Rabu, 13 Januari 2010

Orang Kebanyakan




Dia tinggal di kawasan Damansara.Dia memandu kereta Mitsubishi Evo X.Tempat-tempat lepak dan bershoppingnya kalau bukan di The Curve,dia gemar ke KL Pavilion.Dia memiliki gadget-gadget seperti telefon bimbit yang terbaru di pasaran.Dia mahu dilihat melepak dan melabon di Starbucks.

Tapi...

Jangan silap.Dia sebenarnya bukan dari kelas pertengahan.Dia mungkin hanya seorang pegawai biasa kerajaan atau seorang pekerja bank.Dia orang biasa.Kelas pekerja.Hoi Polloi.Ya,dialah golongan "common people",orang kebanyakan pada hari ni.

Imej yang kita gambarkan di kepala apabila dengar frasa "orang kebanyakan" tak sama lagi.Orang kebanyakan yang menyewa di rumah teres setingkat atau di flat perumahan kerajaan dah makin hilang.Mereka tidak lagi sekadar mahu hidup yang sederhana dengan pekerjaan yang terjamin kemudian berkahwin,menghasilkan zuriat.

Di dunia kini gaya hidup sudah tak sama lagi macam 20 tahun lalu.Malah kalau dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu pun banyak yang dah berbeza.Orang kebanyakan kini mahu bergaya.Mahu segala macam itu dan ini.Tengok member ada,dia pun mesti ada jugak.Lebih baik kalau dia punya lagi hebat.

Macam mana ni boleh berlaku? Bukan ke semua itu "off limits" kepada orang kebanyakan? Memang kedengaran sangat cliche tapi semua ni disebabkan oleh ombak globalisasi.Tetapan hidup yang kita kenal suatu ketika dulu dah lain.Dah 'up',beb.Kalau baling batu kat sekumpulan manusia,gua sangat yakin akan hinggap pada seseorang yang memiliki kereta.Memiliki rumah sendiri bukan lagi satu angan-angan,tak payah susah-susah - terima kasih kepada pinjaman bank (ataupun mungkin Along jugak).

Nak sumber maklumat,senang je ada internet yang dah makin laju.Tambah lagi dengan kredit yang "free flow" dan macam-macam lagi dah jadi mudah.Bagai bentangan karpet merah untuk orang biasa ni.Orang kebanyakan kita ni dah berkuasa.Makin berpengaruh.Senang je nak lintasi "larangan" terdahulu.

Sekarang macam-macam yang terdahulu hanya mampu dicapai mereka dari golongan kelas pertengahan dan ke atas,dah menjadi seperti asas hidup kepada orang kebanyakan kita ni.Bank-bank berebut-rebut mahukannya sebagai pelanggan.Agar dia dapat membiayai kos makan di restoran mewah,barang-barang kosmetik untuk kelihatan cun dan anggun,bercuti di sana sini.Wow,taraf hidup orang kebanyakan ni dah meningkat dengan begitu mendadak!

Nanti dulu.Makan "buah terlarang" memang akan bawa bahana.Dia mungkin mampu bergaya,berseronok sakan tapi ini yang kita sekadar nampak dari luar.Sebenarnya,dia terpaksa menanggung satu beban.Semua yang dia miliki itu kerana meminjam.Dia berhutang.

Bila terdesak,dia mula bergiat dalam kultus MLM.Ini pun satu lagi masalah,tiada jaminan dia tak akan hilang bukan saja sumber ni,dia mungkin hilang segalanya.Dia mungkin ditipu.Dia mungkin muflis.Awek-awek cun yang terhegeh-hegeh mahu mendampinginya akan menghilangkan diri. Aduh..

Inilah realiti disebalik kehidupan yang didambakannya.Jauh berbeza dari glitz and glamour yang dilihat dan dijual kepadanya di kaca television LCD nya.Inilah tragedi kehidupan pasca-moden.Gua membayangkan mereka ini dah tentu selalu mengalami kesukaran untuk tidur di malam hari.Kegelisahan sentiasa bertakhta di benak mereka walaupun mereka terus berparti untuk melupakan seketika hakikat sebenar hidup mereka.

Gua bukan menulis untuk sindir mereka ni.Gua tidak terlintas langsung mahu menghentam mereka.Benar,gua selalu memperlekehkan mereka ni tapi biasalah kan bila dah geram.Gua sebenarnya bersimpati kerana mereka adalah mangsa yang terpedaya.Gua juga faham orang kebanyakan sekarang ni mengalami banyak desakan tidak kira yang nyata atau halus agar mereka menganut gaya hidup konsumerisme yang plastik ni.

Kesan-kesan yang merupakan manifestasi dari budaya celaka ni banyak yang kini boleh kita nampak.Ramai yang jatuh muflis,tak kurang juga yang mengalami depresi atau lebih teruk.Yang bunuh diri pun ramai.Ni belum masuk kesan-kesan yang bukan secara terus kepada individu.

Di saat ni,gua ditemani dendangan lagu Common People oleh kugiran Pulp.Memang maksud keseluruhan lagu tu lain cerita,tapi yang ketara "common people" yang ada tahun 2010 ni dah tak sama macam diceritakan dalam lirik lagu yang dirilis tahun 1995 tu.