Khamis, 14 Oktober 2010

A ke B...B ke A

Ada seorang lelaki.Rutinnya adalah bergerak atau membuat perjalanan dari A ke B.Dan apabila mahu pulang,dari B ke A.Kebanyakan masanya dihabiskan sama ada berada di A atau di B.Masa hentian ketika perjalanan tidak banyak bervariasi.Tempoh perjalanan sama ada dari A ke B atau sebaliknya juga sentiasa agak setara setiap kali.

Kadang-kala ketika dalam perjalanan,sang isteri akan menelefon lelaki itu.Tiap kali ditanya di mana dia berada,lelaki itu akan menjawab " di antara A dan B" atau jika dalam perjalanan pulang "di antara B dan A".Di mana kedudukan tepat dia berada tidak penting, jawapannya tetap sama tiap kali - di antara 2 titik. Jikalau isterinya menelefon di saat dia sudah tiba di B,dia akan menjawab sudah berada di B.

Pada suatu hari seperti biasa dia membuat perjalanan dari A ke B.Seperti sebelumnnya juga dia menjawab panggilan dan memberitahu isterinya yang dia berada di antara A dan B.

Tetapi...apabila diasampai ke kawasan yang terletaknya B, dia tidak menjumpai B.Tempat itu betul,lelaki itu tidak sesat atau tersilap jalan.Akan tetapi B sudah tiada.Walaupun kawasan itu masih sama namun tanpa B,ia sukar dicam.Sudah berubah.Lelaki itu kerisauan dan tidak sedap hati.Dia mundar-mandir sambil memberitahu dirinya sendiri bahawa dia berada di tempat yang salah dan sebenarnya B bukan di situ tetapi 'ada ditempat asalnya'.

Sedang lelaki itu dilanda kebingungan, dia menerima panggilan dari sang isteri.Soalan yang biasa ditanya.Senyap.Tiada jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu.

Dia terus mundar-mandir,ke hulu ke hilir seperti cacing kepanasan.Tidak puas hati.Hati tidak tenteram.Berharap dia sememangnya telah tersilap.Namun dia tidak tersalah ambil jalan atau terlajak kerana mengelamun ketika dalam perjalanan.Memang betul,itulah lokasi B.Cuma B sudah tiada,tak tahulah sama ada telah lenyap atau tenggelam seperti benua Atlantis.Tidak diketahui apa yang terjadi,B telah tiada lagi di situ.

Akhirnya dia kecewa dan akur.Dia pun bergerak pulang ke A.Sekali lagi dia ditelefon oleh isterinya.Soalan rutin ditanya seperti biasa.Lelaki itu gagal menjawab,tak mungkin dia boleh berkata dia berada di antara B dan A kerana B dah tiada.Tiada jawapan darinya.

Walau bagaimanapun dia pulang dengan selamat dan lega isterinya.Perkara pertama dibuatnya saat tiba adalah berkata dengan nada seakan-akan meneriak "berada di A!" .Dia yakin di mana dia berada.Tidak pun dia ditanya.

13 ulasan:

bangunberdiri berkata...

ape bende nih

Johan 23.01.84 berkata...

baca lah betul2 hehe..

p.s bapa ko ok?

Holden Caulfield berkata...

kahkahkah!jadi begitu - lebih baik tak payah kawin - nak pergi B ke,C ke,W ke,F ke Z ke - kau just let loose and carefree bro.kahkahkah!

but anyway,B hilang ke,atau kau sure kau tak sesat jalan?ntah-ntah navigator lu macam gua - nak pergi robson - sampai ke cheras kahkahkah!

Johan 23.01.84 berkata...

Holden - da mkn ubat lum?

Johan 23.01.84 berkata...

sape dapat tangkap mksud entri ni,dpt hadiah Datuk dr Sultan Kelantan - dpt yg ditarik blk dr Ibrahim Nami oops Ali..cpt2!

Cau Toot berkata...

gua dah baca 3 kali ulang-ulang. tak mampu nak faham. duh!

mungkin kali keempat?

Johan 23.01.84 berkata...

Cau Toot - lu fkr lebih2 sgt,lagi payah..

Cau Toot berkata...

B yang menjadi destinasi dalam rutin hariannya dah berubah. Jadi dia tak dapat terima keadaan tu. Sebab tu dia cakap yang B tu bukan lagi B yang sama macam dulu.

pendapat aku mengatakan yang lelaki tu tak dapat menerima perubahan.

ni la pendapat tahap paling malas berfikir aku. haha

Johan 23.01.84 berkata...

Cau Toot - kalau aku ckp aku pun tak tau mksd tulisan sdiri,lu bengang tak?kahkahkah

Cau Toot berkata...

mana ada bengang. gua siap nak payung lu pergi menapai lagi nih. cheh~

kah kah kah

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

A ke B ... jika nikmat apa salahnya

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

alamak dah macam dah baca

caprianne berkata...

hoh....
bikin kpala pening...huhuhu