Rabu, 17 Mac 2010

Ruangan Asparagus - Gerangan Sang Lelaki

Asparados kembali hari ini.Er...Tak tahu nak cakap apa.Baca sajalah.



“Telur Selalu Mengimpikan Untok Menjadi Saekor Ayam Ini Tidak Bererti Bahawa Semua Telur Berkemungkinan Menjadi Seekor Ayam Kita Tidak Dapat Menolak Hakikat Bahawa Telur Ayam Sentiasa Berakhir Di Meja Makan Menjadi Telur Dadar Tanpa Berkesempatan Merealisasikan Impiannya”- Farid Abdillah 1983




hari ini ada gurindam puisi dan acara teka teki...kalau hebat dan dasat,
sila teka siapakah gerangan Farid Abdillah ini?adakah seorang penyanyi hebat macam Jamal Abdillah?
hadiahnya adalah pakej percutian bulan madu diawan biru tiada yang mengganggu bersama Bik Mama! sila jawap dengan betol,kalau salah nanti kena denda ketumbuk ketampi dan berjogging...tq


Gerangan Sang Lelaki

Hari ini hari indah - bagi orang berchenta
Bagi orang putus chenta hari ini hari derita
Deraian airmata singgah dipipi sebelum menetes ke riba
Makan tak lalu tidur tak lena
Perut lapar tapi bila nasi disuap tekak menjadi loya

Dah beberapa hari tak makan
badan yang agak naik kebelakangan ini
lemah longlai dan kembali susut musut
Ini tanda sakit
Mata rasa pedih - mengantuk sangat tapi
bila baring teringat kenangan bersama gades manis
yang mengundur diri
Jiwa gelisah tak jadi tidur
Bila malam tiba jiwa lagi rasa tertekan -
rasa nak siang sepanjang zaman

Malam dah larut.
Nak ajak bonda berkesah tentang hati bonda dah tidur
Nak ajak ayah bercherita soal jiwa luka ayah sudah lena
Ini tak kena itu tak kena
Baring tak kena duduk tak kena

Ini juga tanda-tanda zaman sakit telah datang
Sakit ini tiada ubat sakit ini sangat derita sakit ini
kalau tak betul rawat bolih jadi gila

Pernah dengar kesah chenta Laila Majnun?
Pernah baca kesah Yusuf Zulaikha?
Pernah tatap monumen Taj Mahal?
Pernah khatam kesah-kesah gades manis dari saya di blog ini?

Ini semua kesah chenta
Ada chenta yang berkesudahan
ada yang sangkut di tengah jalan
Ada yang terbang tinggi kemudian jatuh - patah sayap bertongkat paruh

Chenta satu magis - bolih buat ubat bolih buat racun
Bolih bahagia bolih derita
Tisu akan dibeli lagi untuk mengesat air mata
Entah bila air mata ini akan kering
Dalam hati bertelagah sendiri.
Mana datang dulu.
Tubuh akan kering dahulu atau air mata akan kering dahulu

Dahulu melihat kawan derita dan sengsara -
badan sasa tinggal tulang semua sebab chenta
Mata saya dapat merakam sengsara kawan ini
tetapi hati tidak merasa sakit derita

Macam melihat timbunan sampah kotor dari dalam kereta
Mata nampak busuk tetapi hidung tak berbau
Hari ini giliran saya
Bukan melihat sampah dari dalam kereta lagi
Saya kini telah terhumban ke dalam timbunan sampah
Mata nampak sampah hidung berbau busuk hati merasa kesemuanya - derita sengsara

Sakit ini bukan kepalang
Tapi apa bolih buat
Saya orang biasa yang tiada mukjizat
Saya orang biasa yang tiada kekuatan
Saya orang biasa yang selalu melakukan kesilapan
Kalau dapat saya undur masa pasti saya akan mengundur ke dua minggu lalu
Masa itu masa bahagia.
Rasa macam semalam baru berlalu.
Tapi mustahil.
Tekanan saya hadapi ini telah melebihi dari ketahanan yang saya ada
Macam tembok yang akhirnya pecah dibadai air

Saya fikir saya kuat - mampu melawan musuh negara
Rupa-rupanya rapuh tanpa cinta


-Farid Abdillah-




p/s:dah dapat jawaban? dah kenal sapa dia?

 
Nota dari Johan : Kepada susuk bernama Farid Abdillah ini,tolong jangan saman gua sebab gua tak mampu mengupah khidmat guaman.Gua cuma menyediakan ruang di blog gua untuk Asparados atas dasar setiakawan.Apa-apa bantahan atau surat saman,sila tujukan kepada Asparados..kahkahkah..tq..