka dan membisikkan apa yang perlu mereka tulis.

Bermacam-macam fatwa-fatwi, sabda dan surah dari para agamawan siber ini. Bila lagi Jakim,Jais dan Hairussani Zakaria nak tangkap dan haramkan mamat-mamat dan minah-minah ini.Ini tak aci ni ,beb.Dulu Ayah Pin kena sebab mengaku wakil Tuhan,mereka ini takkan lah boleh pulak kot?Mengamuk Ayah Pin nanti sebab Jabatan Agama tidak adil.Tapi nanti kejap.Jabatan-jabatan agama dan para agamawan ini pulak macam mana?Dilantik oleh Yang Maha Esa ke? Gua yang dah awal jangka benda-benda ini boleh melantik diri sendiri jadi nabi baru tak?

Apa lagi gua boleh bet? Hah! Tengoklah lepas ini semua akan memboikot itu dan ini kerana konon nak "melumpuhkan Yahudi dan Israel".Tapi Facebook tak diboikot pulak.Yelah,macam mana nak cari awek cun kalau tak ada Facebook,kan.Tapi macam dulu, selepas tak lama semua akan kembali tak ambil pot.Tapi lagi sekali gua terlepas peluang - peluang menjadi Nostradamus sebab kawan gua, Holden Caulfield Teh Tarik Gelas Besar dah tulis dulu pasal ini.Bak kata mamat ini - mereka ni semua "bandwagoners" atau pak turut.Lalu gua teringat kepada album Teenage FanClub berjudul Bandwagonesque.Lama tak dengar.Oops ! salah topik..ok,sambung balik.Tapi sayangnya si mamat kawan gua ini tidak berserban dan berjanggut.Atau pun sekurang-kurangnya berkopiah.Pendek kata mamat ini tidak ada bau semangat agama.Oleh itu dia tidak dapat membekalkan stok kepada mat-mat stim candu agama ini.

Perangai "jumping on the bandwagon" atau  "like lemmings" ,frasa yang gua dengar semasa di UK - memang sentiasa berlaku di mana-mana dan bermacam situasi masyarakat tapi sangat ketara dan menggila bila ianya melibatkan agama.Seperti reaksi umat Islam Malaysia terhadap "black metal" sedekad lalu.Atau reaksi umat Islam sedunia terhadap novel The Satanic Verses oleh Salman Rushdie.Berapa ramai yang bising-bising dan sibuk jadi pak turut ini benar-benar memahami kedua-dua benda yang "kontroversi" ini?Atau pun pernah ke dengar musik black Metal ini?Semua yang dicop sebagai black metal itu benar-benar black metal ke?Pernah ke baca Satanic Verses sebelum nak kecoh?Kalau dah baca pun,benar-benar faham ke niat dan poin sebenar Salman Rushdie dalam novel itu?

"Agama adalah keluhan makhluk tertindas,hati kepada sebuah dunia yang tidak berhati perut,dan jiwa kepada keadaan yang mati jiwa.Agama adalah candu masyarakat." - Karl Marx dalam Critique of Hegel's Philosophy of Right.

Dua baris perenggan yang gua pungut di atas tu sudah memang hampir semua orang pernah dengar.Atau setidak-tidak pun ayat yang terakhir itu.Tapi pendirian Marx (dan Hegel) dalam hal ini sering disalah faham.Bukan saja oleh yang bukan sosialis/komunis malah yang mempercayai dan bersandarkan idea Marx pun begitu juga.Kritik Marx terhadap peranan agama dalam masyarakat sebenarnya tidak ditujukan untuk meremehkan Yang Maha Esa ataupun konsep agama.Pernah ada kawan gua melawak bahawa jikalau lah Marx ini seorang Arab yang berserban,dah tentu orang akan mendengar dan memikirkan apa yang dikatakan olehnya.Gua cuma tergelak.Mungkin betul,tapi kalau macam itu akan timbul satu lagi masalah - Marx akan dicop sebagai "pengganas" pula.

Memang betul,Marx adalah seorang ahli falsafah dan sosiologi yang berpandukan materialism dan dia seorang atheis - yakni tidak percaya kepada Tuhan.Namun demikian, kritikan oleh Marx ditujukan kepada bagaimana agama menjadi pintu keluar mudah untuk kita mengelak hakikat dunia,seperti watak lelaki yang putus cinta dalam drama jiwang pergi ke bar untuk minum sampai mabuk.Masalah tidak akan selesai tetapi dapat dilupakan seketika .Dan agama digunakan oleh golongan atasan untuk melalaikan masyarakat bawahan untuk menerima saja segalanya dan menyekat rasa tidak puas hati mereka.Apa-apa saja yang ada 'cop mohor' agama amat jarang dipersoalkan.

Reaksi orang ramai kepada tragedi yang berlaku pada Isnin lepas memang mengukuhkan ungkapan Marx itu.Agama memang menjadi satu alat untuk "melepaskan stim".Maknanya kita sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan persekitaran kita atau dunia atau pun diri kita,maka kita akan pergi mendapatkan sesuatu yang paling cepat dapat menghilangkan rasa itu.Dan candu yang paling mujarab dan paling mengkhayalkan yang boleh kita peroleh adalah agama.Orang ramai menjadi sangat taksub kepada agama kerana ia jalan mudah untuk memaksa diri untuk terus menerima taraf hidup dalam sebuah dunia yang dipenuhi persaingan, kesengsaraan dan penindasan. Dalam sebuah masyarakat yang dibahagikan oleh kelas, di mana kebanyakan orang tidak mempunyai kawalan ke atas kehidupan mereka, agama seolah-olah boleh memberikan jawapan.

Kalau tidak percaya, mari kita fikirkan beberapa perkara ini - mengapa orang-orang yang begitu lantang dan marah terhadap Israel ini langsung tidak bersuara apabila orang Islam sendiri melakukan kezaliman, seperti orang-orang Islam sendiri di Malaysia merampas rumah dan tanah orang miskin yang kebanyakannya Islam? Atau mengapa mereka diam apabila orang Islam menzalimi orang bukan Islam,seperti di Darfur? Jika pihak-pihak yang terlibat adalah bukan Islam,lagi lah mereka tak ambil pot langsung - seperti mengenai kezaliman rejim Junta di Myanmar.Ini belum masuk bab kezaliman terhadap bintang.Semua ini kerana satu sebab saja - agama telah mencandukan mereka sehingga gagal berfikir.

Lagi satu lawak jenaka yang gua dah jangka akan dikitar-semula setiap kali bila kecoh-kecoh ini berlaku adalah ayat-ayat seperti : "Bersatulah Umat Islam" atau "Perpaduan Umat Islam". Woit,manusia hanya akan bersatu sekiranya ada kepentingan ekonomi.Ini hakikat.Ini sifat manusia.Manusia tidak akan bersatu semata-mata kerana agama.Atau bersatu cuma kerana bangsa.Tidak pun bersatu kerana cintakan negara.Ekonomi lah penyebab utama manusia bersatu.Yang lain-lain itu cuma sampingan atau pun sebagai pengukuh atau penyedap rasa.Dalam kata lain agama,bangsa,negara adalah alasan-alasan untuk merebut dan menguasai kepentingan ekonomi.Manusia berperang dan bunuh-membunuh pun faktor utamanya yang asas sekali adalah kerana ekonomi.Zaman kegemilangan Arab-Islam sebab apa?Ingat asas utamanya agama ke? Lihat semboyan "Gold,Glory,Gospel" oleh penjajah Eropah Zaman Renaissance."Gospel" yakni agama di kedudukan ke berapa dalam urutan?Yang pertama ialah apa?

Sememangnya agama dijadikan candu. Manusia terpukau dengan apa saja yang dilabelkan atau berkaitan dengan agama.Yang cuba mempersoalkan dan mengajak berfikir akhirnya dengan mudah dicop menjadi "musuh' yang dilabel "sesat","murtad" dan "anti-Tuhan" . Candu agama sudah "menyedut" kewarasan akal dan kemanusiaan.Tuhan yang kerap disebut-sebut dalam agama itu pun tersingkir. Agama tidak habis-habis dijadikan alat paling mudah untuk "menghalalkan" apa saja tindak-tanduk manusia yang tidak berkemanusiaan.Dan tak habis-habis hendak membuktikan agama siapa yang benar.Woit,setiap agama kan cakap dia yang paling betul, jadi sampai bila nak bergaduh pasal ini?Agama yang menjadi candu menyembunyikan hakikat terbesar bahawa sesungguhnya Yang Maha Esa/Allah/Tuhan/God/Gott/Yahwe/Dieu/Dio/Dios tidak beragama dan tidak menyarankan umat manusia untuk membuktikan siapa yang ada hak eksklusif terhadap Nya.

Candu utama gua adalah rokok.Memang payah untuk gua atasi ketagihan ini.Tapi mungkin bila gua berumur 60 tahun dan kerap mengalami migrain, gua akan terus berhenti.Atau pun jika gua mendapat serangan jantung pertama nanti.Orang cakap ketagihan boleh diatasi bila hakikat datang 'menampar muka' tiba-tiba dan menimbulkan kesedaran.Tapi manusia yang ketagihan candu agama ini pula macam mana?Ini lagi teruk punya ketagih.

Memandangkan gua dapat menjangka dengan tepat reaksi-reaksi orang ramai terhadap serangan oleh Israel,mungkin gua patut membuat bisnes kecil menjadi bomoh tukang tilik di kaki lima depan kedai judi Ascot Sports bila dah buka nanti.Tak perlu risau sangat bila harga minyak naik dan subsidi kena tarik nanti.Dan bila buat biznes ini gua tidak akan tinggalkan solat lima waktu dan Jumaat.Boleh hilang rasa berdosa dan 'guilty conscience' nanti.Lega.Stim.

15 ulasan:

bangunberdiri berkata...

lu punya bisnes bomoh ni nak pakai downline tak? gua boleh carikkan org bawah...kahkahkah

pada gua mcm ni la,pesanan gua pada penganut malay power yg sibuk dlm isu ni... sebelum nak cuci buntut org, cuci buntut sendiri dulu... xguna kalau marah org tak tutup aurat tapi diri sendiri jogging sambil telanjang bulat... leceh la brader!

gua paling tak puas hati dgn moral melayu yang suka buang anak yang dianggap haram.... bagi gua, melayu mcm tu lagi bangsat daripada zionis israel...

Johan 23.01.84 berkata...

Bberdiri - mana boleh ini mcm..stimkan diri dulu..semua beres..semuanya OK!

reverie berkata...

Salam.

Apa kau cakap pasal behaviour melayu - Islam memang tipikal. Memang patut dibetulkan diri sendiri dulu sebelum melalak nak betulkan orang lain atau dunia. Sebab tu anak muda yang tau kena educate anak muda yang lain, supaya benda yang sama tak berlaku dalam generasi seterusnya. Kita yang akan tentukan behaviour generasi akan datang dengan apa ilmu atau tabiat masyarakat yang kita akan tinggalkan.

Satu je aku nak betulkan. Kau kata manusia hanya bersatu atas kepentingan ekonomi. Waktu permulaan dan kebangkitan Islam dulu orang tak kira warna kulit, kaum, kepercayaan dan background semua bersatu belakang Rasulullah saw sebab mereka nampak kelebihan dan keistimewaan Islam. Faktor ekonomi tak de langsung kat sini. Ramai malah membelanjakan harta mereka untuk Islam. Mungkin sebab tu ramai orang yang kau label para agamawan siber ni cuba attempt untuk Islam-revival berdasarkan nilai mula-mula sekali dalam Islam.

Definisi Islam sekarang ni dah ditafsirkan mengikut sejarah Islam yang kita belajar dalam buku sejarah dunia. Dan sejarah-sejarah waktu zaman kegemilangan Islam memang semakin more to economy based. Sebab tu akhirnya lumpuh empayar tu. Dia bergantung kepada macammana kau nak definisikan ugama tu sendiri. Dan contoh agama yang mana satu yang kau nak pautkan dalam definisi kau. Cth bila orang definisikan islam sebagai jihad terrorist bombing, dia akan dapat islam dan keganasan. Benda ni takkan habis dan memang decepting.

Kalau mengikut apa yang kau cakap, aku sendiri mengambil ugama (islam) sebagai candu. Dan as long as I see it fitting to my belief, tak ada sebab kenapa aku nak tukar. Macam kau juga, rokok candu padahal terang nyata buat kita batuk-batuk, sakit dada. Cuma candu aku ni setakat ni, masih tak ada simptom-simptom merosakkan badan seperti rokok yang kau candukan. Yang merosakkan badan apabila orang salahguna. Dan mereka yang salahguna tu, tak sepatutnya mewakili the whole of Islamic value.

Dan ugamawan (islam) sebenarnya sedang cuba memberi solution kepada masalah dunia sebenarnya. Iaitu cara hidup islam sebagai penawar masalah. kalau kau rasa solution tu tak betul, mungkin kau ada cadangan lain?

Selamat.

Johan 23.01.84 berkata...

reverie - ekonomi..enough said..apa yg prlu dickp,gua dah ckp dr dulu..tak prlu asyk nk ulang2..klu tak setuju,its ok..gua bkn mat serban yg tak abis2 bebel dan paksa org dgr..

Holden Caulfield berkata...

beb,kalau kita join venture buat business buat effigee Netanyahu,Obama,Bush..lu rasa kita boleh jual tak kat serbanistas ni?kasi masyukkk..

Holden Caulfield berkata...

reverie - Ekonomi beb,ekonomi.Aku takkan berdoa untuk dapat makanan.Aku pergi masak - atau pergi beli makanan.Makanan tak turun dari langit kelepuk jatuh.

Kita berdiri atas tanah - berfikirlah atas tanah.Buat apa nak fikir benda-benda di langit?

Johan 23.01.84 berkata...

Nami - kahkahkah kalau buat cmtu kira kita pun "brjuang",dan dpt cr mkn at the same time..bunuh dua burung dgn seketul batu..hati riang jiwa tenang..kahkahkah

Anak Abdullah berkata...

bukan ke orang arab time tu percaya Nabi Muhammad sebab dia jujur dalam berniaga? tu ekonomi ke? lalalala

Johan 23.01.84 berkata...

btl,mmg ekonnomi pun..

Ez Puella Sapiens berkata...

"Faktor ekonomi tak de langsung kat sini. Ramai malah membelanjakan harta mereka untuk Islam."

reverie,quote unquote.

You tak nampak ke "membelanjakan harta" itu economy?

You sendiri contradict dengan apa yang you tulis.

And perhaps the best question I can ask to you reverie,is "if Nabi Muhammad adalah seorang penganggur yang tak bekerja,dan selalu jadi pemintak sedekah,dan tak pernah berusaha untuk mendapatkan sumber ekonomi,would you listen and belajar apa yang diajarinya?"

Hey - even Drunken Master pun,yang mengajar seorang pengemis pun mintak upah,belanja some liquor or food if it's not money kalau nak belajar ilmu kung fu.Everything in this world is based on economy.You cannot deny that.

Johan 23.01.84 berkata...

Ez - hahaha i didnt even spot that contradiction in his statement..

reverie berkata...

I'm not denying economy. By saying 'faktor ekonomi takde langsung kat sini", I'm just trying to differ to what Johan was saying about "Ekonomi lah penyebab utama manusia bersatu." because what i see from the first reign of Islam led by Muhammad saw, economy is not the uniting factor. Should they look only at money and wealth, lagi baik muslims waktu ni join kabilah arab yang kaya2 bila dapat offer time tu. Muhammad saw himself was offered money and wealth but he refused. So this proofs ppl can unite without economy being the sole factor.

And the islam that we have today is different than what Muhammad taught us. Itu je aku cakap.

Johan 23.01.84 berkata...

reverie - ekonomi ttp ade kan?..enough said..

Ez Puella Sapiens berkata...

*eyebrow raised* reverie,are you sure those people joined Muhammad not because economy?

Hello!Those people yang joined Muhammad were slaves,as Muhammad gave hope for them,for sure they all will join.And of course as their movement goes bigger,akan ada yang kaya yang akan join.Sama la macam Scientology,dulu masa L Ron Hubbard nak buat dulu,orang miskin je join,tak pun student.Lepas dah ramai - sampai Tom Cruise,John Travolta semua join.

Those slaves tak nak join kabilah kaya sebab dengan harapan Nabi Muhammad akan membetulkan sistem ini dengan menghapuskan penghambaan thus they all pun boleh memiliki harta.That's a fact!

Sama macam Marx - apakah Marx kaya nak mati sampai semua proletariat support his idea of revolution?Marx kaya ke?As far as I know,dia duduk kat North London tu pun memang kawasan buruh,bukan duduk kat Kensington or Chelsea.Dia duduk pun kat area2 buruh miskin.Ramai yang sokong dia sebab dia bagi satu solution yang dijadikan hope.

And hope is always for the losers - zaman Muhammad it was slaves.Zaman Marx it was proletariat.But for an anarchist POV,do not rely on hope too much.Action is the only way!

Now,you tak answer my question,kalau Nabi Muhammad tu pemintak sedekah,kalau dia tu penganggur,and pemalas nak bekerja,you nak dengar tak cakap dia?

In religion there always be politic of fear(api neraka) and politic of hope(heaven).But no politic of free(emancipation in delivering thoughts).

It always be economy.It always be material.Jangan hidup atas angin - stand to the ground please!

Johan 23.01.84 berkata...

Ez - Don't bother arguing too much with those who are intoxicated with religion..