Khamis, 11 Mac 2010

Ruangan Asparagus 3 - Saekor Kangkong Yang Berusaha Dengan Bahasa

Asparados kali ini menterjemahkan ke Bahasa Melayu sebuah lagi tulisan Isham Rais yang keluar di The Sun.


Saekor kangkong yang berusaha dengan bahasa



Oleh Hishamuddin Rais

Pada usia tiga puluhan, saya telah menjadi agak tolol. Sejarah dan kenangan silam yang telah mengubah saya menjadi kangkung. Saya terpaksa mencari suaka politik di Belgium. Cuba teka? Saya tidak tahu di mana letaknya Belgium itu dan tidak tahu langsung tentang negara tersebut baik bahasanya mahupun budayanya.Cis celaka!

Tiba-tiba, saya mendapati diri ini bagai dicampakkan ke dalam satu suasana yang aneh dan tidak boleh mampu untuk berkomunikasi dengan sesiapa pun. Saya merasa seperti orang tolol. Betul-betul tolol.

Lalu, saya teringat pengalaman yang sama ketika saya berusia sepuluh tahun - darjah empat - saya sudah dapat menyertai kelas lompat kerana kecerdikan dan kecerdasan daya fikir saya. Sistem pendidikan seumpama ini memberi peluang kepada murid-murid yang terpilih daripada sekolah umum agar boleh dipindahkan ke sekolah orang putih.

Sebagai anak desa, saya mempunyai rasa rendah diri kerana tidak boleh berkomunikasi dengan murid-murid sedarjah lain yang telah memasuki sekolah berbahasa Inggeris lebih awal. Mereka adalah empat tahun ke depan dalam media Inggeris. Satu-satunya hiburan - teman sekelas saya semua dari darjah yang sama waktu mendaftar - 23 orang daripada kami. Kami terus berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan menimbulkan rasa kurang senang Mr Manjeet Singh kelas kami guru yang mengajar kami bahasa Inggeris.

Untuk tahun pertama kami mengajuk Mr Manjeet: “…ini adalah seorang laki-laki dan ini adalah sebatang pen - seorang lelaki dan sebatang pen! Tak ada geografi, sejarah atau apa pun, tetapi - ini adalah seorang laki-laki dan ini adalah sebatang pen!” Bila suara dan gambar diungkap dalam bentuk kata pujangga, secara teorinya ia akan tetap selamanya hadir dalam fikiran kita. Kemudian barulah kami melanjutkan kepada pelajaran seterusnya – menirukan gaya penyajak , penyanyi dan sebagainya.

Di sinilah saya bertemu dengan pasangan Jack dan Jill yang pergi ke atas bukit untuk mengambil sebaldi air. Saya kagum, takjub lagi hairan, bagaimana anak-anak Mat Salleh itu mengorek dan mengambil air dari telaga-telaga mereka yang berada di puncak sebuah bukit tidak seperti perigi di rumah nenek saya yang berada di tanah rendah? Namun.tak perlu kita berdebat soal logik atau falsafah kejuruteraan di usia serapuh itu. - kami tidak membantah kisah dongeng itu, yang penting kami hanya meniru bunyi ganda berima irama kata-kata dari guru kami.Itu saja.

Saya teringat lagi dalam satu pelajaran dulu yang memerlukan kami memperkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris - tentang kampong halaman kami dan keluarga kami. Sebahagian besar daripada kami berasal dari kampung – anak-anak dari pegawai kerajaan negeri berpangkat rendah, petani dan penoreh getah - pada dasarnya orang kampong biasa. Seorang anak laki-laki di depan saya berdiri dan berkata, "Ayah saya adalah pokok getah."

Saya dapat mendengar beberapa tawa hilai yang ditahan-tahan dari terbarai anata murid-murid didalam kelas. Mr Manjeet saorang guru pendidik yang bijaksana itu tidak terpengaruh oleh bunyi gangu kacau itu. Dia dengan sopannya memperbetulkan kesilapan pernyataan murid itu dan memperkenalkan perkataan "toreh" dan "penoreh" kepada kami.

Saya juga punyai sama "pengalaman pokok getah" pada bulan pertama saya tiba di Belgium. Saya telah menyewa sebuah bilik di atas loteng bumbung rumah kedai alatan berkebun di bandar bersebelahan bakal university saya.

Pada malam senja pertama ketika saya cuba-cuba untuk memasak makanan panas, saya berlari keluar kerana kehabisan mancis. Pasaraya itu ditutup jadi aku pergi ke sebuah warung dan menggunakan bahasa isyarat untuk mendapatkan sekotak mancis dengan beberapa franc (matawang) di genggaman tangan. Pemilik warung mengerti apa yang saya inginkan dan memberikan saya sekotak mancis tanpa mengambil satu franc pun. Saya hanya mampu mengungkapkan terima kasih sambil mengukir senyuman. Yang pasti,perkara terburuk masih belum datangdan sedang menanti.

Tiga hari kemudian saya kehabisan garam. Saya bercadang untuk mewajibkan diri untuk ke pasaraya tempatan. Bukan pasaraya besar, tapi cukuplah untuk menggerunkan saya kerana saya tidak tahu apa yang ada di atas rak di sana. Saya gagal membaca atau memahami satu patah kata dari bahasa Perancis pun. Saya tidak tahu apa perkataan untuk garam dalam Bahasa Perancis. Sebuah imbasan semula - bagaimana saya berharap yang saya mampu kembali di kedai tempatan di kampung halaman di mana garam disimpan dalam karung guni. Saya mampu melihat dan bahkan dibenarkan untuk merasainya.

Seperti Sherlock Holmes tanpa berbekalkan kaca kanta pembesar, saya pergi dari rak ke rak untuk meneruskan pencarian sebungkus garam. Celaka! Lebih sukar mencari sebungkus garam makan dari mencari sekotak rokok kretek Gudang Garam. Mustahil - tidak ada tulisan yang masuk akal membantu. Resah dan gelisah berkeluh kesah menggunung dalam sanubari. Saya tidak akan dapat mencari bantuan daripada sesiapa pun di pasaraya itu. Bagaimana pula saya boleh menjelaskan kepada Walloons bahawa Inggeris telah musuh mereka sejak mereka menang dalam Perang Waterloo. Ini adalah “pengalaman pokok getah” saya.

Ketika saya sedang dalam keadaan panik dan putus asa serta menahan malu, seseorang sedang mengamati saya dari kejauhan. Saat saya terbongkok-bongkok membaca di satu tempat dari rak ke rak. Seorang pemuda kulit hitam pembantu pasaraya yang mampu berbicara sedikit Bahasa Inggeris menghampiri dan ianya sangat melegakan jiwa bila dia berkata – “…ya Encik, ada apa yang saya boleh bantu?”

Ya, saya adalah seorang kangkung selama hampir tiga bulan. Tanpa berputus asa,saya cuba mengikis kulit ketololan saya, saya tercanguk sepanjang masa di warung untuk mendengar suara bahasa baru, seperti yang pernah saya lakukan ketika saya berada di kelas bahasa inggeris khas di sekolah rendah dahulu. Tapi dengan satu perbezaan - kali ini saya hanya bersendirian.

Kemudian di tahun itu juga, saya mendaftar untuk memasuki makmal bahasa di universiti baru saya di mana saya dapat melihat sebuah tanda besar di gerbang pintu masuk: Belajar Bahasa lain adalah gerbang menuju masuk ke dunia lain. Sangat mendalam makna ayat-ayat itu. Tiba-tiba saya merasa saya tidak lagi kangkung tapi merasa seperti seorang jejaka hebat yang memasuki dunia baru wain, keju, wanita cantik dan dengan kemampuan untuk membezakan burger perancis dan kotak mancis.

Namun, sampai hari ini, saya masih mampu belum membongkar rahsia mengapa pasangan comel Jack dan Jill pergi mengambil sebaldi air dari perigi di atas puncak bukit. Mungkin itu hanya kangkungan bahsa inggeris dan tidak ada hubungannya dengan Descartes. Saya sudah pun melangkah untuk memasuki makmal bahasa di universiti baru saya di mana saya dapat melihat sebuah tanda besar di gerbang pintu masuk: Belajar bahasa lain adalah gerbang menuju masuk ke dunia lain. Sangat mendalam makna ayat-ayat itu. Tiba-tiba saya merasa diri ini tidak lagi kangkung.