Ahad, 17 Januari 2010

Selamat Tinggal Musik? - Bahagian 1





Asalnya gua nak tulis review tentang musik terbaik dekad 'noughties' (2000-2009).Bila fikirkan balik,gua hilang nafsu nak tulis pasal tu.Sebabnya dekad lepas memang dicemari dengan musik yang teruk lagi menyampahkan dan bertaraf sampah.Rasanya dekad lepas petanda dah sampainya kemuncak kemerosotan kualiti musik.Selain musik-musik 'niche' yang jarang mendapat 'airplay' seperti Radiohead,Fuck Buttons,Arcade Fire,Sigur Ros,This Will Destroy You,TV On The Radio dan sebagainya,gua gagal mendapat keseronokan dan rasa teruja apabila mendengar lambakan musik yang biasa kita dengar di mana-mana.

Sejujur-jujurnya,apakah lu orang benar-benar dapat menghargai dan mendalami musik seperti yang dilelongkan oleh Lady Gaga,Fall Out Boy dan para graduan rancangan realiti?Jika jawapannya ya,sila jangan terus membaca entri ni.

Jadi apakah masa depan musik di abad ke 21 yang masih panjang lagi ni?Musik adalah satu petunjuk penting pencapaian ketamadunan manusia.Musik,sebagai pencapaian kebudayaan menunjukkan kepesatan pembangunan dalam sejarah manusia hingga kini.Maka ia adalah di antara cara komunikasi sosial yang paling penting.Berani gua nyatakan yang musik adalah sebahagian daripada cara dan gaya hidup kebanyakan orang dalam pelbagai budaya bangsa yang ada.

Evolusi,sebagai fenomena yang tidak dapat dihalang,mengakibatkan perubahan dalam masyarakat.Ini sangat mempengaruhi inspirasi dan aspirasi musik.Suku ketiga abad lepas,yakni abad ke-20 menyaksikan bermulanya era bangkitnya musik.Sumber-sumber musik mula berlonggok-longgok dan hasil yang dikeluarkan rata-rata berkualiti.Ketika itu nama-nama yang masih berpengaruh hingga kini seperti John Lennon dan The Beatles,Rolling Stones,Johnny Cash,David Bowie,The Who dan lain-lain telah muncul.

Walaupun gua seharusnya mengaku globalisasi lah yang memajukan musik dan membenarkan kita semua mendengar musik-musik yang begitu pelbagai,namun ia jugalah yang kian 'membunuh' musik.Kadar migrasi yang tinggi di seluruh dunia telah membolehkan pertembungan dan penyerapan budaya dan ini banyak mempengaruhi dunia musik.Kita sering mendengar frasa "masyarakat majmuk" tapi dari sudut pandang  musikal,masyarakat adalah sangat "monocultural".Ini sangat jelas di Malaysia ni tapi fenomena ni juga bertakhta di seluruh dunia.Sebabnya perangai media yang tak ambil pot terhadap nilai-nilai positif daripada wujud daripada masyarakat yang majmuk kerana hanya berminat untuk mempromosi budaya "mudah dan cepat" yang senang dihadam oleh sesiapa saja.

Hasilnya : 
1) Kugiran atau artis baru hanya menciplak dan menkitarsemula hasil-hasil dari pemuzik generasi yang terdahulu.Lantas mereka hanya berjaya mengeluarkan hasil yang haprak dan kedengaran sangat 'plastik'  dan poyo kerana bukan datang dari buah fikrah dan titik peluh sendiri.Tapi sangat 'tangkap lentok' (catchy),jadi senang diterima semua.

2)Pemuzik kreatif yang mahu berekperimentasi dalam berkarya hanya duduk dan kekal di "underground scene" kerana gagal mendapat perhatian yang sepatutnya dan juga sebagai satu protes terhadap scene mainstream yang sumbang dan meloyakan.

Walau sekontang dan kering idea mana pun industri musik sekarang,masih terdapat beberapa nama sama ada baru atau lama yang berjaya tanpa terlalu berkompromi dengan telunjuk kehendak para gedebe industri seperti Radiohead,Sonic Youth,Phoenix,etc dan terutamanya Fugazi serta Ian McKaye yang berjaya melawan arus dengan rekod label independentnya Dischord Records yang menepis segala serangan dari label-label mainstream besar dan kini menjadi tuan rumah kepada lebih 100 buah kugiran dan pemuzik bawah tanah.Di negara kita,wajib kita sebut nama-nama seperti Butterfingers,Carburetor Dung,Second Combat,Sil Khanaz,etc.Merekalah contoh bahawa terdapat kehausan 'subliminal' untuk penerokaan dan pengembaraan musikal yang lebih bermakna dari apa kita biasa peroleh.Lu tak pernah dengar nama atau layan musik mereka? Woit,tutuplah MTV dan radio tu!

Projek para malaon dan media telah berjaya terutama dalam dua dekad kebelakangan ni kerana negara seperti China dan negara kita sendiri cuba menjadi lebih moden dan gempak mengikut acuan globalisasi.Masyarakat kini menerima budaya yang dijual media massa sebagai asas hidup dan mensampahkan budaya sendiri sebagai "inferior" atau "takde standard".

Gua tiada bukti tapi gua yakin di tempat-tempat yang paling terpinggir di dunia seperti Bhutan dan Mongolia pun boleh kita jumpa anak-anak muda yang menyanyikan lagu-lagu Lady Gaga dan Sean Kingston.Ini tidak dianggap pelik.Akan tetapi jika sekumpulan anak muda di London menyanyi lagu dalam Bahasa Mongolia atau melayan kugiran Altan Urag dah tentu dianggap pelik.(Kalau menyanyi lagu bahasa Mongolia di Kuala Lumpur,dah kena tangkap sebab dianggap membahayakan Najib Razak dan Rosmah Mansor,tapi tu cerita lain.)

Terdapat beratus mungkin beribu artis dan kugiran yang dipromosi dan dipilih untuk menjadi terkenal dan kaya tapi hakikatnya tak layak langsung.Nama saja 'globalisasi' tapi bukan budaya semua penduduk dunia yang diglobalkan.Ini yang gua katakan awal tadi,dunia bukan makin multicultural tapi kian monocultural.

Bermula dekad 80-an memperlihatkan teknologi membikin musik makin dipemudahkan dan ni juga menjadi pemangkin kepada genre-genre baru ketika itu seperti rap dan hip-hop,metal,electro.Efek-efek pedal gitar makin berkembang dan pengenalan kepada synthetiser menolak luas ruang untuk berkreatif dan mengembara.Kini amplifier,gitar dan even mikrofon serta alat-alat musik lain boleh menghasilkan bunyi-bunyi yang berbagai-bagai,ini memberi hembusan segar kepada dunia musik.Malah recording software seperti Logic Pro dan Cubase mampu menjadikan seorang pemain alat musik yang bertahap sederhana mahupun yang mereka yang lemah serta penyanyi yang bersuara sumbang kedengaran hebat.

Di dekad 60-an dulu,kebanyakan pemuzik menggunakan teknologi analog.Sebab tu,mereka sentiasa rajin megembangkan bakat dan rajin berkesperimentasi.Bukan tu saja,kos amat tinggi dan memakan masa.Mereka tidak banyak 'tongkat' untuk membantu mereka tidak seperti kini.Hari ni,dengan mudah dan agak murah kita boleh ada 'home studio' peribadi.Akan tetapi teknologi ni semua kian menyumbang kepada musik 'mee segera' yang 'shallow' dan 'hollow'.

Produksi massa menyebabkan kita dihidangkan dengan pilihan-pilihan yang tidak banyak berbeza antara satu dan yang lain.Mereka yang benar-benar bagus dan melawan arus ni hanya hanyut ditelan ombak tsunami.Ramai pemuzik yang memang layak diberi perhatian tapi berapa banyak kali kita buka radio dan apa yang keluar dari corong hanya melodi-melodi yang hampir sama saja setiap kali?Salah mass production atau kita telah hilang inspirasi? Kedua-duanya kot.

Musik adalah ekspresi.Ia dipengaruhi dan mempengaruhi keperibadian dan persekitaran kita.Dah kita hidup di dunia yang mengagungkan keuntungan wang ringgit sebagai nilai dan inspirasi teragung.Apa yang berlaku sekarang pada musik mencerminkan itu.