Selasa, 12 Januari 2010

Ideologi Dan Identiti

Siapa gua? Siapa kita ni? - persoalan tanpa jawapan nyata yang menggangu kita sejak dahulukala lagi.Meng-establish identiti kita sebagai seorang individu bukan senang.Ibu bapa,kaum kerabat,taraf pendidikan,profil kerja - ini semua bantu membina identiti kita.Persekitaran kita membesar,bahasa-bahasa yang kita tutur,etnik atau kaum kita menambah kepada pembentukan identiti.

Akan tetapi faktor-faktor yang tidak dapat kita pilih sendiri yakni diluar kuasa penentuan kita seperti ibu bapa,etnik,tempat kita membesar dan lain-lain,tidak akan membina identiti sebenar kita.Identiti sebenar kita berasaskan apa yang kita pilih sendiri.Keputusan kita secara bebas.Jadi,jika gua pilih untuk menjadi seorang pemain bola,itu adalah identiti gua.Akan tetapi kalau gua menjadi seorang jurutera atas arahan ibu bapa,maka itu bukan identiti gua yang sebenar.

Kita adalah hasil persekitaran kita.Kita semua produk dari apa yang kita dengar,lihat,baca,alami.Setiap orang ada 'dunia kecilnya' dan berhubung dengan dunia luar melaui caranya yang tersendiri.Dia akan terima apa yang menarik minatnya.Oleh itu,identitinya dibentuk oleh pengaruh-pengaruh yang paling kuat ke atasnya.

Ideologi yang kita minat,terima,setuju dan sebarkan juga menentukan identiti kita.Sama ada ideologi politikal,agama, atau falsafah.Kita mungkin mengikut ideologi yang kita pegang melalui pemahaman atau ia adalah pengaruh terkuat kita atau pun kerana 'role model' kita.Apapun,pegangan ideologikal kita menentukan diri kita,identiti kita.

Ini semua adalah kebaikan,kita berusaha menjadi manusia yang baik sama ada kita sedar atau tidak.Tidak menjadi masalah langsung.Kecuali bila identiti ideologikal kita terlalu membebankan kita - contoh,seorang atheist tidak dapat merasai kuasa psikologi yang boleh diperoleh dari kepercayaan (faith).Ideologi boleh mengikat kita kepada suatu tahap dan kita tak dapat pergi lebih dari tahap tu.Kita menjadi fanatik,terlalu taksub seperti mat-mat fundamentalis agama yang bermimpi menjadi orang Arab.Orang-orang sebegini adalah bagai banduan didalam penjara pegangan kepercayaan mereka tu.

Ideologi tidak boleh dibenarkan untuk menguasai diri kita dan memerangkap kita.Kita wajib mempunyai pandangan yang melangkaui ideologi kita semata-mata jika terbukti ada salah dan tidak sesuai dan menerima apa saja yang benar-benar mendatangkan kebaikan.