Selasa, 2 Februari 2010

Filem Koboi Dan Eksistensialisme




Gua diperkenalkan kepada eksistensialisme (existentialism) pada penghujung 90-an.Ketika itu gua sedang dalam fasa 'teen-angst'.Jenis musik yang 'dark' dan 'depressing' menjadi sebati dengan hati.Tambah pula dengan Tragedi Sekolah Columbine yang berlaku masa tu turut membuatkan remaja-remaja lain,tak ketinggalan diri gua sendiri,untuk bersimpati dan turut merasai perasaan yang dialami para protagonis dan mangsa-mangsa tragedi tersebut.Tak ketinggalan para ibu bapa dan orang-orang dewasa sedunia berasa seram dan bimbang dengan "bahayanya" anak-anak remaja dan budaya musik dan filem tertentu yang digemari dan "mempengaruhi" mereka.

Tidak seperti kebanyakan ibu bapa lain,mama dan abah gua rilek saja malah sering bergurau dengan gua mengenai keadaan emosi gua masa tu.Bila fikirkan kembali,sebenarnya dalam gurauan-gurauan mereka tu, sebenarnya mereka memahami gua dan sedang memberi dorongan.Mereka sering melontarkan ayat-ayat yang mereka tahu akan menjana perasaan ingin tahu atau 'curiosity' dalam diri gua.

Gua sangat gemar mencari dan meneroka bermacam-macam musik dan suatu hari, gua sedang melayan album Vision Thing oleh kugiran Gothic (jangan disalah ertikan dengan genre emo.Takde kelas lah wei layan emo kahkahkah) bernama The Sisters Of Mercy.Tatkala sedang mendengar vokalisnya Andrew Elderitch menyanyi bait “I don’t exist when you don’t see me” , mama gua tiba-tiba berada di di pintu bilik gua (gua tak suka tutup pintu bilik) dan tersenyum sambil cakap:

"Penyanyi band ni macam 'reverse existentialist' "

"Huh?" balas diri gua yang naif berumur 15 tahun.

Sambung mama lagi, "Well, seorang eksistensialis would say the world around him doesn't really exist tapi dia ni pulak doesn't exist when the world isn't there"

(Terima kasih kepada diari tahun 1999 gua yang membantu gua menghasilkan semula dialog tersebut.)

Dalam hati,gua berasa "wow!".Memang menarik dan 'profound' apa yang diperkatakan oleh mama.Kemudian gua memulakan jawatankuasa untuk mengkaji untuk menubuhkan jawatankuasa satu lagi untuk mengkaji lagi..(oops,silap..itu perangai Dollah Badawi.).Gua mula mahu mendalami perihal eksistensialisme dan membaca mengenainya.Tapi gua jadi lebih keliru.Macam mana dunia boleh "tak wujud"? Dan apa kena-mengena dengan depression dan perubahan yang tak terhalang macam yang Franz Kafka cakap?

Gagal untuk faham,gua lepaskan saja persoalan dan subjek tentang eksistensialisme dan tak gua sentuh lagi hinggalah beberapa tahun kemudian semasa gua di zaman A-Levels dan kemudian di universiti.

Malam tadi gua tonton kembali filem komedi western  City Slickers yang pernah gua tengok sedekad yang lalu.Lantas gua sedar,sebenarnya jawapan kepada persoalan gua lebih 10 tahun yang lepas boleh ditemui pada masa tu juga melalui filem ini.Cuma gua seorang remaja yang masih terlalu mentah ketika tu.Mungkin sebuah filem komedi nampak macam sumber yang meragukan untuk subjek falsafah tapi pada gua City Slickers mampu sedikit sebanyak memberikan penjelasan walaupun tak lengkap.

Curly( Jack Palance) menanyakan satu soalan kepada Mitch (Billy Crystal) yang akan merubah hidup Mitch.

"You know what the secret of life is?".Apabila Mitch mengakui dia tidak tahu,Curly menunjukkan satu jari kepada Mitch.

"Your finger?" jawab Mitch.

"One thing.Just one thing", terang Curly. "You stick to that and everything else means shit."

"That's great but what's the 'one thing'?" tanya Mitch.

Curly mengukir senyuman, "That’s what you’ve got to figure out"

Sepanjang perjalanan filem,Mitch cuba memikirkan jawapan yang dicarinya.Akhirnya dia berjaya setelah mengharungi kesusahan.Mungkin jikalau Mitch telah belajar dan mengkaji eksistensialisme,mungkin dia dengan mudah mampu memahami maksud Curly si koboi tua tu.Woit,kemungkinan juga dia akan lebih keliru.Apapun,Curly seperti seorang ahli falsafah eksistensialis mencadangkan setiap orang harus mencari sebab untuk hidupnya sendiri. "One Thing" masing-masing.

Apabila ahli falsafah existentialis teragung, Jean-Paul Sartre bersabda, " l'existence precede l'essence" (existence precedes essence),dia juga menawarkan nasihat yang sama dengan Curly kepada Mitch. Ayat Sartre yang maha terkenal ini bermaksud kita hidup untuk mencari dan mencipta maksud hidup kita.Bukannya hidup dan hala tuju kita telah ditetapkan.Seseorang itu berhak menentukan bagaimana dia hendak hidup. Kemungkinan besar Mitch akan lebih mudah menerima kata-kata Curly daripada Sartre, tapi Mitch telah menemui asas falsafah eksistensialisme.Pencarian individu untuk maksud dan tujuan (significance) peribadi.

Akar-umbi perjalanan individu terletak pada kebebasan untuk memilih arah tuju sendiri.Sama ada kebebasan itu diberikan oleh satu kuasa yang lebih tinggi atau hadir dengan semulajadinya, existentialis berpendapat kita secara tersiratnya memang bebas.Sartre menyatakan konsep ni sebagai  " l’en-soi" (being-in-itself).
Ini,boleh juga dikatakan, sebagai jawapan kepada keluhan " to be or not to be" oleh watak Shakespeare,iaitu Hamlet. Sartre menekankan yang kita wajib "be".Ini kerana jika kita memilih untuk "not to be" sekalipun,ia tetap "being" sesuatu.Maksudnya sekiranya kita mengelak untuk melakukan sesuatu, perilaku tidak berbuat apa-apa itulah yang kita lakukan.

Kebebasan boleh menjadi 'jerat'.Kita mahu hidup untuk diri kita sendiri tapi kita terperangkap dengan apa yang kita percaya sebagai "menjaga hati' orang lain atau membuat sesuatu hanya kerana orang lain.Kita takut akan  pandangan orang lain yang menghukum dan akhirnya kita mengelak kemahuan sebenar kita." Mauvaise foi "( bad faith), kata Sartre.Sementara kita bergelut untuk individualiti,seringkali kita memakai topeng "being for others".Sememangnya amat sukar untuk kita menerima autonomi,mengaku kesanggupan kita untuk menjadi 'palsu' ,dan memeluk pandangan eksistensialis.

Pengkritik falsafah eksistensialisme merasakan ianya memilukan,depressing, dan 'tenggelam' dalam kerisauan.Bagaimanapun,tema mengenai kepiluan dan kematian adalah penting kepada falsafah ini.Sememangnya sebuah konsep terpenting hampir semua jenisan ilmu eksistensialisme terletak pada 'mencari makna hidup dengan menghadapi hakikat kematian' .Hanya jika kita terima yang kita adalah 'mortal' dan akan menjalani proses kehidupan,sehingga kita mati barulah kita benar-benar mampu mencari makna dalam hidup kita.Kita mungkin terseksa untuk mencapai ini,tapi hanya kerana kita mengelak pencarian kita.

Dalam filem tersebut, Curly dengan tenang menghadapi kematian tanpa rasa takut.Mitch sedar Curly telah memenuhi ruang hidupnya dengan menemui makna hidupnya dan hidup demi kehendak dirinya.Kemudian Mitch bukan saja mewarisi topi koboi Curly bahkan falsafah hidupnya juga.

Akhirnya Mitch jumpa "one thing" nya.Bagi dirinya ia adalah kasih sayang keluarganya.Semasa Mitch merenung kembali perjalanannya,barulah dia betul-betul faham akan nasihat Curly.Sekali lagi timbul mesej eksistensialisme di sini.Seperti kata pelopor eksistensialisme (sebelum wujudnya terma ini) Soren Kierkegaard , "Life can only be understood backwards; but it must be lived forwards”.Kita hanya boleh memahami hidup melalui sejarah,tapi hidup mesti dijalani dengan bergerak ke hadapan.

Eksistensialisme bukan mencadangkan supaya terus bermurung,bersusah hati dan lemas dalam kesusahan tapi mengsarankan pencarian matlamat hidup.Memang tiada kepastian dan jaminan dalam hidup tapi jangan salahkan takdir.Jangan salahkan Tuhan. Kita diberi hak untuk berusaha mencari laluan kita sendiri.Ilham pun boleh datang dari mana-mana pun - seperti filem lawak koboi.

 
 
I know I was born and I know that I'll die
The in between is mine
I am mine

-I Am Mine oleh Pearl Jam-



(Nota - gua tak pasti sama ada wujud atau tak perkataan Melayu dalam kamus untuk 'existentialism'. Gua hentam je guna ejaan 'eksistensialisme' (perkataan Bahasa Indonesia). Kalau tak ada dalam Kamus Dewan,jangan marah gua.sila salahkan Dewan Bahana dan Petaka .)