Isnin, 8 Mac 2010

Idea,Kontradiksi,Perpecahan dan Penyatuan





Banyak perkara dan hal yang berlaku di dunia dan di 1Malaysia yang langkah jalannya saling bertentangan antara teori dan praktik,antara idea dan perlaksanaan,antara yang diimpikan dan yang terjadi.Ketiadaan realiti sempurna dari manusia membuat manusia itu sendiri tidak pernah dan tidak akan mencapai kesempurnaan kerana manusia memang bukan makhluk sempurna.Homo sapiens boleh menyandang gelaran-gelaran seperti homo socius,homo economicus,homo faber,homo genius dan sebagainya tetapi tidak mungkin homo absolute.

Manusia pada dasarnya hidup dalam dua 'dunia' yang saling tarik-menarik dan tolak-menolak - antara keinginan mempertahankan kemutlakan dan dan keinginan menghindari kemutlakan atau bergerak berubah menjauhi titik mutlak.Padahal kemutlakan atau sebaliknya yang kita cari pun masih menjadi tanda tanya.Buat apa,macam apa dan bagaimana?

Ramai dari kita yang bersusah-payah menjadi manusia idealis tetapi pada praktiknya kita tidak pernah mencapai apa yang diideakan itu.Atau sekurang-kurangnya,kita tidak pernah boleh mempraktikan 100% idea-idea kita.Ketidaksesuaian idea dengan realiti atau tidak benar-benar praktik dengan realiti mengingatkan kita bahawa tiada yang sempurna atau mutlak.Teatpi kita tetap mengambil idea sebagai pendorong - bahan bakar agar enjin fikiran kita tetap mampu bergerak.

Tanpa idea, manusia hanya segumpal daging dan tulang yang statik,tidak bergerak.Maka idea tidak perlu dilarang.Jikalau tidak, sama seperti merncabut nyawa manusia.Atau hilang identiti sebagai makhluk bergelar manusia.Dengan adanya idea sudah membuatkan manusia macam nak mampus buat itu dan ini untuk mengejar perlaksanaannya, bayangkan jika hidup tanpa idea.

Semua dan setiap manusia wajib menjadi idealis sebab kita semua masing-masing mempunyai idea fikiran.Kita mencipta idea untuk dilaksanakan.Setiap pemilik zakar ada fikrah.Setiap pemilik pantat ada pendapat.Mungkin ada sama sekepala,berfikiran sama tapi ramai yang berbeza idea.

Tetapi harus diingati bahawa 'idealis' BUKAN satu kata sifat yang selalunya positif.Ia bergantung kepada apa isi kandung dan siapa yang mengeluarkan idea itu.Hitler mempunyai idea untuk menjadikan bangsa Aryan teragung di dunia,maka dia termasuk dalam golongan manusia 'idealis'.Dia menciptakan idea untuk dipraktikkan.Begitu juga Mussolini,Stalin,Pol Pot,Ferdinand Marcos,Mahathir Mohamad dan yang sejenis mereka. Tapi apakah idea mereka adalah idea yang 'ideal' ?Kerana idea dan ideal adalah dua kata kerja yang berbeza.

Idea pada kebiasaannya merupakan gagasan individu.Tetapi istilah ideal merujuk kepada adanya kompromi,konsesi,berpaksi pada nilai-nilai yang dianggap umum dan untuk kepentingan orang ramai dan jelas ada nilai kemanusiaan.

Tapi ini menimbulkan sebuah persoalan lagi.Siapa yang layak mewakili orang ramai untuk melakukan konsesi terhadap nilai-nilai tersebut dan kenapa?Adakah manusia yang lain selain mereka  - yang melakukan perkara tersebut - dapat menjalankan benda yang sama?Akhirnya persoalan berlegar-legar di situ saja.

Pada dasarnya manusia memang menjadi makhluk yang eksistentialis.Kita semua wajib dipandang wujud.Walaupun seseorang itu sudah tidak wujud secara sosial,dia harus wujud dalam gambaran di dalam kepala otak kita.Sebab itulah sejarah-sejarah manusia dia mana saja selalu menjana kritik,pengolahan semula,kontradiksi,dan putar-belit,khasnya sejarah Malaysia kita ini.Sebab ingin menguasai sejarah dan juga muncul dalam sejarah nanti.

Sebuah idea boleh bertentangan (kontradiktif) atau boleh bersehaluan dengan idea lain.Idea-idea pro yang sehaluan mungkin bergabung dan dan idea-idea kontra yang sehaluan mungkin juga boleh bersama.Dan antara idea-idea yang tidak pro dan tidak kontra juga boleh sedemikian.Dalam penyatuan bentuk selalunya ada perpecahan bentuk.Tetapi dalam perpecahan bentuk kadang-kadang ada wujud penyatuan bentuk.Maka disimpulkan idea tetap idea yang tidak boleh dihalang.

Di kala ini kita dapat lihat banyak perkara,kejadian dan tragedi(??) di 1Malaysia ini yang kena dengan apa yang gua cuba labon di sini.Seperti - 4 ekor malaon blah dari PKR (seekor Pak Pandir kena tendang keluar).Pimpinan MCA bergolak.Ibrahim Ali dan katak-katak Perkataknya menyangkal idea 1Malaysia Mat Mongol.Mat Mongol dan Wak Sembab tak ngam.MCA dan Gerakan tak puas hati dengan Umno.Mereka ini tidak sehaluan walaupun duduk dalam kapal-kapal sama masing-masing.Ini adalah kerana ada kontradiksi.

Kontradiksi-kontradiksi tersebut amat baik untuk kita rakyat biasa.Kerana kita wajib melucutkan Umno dari terus berkuasa.Kita ketawa dan bertepuk tangan bila ada pergolakan dalam  Barisan Nasional.Ini adalah perpecahan yang akan membentuk penyatuan baru untuk rakyat.Tetapi bila ada keretakan dalam Pakatan Rakyat,itu bukan berita gumbira.Sila jangan salah faham - gua bukan penyokong totok Pakatan Rakyat.Tapi Pakatan Rakyat adalah cuma kawan sampingan.Kerana kita perlu sedar yang kita wajib menendang keluar Umno dan Barisan Nasional sebelum kita mampu bermimpi untuk mengubah negara ini.Ini mesti kita pastikan berlaku segera kerana negara kita ini sudah nazak diporak-perandakan selama lebih 50 tahun oleh Umno-BN.

Tapi nanti dulu - bila Pakatan Rakyat berkuasa, kerja melawan kita BELUM tamat.Kita jangan lupa hakikat ini - dasar Pakatan Rakyat juga adalah pro-kapitalis.Hakikat ini akan menjadi satu kontradiksi satu hari nanti - terutamanya kepada yang berhaluan kiri seperti gua.

Tapi kita juga wajib belajar dari pengalaman manusia lain dan sejarah.Tanpa belajar dari sejarah,kita akan menjadi manusia bodoh sombong dan terlalu meyakini diri sendiri.Atau kita menjadi terlalu bebal dan bangang seperti Zulkifli Noordin oops.. silap..seperti Pak Pandir.Eh,tapi sama saja kan kedua-duanya?

Selalu dilihat apabila sesuatu idea itu berjalan maka sang pengaju idea yang akan akan paling beruntung.Ini benar tetapi tidak selalunya benar.Ramai pelopor idea yang mati sebelum sempat melihat ideanya diterima ramai - seperti Karl Marx.Ramai yang mati dihukum bunuh kerana ideanya ditolak - seperti Socrates.Dan ramai lagi yang ideanya hanya diterima selepas lama telah meninggalkan alam ini.Ramai pejuang yang pergi tanpa mengetahui hasil buah perjuangannya.Semua ini satu peringatan kepada kita bahawa kita jangan lah menganggap susuk kita atau mana-mana individu terlalu penting dan idea atau garis perjaungan yang kita bawa akan mati bersama bila kita tiada lagi.Kalau tak percaya,sila tanya Ezam Mohd Noor.Mamat ini ingat dia besar sangat dan perjuangan melawan Umno akan tersekat tanpa dirinya.Tapi siapa yang 'mati' sekarang - dia atau perjuangan yang pernah dia galas?

Banyak idea-idea yang pada mulanya demi kebaikan diselewengkan akhirnya.Idea yang ideal pada awalnya telah menjadi bertentangan pada praktiknya.Bom yang dicipta oleh Alfred Nobel,atom yang direka oleh Marie dan Pierre Curie,nuklear yang tercipta daripada Teori Relativity Albert Einstein dan senjata nuklear oleh Enrico Fermi.Idea-idea yang seharusnya mampu membebaskan manusia berubah menjadi penghapus idea dan fizikal manusia.

Pendidikan yang mengembangkan manusia seperti yang diimpikan oleh Socrates,Plato,Aristotle dan sebagainya kini - terutamanya di Malaysia ini - telah seperti membuat U-turn haram dan menjadi pendidikan berkiblatkan keuntungan dan hanya mampu menghasilkan penghafal yang baik dan tukang bodek dan pak turut yang cemerlang.

Inilah yang susahnya menjadi manusia dan hidup bersama manusia lain.Sentiasa ada saja yang menyeleweng dan menentang.Cuma bila ada keuntungan baru lah mahu bersama dan sehaluan.

Sekarang persoalannnya adalah - apakah manusia harus tetap berjuang untuk merealisasikan ideanya? Ya! Kerana - pertama: manusia itu (kita) masih hidup; kedua: jika idea itu dianggap lebih ideal dari idea-idea lain; ketiga: jika kita yakin idea itu adalah tujuan hidup kita; keempat: kita percaya selepas kita mati,idea itu tetap terus diperjuangkan.