Isnin, 4 Januari 2010

Kepada Yang Berkenaan : Jangan Gaduh,Jangan Cari Gaduh,Jangan Jadi Bodoh

Gua bukan seorang penulis
Gua juga bukan seorang puitis
Malah gua juga bukan seorang yang artistik sama sekali

Gua cuma seorang yang gemar membaca dan mahu berkongsi

Tak hairanlah jika hasil tulisan gua tak menarik
Tak merangsang minda
Tak menimbulkan rasa ingin tahu
Tak mencabar pendirian orang
Tak membangkitkan semangat berkobar-kobar
Tak menghidupkan perasaan di jiwa (apatah lagi di raga)

Tak apa sama sekali semua tu
Gua tak kisah

Kalau gua buat orang tak puas hati
Buat orang bergaduh
Buat orang bosan
Buat orang rasa loya
Buat orang membenci

Tu semua tak apa juga kalau orang itu tak sekepala dengan gua
Tak boleh menerima pandangan lain dari yang dipegang
Gua masih tak ambil hirau



Tapi...

Gua amat kisah

Kalau nukilan gua melahirkan rasa tak senang
Menimbulkan salah faham
Mencetuskan sengketa

Antara mereka yang gua anggap rakan
Mereka yang punya idea yang sama dengan gua
Mereka yang berkongsi fikiran yang sama

Yang macam ini sudah songsang
Ini dah tersasar jauh

p.s woit,dah betul-betul  Bangun Berdiri lum?