Ahad, 30 Mei 2010

Selamat Tinggal,Si Easy Rider...Terima Kasih,Ikon Counterculture...





Seperti musik,dunia filem memang banyak mempengaruhi budaya dan fikrah masyarakat.Jika menyebut tentang filem dan impak paling besarnya terhadap anak-anak muda yang rebel,memang tidak sah kalau tidak disebut pengaruh dan peranan 3 orang susuk - arwah James Dean,arwah Marlon Brando dan yang hari ni (masih 29 Mei di Amerika) telah meninggalkan kita, arwah Dennis Hopper - pelakon unggul,pengarah hebat dan seorang beatnik atau hippie merangkap ikon zaman kegemilangan counterculture.Dia juga seorang jurugambar dan pelukis.

Hopper memulakan kariernya sebagai pelakon televisyen dan berhijrah dunia filem Hollywood menerusi Rebel Without A Cause (1955) yang kita tahu adalah antara filem paling unggul,bersama James Dean dan kemudian sekali lagi bersama Dean untuk filem Giant pada tahun berikutnya sebelum pemergian awal Dean yang hanya sempat berlakon dalam 3 buah filem.


Hopper terus bergerak walaupun kehilangan seorang sahabat.Dia dikatakan mula berjinak dengan dunia hippie selepas muncul di sebuah episod drama tv Petticoat Junction berjudul Bobbie Jo and the Beatnik.Dia juga ada  berlakon bersama ikon filem Western, John Wayne.Reputasinya sebagai seorang ikon hippie terbentuk melalui filem The Trip.(barangkali istilah 'trip' atau khayal menjadi "vogue" kerana filem ini) Selepas itu dia terlibat dengan filem Cool Hand Luke,sebuah lagi antara filem terbaik sepanjang zaman.

Jika gua tak silap, gua mula mengenali Dennis Hopper melalui filem Speed (1995).Filem ini memang tiada apa yang hebat pun,biasa-biasa saja tapi yang membuatkan filem ini tidak terus menjadi filem haprak adalah lakonan Hopper sebagai 'watak jahat' - seorang bekas polis yang mahu meletupkan sebuah bas kota untuk membalas dendam ke atas apa yang dirasakannya sebagai ketidakadilan terhadap dirinya.Lakonannya sekurang-kurangnya menjadi 'pengimbang' kepada lakonan kaku Keanu Reeves.

Seiring peningkatan usia,gua mula berkenalan dengan lebih intim lagi dengan dunia lakonan Hopper.Dan pastinya filem paling unggul Hopper adalah Easy Rider (1969).Selain berlakon,Hopper membuktikan kebolehannya mengarah filem .Ini sebuah filem 'mat rempit' atau biker merangkap pengedar dadah yang rebel dan cool.Filem mengenai sekumpulan anak muda yang mencari makna wujudiah mereka. Filem ini mewarnai zaman kemuncak hippie dan semangat anak muda generasi Woodstock.Mungkin tidak salah untuk gua andaikan yang barisan nama-nama yang gah ketika itu tidak akan lengkap tanpa kehadiran susuk bernama Dennis Hopper.


Dia juga membantu menaikkan nama lagi nama pengarah Francis-Ford Coppola (pengarah The Godfather) dan berganding dengan seorang ikon setaraf dirinya,Marlon Brando dalam filem Apocalypse Now ( 1979) - filem bertemakan perang Vietnam.Dan sekali lagi sebuah lagi filem yang dianggap antara yang terbaik.

Hopper juga mendapat pujian untuk penampilannya dalam filem Blue Velvet (1986) arahan David Lynch,sebuah film noir dan surreal.Filem inil adalah batu loncatan untuk Hopper membuktikan bahawa dia masih mampu mampu mengulangi lakonan gempaknya walaupun semakin tua dan dibelenggu segala macam masalah peribadi pada ketika itu.

Gua wajib akui yang gua cuma mengenali siapa artist Jean-Michel Basquiat apabila menonton filem biografi tentangnya - Basquiat (1996) lakonan Hopper walaupun Hopper cuma memegang watak.Hakikatnya gua tergerak hati nak tengok pun sebab ada nama Hopper.

Tentu kita semua pernah dengar atau pun mungkin memiliki jaket denim Levis Easy Rider atau pun ada memiliki salah satu daripada bermacam-macam  jenama seluar jeans yang menggunakan istilah "easy rider" ini.Begitulah besarnya impak filem Easy Rider dan Dennis Hopper.(Rasanya tidak keterlaluan jika para kapitalis ini memberikan jaket atau jeans seorang satu kepada setiap warga dunia sempena memperingati Dennis Hopper kahkahkah.)

Dan sebagai anak muda jika kita salah satu darpada counterculture ini : seorang mat rempit (kapcai atau superbike), atau seorang peminat musik underground, atau seorang pelukis,peminat seni,pembikin filem atau terlibat dengan apa saja yang bergelar counterculture maka wajib tahu dan ingat pengaruh  Dennis Hopper.

Dan nama-nama seperti James Dean,Jim Morrison,Jimi Hendrix,Marlon Brando,Janis Joplin,Kurt Cobain,John Lennon,George Harrison,Layne Staley,Freddie Mercury dan nama-nama lain yang tak mampu gua senaraikan semuanya, tentu mengalu-alukan Dennis Hopper di sebelah sana serta mengucapkan terima kasih kepadanya atas pengaruh besarnya. ( siapa-siapa yang berkenaan tu,tak payah nak serang gua pasal agama sebab ni - ini cuma ayat memberi penghormatan saja).

Dia menghadapi banyak "ups and downs" sepanjang hidup tapi dia sering bangkit semula  - sehingga ramai yang menyatakan Hopper sebagai "comeback king" dalam dunia Hollywood.Tapi sekarang dia tidak akan bangkit lagi.Selamat tinggal dan terima kasih...


R.I.P Dennis Hopper ( 17 Mei 1936 - 29 Mei 2010)