Rabu, 10 Mac 2010

Ruangan Asparagus 2 - Kencing,Dusta,Kelentong dan Tipu


Asparados kembali lagi (tiru bunyi iklan Tora).Kali ni dengan tulisannya sendiri.


Kencing,Dusta,Kelentong dan Tipu



Bila lepak dengan kawan-kawan akan timbul isu yang menjengkelkan nafsu serakah serigala aku.Kene pulak bila bukak internet kebelakangan ni aku asyik tengok beberapa status kat fesbuk aku pasal 'Login FB boleh dapat RM100'. Bab bab duit ni memang menarik minat aku. Macam macam boleh buat bila banyak duit. Tapi pernah gak aku terpikir yang easy money ni takkan kemana pun. Dapat sekarang, esok boleh abis. Lagi lagi yang ada konsep MLM. Bagi aku bisnes macam ni tipu orang je. Cari downline banyak banyak, lagi cepat kau naik dan kaya.


Bagi yang berjaya dapat duit pakai fesbuk ni, tahniah la aku ucapkan. Tapi tak payah la nak update status setiap setengah jam bagitau semua orang yang kau baru dapat duit hasil titik peluh klik fesbuk ni. Annoying pulak aku tengok.

:best nye!!!! log in facebook dpt duit. sonok weyh!: :online dpt duit, main game dpt duit, borak2 pon dpt duit.. min rm100 hari2 tak lari la: :blackberry yang kuidam2 kan dah dpt beli: :Lepas ni nk beli yang lain plak. wish list dah tersedia: :EFFORT EFFORT!:

Di atas adalah salah 1 contoh status yang selalu terpampang tiap kali aku masuk fesbuk. Aku paham si polan ni happy dapat duit tapi status ni macam riak pun ada. Last last aku hide je status yang ada tulis camni dalam fesbuk aku.

Tapi yang latest sekarang geng geng Easy Money ni berkelahi dengan puak puak yang menentang Easy Money ni pasal kononnya ada fatwa yang mengatakan Easy Money ni halal. Pulak dah.

:mengikut ustaz zaharudin, duitinfinity - haram. tp itu hanya pendapat peribadi beliau. Selagi majlis fatwa ataupon mufti2 tidak mengeluarkan kenyataan hitam putih mengenai duitinfinity adalah haram, ianya masih halal.: :utk menentukan sesuatu yang baru itu halal/haram, bukan dlm masa 1hari. ia memakan masa utk kajian yang mendalam bg sesuatu perkara.

Ada pulak masa diorang ni nak berbalah nak tunjuk sape betul sape salah. Dah kalah Imam masjid kat rumah aku diorang punya research ni. Benda kecik pun nak bertekak. Sembahyang pun tunggang langgang.Brape banyak ulamak fulamak masuk semak murtabak da nak berdebat perdana pasal halal haram hailam ni???

Bagi aku, no such thing as easy money. Tengok gaya pun macam MLM & insurance agen.takaful ke tafucker ke...sume belit auta kencing je tu..agak2 terjumpe dengan golongan ni,ketok kpala mahather mohamad dulu ye!!! Memang aku terus reject golongan gerombolan ni. Bukan boleh kaya pun buat MLM ni. Orang atas kaya la. Orang yang kat bawah ni support diorang je. Kalau la boleh kaya dengan online fesbuk je, baik semua orang berenti keje. Duduk rumah goyang kaki, online fesbuk, garu yang mana patut, dapat duit. Memang torrbaeekkk la. Tak payah bangun pagi redah jem dan mencarut carut kata nista dusta kusta.

p/s : Meluat aku buka fesbuk sendiri sebab buka je mesti ada geng easy money ni update status! geng easy money & MLM memang faktap scam oi!!!