Khamis, 7 Januari 2010

Siapa Boleh Tolong Jawab? - Bahagian 2

Sebelum ni,dalam bahagian 1 gua mengaju persoalan tentang pegangan fahaman dan conscience peribadi.

Kali ni gua nak melabon pulak tentang beberapa tindakan dan perangai oleh golongan kiri yang membawa bahana kepada pergerakan sendiri.Tidak kira sama ada mereka itu sosialis atau pun anarkis.Bukan gua berniat nak menghentam mereka ni yang gua anggap sebagai 'rakan seperjuangan',(dalam bahasa skema) tapi gua cuma mahu membuat kritikan membina agar kita dapat sama-sama bergerak melintasi pagar-pagar ini.

Seperti perangai mat-mat fundamentalis agama,ramai golongan kiri ini berlumba-lumba mahu membuktikan siapa lebih betul dari siapa.Sindrom ini menyebabkan tertubuhnya berlambak-lambak kumpulan atau organisasi kiri yang lebih gemar bersaing sesama sendiri daripada menumpukan perhatian kepada common goal mereka iaitu menjatuhkan sistem kapitalis.Ini sangat merugikan.

Memang terdapat kontradiksi-kontradiksi di antara pegangan dan jalan yang dipilih oleh organisasi-organisasi ni.Segala kontradiksi yang menceraikan mereka ni bukanlah kontradiksi utama.Tapi cuma kontradiksi sampingan.Apakah mereka tak nampak langsung persamaan yang ada pada mereka?Mengapa dialektika tidak diguna pakai dalam mencari kesepakatan? Dialektika adalah untuk mengenalpasti persamaan walaupun terdapat percanggahan.

 Yang bertakhta di benak mereka ni adalah fanatisisme.Sifat terlalu mengagungkan fikiran sendiri hingga tidak mampu menerima percanggahan yang nyata terhadap pegangan mereka.Contohnya,hanya apa Marx cakap saja betul.Atau hanya apa Bakunin kata saja diterima.Ini menjurus kepada sifat dogmatism.Come on,ideologi politik saja tidak lengkap untuk melingkumi kesemua permasalahan manusia.

Terdapat juga satu gejala yang boleh digelar sebagai "elitis".Menidakkan orang yang tidak sekepala dengan mereka daripada bersama-sama sekapal dengan mereka.Woit,siapa musuh utama kita kalau bukan kapitalis?Mengapa mahu berseteru dengan orang yang bukan sebahagian dari musuh utama kita?

Beberapa hari lepas,gua terbaca satu laporan akhbar mengenai harga roti.Pengeluar-pengeluar roti ini telah bersepakat untuk menentukan berapa banyak kenaikan harga dan bila tarikh kuatkuasa.Nampak tak,walaupun malaon-malaon kapitalis ini bersaing,mereka masih mampu bekerjasama bila masa perlu dan mendatangkan faedah.

Memang kita wajib mengambil rujukan dari sejarah dan memahami teori-teori.Tapi kita juga wajib mengenal yang mana pemalar (constants) dan mana pembolehubah (variables). Seperti tentang demografi.Contohnya,kita tidak boleh mengambil pendekatan yang bulat-bulat seperti di UK untuk gerakan kita di Malaysia.Demografi di sana sudah tentu jauh berbeza dengan di Malaysia.Ini kita mesti ambilkira.

Segala kegagalan memahami fakta-fakta dan faktor-faktor ini akhirnya hanya akan menguntungkan musuh utama kita semua,kapitalisme.Janganlah kita asyik mahu 'membakar jambatan' seperti Rais Yatim.

Ape pun tulisan ni cuma lebih ke arah persoalan dari gua,bukan satu pandangan yang nyata.

Ya,Betul,Inilah Budaya Kita!

Selama ni Mahafiraun telah membebel bahawa berdemonstrasi "bukan budaya kita","kita orang timur jangan contohi orang barat",bla,bla,bla...Lalu gua terbaca berita ini.Terkejut beruk gua,wei! Macam mana ni?! Bukan ke dah cakap ni bukan budaya kita,woit??

Fikir punya fikir,akhirnya gua faham.

Sebenarnya macam ni:

Kalau protes demi kepentingan rakyat,bukan budaya kita (contoh:demo BERSIH,Hindraf,anti-harga minyak naik)

Kalau buat demonstrasi demi menaikkan saham politik,itu dikira budaya kita (contoh: demo kepala lembu dan macam yang dalam berita tu)

Dah faham?