Rabu, 6 Januari 2010

Siapa Boleh Tolong Jawab?



Selalu gua fikir dan fikir persoalan ni,masih lagi gua gagal mendapat jawapan.Ini adalah satu guilty conscience yang menghantui gua seperti nama Altantuya sentiasa memomokkan Najib Razak.

Bila dikenangkan kembali,rasa serba salah ni pertama kali muncul beberapa tahun yang lalu setelah gua membaca bait-bait ini :

Under the capitalist system, in order that England may live in comparative comfort, a hundred million Indians must live on the verge of starvation--an evil state of affairs, but you acquiesce in it every time you step into a taxi or eat a plate of strawberries and cream. The alternative is to throw the Empire overboard and reduce England to a cold and unimportant little island where we should all have to work very hard and live mainly on herrings and potatoes. That is the very last thing that any left-winger wants. Yet the left-winger continues to feel that he has no moral responsibility for imperialism. He is perfectly ready to accept the products of Empire and to save his soul by sneering at the people who hold the Empire together.

Marx dan Engels telah bersabda dalam Manifesto Komunis bahawa "roh komunisme sedang menghantui Eropah" ketika itu.Tapi apa yang menghantui gua sekarang adalah seperti yang dikatakan dalam petikan di atas oleh George Orwell dalam karya The Road To Wigan Pier.

Memang dia melabon pasal England pada 1937.Memang lah Empire pun dah lama berkubur.Jadi buat apa gua nak ambil hirau apa dia surahkan dulu tu?

Sebabnya mudah saja.

Struktur ekonomi dunia masih sama,dulu dan kini.Yang berubah hanya watak-watak.Malaon-malaon seperti gabenor dan 'missionaries' telah digantikan dengan Bank Dunia dan para birokrat.Tapi senario beberapa kuasa imperialis mentekedarah seluruh dunia tidak berubah langsung.Juga kabal-kabal rahsia yang tak berapa rahsia masih ada.

Ok,berbalik kepada soalan cepu mas yang gua takkan dapat jawab walaupun gua diberi talian hayat yang 'unlimited' tak seperti dalam game show di TV yang cuma memberi dua atau tiga talian ni.Macam mana gua nak terus hidup dalam dunia kapitalis ni sambil mengelak dari 'bersekongkol' langsung dengan malaon-malaon ni?Bagaimana nak elak dari menyumbang kepada masalah?

Kerana mengikut kata Malcolm X, "you're either part of the solution or part of the problem".Dan gua kini langsung tak rasa macam gua ni sebahagian daripada penyelesaian (solution).Hakikatnya, gua cuma ada idea-idea samar tentang jalan penyelesaiannya.Jadi seperti kata Orwell,gua cuma berada di takuk "makan strawberi dan naik teksi".(Walaupun sebenarnya kedua-duanya sama ada strawberi mahupun naik teksi pun gua tak buat.Tapi janganlah bebal sangat macam Basuh Baju yang tak faham apa tu analogi.)

Bila gua membaca segala macam tulisan-tulisan hala-kiri,gua akan selalu teringat bidasan Orwell itu.Betul ke kita ni nak selamatkan dunia? Atau kita cuma nak selamatkan diri kita sendiri? Nak hilangkan rasa guilty conscience tu je?

Gua dah tulis pasal benda-benda ni.Gua dah banyak melabon kat orang lain tentang kepercayaan yang gua pegang ni.Gua dah hentam malaon-malaon tu.Gua teliti dan memilih,tak sewenang-wenangnya beli sebarang jenama produk.Gua even jadi vegan sebab hal ni.

Akan tetapi adakah lepas buat tu semua gua dah jadi seorang yang benar-benar bebas dari dipertanggungjawabkan di atas kebobrokan dunia ni?Dah mensucikan diri seperti Rahim Thamby Chik dulu yang pergi ke Mekah lepas kecoh kes rogol budak bawah umur tu?

Gua seorang perokok dan gua selalu main buang saja puntung rokok merata-rata.Tapi gua boleh pulak cakap gua ambil berat pasal alam sekitar dan pencemaran.Berapi-api bebel pasal pemanasan global.Banyak lagi contoh 'hipokrasi' lain yang malas gua nak sebut.Nanti jatuh pulak saham gua.

Woit,sebut ayat "nanti jatuh pulak saham gua" dah cukup untuk mengukuhkan relevance soalan 'niat ni nak selamatkan dunia atau jaga kredibiliti diri sendiri?'.

Jadi boleh ke gua atau kita ni,dengan jujur,berkata yang kita ni bukan setakat para leftists kecewa yang hanya nak ubatkan rasa bersalah kita?Adakah kita ni layak digelar problem-solvers dan bukan sebahagian dari masalah itu sendiri?