Sabtu, 9 Januari 2010

Jangan Biar Pandangan Kita Dialihkan


Gua asalnya dah bertekad tak mahu tulis apa-apa pasal isu berebut kalimah Allah ni.Ini sebab gua yakin ia cuma satu elaborate spin oleh kerajaan yang melibatkan beberapa pihak yang bersekongkol,termasuk para agamawan (clerics) Katolik.Isu ini digunakan oleh kerajaan untuk mengalih pandangan orang ramai daripada memberi tumpuan kepada isu-isu yang sepatutnya seperti GST,gula dan enjin jet hilang.Lagi banyak kita bicarakannya,lebih menguntungkan malaon-malaon ni.

Setelah 3 buah gereja diserang dan dibakar kelmarin,gua rasa wajib gua nyatakan sesuatu.Gua seorang yang anticleric (anti-agamawan).Ini tidak bermakna gua tak percaya kepada agama atau Allah.Gua cuma sukar untuk mempercayai kata-kata dan tindak tanduk para agamawan dan institusi agama,tak kira mereka itu agamawan Islam sendiri mahupun apa saja agama lain.Jika kita lihat pada sejarah,memang dari dulu lagi golongan yang kononnya alim ulamak ni sering menjadi puppets kepada daulah.Kalau tak percaya,lihat perangai JAKIM.

Yang mencurigakan dan boleh dikatakan memperkukuhkan apa yang gua percaya disebalik isu ni ialah hanya 1 saja daripada 3 gereja yang dibakar adalah gereja Katolik.Itu pun Assumption Church,PJ ini hanya mengalami kerosakan yang tidak teruk.Mungkin juga mat-mat bebal disebalik serangan-serangan ni tak dapat membezakan antara gereja Katolik dan Protestant,tapi gua tetap percaya hal ini lebih berbelit dari itu.

Gua rasa tak sepatutnya gua sebutkan di sini apa yang gua maksudkan ni kerana ni dah tentu akan menjana lagi debat dan persoalan yang akan mengheret lagi isu ni.Dan ni menyebabkan kita secara tidak sedar membantu mengkaburkan pandangan dari perkara-perkara yang mahu dikambuskan oleh daulah dengan menggunakan taktik silap mata mereka ni.

Gua bersimpati kepada penganut Kristian amnya dan mereka yang bermazhab Katolik khususnya atas apa yang berlaku.Tapi minta maaf cakap,gua percaya para agamawan anda turut terlibat.Kalau sesiapa yang belum tahu nak tahu apa yang gua maksudkan,pergi cari apa yang patut,baca sendiri dan fikirkan.

Jangan salah faham.Jangan fikir gua sedang berpihak kepada mat-mat fascist agama yang menggunakan Islam untuk menjustifikasikan tindakan bodoh mereka dan menyokong kerja rebut nama Allah ini.Hakikatnya,ramai pihak terlibat dalam sandiwara ini.

Selain sebagai taktik mengalih pandangan,insiden ini telah menjadi satu taktik mengolah persetujuan (manufacturing consent) terhadap penggunaan ISA.Bila kecoh tragedi ini semalam,Kerismuddin Hussein tiba-tiba meyebut tentang ISA.Memang licik mereka ni.

Apapun,kita jangan mudah terpedaya dengan wayang besar yang sedang dipentaskan ni.Jangan kita alih pandangan kita dari perkara-perkara yang sepatutnya,seperti yang diharapkan oleh daulah.